Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Perkara 153: Perlembagaan Persekutuan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagiorang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukanistimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawakdan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepadaperuntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklahmenjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuanmengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayudan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikanperizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah danSarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agongdaripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri)dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yangseumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh KerajaanPersekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undangpersekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka,tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit danlesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizabanbagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawakjawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaanpendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan amyang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginyaBahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkandengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaanpendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undangpersekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak bolehmelucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnyaatau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan ataulatihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yangdipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang olehorang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit ataulesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesenkepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...