Utusan Online
Minda Mendonan Munif Majid
Khamis, 15 April 2010
PKR Amal Rasuah!! Inikah Pemimpin Pilihan Anda?
Pemilihan ZAID IBRAHIM ditentang!! Kehendak Anwar Ditolak Ahli PKR!!!
Sabtu, 10 April 2010
Gaduh: PAS Militan, DAP Komunis dan PKR So-Sial
Hmm Fakta Atau Auta?
Jumaat, 9 April 2010
Negeri 9.. Jadikan Spa Sebagai Pelancongan... ?? N9 = Bukti Bintang ???
Tahniah kepada Negeri Sembilan... bukan satu tapi sembilan negeri.. hebat-hebat, terbaru Negeri9 nak menjadikan PD sebagai Pusat Spa.. ini dah kita hebat.. maknanya nanti memang ramailah kecil besar tua muda datang berduyun2 ke PD untuk menikmati perkhidmatan Spa terbaik mereka ini..
TELUK KEMANG 8 April - Kemunculan hotel dan resort yang memiliki kemudahan spa di Port Dickson (PD) di sini mampu menjadi nilai tambah kepada kerancakan aktiviti pelancongannya.
"Memandangkan kewujudan hotel dan resort seperti ini semakin menggalakkan bukan sesuatu menghairankan jika ia terus mempopularkan Port Dickson.
"Mungkin juga jika diusahakan secara bersepadu Port Dickson bakal bergelar pantai spa dengan perkhidmatan kesihatan yang serba bermutu," katanya pada majlis perasmian Hotel Seri Ratu & Spa di Pantai 3, Batu 8 di sini baru-baru ini.
Tapi kena beringat jugak.. bila dah banyak Spa.. kena selalu buat pemantauan.. sebab sekarang ni lebih ramai lelaki dari perempuan suka dengan perkhidmatan Spa ni.. (Faham2 sajalah) yang tua yang muda.. pantang ada masa lapang.. mulalah nak pegi releks kat Spa.. kononnya nak meningkatkan kesegaran badan..
Bukan apa.. sekarang ni dah banyak.. macam2 urutan ada.. cakar harimaulah... urutan zahir dan batin.. teknik jgan cakap.. cara Thai, Jawa, India, China dan banyak lagi.. So kenalah jaga2.. akak2 dan adik2 tengok2kan abang2 tu..
Menurut Salbiah, perkhidmatan spa yang berunsurkan tradisional sebelum ini cukup terkenal di negara jiran malah berjaya mempopularkan destinasi pelancongan di situ.
p/s: saya suka urut tapak kaki.. lepas tu bg ikan gigit kaki... asyikkk.. Hehe
Kami Prihatin.. Anda Tak Prihatin Ke? Rakyat Tidak terbela... Jgn Hanya Tahu Menyalak Saja
Khamis, 8 April 2010
Biar Cepat Jgn di'LIWAT2'kan
KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut."Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.
"Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar," katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.
Jangan Sekadar Retorik
Mana Ada "Hairan Bin Ajaib" .. Sudin Ajaib Memang Ada!!
Utusan Malaysia: 07.04.10 RabuTan Sri Abd Aziz Mohd Yusof: " Tidak ada pun pengundi hantu. Apa yang berlaku mereka ini adalah pengundi yang sah suatu masa dulu sebelum 2002. Sebelum 2002, seseorang boleh mendaftar tanpa mengikut alamat dalam kad pengenalan. Sistem pendaftaran pemilih yang lama inilah yang menyebabkan apa yang berlaku pada masa ini terhadap daftar pemilih sedia ada termasuk dakwaan wujudnya 'pengundi hantu' ... "
Selasa, 6 April 2010
Lompat Si Katak Lompat!!
Pelbagai percubaan pembangkang untuk mengusik kerajaan barisan nasional, contoh terbaru bila mereka melancarkan buku grene kartun yang ditulis dan dilukis oleh kartunis pro-pembangkang... pelbagai watak digambarkan... ada katak gemuk... katak pendek... hidung besar.. hidung panjang... budak kaca mata (bukan band penyanyi) dan banyak lagi..
buku tersebut sememangnya bertujuan nak menyindir mereka yang dok lompat parti meninggalkan budak kaca mata @ Anwar "si pengkhianat bangsa" namun dilihat telah menganjak hala tuju tersebut kearah lain.. dari sudut pandangan berbeza sebenarnya memperlihat betapa Anwar gagal menjaga kroninya menyebabkan hari ini beliai hidup dalam ketakutan akibat rahsia2 beliau semakin dibongkar oleh katak yang melompat..
Dengan sinis ada diselitkan katak melompat kedalam tong najis.. jika dilihat dari sudut lain... pada dekad 60an.. Abu Bakar Hamzah selaku Naib Presiden PAS telah mengatakan bahawa UMNO ialah Tong Najis.. dan dua dekat kemudian.. CIFU BABI: Anwar Ibrahim telah melompat masuk ke dalam UMNO... rupanya secara tak langsung kartun tersebut bukan menyindir katak2 tadi ... tetapi secara hakikat menyindir si CIFU BABI...
Rahman Shaari:
" Dalam pemerhatian saya, terbitnya kata2 sarkastik, baik 'tong taik' manupun 'barua politik'. adalah hasil dorongan tokoh yang bercita2 untuk menduduki tempat tertinggi. malah tempat tertinggi dalam pentadbiran negara. karyawan ini menggunakan kata2 itu seakan2 lahir dari jiwa yang murni, padahal berlaku di sebalik gangguan pengaruh dan hasutan bertalu2. tanpa gangguan itu, kita tahu, Pyan Habib sebenarnya jauh lebih sopan, apatah lagi beliau adalah penyair yang berjaya.."
sebenarnya banyak penulisan dan karya didalam bukut tersebut yang mempunyai makna yang menganjak... kadangkala bila kaduk naik junjung... dia lupa akan jungjung juga yang akan menjatuhkan beliau
Rabu, 16 Disember 2009
Ahli Parlimen Perlu Bijak Main Peranan
Mungkin Ahli-Ahli Parlimen tersebut tidak menyedari implikasi yang amat besar sekiranya belanjawan tersebut tidak dapat diluluskan yang mana boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan satu Pilihanraya Umum terpaksa diadakan.
PM dan TPM dah berikan mesej jelas kepada Ahli-Ahli Parlimen BN, menandakan bahawa penglibatan mereka dalam sidang parlimen perlu dipikul dengan lebih beramanah dan bertanggungjawab. Sedangkan pada hari sebelumnya PM berpuashati dengan KPI pada Menteri.. tapi lain pula ceritanya di parlimen, nampaknya Ahli-Ahli Parlimen perlu lebih bermuhasabah diri, jika tidak kerajaan Barisan Nasional akan sekali lagi dipanjang hina oleh pembangkang akibat daripada sikap tidak bertanggungjawanb sesetengah pihak.
PRU-12 yang lalu telah memberikan gambaran dan pengajaran kepada UMNO dan Barisan Nasional betapa peri pentingnya sikap tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Akan tetapi masih lagi segelintir MP yang tidak menghayati apa yang telah berlaku dan mengamalkan sikap ambil mudah dalam melaksanakan kerja.
Jangan hanya cakap bergegar Dewan Rakyat tetapi sekadar menjadi tin kosong, usahlah kita meniru gaya dan sikap pemimpin pembangkang yang selama ini menjadi tin kosong. Apa yang penting kesedaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberikan sepenuh perhatian dalam membantu kerajaan mengharungi cabaran dalam kepimpinan pada hari ini.
Nasib tidak akan selalu menyebelahi kita, kita mesti sentiasa berfikir bukan sekadar setapak kehadapan tetapi sekiranya boleh biarlah sepuluh langkah kehadapan agar tiada ruang dan peluang untuk pembangkang menyalahkan kerajaan atau mengambil kesempatan atas kelemahan kita. Mungkin program bersama rakyat penting akan tetapi perkara seperti belanjawan juga penting, sekiranya belanjawan tidak dapat diluluskan bagaimana kerajaan hendak mentadbir negara tanpa kewangan? fikir-fikirkan lah...







