Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Isnin, 23 Ogos 2010

21 Ogos 2010-Sumbangan Baju Raya Kpd Anak Yatim. & Golongan Susah

Oleh Abdul Samat
Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2010 - Setiap kali kedatangan Ramadan, anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan pasti dibantu dan diraikan supaya
mereka turut gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Saudara Hasnoul
Hisham Hashim tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dan membawa anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan yang seramai 86 orang dalam Parlimen
Masjid Tanah membeli baju raya di sekitar Bandar Masjid Tanah.
Pembelian ini dilakukan secara berperingkat yang dimulakan sejak dari jam 9.00
pagi hingga jam 12.00 tengahari. Menurut Hasnoul, pakaian-pakaian yang dibeli
hari ini tidak akan dibawa balik oleh mereka kerana Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Masjid Tanah akan menyerahkan pakaian tersebut pads majlis berbuka
puasa bersama mereka yang dijangka diadakan di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput,
Masjid Tanah pada 29 Ogos 2010, hari Ahad yang akan datang.

21 Ogos 2010 - Sumbangan Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin DUN Lendu

Sumbangan Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin DUN Lendu
Majlis ini adalah anjuran dan sumbangan oleh Encik Noor Azman Nordin, Pengarah
Urusan Nordin's Ice merangkap AJK UMNO Bahagian Masjid.
Seramai 96 orang penerima sumbangan ini yang terdiri daripada anak-anak yatim
dan fakir miskin yang telah dikenalpasti dari kawasan Dewan Undangan Negeri DUN
Lendu. Majlis telah diadakan dengan jayanya di Masjid Jameq Putra Masjid Tanah
Bantuan ini telah disampaikan oleh:
1. YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap
Ahli Parlimen Masjid Tanah
2. YB Datuk Idderis bin Kassim, ADUN Lendu
3. Tn Hj Nordin Tambycik, Pengerusi Nordin's Ice
Antara tetamu adalah:
1. YBhg Datuk Abd Talib Bachik, Naib Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah
2, Encik Noor Azman Nordin, Pengarah Urusan Nordin's Ice
3. Pengerusi-pengerusi JKKK & Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam DUN Lendu

Best Regards,
Abdul Samat bin Ab. Wahab
(Smart Sam)

Sabtu, 15 Mei 2010

Demokrasi Cara DAP dan PKR

Satu ketika dulu UMNO dilabel sebagai pengamal kronisme dan nepotisme, kononnya UMNO
tidak amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan kononya kepimpinan tertinggi UMNO
hanya menjaga orang-orang tertentu sahaja.
Namun adakah hakikatnya begitu? atau orang-orang yang cuba memburukan UMNO ini
sebenarnya cuba menyembunyikan kelemahan mereka?
Lihat saja Parti Keadilan Rakyat yang mana Penasihatnya adalah Anwar Ibrahim,
Presidennya Wan Azizah isteri beliau dan Nurul Izzah anak beliau turut menjadi kepimpinan
tertinggi dalam parti tidak termasuk Azmin Ali, kroni rapat anwar yang menjadi orang paling
kanan dalam Parti Keadilan.
Dalam DAP pula Lim Kit Siang sebagai penasihat nampaknya amat mementingkan keluarga
seperti Anwar.. Anak beliau Guan Eng adalah Presiden dan menantunya Betty turut
mewarnai kepimpinan DAP..
Justeru itu apakah makna demokrasi kepada mereka? Dimana suara ahli parti yang berhak
memilih  pemimpin untuk meminpin mereka kearah pembangunan negara yang lebih
cemerlang? Kedua-dua parti nampaknya lebih busuk dan dan buruk daripada UMNO yang
kononnya dituduh mengamalkan nepotisme.
Itupun PAS masih lagi berkhiblatkan kepada kedua2 parti ini untuk menjadi rakan kongsi
mereka dalam mengekalkan kedudukan parti tersebut dalam sokongan rakyat. DAP yang amat
radikal dan pernah mencetuskan keganasan 13 Mei 1969 menjadi harapan PAS dalam
memperluaskan pengaruh mereka.. Matlamat PAS telah menghalalkan cara mereka dalam
membentuk satu pakatan yang merugikan rakyat.
PAS satu ketika dulu pernah menghamburkan kata-kata menghina dan mengkafirkan UMNO
kononya kerjasama dengan bukan islam adalah haram. Adakah bekerjasama dengan kafir
zimmi yang menyokong dan sentiasa mematuhi perlembagaan negara sebagai haram,
sedangkan PAS kini bersetongkol bersama DAP yang Radikal dan boleh dikategorikan
sebagai Kafir Harbi itu tidak haram?
Mengapakah DAP dikategorikan sebagai Kafir Harbi? Ingat lagi kata-kata Karpal Singh?
"Langkah Mayat Saya Dulu..." ketika ditanya tentang hasrat PAS untuk menubuhkan kerajaan
islam. Kit Siang dan Guan Eng juga tidak terkecuali menentang sekeras-keranya penubuhan
negara islam dan DAP tidak akan sesekali membenarkan Islam menjadi Perlembagaan
negara.. Ini berlainan dengan UMNO yang telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara
islam melalui perlaksanaan menyeluruh dalam Syariat, Muamalat, Munakahat dan Undang-
Undang sentiasa mendapat sokongan daripada MCA dan MIC serta komponen barisan
nasional yang lain.
UMNO selama ini mengamalkan demokrasi terpimpin dengan menjadikan ahli-ahlinya penentu
kesinambungan partinya. Ahli sentiasa diberikan hak dan kebebasan untuk memilih pemimpin
yang berkebolehan dalam memacu parti kearah yang terbaik. Pemimpin yang tidak mampu
berkhidmat dengan cemerlang pastinya akan ditendang keluar dan digantikan dengan yang
lebih baik. Ini menunjukan UMNO amat prihatin terhadap kehendak ahlinya dan amalan
tersebut tidak hanya tertumpu kepada ahli-ahli UMNO sahaja bahkan parti-parti komponen
dalam Barisan Nasional juga memainkan peranan melaksanakan sistem demokrasi didalam
memimpin parti mereka.
Hakikatnya amalan tersebut terus dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam
memastikan demokrasi terus mekar bersama rakyat Malaysia. Rakyat diberikan keutamaan
dalam memilih pemimpin dan pemimpin yang tidak menunjukan prestasi yang baik pastinya
ditolak oleh rakyat yang berfikir tentang masa depan mereka dan negara.

Khamis, 13 Mei 2010

'Bughat': PKR, DAP, PAS.. WAJIB DITENTANG??


Mungkin ramai tertanya-tanya apakah Bughat? Bughat merupakan salah satu daripada pecahan hukum hudud dalam undang-undang jenayah islam.. ikuti kupasan dibawah:

Bughat mengikut istilah syara' ialah segolongan umat Islam yang melawan dan mendurhaka kepada Ulil Amri (Khalifah), iaitu pemerintah (Daulah Islamiyah) yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari'at Islam.
Manakala dari segi ilmu tatanegara pula, satu perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan mendurhaka kepada Ulil Amri adalah dinamakan Jarimah Siasah iaitu kesalahan dalam politik.

Kesalahan Dalam Politik

Syarat-syarat bagi sesuatu perlakukan itu dianggap sebagai satu kesalahan dalam politik :
  1. Pemberontakan dan penentangan mereka itu bertujuan untuk menggulingkan ketua negara atau tidak mahu lagi mematuhi pemerintahannya.
  2. Didapati sebab-sebab mereka memberontak dan menentang dasar pemerintah, sekalipun sebab-sebab yang mereka kemukakan itu merupakan sebab yang paling lemah
  3. Penderhaka dan pemebrontak itu telah mempunyai kekuatan dengan adanya ketua kumpulan itu dari orang yang mereka taati untuk mengatur dan menyusun penderhakaan dan pemberontakan yang akan mereka lancarkan.
  4. Telah berlaku penderhakaan dan pemberontakan yang merupakan perang saudara dalam negara selepas mereka itu mengadakan persiapan senjata dan pertahanan.

Penderhakaan Yang Wajib Diperangi

Penderhaka yang wajib diperangi di dalam sesebuah negara adalah tertakhluk kepada beberapa syarat :
  1. Mereka yang telah mempunyai kekuatan dan yang telah berterus terang secara terbuka menentang pemerintah/kerajaan.
  2. Mereka yang telah keluar dari tadbiran Ulil Amri (Pemerintah) dan telah membentuk pemerintah/kerajaan yang lain dan telah melantik seorang Imam lain pula.
  3. Terdapat panda mereka kekeliruan faham, dimana mereka menganggap bahawa mereka boleh keluar dari kawalan dan tadbiran Imam.
  4. Setelah diajak berunding dengan bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Ali terhadap Ahli Jamal dan kaum Khawarij.
  5. Mereka telah mengadakan kekacauan dalam negeri, seperti membakar, membunuh, mengadakan huru hara dan sebagainya.
Orang-orang Islam yang menetang dan menderhaka terhadap Imam yang adil dan keluar daripada pemerintahannya wajib diperangi sehingga mereka itu kembali taat setia kepada pemerintahannya. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang telah memerangi mereka yang enggan membayar zakat.

YB Khalid Samad Promosi Aktiviti Gereja???


Thanks to: Cucu Tok Selampit

Ni apa cerita ni YB? Dah tak ada modal lain ke nak "mengemis" undi di Parlimen Sibu? Bila Bloggers Pro BN panggil Khaled Gereja, puak-puak PAS marah. Tengoklah apa yang dia buat tu. Dia dok promosi seminar yang akan diadakan oleh sebuah gereja bernama "Sibu Sacred Heart Church" untuk memancing undi.


Mengikut seorang rakan yang berada di sana memberitahu, kelihatan MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad, MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, MP Seputeh Teressa Kok dan isteri calon DAP, Irene Cheng ada di situ untuk mempromosikan ceramah agama yang akan diadakan di Hotel Paramount, esok.


Irene dan Teressa Kok tak apalah, mereka Kristian. Yang dua keldai Melayu Islam pergi promosi Ceramah Agama Kristian tu kenapa? Labu ... Labu ... Mungkin Khalid akan kata, inilah kebebasan Agama cara PAS. PAS For All. Halal Haram masuk sekali. Janji undi masyukkk! 

Ada Nilai 4 Juta??

Rabu, 28 April 2010

Pembangkang Hanya Tahu Tuding Jari

Kenapa menuduh BN membeli undi? nampak sangat pembangkang tak tahu menghormati hati rakyat.. sedangkan rakyat membuang undi kerana melihat kepada masa hadapan yang lebih cerah bersama kerajaan BN..

Pembangkang juga menuduh SPR sebagai tidak telus dan berat sebelah?? Owh!! bila mereka menang di beberapa negeri dulu masa PRU12 kenapa tak nak heboh kata SPR tak betul?? sekarang bila kalah SPR tak betul pulak? Rakyat dah pandai menilai mana intan mana kaca.. Jangan nak memperbodohkan rakyat dengan politik sempit pembangkang.. yang mereka tahu hanyalah mencai kesalahan atau mereka-reka kesalahan saja.. 

Kenapa nak memperjudikan nasib rakyat semata2 nak naikkan manusia pengkhianat negara sebagai perdana menteri? cukup hebatkah pengkianat ni? sedangkan beliau adalah sabahat baik yahudi.. beliau juga sanggup menjual maruah agama bangsa dan negara... tak perlu lah nak menolak keamanan dan kesejahteraan negara demi PENGKHIANAT HYBRID YAHUDI... !!

Isnin, 26 April 2010

Satu Penjelasan [Siri 1] QAZAF


Pengertian Qazaf:

  1. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah (Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad) , Qazaf adalah menuduh seseorang itu Zina atau Liwat.
  2. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukum qazaf. Hukumannya adalah ta'zir

Saksi

  1. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat , TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan kepada perogol atau peliwat, bukannya pengadu.
  2. Sekiranya tiada saksi untuk membuktikan kejadian rogol atau liwat, orang yang membuat tuduhan akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti
  3. Firman Allah: Mafhumnya: "Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik
  4. Jika dia membawa bukti yang menunjukan berlakunya kejadian rogol atau liwat dia dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf.
Adakah Tanpa Membawa 4 Orang Saksi akan dikenakan Qazaf

Pengadu tidak dikenakan hukuman qazaf walaupun tidak membawa 4 orang saksi berdasarkan keterangan ulama; namun mestilah mengikuti proses berikut:
  1. Pihak berkuasa yang menerima adua perlu mengumpul bukti yang menunjukan pengadu memang dirogol atau diliwat, Apabila terdapat bukti, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan hukuman
  2. Jika pengadu tidak mampu untuk memberikan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukan pengadu dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti</lil>

Dalil kenyataan di atas adalah keterangan Imam Abd Al-Bar. beliau menyatakan:
[Terjemahan] Para ulama telak berijma'bahawa perogol [dikenakan] keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya] atau dia mengakuinya. Jika tidak ada [bukti], maka [dikenakan] keatasnya hukuman dan

tiada sebarang hukuman ke atasnya

apabila terbukti bahawa dia memaksa dan mendesaknya [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujud paksaaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suara] meminta pertolongan dan keritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenalpasti] dia seorang gadis. yang boleh diketahui melaluidan seumpamanya yang boleh menerangkan keadaannya bahawa dia dipaksa]

... Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf di kalangan ulama bahawa yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [ke atas]nya dengan bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpanya".

Bukti-Bukti Yang Boleh Digunakan

  1. Mangsa datang melaporkan kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis
  2. Mangsa didengari berteriak meminta tolong
  3. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa kedalam rumahnya secara paksa
  4. ; atau 
  5. Pada zaman sekarang, kajian sainstifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman video litar tertutup dan sebagainya.
  6. ....Bersambung

Khamis, 22 April 2010

Khalid Minta Ahli dan Pemimpin Tinggalkan PKR...

Khalid Ibrahim nampaknya semakin tertekan dengan situasi pari mereka dan kegagalan beliau dalam
menangani isu keluar parti dalam PKR.. kenyataan beliau semalam menampakan beliau semakin
tertekan kerana satu demi satu kepimpinan PKR dan ahli keluar parti.. Bukan seorang tetapi
sekurang-kurangnya 34 orang pemimpin PKR telah meninggalkan PKR tersebut termasuk mereka yang telah mengasaskan PKR..
Khalid 'galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti
SHAH ALAM 21 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan
lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika
mendapatinya tidak sesuai lagi.
Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu.
"Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di
Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya
galakkan.
Ini menunjukan PKR tidak lagi releven kepada masyarakat... Kepimpinan PKR dibawah Khalid yang meneraju negeri selangor nampaknya tidak lagi telus.. antara kepincangan Khalid:
  1. Gagalan melaksanakan menifesto Pakatan Rakyat di Selangor
  2. Berjaya menjadikan meletakan 'Babi' lebih selesa (dalam aircond) daripada rakyat miskin di Selangor
  3. Gagal menunaikan janji memungut kutipan jualan pasir negeri yang kononnya RM150juta.. 
  4. Berjaya membawa calon bermoral rendah sebagai pemimpin.
  5. Berjaya melantik kroni beliau sendiri secara runding terus dan bukan menerusi tender terbuka.
  6. Berjaya melahirkan kroni-kroni PKR yang sentiasa menuntut habuan atas projek2 di negeri selangor
ni baru sedikit.. sedangkan banyak lagi kepincangan beliau dalam menerajui PKR selangor

PKR Anti Perkauman: Nizar Penghasut Cuba Tiup Api Perkauman

PKR Anti Perkauman: Nizar Penghasut cuba meniupkan api perkauman antara UMNO dan Kaum Cina... bukti telah nyata (sila layari http://www.youtube.com/unitmediabaru )...   Nizar patut di tahan di bawah ISA kerana cuba menghasut dan mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian Negara...
Pakatan Rakyat dah tertekan dengan angin perubahan yang dibawah oleh UMNO dan Barisan Nasional.. BN sekarang sudah bangun dan diterima rakyat... Pakatan Jahat semakin berkurangan sokongan kerana mereka langsung tidak dapat memenuhi janji-janji manis mereka kepada rakyat...

BN MEMANG TOLAK... PAS JUGA PATUT TOLAK... ZAID SEBAGAI PEMIMPIN RAKYAT...

Zaid Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin... sudah tentu tidak akan disokong oleh penyokong Barisan Nasional... hatta penyokong PAS juga seharusnya memikirkan perkara ini sebagai satu topik serius... Mengapa??

  1. Zaid adalah seorang peminum arak. Biarpun ada yang mempersoalkan sama ada gambar itu superimposed atau tidak, tidak ada mana-mana pihak yang berani menafikan bahawa Zaid seorang peminum arak. Sila lihat di sini untuk gambar Ziad dalam satu majlis (klik) dan artikel dari Jocelyn Tan (klik).
  2. Zaid adalah seorang penjudi kuda (klik).
  3. Pegangan agama Zaid adalah tipis sehingga mencadangkan loteri untuk sukan (klik) sehingga menyebabkan Pas memusuhinya
  4. Pandangan Zaid tentang murtad tidak selari dengan pandangan ulama (klik)
  5. Zaid menolak hudud (klik)
Inilah manusia munafik yang tidak layak menjadi pemimpin... SO APA LAGI... UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL!!!!

Anwar Dalam Ketakutan... Fuckatan Riot at The End



Gugurnya bunga cinta... satu persatu orang kanan, kiri, depan dan dah tentu belakang Anwar pergi tak kembali meninggalkan parti yahudi anwar... bukan sebarangan orang.. perencana-perencana politik anwar semakin terhakis kepercayaan mereka terhadap anwar... akibat daripada perjuangan gila manusia yang bernama anwar ibrahim yang hanya gilakan jawatan ingin menjadi perdana menteri malaysia sedangkan beliau hanya layak menjadi pencacai yahudi semata2.

bukan satu, bukan 2 tetapi 34 manusia ternama dalam PKR datu demi satu menolak kepimpinan anwar al-juburi.. anda bila lagi?? masih lagi percaya dengan manusia haprak ini?? ingat lagu ini... 

"jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama... anda liwat orang!!" 

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir


Kerusi Parlimen 
1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN 
1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam

Sudahlah tak solat... Tambah dosa lagi.. apa nak jadi


Timb Ketua Pemuda AMK, Faris Musa bersama 5 petugas parti PKR ditahan pihak polis jam 7.30 petang tadi ketika sibuk menurunkan kain rentang BN.

Dia kini berada dalam tahanan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Semasa orang sibuk nak ke masjid berjemaah Maghrib, puak-puak munafiqeen ini sibuk melakukan khianat ke atas hak milik orang lain.

Inilah perangai busuk perut dan mentaliti dibawah paras cerdik pencacai-pencacai PR.

Puak-puak mereka ini sudah mula tergugat dengan sokongan penuh masyarakat Hulu Selangor. Sebab itulah mereka begitu terdesak melakukan taktik gampang mensabotaj bahan kempen BN.

Jelas bahawa jentera PR semakin meroyan ibarat cacing yang kepanasan

副青年 PKR,法里斯摩西主管与员工党5巴基斯坦卢比下午7:30被捕,警方今天在国阵的旗帜下的忙碌。

他目前被拘留在警署武吉圣淘沙。

在繁忙的我在清真寺祈祷马格里布,各部落都忙于 munafiqeen 出卖他人的权利。

这是不良行为及以下的智能,pencacai pencacai 公关水平胃心态。

这些部落已开始与社会的全力支持葫芦雪兰莪影响。这就是为什么他们是如此迫不及待地做了英国国民运动容易破坏战术。

很显然,公关机器 meroyan 像蠕虫热量。

来源:Pusaka Ayahanda

Picture UMB Melaka@Command Centre BN PRK Hulu Selangor



Best Regards,
Abdul Samat

Rabu, 21 April 2010

Orang Asli Kena Main... Khalid Gagap Tipu Lagi

Khalid Gagap punyalah nak bantu Zaid menang pilihanraya sampai sanggup tipu Orang Asli.. Khalid sekali lagi cuba membeli undi secara menipu orang asli.. mungkin bagi beliau orang2 asli ni tak berpelajaran tinggi.... tapi tak kan nak menang dengan cara menipu??
Semalam dalam kempen di hulu selangor kerajaan selangor pimpinan khalid gagap menyerahkan kononya borang pemilikan tanah kepada orang2 asli... sekaligus memberikan harapan kepada orang asli untuk mendapatkan tanah..
Tapi mimpi disiang hari memang tak akan menjadi kenyataan... sekali orang asli dapat tau... tu cuma borang permohonan tanah... memang sah kena main!!! 
Setakat borang permohonan.. sapa2 pun boleh ambik.. dapat belum tentu... apa punya haprak... kalau nak bagi tu bagi jelah ... tak payah nak menipu... nilah rupa PARTI KELENTING RAKYAT

Khamis, 15 April 2010

Tahniah Raja Nong Chik..

Tahniah buat Raja Nong Chik,... pastinya KPI menjandi agenda beliau untuk memastikan setiap penjawat melaksanakan tugas dengan amanah dan betul dalam menjuarakan rakyat.. sejak menyandang jawatan ini beliau tidak pernah kenal penat dan lelah dalam memastikan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sebagai satu moto perkhidmatan yang cemerlang.

Jadi kita kena melihat ini sebagai kayu pengukur kepada semua pemimpin yang telah dipilih untuk melaksakan perkara yang sama di kawasan dan skop tugas masing2.. sekarang bukan masanya untuk kita hanya bercakap dengan kata2 retorik semata2 .. 

PKR Amal Rasuah!! Inikah Pemimpin Pilihan Anda?

tiada penafian tetapi lebih kepada kenyataan.. MB Selangor tidak langsung menafikan tetapi mengiyakan adanya penglibatan ahli2 PKR yang meminta suapan a.k.a komisyen bagi sesuatu projek.. MB selangor perlu bertanggungjawab sepenuhnya bukan sekadar mengishtiharkan mereka tidak lagi bersama PKR.. tetapi perlu dedahkan siapa terlibat dan SPRM jangan berdiam diri.. pengakuan sudah ada.. pastinya dokumen juga mesti ada... laksanakan tanggungjawab.. jangan doublestandard...

Pemilihan ZAID IBRAHIM ditentang!! Kehendak Anwar Ditolak Ahli PKR!!!

Wee Choo Keung yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju menolak pemilihan Zaid Ibrahim sebagai Calon PRK Hulu Selangor.. maknanya beliau jugak menolak kehendak dan harapan CIFU Anwar yang terlalu berkeinginan melihat Zaid dilantik sebagai calon..

Beliau berpendapat Zaid tidak mungkin mampu untuk memahami kehendak penduduk setempat, dengan gaya hidup elit dan liberal yang diamalkan. Zaid dikatakan tidak mampu untuk membawa pembangunan dan hanya mampu untuk memperbanyakan pusat hiburan jika menang.

Inilah wajah sebenar Zaid Ibrahim.. jadi kalau orang hulu selangor nak jugak Zaid ... tepuk dada tanya selera.. pembaharuan dan pembangunan atau PUSAT HIBURAN??

CIFU KALAH LAGI..

Untuk sekian kalinya CIFU Anwar kalah lagi dalam permohonan di mahkamah.. kali ini permohonan KAZAF..
Entah apa nak jadi.. kekalahan demi kekalahan membelenggu Anwar.. 
Mungkinkah ini satu petanda awal.. kejatuhan Revolusi SoSial Anwar?

Sabtu, 10 April 2010

Gaduh: PAS Militan, DAP Komunis dan PKR So-Sial

Apa nak jadi... ni lah kerja pembangkang.. bila tiba pilihanraya yang mereka tahu nak provokasi... gaduh sana gaduh sini... mintak permit perhimpunan aman tapi bila dah berhimpunan mulalah nak tunjuk belang.. masing2 nak tunjuk hero.. macam ni macam mana rakyat nak sejahtera..
 
Tapi bukan salah mereka jugak.. kena salahkan diri kita sendiri sebab apa pangkah mereka.. (bg mereka yang berkenaanlah).. dah kita pilih samseng jalanan.. maka inilah hasil yang kita dapat...
 
Walhal pilihanraya belum pun bermula.. kempen munggu depan baru nak mula... ni apa cerita? Pilihan anda adalah penentu masa depan anda.. PILIH BN ANDA SELAMAT PILIH PAKATAN... LUFIKIRLAH SENDIRI...

Tahniah Datuk Idderis Haron

Tahniah kepada datuk Idderis Haron dengan perlaktikan beliau.. harap dapat bawa lebih banyak kemakmuran kepada negeri melaka dan negeri2 lain amnya.. kami di UMB Melaka mengharapkan yang terbaik daripada Datuk

Anwar Sudah Bagi Signal: Beliau Agen Israel

Siapa tak kenal dengan nama Anwar Bin Ibrahim... satu malaya dah kenal... Pengkhianat negara No 1... Anwar bukanlah manusia hebat seperti sangkaan orang yang masih lagi menyokong beliau membabi buta.. anwar hanyalah seperti langau.. dimana ada tahi disitulah ada beliau..
Satu kelebihan anwar hanyalah pada kehebatan beliau menipu... dari dulu sampai sekarang beliau tidak pernah susut dengan taktik menipunya.. dulu semasa bersama Abim.. semua orang tertipu dengan lagak alim2 kucing beliau.. kononya nampak berkarisma membaca kuthbah, menjadi imam.. tapi dibelakang... ekor bercabang..
Terbaru beliau menuduh dlam PDRM ada perisik Israel.. kononnya beliau dapat 'internal info'... tapi sampai sekarang satu bukti pun dia tak berani nak tunjuk seperti mana sebelum2 ini.. macam kes liwat beliau sendiri.. beliau masih lagi berdolak dalik.. nak bersumpah pun takut... mungkin beliau takut dimakan sumpah.. macam si tanggang disumpah dek ibu menjadi batu..
Tuduhan liar anwar selalunya akan memakan diri sendiri.. mungkin anwar tahu siapa perisik israel sebab beliau sememangnya dari dulu lagi sudah menjadi agen israel.. apa yahudi laknatullah tu cakap semua dia nak ikut... sahabat baik beliau sendiri yahudi.. jadi apa nak hairan.. mungkin sebenarnya anwar nak bagitau dengan kita agen yahudi yang dimaksudkan dok keluar masuk bukit aman itu adalah beliau sendiri
Bila dah terbongkar.. beliau akan cipta penipuan baru.. kononya nak memerdekan Sarawak.. tak dapat jadi PM Malaysia.. so nak merdekakan Sarawak untung2 dapat jadi PM.. Ini apa cerita? layakah anwar jadi pemimpin negara? penyokong kuat yang ada pun lari meninggalkan beliau.. inikan pula nak memerintah negara.. jangan esok semua orang lari.. anwar jadi raja pakau..

Anwar Cuba Memerdekakan Sarawak Jika Menang

Agak pelik.. tapi benar... Anwar bukan calang2 orang dalam ilmu putar alam.. Manusia bernama Anwar bin Ibrahim.. bukan sekadar pengkhianat bangsa tetapi lebih dari syaitan bertopengkan manusia..

Kalau kita lihat dalam kes liwat beliau, Hanya nak menunjukan beliau betul dan tidak bersalah, beliau sanggup mempergunakan ulama dengan kenyataan2 palsunya. Terkini Yusof Qadrawi dalam salinan CD beliau dengan senang hati mempolitikan kenyataan ulama' tersohor tersebut semata2 nak menunjukan beliau tidak bersalah... walhal soalah yang diajukan kepada Qadrawi hanyalah berkisar persoalan pokok semata2 .. maka jawapan yang diberikan oleh ulama' tersebut adalah berkisar kepada permasalahan umum tentang hukum dan syarat bagi hukuman tersebut...

Drama liwat anwar bukan perkara baru.. drama mempergunakan ulama' juga bukan perkara baru bagi anwar.. beliau juga pernah menjadi seorang yang alim.. tetapi sesat di pertengahan jalan.. mungkin belakang lebih sedap dari yang depan.. hari ini bila topeng muka sudah terdedah.. beliau tidak boleh lagi bersembunyi di sebalik kealiman palsu beliau... maka dipergunakan ulama'2 muktabar.. hatta ulama' akhbar sekalipun tidak terlepas.

Ulama' Akhbar HARAKAH.. yang hari ini sedang sibuk memuja beliau sebagai pejuang.. sebagai manusia tertindas.. masih dalam keadaan koma.. yakni tidak sedarkan diri... masih juga belum menyedari manusia yang dibela bukan pejuang tetapi petualang bangsa dan agama.. 

Jadi jika anwar pandai memanipulasikan kenyataan Qadrawi.. maka tak mustahillah.. ulama' cap ayam di negara kita ini pun dipermainkan juga oleh AlJuburi ini.. 

Bab nak memerdekakan Sarawak jika menang tu korang bacalah keratan Utusan 9 April 2009... Wassalam

Hmm Fakta Atau Auta?

merokok boleh mengurangkan berat badan? betul ke?
mungkin juga ada betulnya.. sebab tak makan.. duit abih pada rokok..
atau sebab penyakit... 
yg pasti... merokok bleh menyebabkan anda disaman... 
sebab merokok di kawasan larangan

Jumaat, 9 April 2010

Negeri 9.. Jadikan Spa Sebagai Pelancongan... ?? N9 = Bukti Bintang ???

Tahniah kepada Negeri Sembilan... bukan satu tapi sembilan negeri.. hebat-hebat, terbaru Negeri9 nak menjadikan PD sebagai Pusat Spa.. ini dah kita hebat.. maknanya nanti memang ramailah kecil besar tua muda datang berduyun2 ke PD untuk menikmati perkhidmatan Spa terbaik mereka ini..

TELUK KEMANG 8 April - Kemunculan hotel dan resort yang memiliki kemudahan spa di Port Dickson (PD) di sini mampu menjadi nilai tambah kepada kerancakan aktiviti pelancongannya.

"Memandangkan kewujudan hotel dan resort seperti ini semakin menggalakkan bukan sesuatu menghairankan jika ia terus mempopularkan Port Dickson.

"Mungkin juga jika diusahakan secara bersepadu Port Dickson bakal bergelar pantai spa dengan perkhidmatan kesihatan yang serba bermutu," katanya pada majlis perasmian Hotel Seri Ratu & Spa di Pantai 3, Batu 8 di sini baru-baru ini.

Tapi kena beringat jugak.. bila dah banyak Spa.. kena selalu buat pemantauan.. sebab sekarang ni lebih ramai lelaki dari perempuan suka dengan perkhidmatan Spa ni.. (Faham2 sajalah) yang tua yang muda.. pantang ada masa lapang.. mulalah nak pegi releks kat Spa.. kononnya nak meningkatkan kesegaran badan..

Bukan apa.. sekarang ni dah banyak.. macam2 urutan ada.. cakar harimaulah... urutan zahir dan batin.. teknik jgan cakap.. cara Thai, Jawa, India, China dan banyak lagi.. So kenalah jaga2.. akak2 dan adik2 tengok2kan abang2 tu..

Menurut Salbiah, perkhidmatan spa yang berunsurkan tradisional sebelum ini cukup terkenal di negara jiran malah berjaya mempopularkan destinasi pelancongan di situ.

p/s: saya suka urut tapak kaki.. lepas tu bg ikan gigit kaki... asyikkk.. Hehe

 

 

 

Kami Prihatin.. Anda Tak Prihatin Ke? Rakyat Tidak terbela... Jgn Hanya Tahu Menyalak Saja

Orang malaysia memang prihatin.. kalau masuk bab kasihankan orang lain, berduyun2 rakyat malaysia biasanya akan menyumbang biar sedikit tetapi bila dikumpul menjadi jutaan ringgit.. itu yang dapat digambarkan betapa prihatinnya rakyat malaysia.. dan begitu bersatunya rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini.. Tahniah YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional yang telah membentuk rakyat Malaysia menjadi prihatin sejak 53 tahun merdeka.
 
<quote><i> KUALA LUMPUR 8 April – Kempen Kami Prihatin yang bertujuan mencetuskan kesedaran umum terhadap isu penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi dirasmikan hari ini dengan himpunan bersejarah lebih 20 artis popular tanah air.</quote></i>
 
Antara artis popular yang terlibat ialah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Anuar Zain, Amy Search, Lah Ahmad, Aizat, Amy Mastura dan Fauziah Latiff. 
 
Turut memberi sokongan artis veteran Datin Julie Sudiro, Datuk M. Daud Kilau dan Datin Suliza Salam selain Hattan.
 
Sembilan artis yang terlibat dalam rakaman lagu pada 2 April lalu iaitu Anita Sarawak, Aishah, Adibah Noor, Mawi, Erra Fazira, Maya Karin, Nurul, Misha Omar dan Amylea tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.</quote></i>
 
Tapi yang peliknya Artist saje ke? takkan lah Artist dengan DS Sharizat sorang saja yang prihatin? Parlimen Lain tak prohatin ke? bukankah ini masalah negara dan masalah bersama.. kenapa nak dipolitikan?
 
<quote><i> Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merasmikan kempen ini di KL Sentral di sini, bersama tetamu dan lebih 500 orang awam yang hadir turut menyanyikan lagu berkenaan.
 
Selain para artis, kempen anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Persatuan Karyawan Malaysia ini turut disertai oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).</quote></i>
 
Adakah ORANG BULAN, DREBAR ROKET tidak prihatin... kalau prihatin kenapa senyap saja??? Bagi Parti yang satu lagi tu diorang tak prihatin pun tak terkejut sangat sebab 'KEPALA' dia pun dan SoSIAL... depan belakang sama saja..
 
<quote><i> Kempen Kami Prihatin gabungan awam-swasta yang disifatkan oleh Shahrizat sebagai magis kerana berjaya mencetuskan kesedaran masyarakat dalam masa singkat, akan diteruskan dengan pelbagai program berkaitan.
 
Pelbagai pihak termasuk badan korporat juga telah menyatakan komitmen untuk menyokong kempen ini dengan harapan perbuatan keji mendera kanak-kanak dan membuang bayi tidak lagi berulang.</quote></i>
 
P/S: Apapun tahniah kepada Datuk Seri Ali Rustam yang memang amat prihatin dengan Masalah Sebegini... Tok Seri, kalau boleh kita pinda undang2 jgn nak tunggu sampai lepas 18 baru boleh kawin... kalau 11 tahun nak kawin biarkan diorang kawin... Selamat.. takde nak buang merata2..

Khamis, 8 April 2010

Biar Cepat Jgn di'LIWAT2'kan

Ezam mohon maaf?? kenapa mesti mohon maaf? sememangnya apa yang telah beliau lakukan telah berlaku.. tidak ada apa lagi boleh diubah sejarah hitam yagn telah berlalu..
 
KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.
 
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.
 
"Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.
 
Ezam... Ezam... bro ini benda bukan boleh tarik-tarik macam main tarik tali.. benda dah jadi sejarah..
satu malaya dah tahu, terpahat dlm ingatan bahawa insan bernama EZAM pernah mengkhianati agama bangsa dan negara dengan membela si pengkhianat 'Jubur' tersebut
 
"Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar," katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.
 
Apa pun.. Alhamdulilah Ezam sudah sedar akan kebodohan beliau dulu.. yang ramai lagi di luar sana dok membela anwar ntah berapa banyak lagi masih belum sedar kebodohan mereka.. kesian kan??
Jadi jangan lagi nak memperbodohkan diri wahai saudara Ezam.. kena kuatkan lagi usaha membela agama bangsa dan negara... jangan di'liwat'-'liwat'kan nita murni mu itu Bro Ezam ..

Jangan Sekadar Retorik

Mungkin tulisan saya ini akan menyebabkan ramai orang 'terasa'.. akan tetapi ini adalah hakikat bahawa ubat sememangnya pahit... dan yang pahit itu harus ditelah untuk menyembuhkan penyakit..
 
Semasa berkempen kita selalu mencanangkan bahawa dengan memberikan undi kepada kita, pelbagai rencana akan dilaksanakan, yang biasanya kita dengar.. tingkatkan ekonomi masyarakat.. tingkatkan produktiviti.. tingkatkan pendidikan... tingkatkan itu tingkatkan ini... tetapi hakikat??
 
Cukupkah sekadar saban tahun kita menghabiskan sisa-sisa kuasa jawatan kita dengan sekadar melawat orang sakit sahaja.. atau sekadar berdialog mungkin juga mengajurkan pertandingan bolasepak atau sekadar rombongan ke negara jiran.. dan sesuatu yang sinonim dengan politik kurang matang kita?
 
setakat hari ini, apa yang dilihat program2 pendidikan, konvensyen, ekonomi yang sepatutnya memberikan kesan mendalam dalam melahirkan insan intlektul ibarat melepaskan batuk ditangga.. natijahnya... pemuda, puteri dan gologan muda masih lagi digula2kan dengan keseronokan sementara.. dan bila mereka sudah tersedar maka sudah terlambat untuk kita menghambat mereka kembali kepada pangkuan kita..
 
Jawatan yang diberikan kepada kita bukan sekadar untuk cakap retorik.. bukan sekadar gah di mata rakyat tetapi dihati mereka sebenarnya menyampah.. pikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik2nya dan lakukan dengan ikhlas dan jujur...

Mana Ada "Hairan Bin Ajaib" .. Sudin Ajaib Memang Ada!!

Nak kata bodoh... dah memang bodoh, Nak kata bangang.. dah terserlah bangang. Itulah perumpamaan yang elok diberikan kepada pembangkang.. entah apa 'ghoman' diorang ni masih lagi dok terpekik terlolong macam anjing hilang anak tentang pengundi hantu..
 
Bila datang pilihanraya kecil.. anak2 anjing mula melolong ibarat nampak bulan penuh disiang hari.. bergayut di tiang2 lampu jalan. Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Abdullah Sani Abdul Hamid telah mempertikaikan dan mempersoalkan sejumlah 2,561 pengundi baru yang tiba2 muncul dalam kawasan parlimen Hulu Selangor.. Tu lah nak kata bangang dah memang bangang.. Cerdik tak dapat nak diajar ..
 
Mungkin dulu sekolah tak tinggi kot.. bukankah pendaftaran pengundi dibuka sepanjang tahun.. Kalau di Melaka... Parti Komunis DAP dok berkempen daftar pengundi di Pasar2 malam takkan dia tak ingat.. jadi janganlah nak buat kenyataan sedangkan orang yang mencecah umur 21 tahun .. pada setiap tahun memang ramai.. sampai mencecah 500,00 setahun... ish ish ish .. Mungkin sebab dia seperti diperkatakan Tun M... Mudah lupa... atau memang dia sememangnya bengap dan tolol..
 
Utusan Malaysia: 07.04.10 Rabu
 
Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof: " Tidak ada pun pengundi hantu. Apa yang berlaku mereka ini adalah pengundi yang sah suatu masa dulu sebelum 2002. Sebelum 2002, seseorang boleh mendaftar tanpa mengikut alamat dalam kad pengenalan. Sistem pendaftaran pemilih yang lama inilah yang menyebabkan apa yang berlaku pada masa ini terhadap daftar pemilih sedia ada termasuk dakwaan wujudnya 'pengundi hantu' ... "
 
Ni menunjukan pembangkang sememangnya suka melaga2 kan manusia untuk kepentingan mereka sendiri dan sememangnya sudah ketandusan isu untuk berlawan dengan BN.. hingga statement sebegini bodoh boleh keluar dari mulut orang yang cerdik seperti Abdullah Sani (** Cerdik Ke???)
 
 
 
 

Selasa, 6 April 2010

Lompat Si Katak Lompat!!

LOMPAT SI KATAK LOMPAT.. LOMPAT LAH TINGGI-TINGGI... CEPAT LAH KATAK CEPAT, ANWAR SUDAH KANCING GIGI!!!

Pelbagai percubaan pembangkang untuk mengusik kerajaan barisan nasional, contoh terbaru bila mereka melancarkan buku grene kartun yang ditulis dan dilukis oleh kartunis pro-pembangkang... pelbagai watak digambarkan... ada katak gemuk... katak pendek... hidung besar.. hidung panjang... budak kaca mata (bukan band penyanyi) dan banyak lagi..

buku tersebut sememangnya bertujuan nak menyindir mereka yang dok lompat parti meninggalkan budak kaca mata @ Anwar "si pengkhianat bangsa" namun dilihat telah menganjak hala tuju tersebut kearah lain.. dari sudut pandangan berbeza sebenarnya memperlihat betapa Anwar gagal menjaga kroninya menyebabkan hari ini beliai hidup dalam ketakutan akibat rahsia2 beliau semakin dibongkar oleh katak yang melompat..

Dengan sinis ada diselitkan katak melompat kedalam tong najis.. jika dilihat dari sudut lain... pada dekad 60an.. Abu Bakar Hamzah selaku Naib Presiden PAS telah mengatakan bahawa UMNO ialah Tong Najis.. dan dua dekat kemudian.. CIFU BABI: Anwar Ibrahim telah melompat masuk ke dalam UMNO... rupanya secara tak langsung kartun tersebut bukan menyindir katak2 tadi ... tetapi secara hakikat menyindir si CIFU BABI...

Rahman Shaari:

" Dalam pemerhatian saya, terbitnya kata2 sarkastik, baik 'tong taik' manupun 'barua politik'. adalah hasil dorongan tokoh yang bercita2 untuk menduduki tempat tertinggi. malah tempat tertinggi dalam pentadbiran negara. karyawan ini menggunakan kata2 itu seakan2 lahir dari jiwa yang murni, padahal berlaku di sebalik gangguan pengaruh dan hasutan bertalu2. tanpa gangguan itu, kita tahu, Pyan Habib sebenarnya jauh lebih sopan, apatah lagi beliau adalah penyair yang berjaya.."

sebenarnya banyak penulisan dan karya didalam bukut tersebut yang mempunyai makna yang menganjak... kadangkala bila kaduk naik junjung... dia lupa akan jungjung juga yang akan menjatuhkan beliau

CIFU BABI: Anwar Sudah Terdesak Minta Perlindungan Dari Luar

Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak bila memohon perlindungan dan memaksa Ahli2 Parlimen Dunia untuk menekan kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat keatas beliau..

BANGKOK 2 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.

Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.

dengan fakta2 bohong anwar cuba menyogok Ahli2 Parlimen yang hadir untuk membela beliau. info yang saya dapat daripada AMK Melaka ini amat melucukan.. masakan tidak.. cuba bayangkan yang diliwat adalah Saiful Bukhari, yang memfailkan pertuduhan adalah Saiful Bukhari.. jadi celah mana pulak nak mintak kerajaan gugurkan pertuduhan... bukan kerajaan atau umno yang menuduh atau mendakwan beliau...

Nampak sangat si peliwat pengkhianat bangsa ni dah tak tentu arah, dah tak tahu yang mana satu nak dikendong.. habis semua cicir berterabur..

Yang saya difahamkan anwar dah tak boleh nak duduk diam.. tembelang dah pecah.. bermacam2 helah beliau cuba keluarkan demi menyelamatkan riwayat politik beliau... jadi mulalah beliau menyalak bak anjing kelaparan yang tengah tersepit menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan israel... tapi lupa beliau sendiri merupakan agen israel di malaysia dalam merosakan bukan sahaja ekonomi malahan sosio politik negara.

Terima Kasih YB DUN Kuala Linggi

Susulan Daripada Lawatan 4/4/10 - Saudara Roslan Abu Kasim; Salinan daripada Akhbar Sinar Harian (Unedited Version)

MASJID TANAH – Cinta sejati isteri bukan sahaja terpaksa menguruskan suami akibat koma selepas terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya sejak sebulan lalu, malah dirinya terus hilang punca pendapatan untuk menyara empat anak berusia antara enam hingga 11 tahun.

Difahamkan suri rumah berusia 35 tahun yang tinggal di Kampung Telok Gong, Pengkalan Balak di Kuala Sungai Baru dekat sini terpaksa mengharungi perjalanan hidup penuh ranjau sejak suaminya, Roslan Abu Kassim,38, terlibat dalam satu tragedi kemalangan jalan raya pada 28 Februari lalu hingga menyebabkan tidak sedarkan diri sampai sekarang.

Menurut Mazlinda Abu Noh, kejadian itu berlaku lebih kurang 3 petang ketika suaminya menunggang motosikal menuju ke kedai berdekatan rumah di Kampung Telok Gong untuk membeli barang keperluan dapur.

Akibat daripada kemalangan tersebut katanya, suami beliau disahkan mengalami kecederaan parah dibahagian kepala sekaligus terpaksa menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Melaka (HBM).

"Sudahlah suami ditimpa kecelakaan dan telah terlantar lama di HBM ini, ia sekaligus membuatkan kami sekeluarga hilang punca pendapatan ditambah pula sebelum ini bergantung sepenuhnya dengan sumber kewangan sebagai nelayan hanya RM500 sebulan," katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Ar Ismail Othman, Ketua Penyelia Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela) Melaka, Amir Hamzah Ab Aziz, Penolong Pegawai Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Zainuri Bohori, Penolong Setiausaha Bahagian Zakat Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Mohd Khabir Abdul Karim dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Telok Gong merangkap Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Zaini Mohamad.

Menurut beliau, keempat-empat anak masih bersekolah amat memerlukan perbelanjaan sekitar RM300 untuk belanja sekolah seminggu.

Setakat ini katanya, beliau dan anak-anak menumpang di rumah mertua dan mengharapkan pertolongan adik-beradik membantu namun sehingga bila hendak mengharapkan belas ehsan orang semata-mata.

"Buat masa ini, saya terpaksa menghantar empat anak-anak ke rumah mertua untuk dijaga buat sementara waktu memandangkan setiap hari menjaga suami sedang koma.

"Segala makan, minum dan duit ke sekolah anak-anak terpaksa ditanggung kesemuanya oleh mertua hampir sebulan lalu. Masalah lain juga terpaksa diharungi iaitu bapa mertua tidak sihat sejak kebelakangan ini akibat mengalami penyakit angin ahmar dan dijaga oleh mak mertua juga telah uzur," katanya.

Sementara itu, Ar Ismail menyatakan, keempat-empat anak Roslan akan dipertimbangkan untuk disalurkan bantuan kanak-kanak JKM sebanyak RM400 sebulan disusuli bantuan orang terlantar RM300 sebulan dan bantuan makanan Maim RM150 sebulan.

Katanya, kepayahan keluarga Roslan termasuk keadaan yang telah lama koma itu baru sahaja dimaklumkan malam tadi melalui seorang wartawan, dan terus bertindak melawat di hospital hari ini.

"Saya memang terperanjat dan tidak mengetahui tentang Roslan yang merupakan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Telok Gong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Telok Gong, juga Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan Pergerakan Pemuda sudah sebulan lebih terlantar di hospital akibat kemalangan bulan lalu.

"Walaupun begitu, selaku ADUN kawasan akan cuba membantu keluarga ini dan hasil perbincangan bersama Pembela Melaka, JKM Melaka dan Maim maka permasalahan dialami diselesaikan sekadar segera yang diharapkan keluarga ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sinar Harian (SH) telah menerima makluman berhubung masalah keluarga Roslan termasuk dirinya yang sudah sebulan koma di hospital tanpa diziarahi mana-mana pihak melalui Unit Media Baru (UMB) Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Abd Kadir Md Idris.

Beliau yang telah mengarahkan Setiausahanya, Mohd Hanif Majid untuk melihat perkembangan keadaan Roslan yang terlantar dan hasilnya, masalah dialami keluarga berkenaan berjaya dirungkai oleh ADUN kawasan, Pembela Melaka, JKM Melaka dan Maim di mana berjanji cuba menyelesaikan kemelut kehilangan punca pendapatan isteri dan anak-anak memandangkan beliau masih belum sedarkan diri.

Menurut Mohd Hanif, kita seharusnya memerlukan pemimpin yang sentiasa memantau masalah rakyat bukan sekadar cakap-cakap retorik untuk meraih undi sahaja di mata masyarakat setempat.

Katanya, setiap masalah rakyat haruslah diambil tindakan segera selaras dengan kehendak Perdana Menteri 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"UMB Negeri Melaka akan terus membantu sekiranya dimaklumkan jika terdapat mana-mana masalah wajar dihulurkan bantuan segera sekaligus mengharapkan pemimpin yang diamanahkan supaya tampil membantu tanpa tidak membiarkan sehingga mengundang hilang kepercayaan kepada ketelusan pemimpin tersebut," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...