Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 22 Mei 2013

TSUNAMI CINA BAKAL TERIMA TEMPELAKAN ORANG MELAYU

Antara strategi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menutup kegagalan memimpin pakatan pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ialah dengan menyanggah kenyataan tsunami Cina yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan oleh penyokong pembangkang terutamanya pengundi Cina atas pembohongan bahawa Pakatan Rakyat sudah pasti akan menubuhkan kerajaan pusat yang baru pada PRU13. Atas keyakinan pengundi Cina terhadap janji manis Anwar maka berduyun-duyun keluar mengundi calon-calon pembangkang dengan harapan tumbanglah Barisan Nasional pada kali ini. Hasil termakan dengan janji kosong Anwar, hanya lima daripada 37 calon MCA memenangi kerusi parlimen yang ditandingi. Kesemua kerusi MCA yang kalah dibolot oleh Dap dengan bukan sahaja memperlihatkan peningkatan jumlah kerusi parlimen bagi parti tersebut tetapi juga jumlah undi Cina yang diperolehi.

Daripada 28 kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi oleh Dap pada PRU 2008 kini ia berjaya merampas 10 lagi kerusi menjadikan jumlah sebanyak 38. Malah Dap mempunyai jumlah kerusi parlimen terbanyak berbanding pas sebanyak 21 dan PKR 30. Kejayaan Dap adalah akibat tsunami Cina yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri di mana hanya 3 peratus undi Cina berjaya diperolehi oleh calon-calon BN. Akibat kekalahan paling teruk MCA sejak penubuhan parti itu, tiada seorang pun wakil parti itu dilantik ke dalam Kabinet baru.

Jika hampir 100 peratus pengundi Cina memberi undi mereka kepada Dap, Pas serta PKR tidakkah ini dikatakan tsunami Cina atau Anwar terlalu buta atau bebal untuk memahami analisis politik yang semudah ini. Hakikatnya pengundi Cina telah tertipu kerana mereka telah terlupa episod hitam pada 2008 apabila Anwar pertama kali membuat janji bahawa kerajaan pimpinan mantan Perdana MenteriTun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang kerana 30 ahli parlimen BN sudah bersedia melompat menyokongnya. Anwar membohongi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.

Permainan wayang Anwar akhirnya terbongkar apabila terbukti beliau telah memperjudikan kesstabilan politik negara dengan mewujudkan satu keadaaan yang tidak tenteram serta gelisah di kalangan rakyat jelata. Natijah daripada episod 16 September 2008, Anwar kini dilihat sebagai badut politik yang tidak boleh dipercayai kata-katanya apatah lagi apa-apa janji-janji yang dibuatnya. Malangnya pengundi Cina mudah terlupa akan apa yang berlaku lima tahun dahulu dan sekali lagi mereka telah diperdaya oleh Anwar. Ini berlainan dengan pengundi Melayu yang majoritinya masih menyokong UMNO dan BN serta menolak politik rasis Dap. Pengundi Cina terperangkap dengan wayang kulit yang dimainkan Anwar tanpa menoleh ke belakang melihat kepada sejarah pembohongan politik yang dilakukan oleh beliau sejurus selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Julai 2008.

Pengundi Cina juga gagal menilai ikatan setiakawan yang sudah terjalin antara UMNO, MCA dan MIC sejak sebelkum merdeka lagi dan kerjasama politik yang berlandaskan kepada konsep menang-menang inilah yang melahirkan sebuah negara yang berdaulat, maju, progresif dan membangun ke hari ini. Generasi muda pengundi Cina seolah-olah terpisah daripada kesinambungan sejarah perjuangan kemerdekaan negara sehingga mempercayai segala segala dakwaan dan fitnah yang direkacipta oleh pemimpin Dap dan pembangkang terhadap BN dalam usaha mereka mengejar kuasa politik. Akibat fitnah melampau yang dicanai oleh gerombolan pembangkang yang hanya mementingkan kuasa politik mengatasi kepentingan negara daripada segalanya, pengundi Cina hilang pertimbangan yang rasional dan logik untuk menyokong pembangkang secara muktamad.

Mereka hilang pedoman dan pertimbangan politik sehingga mengenepikan asas-asas kenegaraan dan politik negara ini yang tunjangnya adalah ketuanan Melayu. Jiwa rasis Dap telah berjaya diresapkan ke dalam pemikiran dan sanubari pengundi-pengundi Cina tidak kira tua atau muda, matang atau kememeh. Dap mungkin menang besar pada PRU kali ini tapi mangsanya adalah masyarakat Cina yang kini dipandanbg seorang oleh orang Melayu. Pengkhianatan yang dilakukan oleh pengundi Cina terhadap UMNO dan BN tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang Melayu.

Mungkin tsunami Cina telah berlaku dengan mengukuhkan kedudukan kerusi parlimen bagi Dap tetapi tsunami politik yang lebih besar dan dahsyat kini menanti mereka yang melakukan pengkhianatan.





 


Anwar Gelabah Dokumen 'Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu' Sudah Siap

Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
 
Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
 
Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera  akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.  Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
 
Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.  Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat  Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.  Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.
 
Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?
 
Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

Selasa, 21 Mei 2013

Menjelang PRU-14 DAP, PKR & PAS Membawa Haluan Sendiri

Sebagaimana diketahui ramai, Pakatan Rakyat (PR) sebetulnya tidak wujud secara rasmi kerana sehingga kini pakatan itu gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

PR yang menggabungkan kerjasama rapuh tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS itu hanya wujud secara halusinasi dengan bersandarkan titik temu berkongsi musuh yang sama iaitu BN. Tiada perlembagaan yang mengikat kerjasama sesama anggotanya dan tidak wujud satu pun logo yang disepakati sebagai lambang rasmi untuk diguna pakai semasa pilihan raya.

Gabungan sebegini tentulah asasnya rapuh dan ada pasang surutnya kerana masing-masing tidak terikat dengan hala tuju yang jelas di masa depan. Sebab itu untuk sesiapa mendakwa PR memperolehi undi popular ia tidak menepati realiti semasa kerana PR itu tidak wujud secara hakiki melainkan sekadar pakatan yang bekerjasama dengan matlamat yang berbeza-beza. Keputusan PRU-13 jelas menunjukkan hanya DAP yang benar-benar meraih laba dari pakatan ini sementara PKR dan PAS masing-masing merosot pencapaiannya dari segi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi. Untuk sementara waktu pakatan ini akan kekal dengan jalinan kerjasama rapuh mereka, tapi sampai suatu masa samada PKR atau PAS akan merasakan diri mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan DAP semata-mata.

Senarionya berbeza jika pakatan ini wujud saling bekerjasama antara satu sama lain secara rasmi diikat dengan perlembagaan, dasar dan logo yang disepakati, nescaya soal pasang surut prestasi masing-masing dihadapi bersama. Justeru itu, tidak mengejutkan andai menjelang PRU-14 ketiga-tiga parti pembangkang ini akhirnya membawa haluan masing-masing, mengulangi sejarah kerjasama beberapa gabungan tidak rasmi sebelum ini seperti APU, Gagasan rakyat dan Barisan Alternatif.

BN Perlu Transformasi Dalam Pendekatan Kempen

Kejayaan BN dalam PRU-13 yang lalu dengan mengekalkan pemerintahan di peringkat Pusat dan terus berkuasa di sembilan negeri serta menawan kembali Kedah merupakan kombinasi pencapaian yang memuaskan meskipun wujud tsunami politik pengundi Cina.

Bagaimana pun ini bukan bermakna BN sudah boleh berpeluk tubuh dan statik pada takuk itu sahaja kerana masih banyak yang perlu diperbaiki bagi  menampung serba sedikit kelemahan khususnya dalam menghadapi cabaran propaganda pakatan pembangkang. Pembangkang sedari dulu lagi memang diakui hebat dalam memainkan kempen propaganda yang digerakkan tanpa mengira masa dengan bersandarkan pada konsep serangan adalah pertahanan terbaik. Dalam bab ini kita kalah malah dari segi kerberkesanan menangkis serangan juga kita tewas.

Itu hakikat kerana jika kita perhatikan selepas berakhirnya PRU 12 2008, para pemimpin pakatan pembangkang terus melakukan siri jelajah dan himpunan sana sini serta turut memindahkan pengundi ke kawasan-kawasan sasaran yang akhirnya mereka meraih laba bila PRU-13 tiba. Selesai sahaja PRU-13, kaedah yang sama dilakukan oleh pembangkang tapi kita masih di takuk sama sambil melihat begitu sahaja tatkala setiap penjuru negara dijelajah oleh pembangkang untuk menyebarkan propaganda.

Menyedari hakikat in, BN perlu mengubah sedikit pendekatan dan melakukan transformasi dalam gerak kerjanya untuk menghadapi pembangkang demi memastikan kejayaan BN sekarang dapat dipertingkatkan. Kempen penerangan di peringkat cawangan dan bahagian perlu diperhebatkan mula saat ini juga, selain menerangkan isu-isu semasa ia juga boleh dimanfaatkan untuk membentuk pemahaman umum terhadap usaha bakti Kerajaan BN. Dalam BN ada berbelas parti komponen, sepatutnya perkara sebegini begitu mudah untuk dilaksanakan mengikut kawasan masing-masing. Jika tidak dapat dilakukan dua kali seminggu lakukan dulu seminggu sekali, paling malas pun buatlah sebulan sekali. Jika pemimpin pembangkang boleh melakukannya saban hari menabur air liur menanam kebencian terhadap BN, kenapa tidak BN melakukan perkara yang sama tapi untuk menjernihkan semula kebencian tersebut. Kalau nak tunggu setahun dua tahun terakhir sebelum PRU-14 baru bertindak maknanya kita dah jauh ketinggalan.

Setiap parti komponen BN sepatutnya ada satu atau dua pasukan dari jentera penerangan yang aktif sepenuh masa untuk tujuan itu. Sekarang pun patutnya team sebegini sudah bergerak ke akar umbi terutama untuk menghadapi jelajah propaganda Anwar tika ini. Asyik mengharapkan peranan media massa semata-mata bukannya satu jaminan kerana harus difahami bukan semua orang yang membaca akhbar arus perdana dan tidak semua yang mengambil serius info semasa dalam media elektronik. Selain itu, bagi tujuan menghadapi asakan pembangkang di alam siber, amat perlu untuk BN menggandakan kehadiran dan keaktifannya di ruang maya ini supaya jarak saingan yang sebegitu jauh sekarang dapat didekatkan. Ini penting kerana salah satu resipi kekuatan pembangkang ialah wujudnya jentera siber yang berkali ganda kuatnya.

Dalam pada itu, BN juga perlu menggandakan usaha mendaftarkan seramai mungkin penyokongnya yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Jika DAP berkemampuan mencari dan mendaftarkan berpuluh ribu pengundi hanya dalam jangka masa sebulan, mustahil BN tidak mampu melakukan perkara yang sama. Malah kalau DAP & PAS berupaya memindahkan pengundinya dari satu kawasan ke kawasan lain demi meningkatkan peluang kemenangan mereka, mengapa tidak mulai sekarang modus operandi yang sama dilakukan oleh BN?

Banyak lagi sebenarnya yang boleh dilakukan BN dalam mendepani asakan pembangkang, tinggal lagi sama ada mahu atau tidak, itu sahaja. 

2 Cina Dalam Kabinet, Bukti PM Hargai Masyarakat Cina

Walaupun sebahagian masyarakat Cina di negara ini telah berpaling tadah dengan kerajaan dan memilih pembangkang dalam Pilihan Raya 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap tidak melupakan komuniti tersebut dengan melantik dua wakil Cina untuk mengisi barisan Kabinet baru yang dibentuknya.
 
Tindakan itu secara langsung membuktikan Najib tidak pernah sekalipun meminggirkan komuniti tersebut walaupun telah menikam kepercayaan BN terhadap mereka dari belakang. Ia juga  menunjukkan penghargaan perdana menteri terhadap sumbangan kaum itu dalam pembinaan negara berbilang kaum yang memerlukan penyertaan setiap bangsa dalam pentadbiran negara bagi membolehkan kemajuan negara diteruskan tanpa sebarang sekatan. Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kenyataannya berkata menerusi pelantikan itu, Najib sebenarnya menghulurkan salam muhibah kepada kaum Cina walaupun majoriti mereka tidak mengundi BN.

Beliau berpendapat suara kaum Cina dalam kerajaan adalah amat penting. Ia bukan sahaja mencerminkan asas pelbagai kaum dalam Barisan Nasional tetapi juga suara kaum Cina hanya efektif jika diwakili kaum itu sendiri. Dua wakil Cina yang dilantik Najib adalah Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan dilantik sebagai Senator dan Anggota Parlimen Tawau, Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi wakil parti bagi PBS. Berbeza dengan pembangkang, Najib tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai PM untuk semua bangsa walaupun komuniti Cina menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat selepas dihasut dakyah jahat DAP.

PR pula sebaliknya hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa tanpa sebarang perkhidnatan untuk rakyat. Mereka juga lebih gemar beretorik dan fitnah-fitnah yang memutar belit fakta sehingga memporak perandakan hubungan sesama kaum di dalam negara ini. Ia dibuktikan dengan tindakan DAP memainkan sentimen perkauman ketika berkempen di kawasan Cina seolah-olah mereka akan menghapuskan hak istimewa Melayu sekiranya memerintah di hadapan penyokong Cina mereka. Apa yang dilakukan DAP itu jelas menunjukkan mereka bakal mencetuskan tragedi yang tidak diingini sekiranya penyokong-penyokong parti berbalah dengan keadaan yang kritikal.

Najib pula dilihat mengambil jalan kesederhanaan dengan tidak berdendam dengan masyarakat Cina, sebaliknya mengutamakan sikap profesionalisme dalam menguruskan situasi tersebut.

BN Perlu Utamakan Negeri Yang Dimenangi

PRU-13 sudah dua minggu berlalu dan BN yang kembali menerajui Kerajaan Pusat telah pun menamakan anggota kabinetnya, sementara setiap negeri baik yang dimenangi BN mahu pun pakatan pembangkang juga sudah selesai upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13, sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR. Di sebalik semua itu, kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri. Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.

Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini. Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki. Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan. Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya.

Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua? Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa. Justeru itu, apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua?

Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima.

Cina Perlu Pilih Antara ‘Malaysia 1st’ atau ‘Chinese 1st’

Kaum Cina Malaysia sebelum ini begitu 'galak' menghentam sesiapa sahaja yang mempertahan hak Melayu atau yang mempersoal kesetiaan mereka kepada negara.   Tidak perlu pun menghina kaum Cina, tetapi sekadar memetik sejarah dengan mengingatkan mereka bahawa mereka adalah kaum pendatang juga, pasti akan menerima padahnya.   Mereka tidak akan berhenti menyalak selagi yang terlibat tidak diambil tindakan.  

Namun, bila pihak mereka menghina negara ini, orang Melayu, agama Islam dan kerajaan serta pihak berkuasa sehingga ke tahap memuatnaik penghinaan tersebut ke internet, ia tetap wajib dimaafkan.  Jika tidak mereka akan menyalak juga bahawa kerajaan kejam.  Untuk menutup sikap berat sebelah serta pengkhianatan dan kebiadapan mereka, mereka tidak henti-henti memomokkan bahawa UMNO itu rasis atau Perkasa itu pelampau Melayu.  Tuduhan ini dimainkan tanpa henti sehingga ia melekat kuat di hati dan pemikiran kaum itu.   Kononnya, mereka adalah kaum yang ditindas oleh UMNO dan Perkasa pula ingin meningkatkan penindasan tersebut.  Kononnya kesemua kaum di Malaysia sukar untuk bersatu selagi kedua-dua organisasi ini yang menghalangnya.   Malah mereka sering menyeru untuk kedua-dua organisasi ini mendahulukan 'Malaysia' sebelum 'bangsa' (Malaysia 1st, Malay 2nd).  

Hakikatnya, itulah yang UMNO dan Perkasa mahukan iaitu agar semua kaum mendahulukan Malaysia sebelum bangsa.  Kerana itu juga kita mendesak kepada sistem satu sekolah untuk semua.  Kerana itu juga kita inginkan semua kaum memperkasakan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memudahkan pergaulan tetapi juga untuk menjulang erti 'Malaysia 1st' seperti yang dilaungkan kaum Cina.   Tetapi, yang menolak segala usaha ke arah 'Malaysia 1st' ini sebenarnya adalah kaum Cina sendiri.  Sudah terlalu banyak kali kita menyaksikan bagaimana kesetiaan mereka terhadap negara ini tidak asli.   Lihat sahaja bagaimana Namewee menghina negara ini dan tiada seorang pun dari kaum Cina yang mengecam perbuatannya.   Lihat sahaja siapa yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan BANGGA!?    Malah, akbhar Utusan Malaysia hari ini juga telah mengulas tentang bagaimana kaum Cina yang sering memalukan Malaysia di luar negara. 

Bukan kita tidak tahu begitu ramai kaum Cina yang keluar negara untuk belajar atau berhijrah gemar sekali memburuk-burukkan Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah.  Tiada sedikit pun rasa sayangnya kepada negara ini seolah-olah hidup mereka di sini tersangat susah, seolah-olah Malaysia begitu buruk, hodoh lagi busuk.  Sedangkan hakikatnya, di negara inilah mereka menikmati kemewahan malah diberi tempat di dalam kerajaan yang mana hampir mustahil bagi minoriti di negara lain.   Malah, hanya di negara ini mereka dapat menubuhkan sekolah berasingan untuk bangsa mereka dengan diiktiraf dan dibantu kerajaan.   Hanya di negara ini mereka dibenarkan mencetak akhbar dalam bahasa ibunda yang giat menghasut dan memburukkan kerajaan.   Hanya di negara ini, hari perayaan agama dan adat mereka diiktiraf sebagai cuti umum.  

Namun, semua ini langsung tidak dihargai oleh mereka.  Apabila BERSIH berdemonstrasi di sini, mereka yang berada di luar negara turut sama memakai baju kuning mengangkat sepanduk, bangga memfitnah negara sendiri.  Lihat saja apa yang terjadi kepada kaum Cina Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terlalu ghairah membenci negara sendiri konon kejam dan terkongkong, mereka lupa bahawa negara yang mereka puja-puja sebagai sempurna itu adalah jauh lebih mengongkong lagi.  Akibatnya, mereka ditahan dan diambil tindakan tanpa bercakap banyak oleh pihak berkuasa negara itu sedang rakan-rakan mereka di Malaysia masih terus bebas berhimpun mencabar kerajaan di sana sini.  Oleh itu, pesan kita kepada kaum Cina hanya satu iaitu jika ingin terus membuat kerosakan, sekurang-kurangnya janganlah hipokrit.  Usahlah berpura-pura setia kepada negara kerana semua orang tahu bahawa anda membenci negara ini.  Usah berpura-pura melaungkan ketelusan kerana parti DAP sendiri adalah bapa kepada segala ketidaktelusan sehinggakan ahli sendiri pun ditipunya secara terbuka dengan memanipulasi pemilihan CEC.

Usah berpura-pura kononnya ditindas kerana satu dunia tahu bahawa ekonomi negara ini dikuasai Cina. 

Usah berpura-pura dengan melaung dan berhimpun konon tiada kebebasan bersuara sedangkan laungan dan himpunan itu sendiri telah menyatakan sebaliknya.   

Usah berpura-pura inginkan perpaduan kerana perjuangan mempertahankan Sekolah Vernakular dengan sendirinya membuktikan bahawa kaum Cina tidak inginkan perpaduan. 

Usah berpura-pura inginkan keadilan kerana perjuangan ke arah kesamarataan itu sebenarnya adalah helah untuk menelan kaum lain.   Jika benar inginkan kesamarataan, maka kaum Cina perlu terlebih dahulu membahagi-bahagikan 80% bahagian mereka dalam kek ekonomi negara kepada kaum-kaum lain. 

Justeru, pendek kata, usah berpura-pura lagi dan berdirilah atas perjuangan yang sebenar iaitu kaum Cina hanya pentingkan diri.   Berkata benarlah bahawa apa yang kaum Cina perjuangkan hari ini hanyalah satu iaitu;  untuk meletakkan kaum mereka di tempat paling utama atau 'Chinese 1st, Malaysia last'.    Hakikat ini sudah jelas dan penulis pasti kaum Cina sendiri sudah tidak dapat menafikannya.  Justeru, kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar menerima hakikat ini dan menanganinya sebaik mungkin agar negara tidak hancur gara-gara ketamakan kaum Cina.  

 


PAS Perlu Keluar Dari Pakatan Pembangkang

"Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Itulah antara kata-kata yang dituturka oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menegaskan, parti itu akan keluar dari pakatan pembangkang sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu. Penegasan tersebut dibuat pada Februari lalu, di hadapan hampir 10,000 penyokong PAS yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno Ke-7 (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus.

Jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya ini, PAS sewajarnya mengotakan janjinya sebelum ini dengan keluar dari pakatan pembangkang kerana ia jelas telah merugikan Melayu dan Islam di dalam parti itu. Kerjasama politik atau diistilahkan PAS sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP jelas gagal memperkasakan Melayu dan Islam itu sendiri. Pada 2 Mei lalu, beberapa hari sebelum PRU13, kepimpinan pusat PAS sudah meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan  boleh mengusulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini. Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti.

"Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah sebanyak 66 kerusi dan menang 23 kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2013, jumlah yang ditandingi parti itu meningkat kepada 76 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 21 kerusi sahaja. Berbeza dengan Umno, jumlah kerusi yang dimenangi  pada pilihan raya 2013 adalah sebanyak 88, iaitu pertambahan sebanyak 10 kerusi daripada keputusan pilihan raya 2008. Terdapat petunjuk jelas di sini, Umno masih lagi relevan dikalangan sebahagian besar masyarakat Melayu berbanding PAS yang semakin merosot sokongan.

Kerajaan Perpaduan

Idea Abdul Hadi pada 2009 mengenai pembentukkan kerajaan perpaduan perlu dinilai semula kerana ianya dilihat mampu untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda demi kebaikan rakyat dan negara.  Jika dahulu ada pihak yang berpendirian bahawa cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan PAS, tetapi kini sudah jelas terbukti kerjasama PAS dalam Pakatan juga tidak memberi sebarang manfaat kepada parti itu.

Perbincangan dan kajian mendalam perlu dibuat oleh kedua-dua parti untuk merungkai kekusutan yang berlaku dalam politik negara, lebih-lebih lagi kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang mula dicabar dan diganggu gugat pihak tertentu. Kekalahan beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan telah membuka satu dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu. Malah, tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang tidak merestui Naib Presiden PAS, Datuk Husam Muda dilantik semula sebagai exco juga mengejutkan.

Menurut Menteri Besar Kelantan yang baru, Ahmad Yaakob berkata nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan. "Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

"Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya. Selain hilang Kedah, PAS turut kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN pada pilihan raya lalu.  Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah keikhlasan semua pihak dan pemimpin Melayu harus buktikan mereka juga boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen politik demi mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Kerajaan perpaduan dilihat mampu mewujudkan satu landskap politik baru dengan pembentukan satu kerjasama yang ikhlas untuk kestabilan negara. Muzakarah diantara Umno dan PAS yang sudah lama terhenti perlu diadakan semula untuk mencapai matlamat itu.
 

Kabinet Baru Perlu Tegas dan Lebih 'Jantan’

Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan 'mood' luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar.

Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan.

Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakerja untuk menumbangkan kerajaan.

Siri-siri himpunan yang mendapat sokongan besar masyarakat bukan Melayu perlu dikekang dan pihak berkuasa perlu bertegas dengan dengan penganjur yang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Perkara ini jika dibiarkan, ianya akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat dimana pada satu tahap ianya agak sukar dikikis. Negara-negara arab telah mengajar kita, perubahan pentadbiran negara melalui demontrasi jalanan tidak akan menjadikan sesebuah negara itu lebih baik.
 
Dikenali sebagai 'Arab Spring', negara-negara arab sehingga kini masih bergolak walaupun revolusi yang dibawa itu sudah beberapa tahun berlalu. Pemimpin-pemimpin mereka silih-berganti sehingga tiada kestabilan politik di dalam negara sekaligus menghancurkan ekonomi negara itu.

Adakah perkara yang sama yang kita mahu terjadi di dalam negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan orang cina tidak akan mampu melakukan demontrasi ini sekiranya tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.

Dalam hal ini, keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan majoriti Melayu masih sayang dan terus menyokong Umno yang dilihat berjaya mengekal kestabilan di dalam negara. Kerajaan yang naik melalui jalanraya akan tumbang melalui jalanraya juga. Sejarah telah membukti mereka tidak akan bertahan lama.

Kepada mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan adalah sewajarnya memikirkan semula niat itu.

Kepada Anwar Ibrahim... BERSARALAH...

Rabu, 15 Mei 2013

Terkini!!!...Kabinet Malaysia 2013-2018

Barisan Kabinet 2013:-
 
PERDANA MENTERI:
YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

 JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

 
MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

 
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

 MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

 
MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

 
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

 
MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

 
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

 
MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

 
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

 
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

 
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

 
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

 
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

 
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC

 
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

 
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR

 
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

 
 MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

 
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

 
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

 
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

 
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

 
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

 
RINGKASAN:

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...