Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2011

Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama

Media arus perdana perlu juga kritik kerajaan - Tun M
24/04/2011 10:02pm
KUALA LUMPUR 24 April - Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.
Dr. Mahathir berkata, media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.
"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri.
"Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya pada Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama
sumber: Utusan Online

Isnin, 23 Ogos 2010

21 Ogos 2010-Sumbangan Baju Raya Kpd Anak Yatim. & Golongan Susah

Oleh Abdul Samat
Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2010 - Setiap kali kedatangan Ramadan, anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan pasti dibantu dan diraikan supaya
mereka turut gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Saudara Hasnoul
Hisham Hashim tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dan membawa anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan yang seramai 86 orang dalam Parlimen
Masjid Tanah membeli baju raya di sekitar Bandar Masjid Tanah.
Pembelian ini dilakukan secara berperingkat yang dimulakan sejak dari jam 9.00
pagi hingga jam 12.00 tengahari. Menurut Hasnoul, pakaian-pakaian yang dibeli
hari ini tidak akan dibawa balik oleh mereka kerana Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Masjid Tanah akan menyerahkan pakaian tersebut pads majlis berbuka
puasa bersama mereka yang dijangka diadakan di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput,
Masjid Tanah pada 29 Ogos 2010, hari Ahad yang akan datang.

Sabtu, 15 Mei 2010

Demokrasi Cara DAP dan PKR

Satu ketika dulu UMNO dilabel sebagai pengamal kronisme dan nepotisme, kononnya UMNO
tidak amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan kononya kepimpinan tertinggi UMNO
hanya menjaga orang-orang tertentu sahaja.
Namun adakah hakikatnya begitu? atau orang-orang yang cuba memburukan UMNO ini
sebenarnya cuba menyembunyikan kelemahan mereka?
Lihat saja Parti Keadilan Rakyat yang mana Penasihatnya adalah Anwar Ibrahim,
Presidennya Wan Azizah isteri beliau dan Nurul Izzah anak beliau turut menjadi kepimpinan
tertinggi dalam parti tidak termasuk Azmin Ali, kroni rapat anwar yang menjadi orang paling
kanan dalam Parti Keadilan.
Dalam DAP pula Lim Kit Siang sebagai penasihat nampaknya amat mementingkan keluarga
seperti Anwar.. Anak beliau Guan Eng adalah Presiden dan menantunya Betty turut
mewarnai kepimpinan DAP..
Justeru itu apakah makna demokrasi kepada mereka? Dimana suara ahli parti yang berhak
memilih  pemimpin untuk meminpin mereka kearah pembangunan negara yang lebih
cemerlang? Kedua-dua parti nampaknya lebih busuk dan dan buruk daripada UMNO yang
kononnya dituduh mengamalkan nepotisme.
Itupun PAS masih lagi berkhiblatkan kepada kedua2 parti ini untuk menjadi rakan kongsi
mereka dalam mengekalkan kedudukan parti tersebut dalam sokongan rakyat. DAP yang amat
radikal dan pernah mencetuskan keganasan 13 Mei 1969 menjadi harapan PAS dalam
memperluaskan pengaruh mereka.. Matlamat PAS telah menghalalkan cara mereka dalam
membentuk satu pakatan yang merugikan rakyat.
PAS satu ketika dulu pernah menghamburkan kata-kata menghina dan mengkafirkan UMNO
kononya kerjasama dengan bukan islam adalah haram. Adakah bekerjasama dengan kafir
zimmi yang menyokong dan sentiasa mematuhi perlembagaan negara sebagai haram,
sedangkan PAS kini bersetongkol bersama DAP yang Radikal dan boleh dikategorikan
sebagai Kafir Harbi itu tidak haram?
Mengapakah DAP dikategorikan sebagai Kafir Harbi? Ingat lagi kata-kata Karpal Singh?
"Langkah Mayat Saya Dulu..." ketika ditanya tentang hasrat PAS untuk menubuhkan kerajaan
islam. Kit Siang dan Guan Eng juga tidak terkecuali menentang sekeras-keranya penubuhan
negara islam dan DAP tidak akan sesekali membenarkan Islam menjadi Perlembagaan
negara.. Ini berlainan dengan UMNO yang telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara
islam melalui perlaksanaan menyeluruh dalam Syariat, Muamalat, Munakahat dan Undang-
Undang sentiasa mendapat sokongan daripada MCA dan MIC serta komponen barisan
nasional yang lain.
UMNO selama ini mengamalkan demokrasi terpimpin dengan menjadikan ahli-ahlinya penentu
kesinambungan partinya. Ahli sentiasa diberikan hak dan kebebasan untuk memilih pemimpin
yang berkebolehan dalam memacu parti kearah yang terbaik. Pemimpin yang tidak mampu
berkhidmat dengan cemerlang pastinya akan ditendang keluar dan digantikan dengan yang
lebih baik. Ini menunjukan UMNO amat prihatin terhadap kehendak ahlinya dan amalan
tersebut tidak hanya tertumpu kepada ahli-ahli UMNO sahaja bahkan parti-parti komponen
dalam Barisan Nasional juga memainkan peranan melaksanakan sistem demokrasi didalam
memimpin parti mereka.
Hakikatnya amalan tersebut terus dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam
memastikan demokrasi terus mekar bersama rakyat Malaysia. Rakyat diberikan keutamaan
dalam memilih pemimpin dan pemimpin yang tidak menunjukan prestasi yang baik pastinya
ditolak oleh rakyat yang berfikir tentang masa depan mereka dan negara.

Khamis, 13 Mei 2010

'Bughat': PKR, DAP, PAS.. WAJIB DITENTANG??


Mungkin ramai tertanya-tanya apakah Bughat? Bughat merupakan salah satu daripada pecahan hukum hudud dalam undang-undang jenayah islam.. ikuti kupasan dibawah:

Bughat mengikut istilah syara' ialah segolongan umat Islam yang melawan dan mendurhaka kepada Ulil Amri (Khalifah), iaitu pemerintah (Daulah Islamiyah) yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari'at Islam.
Manakala dari segi ilmu tatanegara pula, satu perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan mendurhaka kepada Ulil Amri adalah dinamakan Jarimah Siasah iaitu kesalahan dalam politik.

Kesalahan Dalam Politik

Syarat-syarat bagi sesuatu perlakukan itu dianggap sebagai satu kesalahan dalam politik :
  1. Pemberontakan dan penentangan mereka itu bertujuan untuk menggulingkan ketua negara atau tidak mahu lagi mematuhi pemerintahannya.
  2. Didapati sebab-sebab mereka memberontak dan menentang dasar pemerintah, sekalipun sebab-sebab yang mereka kemukakan itu merupakan sebab yang paling lemah
  3. Penderhaka dan pemebrontak itu telah mempunyai kekuatan dengan adanya ketua kumpulan itu dari orang yang mereka taati untuk mengatur dan menyusun penderhakaan dan pemberontakan yang akan mereka lancarkan.
  4. Telah berlaku penderhakaan dan pemberontakan yang merupakan perang saudara dalam negara selepas mereka itu mengadakan persiapan senjata dan pertahanan.

Penderhakaan Yang Wajib Diperangi

Penderhaka yang wajib diperangi di dalam sesebuah negara adalah tertakhluk kepada beberapa syarat :
  1. Mereka yang telah mempunyai kekuatan dan yang telah berterus terang secara terbuka menentang pemerintah/kerajaan.
  2. Mereka yang telah keluar dari tadbiran Ulil Amri (Pemerintah) dan telah membentuk pemerintah/kerajaan yang lain dan telah melantik seorang Imam lain pula.
  3. Terdapat panda mereka kekeliruan faham, dimana mereka menganggap bahawa mereka boleh keluar dari kawalan dan tadbiran Imam.
  4. Setelah diajak berunding dengan bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Ali terhadap Ahli Jamal dan kaum Khawarij.
  5. Mereka telah mengadakan kekacauan dalam negeri, seperti membakar, membunuh, mengadakan huru hara dan sebagainya.
Orang-orang Islam yang menetang dan menderhaka terhadap Imam yang adil dan keluar daripada pemerintahannya wajib diperangi sehingga mereka itu kembali taat setia kepada pemerintahannya. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang telah memerangi mereka yang enggan membayar zakat.

Khamis, 15 April 2010

Tahniah Raja Nong Chik..

Tahniah buat Raja Nong Chik,... pastinya KPI menjandi agenda beliau untuk memastikan setiap penjawat melaksanakan tugas dengan amanah dan betul dalam menjuarakan rakyat.. sejak menyandang jawatan ini beliau tidak pernah kenal penat dan lelah dalam memastikan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sebagai satu moto perkhidmatan yang cemerlang.

Jadi kita kena melihat ini sebagai kayu pengukur kepada semua pemimpin yang telah dipilih untuk melaksakan perkara yang sama di kawasan dan skop tugas masing2.. sekarang bukan masanya untuk kita hanya bercakap dengan kata2 retorik semata2 .. 

Sabtu, 10 April 2010

Tahniah Datuk Idderis Haron

Tahniah kepada datuk Idderis Haron dengan perlaktikan beliau.. harap dapat bawa lebih banyak kemakmuran kepada negeri melaka dan negeri2 lain amnya.. kami di UMB Melaka mengharapkan yang terbaik daripada Datuk

Selasa, 18 Ogos 2009

PAS dan Perjuangannya

"Dan TINGGALKANLAH orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Qur'an itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak (pula) pemberi syafa'at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu." Surah Al-An'am, ayat 70.


INGATLAH Inilah permainan PAS... mempermainkan agama ikut sedap mulut mereka, mengkafirkan orang lain demi menghalalkan cara mereka.. kononnya mereka lebih alim, ulama' mereka lebih mujtahid, hingga tiada cacat celanya, Kononnya Dengan laungan TAKBIR!!!... mereka dikatakan islam, tapi sejauh mana ketakwaan mereka kepada Allah SWT.. cukupkah hanya dilaung2kan sedemikian rupa.. berapa ramai anak2 muda dalam PAS yang tak ubah seperti Kafir kelakuan mereka.. setahun sy menetap di kelantan sudah cukup untuk menilai sejauh mana yang dikatakan PAS berjuang untuk diri sendiri.. betapa hipokritnya sebuah Parti yang diberikan nama PAS..


PAS tidak layak untuk menggunakan nama islam.. tiada apa yang diperjaungkan untuk islam.. (rujuk Nota sebelum ini) sekurang2nya UMNO telah membangunkan islam.. menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara islam contoh di mata dunia.. Dimana perjauangan PAS? bina masjid pun tak hendak..


Apa yang UMNO tak buat.. telah dilaksanakan pelbagai kemudahan ibadah, disediakan guru2 untuk mengajar masyarakt tentang ibadah.. macam2 kemudahan bangun memenuhi tuntutan syarak...


Bank2 diwujudkan sistem kewangan islam, tidak kira simpanan, pelaburan, insuran dan sebagainya semuanya diwujudkan mengikut sistem islam sehinggakan menjadi contoh sistem terbaik kepada institusi kewangan secara global..


Apakah UMNO masih tidak memperjaungkan dan memartabatkan islam? Sistem kehakiman dan undang2 hari ini adalah langsung tidak mengamalkan islam.. sedangkan dalam islam itu tentang hukum jinayatnya terbahagi kepada 3 bahagian.. takzir, hudud dan khisas..


bukankah takzir, dah khisas telah diamalkan dan hudud juga turut diamalkan walaupun baru sebahagian daripada keseluruhan hudud itu.. secara tidak langsung telah 93% dan lebih telah diamalkan sehingga Malaysia yang kita cintai ini boleh diwartakan dan di isytiharkan sebagai sebuah Negara Islam...


Apa yang PAS buat? melalak, Meronta, macam2 Me.. lagi tapi langsung tak buat apa2..


Di Pulau Pinang.. Apa tindakan pas bila orang DAP laknat ini mencaci dan mencerca islam.. kenapa tidak PAS perjuangkan manusia seislam dengan mereka yang dihentam oleh DAP Laknat ini.. PAS lebih rela mengikut kata DAP umpama kerbau dicucuk hidung daripada memperjuangkan manusia seislam dengan mereka dan Takutkan Allah...


Sebab mereka ni dah memang tak takut dengan Allah SWT lagi dah.. sebab tu keluarkan hukum sesuka hati... bila Tan Sri Harussani menjawab.. dituduhnya Mufit itu sebagai syaitan... siapa Syaitan sebenarnya?? setahu saya lah tak ada mufti mahupun orang UMNo yang kata suka berkawan dengan SYAITAN melainkan Tok Guru Sesat Nik Aziz Sorang ni je...


LU FIKIR LAH SENDIRI!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...