Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Memaparkan catatan dengan label Malaysia Negara Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia Negara Islam. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2011

Dokumen Negara Islam Ala PAS: Bukti Sandiwara 2003

Dokumen Negara Kebajikan ala PAS sememangnya sarat dengan janji-janji manis... bukan setakat janji manis yang penuh dengna racun tapi memiliki cita-cita yang amat besar, hingga tak terjangkau akal... Ingin menakluki Putrajaya... Ibarat Mat Jenin yang asyik bermimpi kerja tak jalan... 

Jika dulu semasa pemerintahan Pak Lah, PAS mewar-warkan dan mengeluarkan dokumen negara islam pada tahun 2003... semata-mara untuk menentang konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah... 

Anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin, beliau meminta rakyat menolak Dokumen Negara Kebajikan PAS yang sarat dengan janji manis dan modal terbaru parti itu untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Namun kini, dokumen pada 2003 itu ditolak oleh PAS sendiri dan menggantikannya dengan dokumen yang baru dilancar oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang 11 Dis lepas.

"Mereka sendiri yang menolak, membuang dan mentongsampahkan Dokumen Negara Islam dan perjuangan negara Islam dengan alasan negara Islam tidak disebut di dalam Al-Quran," katanya dalam entri terbaru blognya pada Rabu.
Zulkifli berkata rekayasa kitab baru yang dilabel sebagai Dokumen Negara Kebajikan itu hanyalah untuk mengatasi konsep Islam yang sederhana atau wasatiyyah yang menjadi teras Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Pembangkang khususnya PAS mungkin dah panas punggung bila kepimpinan DS Najib membawa pendekatan Wasatiyyah... Mungkin kerana itu juga mereka sanggup membuang 'Dokumen Negara Islam' dan mengandaikan Dokumen Negara Kebajikan ala PAS ini setara dengan Dokumen Negara Islam? Jika Dokumen Negara Islam yang pada satu ketika dulu sewaktu dibentangkan oleh PAS dan di bahas pada Muktamar2 PAS yang kononnya inilah konsep Negara Islam Contoh.. boleh dibuang begitu sahaja.. tidak mustahil selepas ini Dokumen Negara Kebajikan akan di Tong Sampahkan oleh PAS... 
Lihat Juga: Pilihan Anda


Selasa, 26 April 2011

Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN

Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain."Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.
"Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan.
"Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN," katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam.
Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM.
Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet.
"Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat," katanya.
Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan.
Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik.
"Sehubungan itu, hakikat bahawa kita (BN) berupaya untuk menang melebihi majoriti dua pertiga (dalam PRN Sarawak) dengan sendirinya adalah satu pencapaian yang besar," katanya.
Najib berkata, demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul.
Sementara itu dalam sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Najib berkata, kerajaan masih terbuka kepada pendapat orang ramai mengenai cadangan pihak tertentu supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, manakala antara masalah paling besar dalam pelaksanaan dasar di negara ini ialah penguatkuasaan yang lemah.

sumber: Berita Harian 25 Apr 2011

Isnin, 26 April 2010

Satu Penjelasan [Siri 1] QAZAF


Pengertian Qazaf:

  1. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah (Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad) , Qazaf adalah menuduh seseorang itu Zina atau Liwat.
  2. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukum qazaf. Hukumannya adalah ta'zir

Saksi

  1. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat , TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan kepada perogol atau peliwat, bukannya pengadu.
  2. Sekiranya tiada saksi untuk membuktikan kejadian rogol atau liwat, orang yang membuat tuduhan akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti
  3. Firman Allah: Mafhumnya: "Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik
  4. Jika dia membawa bukti yang menunjukan berlakunya kejadian rogol atau liwat dia dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf.
Adakah Tanpa Membawa 4 Orang Saksi akan dikenakan Qazaf

Pengadu tidak dikenakan hukuman qazaf walaupun tidak membawa 4 orang saksi berdasarkan keterangan ulama; namun mestilah mengikuti proses berikut:
  1. Pihak berkuasa yang menerima adua perlu mengumpul bukti yang menunjukan pengadu memang dirogol atau diliwat, Apabila terdapat bukti, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan hukuman
  2. Jika pengadu tidak mampu untuk memberikan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukan pengadu dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti</lil>

Dalil kenyataan di atas adalah keterangan Imam Abd Al-Bar. beliau menyatakan:
[Terjemahan] Para ulama telak berijma'bahawa perogol [dikenakan] keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya] atau dia mengakuinya. Jika tidak ada [bukti], maka [dikenakan] keatasnya hukuman dan

tiada sebarang hukuman ke atasnya

apabila terbukti bahawa dia memaksa dan mendesaknya [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujud paksaaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suara] meminta pertolongan dan keritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenalpasti] dia seorang gadis. yang boleh diketahui melaluidan seumpamanya yang boleh menerangkan keadaannya bahawa dia dipaksa]

... Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf di kalangan ulama bahawa yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [ke atas]nya dengan bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpanya".

Bukti-Bukti Yang Boleh Digunakan

  1. Mangsa datang melaporkan kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis
  2. Mangsa didengari berteriak meminta tolong
  3. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa kedalam rumahnya secara paksa
  4. ; atau 
  5. Pada zaman sekarang, kajian sainstifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman video litar tertutup dan sebagainya.
  6. ....Bersambung

Selasa, 18 Ogos 2009

Malaysia Adalah Negara Islam...??


Kalau kita lihat daripada perlaksanaan di di atas… masih bolehkah kita sangkal lagi bahawa Malaysia adalah Negara Islam dan telah melaksanakan hampir 100% undang-undang islam.


Macam mana dengan PAS…? Adakah masih lagi dengan pendirian Malaysia bukan Negara islam? Atau masih lagi nak bersetongkol dengan manusia biadap bernama DAP yang secara terang-terang menentang penubuhan dan perlaksanaan Negara Islam? Sedar atau tidak saudara seagama dan sebangsa dengan kita bahawa meraka selama ini hanya dijadikan tunggangan DAP dan PKR yang berjuang semata-mata untuk pangkat, nama dan harta?Sungguh memalukan PAS yang dalam perlembagaannya menjadikan islam sebagai wadah perjuangan sanggup menjual maruah agama dan bangsa demi kerana politik sempit mereka? Adakah pada pandangan PAS hanya setelah memancung kepala dan memotong tangan baru boleh dipanggil Negara Islam… begitu sempit dan naïf golongan ini…


Tak malukah mereka dengan Allah SWT yang menjadikan mereka sebagai khalifah dimuka bumi ini, untuk memakmurkan dan menegakan Islam…sedangkan UMNO telah berjuang menegakan islam sejak dari dulu sehingga kini.. Memperkasakan islam sebagai agama rasmi Negara…


Sememangnya golongan PAS ini tidak tahu malu… menabik dada dengan bertakbir sedangkan Nabi SAW sendiri bertasbih memuji Allah… tetapi mereka menabik dada dengan medah dan angkuh dengan takbirnya… bukankah itu sifat orang2 munafik…


Berdusta sepanjang masa kononnya mereka lebih islam dari islam, menghukum sesuka hati walaupun sesetengah dari mereka langsung tidak memahami intipati sebenar kandungan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah…Amat malu.. dimata dunia kita dilihat tidak lebih dari Palestin.. ditertawakan oleh Yahudi Laknatullah kerana bercakaran sesame sendiri, sama agama, sama bangsa tetapi tidak bersatu hati… lalu “Yahudi Melayu” yang seorang itu sedang berdansa terkinja-kinja melihat tingkah laku PAS… yang menyokongnya secara membuta tuli…


Ntahlah apa nak jadi pada PAS..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...