Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Sabtu, 15 Mei 2010

Demokrasi Cara DAP dan PKR

Satu ketika dulu UMNO dilabel sebagai pengamal kronisme dan nepotisme, kononnya UMNO
tidak amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan kononya kepimpinan tertinggi UMNO
hanya menjaga orang-orang tertentu sahaja.
Namun adakah hakikatnya begitu? atau orang-orang yang cuba memburukan UMNO ini
sebenarnya cuba menyembunyikan kelemahan mereka?
Lihat saja Parti Keadilan Rakyat yang mana Penasihatnya adalah Anwar Ibrahim,
Presidennya Wan Azizah isteri beliau dan Nurul Izzah anak beliau turut menjadi kepimpinan
tertinggi dalam parti tidak termasuk Azmin Ali, kroni rapat anwar yang menjadi orang paling
kanan dalam Parti Keadilan.
Dalam DAP pula Lim Kit Siang sebagai penasihat nampaknya amat mementingkan keluarga
seperti Anwar.. Anak beliau Guan Eng adalah Presiden dan menantunya Betty turut
mewarnai kepimpinan DAP..
Justeru itu apakah makna demokrasi kepada mereka? Dimana suara ahli parti yang berhak
memilih  pemimpin untuk meminpin mereka kearah pembangunan negara yang lebih
cemerlang? Kedua-dua parti nampaknya lebih busuk dan dan buruk daripada UMNO yang
kononnya dituduh mengamalkan nepotisme.
Itupun PAS masih lagi berkhiblatkan kepada kedua2 parti ini untuk menjadi rakan kongsi
mereka dalam mengekalkan kedudukan parti tersebut dalam sokongan rakyat. DAP yang amat
radikal dan pernah mencetuskan keganasan 13 Mei 1969 menjadi harapan PAS dalam
memperluaskan pengaruh mereka.. Matlamat PAS telah menghalalkan cara mereka dalam
membentuk satu pakatan yang merugikan rakyat.
PAS satu ketika dulu pernah menghamburkan kata-kata menghina dan mengkafirkan UMNO
kononya kerjasama dengan bukan islam adalah haram. Adakah bekerjasama dengan kafir
zimmi yang menyokong dan sentiasa mematuhi perlembagaan negara sebagai haram,
sedangkan PAS kini bersetongkol bersama DAP yang Radikal dan boleh dikategorikan
sebagai Kafir Harbi itu tidak haram?
Mengapakah DAP dikategorikan sebagai Kafir Harbi? Ingat lagi kata-kata Karpal Singh?
"Langkah Mayat Saya Dulu..." ketika ditanya tentang hasrat PAS untuk menubuhkan kerajaan
islam. Kit Siang dan Guan Eng juga tidak terkecuali menentang sekeras-keranya penubuhan
negara islam dan DAP tidak akan sesekali membenarkan Islam menjadi Perlembagaan
negara.. Ini berlainan dengan UMNO yang telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara
islam melalui perlaksanaan menyeluruh dalam Syariat, Muamalat, Munakahat dan Undang-
Undang sentiasa mendapat sokongan daripada MCA dan MIC serta komponen barisan
nasional yang lain.
UMNO selama ini mengamalkan demokrasi terpimpin dengan menjadikan ahli-ahlinya penentu
kesinambungan partinya. Ahli sentiasa diberikan hak dan kebebasan untuk memilih pemimpin
yang berkebolehan dalam memacu parti kearah yang terbaik. Pemimpin yang tidak mampu
berkhidmat dengan cemerlang pastinya akan ditendang keluar dan digantikan dengan yang
lebih baik. Ini menunjukan UMNO amat prihatin terhadap kehendak ahlinya dan amalan
tersebut tidak hanya tertumpu kepada ahli-ahli UMNO sahaja bahkan parti-parti komponen
dalam Barisan Nasional juga memainkan peranan melaksanakan sistem demokrasi didalam
memimpin parti mereka.
Hakikatnya amalan tersebut terus dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam
memastikan demokrasi terus mekar bersama rakyat Malaysia. Rakyat diberikan keutamaan
dalam memilih pemimpin dan pemimpin yang tidak menunjukan prestasi yang baik pastinya
ditolak oleh rakyat yang berfikir tentang masa depan mereka dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...