Khalid Ismath yang sedang popular kerana baru tahun satu jurusan undang-undang UiTM tetapi telah berkahwin dan gambarnya yang berjaya dirakamkan oleh Minaq Jinggo sedang menyantau lengan di atas bahu wanita yang sah-sah bukan bini yang dikahwininya tidak lama dahulu, sekarang ini bertambah popular dengan gelagatnya memaki hamun sesiapa sahaja yang disukainya, termasuklah Yazid bin Muawiyah.
Gerakan Syiah sebenarnya sudah lama hinggap ke batang tubuh PAS. Bermula dari Revolusi Iran pada 1979, terdapat ramai pemimpin PAS yang cukup terkesan dengan ajaran Syiah terutama yang membabitkan ajaran revolusioner dan penggulingan kerajaan.
Pun begitu, pendedahan tentang kesesatan Syiah terutama sekali yang membabitkan mazhab Imamiyyah menyebabkan kebanyakan pemimpin PAS yang menganuti ajaran Syiah, terpaksa bertaqiyyah dan menjadi hipokrit sepanjang zaman.
Kecuali Mat Sabu yang terang-terang menunjukkan dia adalah seorang Syiah, kebanyakan pimpinan PAS yang lain tidak begitu berani.
Menurut daftar kata, Syiah bermaksud penyokong. Pada peringkat awal perpecahan umat Islam atau lebih tepat lagi dari zaman Perang Unta, umat Islam pada waktu itu terbahagi kepada dua golongan iaitu Syiah Ali dan Syiah Muawiyyah. Para Sahabat r.a juga turut berbelah pandangan tentang hak imamah. Keadaan ini semakin meruncing dengan galakan dan hasutan kaum Khawarij dan Munafiqin.
Sama seperti Kristianiti yang dipopularkan oleh Paul atau Saul dengan memasukkan Triniti bagi memperolehi sokongan daripada kaum Roman, Syiah dimasukkan elemen ajaran Zoroastarian atau Majusi bagi mendapat perhatian kaum Parsi yang masih terkesan dengan agama lama mereka.
Dek kerana itulah, mereka beriktikad bahawa imamah dan walayat itu sebagai salah satu rukun iman walaupun Nabi s.a.w, bahkan Syaidina Ali r.a tidak pernah mengajar tentang imamah dan walayat kepada umat Islam. Untuk melindungi perangai dan iktikad jahat mereka, golongan yang sudah terkeluar daripada ajaran sebenar Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, bersandar kepada Syaidina Ali r.a serta keturunan Nabi s.a.w dari jurai Syaidatina Fatimah Az-Zahra r.a dengan Syaidina Ali r.a walaupun Nabi s.a.w mempunyai dua orang puteri lain iaitu Syaidatina Zainab yang telah dinikahkan oleh Rasulullah s.a.w kepada Abul 'Ash yang kemudian melahirkanAli dan Umamah. Umamah dinikahkan dengan Syaidina Ali r.a selepas kewafatan Syaidatina Fatimah Az-Zahra r.a. Begitu juga dengan Syaidatina Ruqayah dan Syaidatina Ummi Kalthum yang telah dinikahkan dengan Syaidina Uthman Affan r.a yang mempunyai pertalian darah dengan Muawiyyah bin Abi Sufyan r.a, musuh utama kaum Syiah.
Mazhab di dalam Syiah tersangat banyak sehinggakan Aga Khanniyyah, Bahai dan Qadianiyyah juga merupakan pecahan Syiah. Mazhab Syiah yang paling dekat dengan Sunnah Wal Jamaah adalah Zaidiyyah. Bagaimanapun, ajaran Zaidiyyah dan Jaafariyyah tidak menarik minat penganut-penganut Syiah yang lain kerana kedua-dua mazhab berkenaan tidak ambil kisah dengan imamah dan walayat. Kalau ada pun yang mengaku mereka Zaidiyyah, hampir kesemua mereka sudah terpengaruh dengan Imamiyyah terutama dalam bab, dibenarkan melawan imam atau kerajaan atas alasan kerajaan zalim!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan