Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Selasa, 22 Disember 2009

PASmilitaN: Bab Kawen Pun Boleh Main2

PAS sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan islam rupanya hanya pandai bermain dengna kata2 untuk memerdayakan umat manusia demi meraih sekeping undi bagi menjana kemenangan mereka dalam pilihanraya..

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan.

Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.


Jika mereka benar memperjuangkan islam sudah tentu mereka akan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia..

Plaintif, Mohd Noor Che Man, 58, adalah bapa kandung kepada defendan kedua, Ilyani tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya bersama defendan pertama, Rosli Allani kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah berikutan tata cara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen tidak sah.

Ni lah contoh manusia yang kononya memperjuangkan islam tetapi langsung tidak memahami kesucian, keadilan dan keindahan perkahwinan dalam islam...

"Saya dimaklumkan oleh anak saya perkahwinan sebenar adalah dipercayai pada 7 April tahun ini. Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan defendan pertama yang berkahwin tanpa mengikut syarat-syaratnya dan membelakangi saya sebagai walinya kerana kahwin Melayu ada adat.

"Mengikut adat kita hendak berkahwin ni mesti masuk meminang serta datang ke rumah untuk mengenalkan ahli keluarga masing-masing ini pula tidak berlaku," katanya semalam ketika ditemui di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, dia meragui perkahwinan berkenaan kerana tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan.

"Saya mengetahui perkahwinan ini kerana mereka dikatakan ingin berkahwin semula dan saya mengambil tindakan kerana ia melibatkan hukum agama dan maruah keluarga.

"Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga mengeluarkan surat menyatakan surat perakuan nikah bagi pasangan berkenaan tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jawi," katanya.


Sabtu, 19 Disember 2009

Khalid Gagap: Baik Letak Jawatan MB Selangor

650 orang ahli PKR membubarkan PKR Ijok menandakan betapa kemimpinan Khalid Ibrahim tidak lagi kehendaki rakyat.. Wakil rakyatnya sedang berkonvensyen di hotel indah di shah alam bersama rakan2 tak berguna mereka.. rakyat ijok telah menunjukan protes mereka dengan pembubaran pkr ijok...

selama mana mereka ingin menipu rakyat dengan sandiwara mereka? janji2 kosong yang mereka taburkan selama ini tidak akan lagi dpt memperbodohkan rakyat.. kita tak menyalahkan rakyat diatas kesilapan mereka memilih pemimpin pada PRU12... jalan pulang masih terbuka luas untuk mereka memperbetulkan kesilapan dan pulang kepangkuan Kerajaan BN untuk memastikan nasib rakyat sentiasa terbela..

Ini barangkali tamparan hebat yang diterima khalid dengan pembubaran pkr ijok.. masakan tidak.. kawasan yang diwakili beliau telah menolak kepimpinan parti beliau dengan cara memalukan.. apatahlagi beliau merupakan seorang menteri besar yang nampak sangat tidak mampu untuk menjaga kawasan sendiri.. jadi macam mana rakyat selangor nak harapkan beliau menjaga sebuah negeri kalau kawasan kecik pun tak boleh nak jaga...

Mungkinkah Pasti Hijrah Ini Akan Terjadi??

Alhamdulillah Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dapat kita bersama2 berjumpa dengan tahun 1431 Hijrah.. seperti yang kita sedia maklum telah 1431 tahun peristiwa Rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah untuk menyebarkan dan memperkukuhkan daulah islamiyyah hadharah islamiyyah di muka bumi Allah swt ini..

tapi itu peristiwa di zaman Rasulullah, di zaman kita ini nampaknya sudah ternampak titik mula penghijrahan demi manafaat rakyat khususnya umat islam dan orang melayu.. kalau ini sebagai satu kenyataan adalah amat molek yakni bagus sekali kerana kita tentunya mencintai perpaduan dan ukhuwah yang berpanjangan..

dengan kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden Pas di majlis tersebut jelas menampakan ketulusan dan kesungguhan Presiden Pas inginkan perubahan dalam arus perdana politik negara.. mengapa perlu berjauhan sekiranya ada persamaan, pastinya lebih elok di satu padukan..tidak kita minta ahli pas bertukar parti begitu jugak ahli umno.. tetapi melalui perpaduan amatlah berbaloi demi negara yang tercinta ini..

sudah terang lagi bersuluh di dalam UMNO ini perjuangannya adalah Islam dan orang melayu.. dan pas juga memperjuangkan islam dan majoriti di dalam pas adalah orang melayu.. satu persamaan yang jelas dan jika dulu pernah bersama tidur sebantal tidak mustahil rujuk kembali bersama di bawah satu wawasan menegakan sebuah negara yang berdaulat dengan islam sebagai pegangan dan orang melayu sebagai tonggak pemerintah negara..

saya secara peribadi merasa terharu melihat presiden dan timbalan presiden pas sanggup turun padang bersama2 meraikan majlis yang diadakan tanpa mengira fahaman politik demi perpaduan dalam kepimpinan negara.. sebak rasanya didada apabila ini berlaku tetapi lebih sebak apabila masih lagi ada yang duduk diluar sana yang mungkin "pengsan" atau tidak sedarkan diri menjual, menjarah, menelanjangkan maruah orang melayu hingga bangsa melayu dan agama islam yang dipelihara oleh perlembagaan di hina, di maki hamun dengan sesuka hati..

apa pun marilah kita bersama berdoa.. bukan doa bagi kembung perut... tapi berdoa semoga perpaduan yang sebenar dapat dicapai.. kepada Datuk Seri Najib.. semoga beliau dapat merealisasikan hasrat perpaduan yang pernah disuarakan oleh Presiden Pas dapat diperbincangkan semula supaya dapat terbela kembali dan di angkat kembali kesejahteraan negara ... Insyaallah...

Rabu, 16 Disember 2009

Islam Tulen UMNO: Pas Doa Bala UMNO doa Sejahtera..

Biarpun Nik Aziz dan Juak2 Pas mendoakan bala buat datuk Seri Najib akan tetapi PM yang dikasihi tetap mengamalkan Islam tulen dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan walaupun kepada seorang musuh.. fikir2 kan lah..
Kenyataan Nik Aziz ada muslihat politik
Oleh Kamal Ahmad


NAJIB beramah mesra dengan imam masjid di selatan Thailand ketika Majlis Penamaan Semula Jambatan menghubungkan Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan dengan Buketa, Narathiwat, sempena lawatan beliau ke Narathiwat, baru-baru ini.

HARI ini mendoakan musibah, esoknya pula puji menggunung, begitulah sikap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dalam masa seminggu terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Pada 4 Disember lalu beliau dilaporkan memberi ingatan agar orang yang terbabit dalam 'soal royalti minyak' diturunkan musibah pecah perut sekiranya tidak memberi hak itu kepada Kelantan. Kenyataan ini secara tidak langsung merujuk kepada Perdana Menteri pada 4 November lalu mengumumkan di Parlimen bahawa Kerajaan Pusat akan memberi wang ihsan kepada Kelantan, bukan dalam bentuk tunai tetapi projek.

Reaksi spontan Mursyidul Am Pas itu: "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu."

Nik Aziz yang menyatakan perkara itu pada sekumpulan penyokongnya pada perhimpunan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu, mengulangi dan mempertahankan pendiriannya keesokan harinya apabila media menyiarkan berita berhubung kenyataan doanya itu.

Setiausaha Politiknya, Anual Bakhari Haron, berkata kenyataan itu tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Selepas dikecam hebat berhubung isu yang sama, Nik Aziz pada 2 Disember menukar sedikit saranannya itu dengan meminta supaya doa itu dibuat secara individu.

"Oleh kerana Perdana Menteri berasa hati bahawa sebut nama dalam doa maka saya minta tidak disebut secara beramai-ramai, hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kota Bharu.

Sehari selepas Najib melawat wilayah bergolak Narathiwat di selatan Thailand, Nik Aziz tidak ketinggalan memberi komen tetapi kali menyifatkan Perdana Menteri sebagai pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

"Saya setuju sangat dengan tindakan Najib membantu itu tapi ia hendaklah tidak kira orang Islam (saja) malah juga turut membabitkan semua penduduk di situ," katanya.

Beliau turut berkata: "Saya anggap tugas Najib itu berani. Sebelum berlaku perang (konflik) saya selalu pergi ke Thailand untuk mengadakan ceramah agama di beberapa tempat di negara itu.

"Sekarang saya tidak berani pergi (ke sana), orang bedil (tembak) saya. Kalau pergi juga, saya tidak mati syahid di sana," katanya.

Mengulas dua kenyataan itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua kenyataan Nik Aziz ada tujuan dan kepentingan politik.

"Warna (sikap dan pendirian) beliau berubah-ubah mengikut keadaan. Di tanah warna lain, di atas pokok warna lain. Semua kenyataannya mengikut kepentingan politik," katanya.

Ahmad Zahid turut mengimbas kempen Nik Aziz ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dekat Port Dickson, pada Oktober lalu yang turut menuduh beliau dan Najib sebagai 'orang yang paling jahat di Malaysia' semata-mata kerana pembangkang tidak dibenarkan berkempen dalam kawasan kem tentera.

"Bukti kenyataan Nik Aziz berhubung tuduhan itu ada dalam You-Tube. Jadi apakah maknanya bila beliau memuji keberanian Perdana Menteri. Hanya dia seorang yang tahu," katanya sambil mempersoalkan Nik Aziz tidak pun membantu penduduk Islam di selatan Thailand sedangkan Kelantan berjiran dengan wilayah itu.

Najib ke Narathiwat pada Rabu lalu dalam keadaan wilayah itu masih bergolak dan di bawah pentadbiran undang-undang tentera. Pemergian beliau ke sana bukan untuk meraih kepentingan politik dan pujian. Perdana Menteri melihat kepentingan agama, bangsa dan negara lebih utama daripada keselamatan dirinya sendiri dan anggota rombongan.

Apakah ini perjuangan Islam sekular seperti didakwa Nik Aziz. Apakah ini bukan perjuangan Islam oleh Umno yang disamakan Nik Aziz seperti 'penduduk setinggan'? Konflik di selatan Thailand sekian lama berlarutan tetapi apakah bentuk sokongan dan bantuan Nik Aziz atau kerajaan Kelantan bagi membantu kerajaan negara jiran itu memulihkan keadaan?

Apakah dengan setakat memuji dan menyifatkan Najib pejuang kerana berani ke Narathiwat maka Nik Aziz tidak boleh dipersoalkan lagi mengenai pengabaian beliau terhadap saudara seagama yang menderita di seberang sempadan negerinya?

Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, Mohd Affandi Yusoff, menyifatkan ucapan Nik Aziz sebagai kenyataan politik walaupun dianggap pendirian seorang ulama di kalangan penyokongnya.

"Apabila ada sesuatu yang memberi keuntungan maka dia akan sokong. Yang tidak memberi keuntungan maka dia akan maki hamun. Ini bukan ciri ulama. Setiap ucapannya adalah kenyataan politik," kata beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang

Justeru, katanya, apabila kenyataan itu bersifat politik maka Nik Aziz akan melihat kenyataannya dari sudut kepentingan politik.

"Yang sedihnya, apabila dia membuat kenyataan walaupun bercanggah, itu tetap ditelan bulat-bulat oleh penyokongnya," katanya.

Keadaan ini, kata Affandi, mencetuskan kebimbangan kerana kenyataan Nik Aziz yang mengelirukan itu jika dibiarkan tanpa dibendung akan merebak dalam sikap dan pemikiran umat Islam.

Kenyataan lain Nik Aziz yang mencetuskan kontroversi antaranya orang kafir dibolehkan memaki orang Islam dan orang kafir dibolehkan membaca al-Quran. Dalam peringatan kepada bakal pengundi pilihan raya kecil Kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, beliau antara lain menyatakan Umno hanya bernabi kepada orang putih semata-mata.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata: "Umur saya sendiri banyak habis untuk bertengkar (berhujah) dengan orang Islam Melayu -Melayu Islam yang banyak mengakibatkan imej Islam menjadi rosak kerana bangsa kita menerima Islam secara tradisi"

Persoalan di sini, siapakah yang beliau rujuk sebagai Melayu Islam 'yang merosakkan imej Islam' dan apakah ini termasuk dirinya sendiri yang menganut Islam secara tradisi? Bagaimana dengan ratusan juta umat Islam di seluruh dunia yang menganut Islam secara tradisi masa kini?

Dalam blognya, Nik Aziz berkata: "Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak Islam. Pada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram. Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda. Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini."

Untuk pengundi di Permatang Pasir, beliau berkata: "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu."

Ini antara ungkapan dan pendirian Nik Aziz terhadap Umno atau taraf Islam yang dianuti ahli Umno. Sebenarnya banyak lagi kenyataan Nik Aziz yang diucapkan sewenang-wenangnya.

Permohonan Anwar Salah: Anwar Mempergunakan Mahkamah

Anwar Ibrahim sememangnya amat licik dengan strategi politik bagi melepaskan diri beliau dari tuduhan2 di mahkamah, terbaru beliau cuba menggunakan mahkamah bagi melepaskan diri dari tuduhan meliwat.. Fikirkanlah tuan-tuan, sekiranya anwar memerintah negara pastinya pelbagai helah akan digunakan bagi memastikan beliau kekal berkuasa dan meraih keuntungan bagi kroni2 beliau.. beliaulah pemimpin yang amat terkenal dengan mengamalkan kronisme dan nepotisme... akan tetapi masih lagi menyalak kononnya beliau amat bersih dan kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini korup dan sebagainya sedangkan kudis yang tertinggal inilah hasil daripada penyakit yang dibawa oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim... Al-Liwati...
 
Oleh AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya bahawa tidak ada fakta memihak kepada pembelaan kes liwatnya, adalah satu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi berhujah, ini kerana isu yang ditimbulkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu dibangkit dan diputuskan oleh mahkamah jenayah yang mendengar kes liwat tersebut dan bukannya mahkamah sivil.

Katanya, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat semakan bagi prosiding mahkamah jenayah dan ia juga tidak seharusnya masuk campur dalam perkara-perkara mahkamah jenayah.

''Sebarang isu berkaitan kenyataan bertulis itu boleh ditimbulkan semasa prosiding perbicaraan jenayah. Jadi permohonan ini adalah jelas merupakan penyalahgunaan bidang kuasa mahkamah sivil,'' katanya.

Azizah berkata demikian semasa mewakili Peguam Negara dalam hujahan bertulisnya bagi membantah permohonan Anwar mendapatkan kebenaran membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat fakta-fakta memihak kepada pembelaan dalam kes liwat yang dihadapinya.

Permohonan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Aziah Ali di kamar beliau di sini hari ini.

Peguam Negara memohon permohonan Anwar ditolak dengan alasan kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria bukan suatu keputusan yang boleh disemak di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi (RHC) 1980.

Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) bagi tujuan kes liwat itu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah jenayah yang tidak seharusnya menerima campur tangan mahkamah sivil.

Anwar pada 3 Ogos lalu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Mohamad Hanafiah responden pertama, pendakwa raya responden kedua dan Kerajaan Malaysia responden ketiga.

Beliau memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis itu yang ditandatangani oleh responden pertama dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu, tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) CPC, batal dan tidak sah.

Anwar juga memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap responden kedua untuk membekalkan fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam satu kenyataan bertulis menepati Seksyen 51A(1)(c) kanun berkenaan.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Kes itu dijadual dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selama sebulan mulai 25 Januari ini.

Dalam hujahannya, Azizah menyatakan, responden pertama tidak membuat sebarang keputusan pentadbiran ketika mengeluarkan kenyataan itu tetapi hanya menyatakan pendapat bahawa tiada fakta yang memihak kepada pemohon.

Menurutnya lagi, pendapat responden pertama juga bukanlah sesuatu yang konklusif kerana mahkamah jenayah yang mendengar perbicaraan kes itu merupakan pihak yang akan menentukan sama ada fakta-fakta berpihak kepada pembelaan atau sebaliknya mahupun yang relevan kepada perbicaraan.

Sementara itu, peguam Edmund Bon menghujahkan bahawa hak perlembagaan Anwar untuk mendapatkan perbicaraan yang adil telah dicabuli ketika responden pertama dan kedua mengeluarkan kenyataan bertulis itu.

Sedangkan, menurut beliau, di bawah Seksyen 51A(1)(c) CPC, pendakwa raya dikehendaki membekalkan kepada pemohon kenyataan bertulis berhubung fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan.

''Walaupun mereka menyatakan 'tiada', ia mungkin bermakna tidak ada fakta-fakta memihak atau mungkin terdapat fakta-fakta yang memihak tetapi tidak diberikan berdasarkan peruntukan imuniti kepentingan awam di bawah Seksyen 51A(2) CPC.

''Dalam apa jua keadaan itu sekali pun, ia boleh dibuat semakan kehakiman,'' ujar beliau.

Antara fakta yang didakwa memihak kepada pembelaan, katanya, ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bertarikh 13 Julai 2008.

Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, Azizah memberitahu, Hakim Aziah akan mengumumkan keputusannya pada 5 Januari ini.

Pas Militan: Takut dengan Harussani @ Takut dengan Tuhan??

Saban hari Pas umpama cacing kepanasan dengan teguran2 daripada mufti negeri perak Tan Sri Harussani. Ibarat anak kehilangan ibu, Pas bertempik melolong2 menuduh Harussani sebagai tali barut UMNO dan menegur pas kerana berkepentingan dengan UMNO.. sedangkan jika kita lihat teguran Harussani adalah berdasarkan kepada situasi dan keadaan semasa yang mana mengajak kepada perpaduan dan menghormati perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.
Petikan Dari Sinat Harian:
 
SHAH ALAM - Pas mendakwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria lebih condong membela UMNO apabila menuduh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, pemimpin PR tidak pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu dan buktinya, Sultan Perak tidak pernah mengambil tindakan kepada PR walaupun pernah dituduh mempersoalkan tindakan baginda.

Menurutnya, Harussani juga gagal untuk memberikan pandangan hukum terhadap tragedi rampasan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di Perak, sebaliknya hanya bercakap mengenai kepentingan UMNO sahaja.


Sanggup pula mereka mengatakan Tan Sri Mufti Perak sebagai perkauman apabila mempertahankan hak orang melayu, sedangkan yang bercakap itu sendiri melayu beragama islam. salahkan bila kita perkatakan berkenaan dengan perpaduan melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa melayu itu islam.. sekiranya melayu itu bersatu padu maka martabat islam dapat kita angkat dan kita bela.

"Beliau hanya bersuara sebagai mufti Melayu-UMNO, bukan mufti Islam. Beliau juga condong kepada hukum perkauman apabila menyentuh isu perpaduan Melayu.

"Perlembagaan negara tidak pernah menghalang rakyat yang bukan Islam bertanyakan hak mereka atau menegur jika hak mereka disalahgunakan," katanya.

Kelmarin, Harussani mendakwa tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.

Nampaknya Pas semakin lupa diri dan lupa teras perjuangan mereka yang turut mensasarkan perjuangan demi orang2 melayu dan agama islam akan tetapi akibat kerana inginkan kuasa pemerintahan Pas sanggup menggadaikan maruah mereka kepada DAP dan Parti Sekular PKR.. Entah kemana hilang Intergriti pari Pas.. Pas dilihat saban hari semakin jauh terpesong dari arus perjuangan sebenar untuk menegakan negara islam dan memperjuangkan islam...

Semoga Juak2 Pas ini akan kembali bertaubat dan muhasabah diri, jangan kerana kuasa mereka sanggup menggadaikan maruah agama sendiri.. Islamkan Politik Bukan Mempolitikan Islam.. Na'uzubillahiminzalik..


Ahli Parlimen Perlu Bijak Main Peranan

Kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan semalam hampir-hampir merosakan kepimpinan kerajaan Datuk Seri Najib, hinggakan Tan Sri Muhyiddin terpaksa bergegas menghadiri persidangan Parlimen bagi memastikan belanjawan 2010 dapat diluluskan. Peristiwa sedemikian amatlah memalukan memandangkan kerajaan Barisan Nasional pada ketika ini tidak memiliki 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat.

Mungkin Ahli-Ahli Parlimen tersebut tidak menyedari implikasi yang amat besar sekiranya belanjawan tersebut tidak dapat diluluskan yang mana boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan satu Pilihanraya Umum terpaksa diadakan.

PM dan TPM dah berikan mesej jelas kepada Ahli-Ahli Parlimen BN, menandakan bahawa penglibatan mereka dalam sidang parlimen perlu dipikul dengan lebih beramanah dan bertanggungjawab. Sedangkan pada hari sebelumnya PM berpuashati dengan KPI pada Menteri.. tapi lain pula ceritanya di parlimen, nampaknya Ahli-Ahli Parlimen perlu lebih bermuhasabah diri, jika tidak kerajaan Barisan Nasional akan sekali lagi dipanjang hina oleh pembangkang akibat daripada sikap tidak bertanggungjawanb sesetengah pihak.

PRU-12 yang lalu telah memberikan gambaran dan pengajaran kepada UMNO dan Barisan Nasional betapa peri pentingnya sikap tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Akan tetapi masih lagi segelintir MP yang tidak menghayati apa yang telah berlaku dan mengamalkan sikap ambil mudah dalam melaksanakan kerja.

Jangan hanya cakap bergegar Dewan Rakyat tetapi sekadar menjadi tin kosong, usahlah kita meniru gaya dan sikap pemimpin pembangkang yang selama ini menjadi tin kosong. Apa yang penting kesedaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberikan sepenuh perhatian dalam membantu kerajaan mengharungi cabaran dalam kepimpinan pada hari ini.

Nasib tidak akan selalu menyebelahi kita, kita mesti sentiasa berfikir bukan sekadar setapak kehadapan tetapi sekiranya boleh biarlah sepuluh langkah kehadapan agar tiada ruang dan peluang untuk pembangkang menyalahkan kerajaan atau mengambil kesempatan atas kelemahan kita. Mungkin program bersama rakyat penting akan tetapi perkara seperti belanjawan juga penting, sekiranya belanjawan tidak dapat diluluskan bagaimana kerajaan hendak mentadbir negara tanpa kewangan? fikir-fikirkan lah...

Fitnah dan Caci Di Hujugn Bibir: Pas Melaka Haprak

 
Sofi Wahab Menulis:
 
Saya mendapat maklumat bahawa Ketua Menteri Melaka baru-baru ini merasmikan tiang lampu. Baguslah kerana beliau sangat prihatin sehingga tiang lampu pun beliau rasmikan.
Selepas ini saya yakin tiap-tiap hari beliau tidak putus-putus menghadiri acara perasmian kerana perkara-perkara kecil pun beliau kena rasmikan. Mungkin upacara perasmian longkang, pokok bunga, tangga dan sebagainya akan diaturkan. Syabas Ketua Menteri sebab melihat perkara tersebut lebih besar dari membenteras maksiat, gejala sosial, dadah dan lain-lain.
 
- Inilah kerja makhluk asing (orang bulan) tak habis2 dengan fitnah, bila pulak Dauk Seri Mohd Ali rasmi tiang lampu? sekurang2nya Kerajaan Melaka yang diterajui oleh UMNO telah melaksanakan pelbagai program untuk pembangunan melaka.. membangunkan sektor ekonomi, pelancongan sehingga menjana pendapatan negeri dengan baik sekali.. nak harapkan pemimpin PAS? asyik dok rumah belek bini muda.. apa yang dibuat selain daripada mencemuh? memfitnah? mengadu domba?
 
- Apa jasa PAS kepada negeri melaka? selama ini apa yang dilaksanakan oleh Pas Melaka untuk membenteras gejala maksiat dan gejala sosial? jawapan yang akan mereka berikan.. "dah ada penguatkuasa agama negeri, nak buat apa Pas buar kerja lagi" .. tu lah jawapan bagi soalan lazim bila ditanya..
 
- Bukankah mencegah yang mungkar dan menegak yang ma'ruf itu kewajipan setiap mereka yang beragama islam? nak kena tunggu ada jawatan dulu baru nak buat kerja? inilah sikap pemimpin pas yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah swt kepada mereka... kononya hendak menjadi pemimpin negeri, tetapi terlupa nak menyuluh diri di cermin... kesian.. mungkin di bulan tak ada cermin... maklumlah nak ulang alik ke bulan bukan sikit kosnya.. ish ish ish .. kesian...

Kalau dah suka berbohong sepanjang masa akan berbohong.. Pas Melaka Jgn Jadi Haprak

Adly Zahari Menulis:
 
  • Sejumlah RM0.50 juta untuk SRA JAIM Paya Rumput, Masjid Tanah yang diterima sejak Februari 2007 untuk pembinaan bangunan baru tidak digunakan sebaliknya dilabur dalam simpanan tetap.
  • Pada masa yang sama Pejabat Pembangunan Negeri telah meluluskan bantuan sejumlah RM2.50 juta berbanding tender projek berjumlah RM2.27 juta. Ini bermakna bantuan awal sejumlah RM0.50 juta tidak diperlukan dan sepatutnya dipulangkan kepada KPM.
  • Kalau nak membohong pun agak2 lah... ni lah akibatnya bila tak tahu fakta dan dah memang sikap semulajadi pemimpin pas dalam menuding jari dan membuat tohmahan terhadap kerajaan khususnya UMNO.. memang peruntukan sebanyak RM500k telah diluluskan dan peruntukan selepas daripada itu jugak telah diluluskan tetapi jgan cakap kosong tanpa bukti yang sahih.. peruntukan bukan macam kita minta duit dengan bapa/emak.. jam ni minta jam ni dapat.. peruntukan memerlukan masa untuk diproses sebelum wang dapat disalurkan...

    itu cerita tahun 2007.. peruntukan tambahan kenapa tak cerita bila dapat? 2007 ke 2008? bulan berapa dapat? betul ke jumlah sebanyak yang di ceritakan? kos sebenar pun dah tak betul ni macam mana cerita? Mungkin tuan adly ni cuba nak mencari publisiti sedangkan beliau tak tahu apa2... cakap banyak pun tak guna.. dengan makhluk asing orang bulan nih dah perangai macam tu.. skrg ni ada turun tengok macam mana sekolah tu dah siap dibina? waima jadi pembangkang.. jgn benda baik pun nak dibangkang... jadilah pembangkang yang berhemah dan tulus serta jujur... jgn jadi haprak...
     
     

    Rabu, 9 Disember 2009

    DAP Komunis Sudah Melampau..

    Semalam Kor Ming sekali lagi mengeluarkan kenyataan kurang ajarnya dengan mempertikaikan pembinaan masjid dan menuduh kerajaan menafikan hak agama lain. kenyataaan Kor Ming sekali lagi menunjukan DAP sedang cuba untuk bermain api nak menaikkan kemarahan umat islam di negara ini.. Jelas sekali DAP saban hari semakin berani mempertikaikan perlembagaan dan hak2 orang melayu dan islam di negara ini.

    jika sehari sebelum ini DAP sekali lagi berani mempertikaikan ketuanan melayu dan hak2 orang melayu.. DAP juga secara terang-terangan cuba bermain api dengan jelas mempermainkan kesucian islam dengan beberapa pemimpinnya menggunakan ayat2 suci alquran sebagai hujah dalam ceramah mereka..

    yang amat menyedihkan, pemimpin, ulama islam dalam PAS tetap mempertahankan penghinaan yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini.. mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman apabila agama di permainkan.. ulama hanyalah tinggal nama sahaja tetapi takut untuk bangkit mempertahankan islam..

    PAS yang kononnya memperjuangkan islam hari ini telah lari dari landasan keislaman mereka demi mencari kedudukan, pangkat dan harta.. pemimpin pas hari ini tidak lagi dilihat sebagai pembela agama tetapi tidak lebih dari lembu yang di cucuk hidung oleh pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim

    Ahad, 6 Disember 2009

    Anwar Munafik: Sesumpah Lidah Bercabang...


    Tak cukup dengan amarah anwar pada PM Malaysia, PM Australia pun dia nak marah jugak semata2 sebab tak nak jumpa beliau semalasa lawatan ke malaysia... besar sangatkah anwar yang dilantik sebagai Diplomat jemputan CFR Amerika Syarikat?

    inilah sifat Anwar yang akan menempelak sesiapa saja yang tidak mahu bersekutu dengannya.. segalanya akan menjadi buruk pada pandangan matanya... dia seorang sajalah yang betul. itu pun masih ramai yang buta mata hati mereka menyembah beliau mengkhinzir buta...

    Anwar hari ini dikhabarkan susah hati dan tak senang duduk dengan kes liwatnya.. beliau sekali lagi cuba mendapatkan sokongan luar untuk mengganggu proses kehakiman terhadap beliau... kononnya kes beliau adalah bermotifkan politik untuk menjatuhkan orang "beriman" seperti beliau...

    Pastinya anwar perlukan sokongan Australia kerana bagi beliau Australia merupakan mata dan telinga Amerika Syarikat di benua Asia dan anwar ketika ini sedang giat melobi Amerika syarikat untuk mengecam sistem kehakiman negara..

    saya lebih suka melabelkan anwar sebagai munafik daripada melabelkan beliau sebagai hipokrit kerana anwar sentiasa bermuka dalam semua isu.. khususnya yang melibatkan islam.. jika sewaktu membantu kempen pilihanraya PAS, Anwar memaparkan dirinya sebagai seorang konservatif Islam namun pada masa yang sama anwar juga memperjuangkan kesamarataaan agama antara islam dan kristian... anwar juga memperjuangkan kebebasan beragama serta menghalalkan murtad....

    inilah rupanya sesumpah ... lu fikirlah sendiri..

    Selasa, 10 November 2009

    Hadi Awang Perasuah???

    pembangkang seringkali menghentam umno kononnya korupsi, Anwar Ibrahim selama ini sejak menubuhkan PKR kononnya nak melawan rasuah.. menolak segala bentuk rasuah dan sebagainya walaupun satu ketika dulu beliaulah yang banyak mengamalkan rasuah semasa bertanding jawatan2 tertinggi dalam UMNO.. aku masih ingat lagi sewaktu beliau bertanding jawatan timbalan presiden ... macam mana gaffar baba tersungkur akibat angkara anwar?? berapa juta dibelanjakan demi untuk mencapai cita2 menjadi pemimpin no 2 negara?? 

    tapi ni lain pulak cerita tentang sorang tok guru nih... Hadi Awang... masih korang ingat semasa beliau menjawat jawatan menteri besar terangganu yang membolehkan beliau mendapat gelaran datuk seri... ?? bagaimana dengan kes beliau melakukan perkara pecah amanah... yang nilainya jutaan ringgit...?? dah lah jutaan ringgit dianugerahkan pulak kepada syarikat yang tidak wujud.. kenapa didamkan... bukan sikit tuan2... banyak tu... kalau seringgit dua pun dah dikira rasuah inikan pulak jutaan ringgit... 

    Takkan kes sebegini besar nak ditutup... orang pas mungkin boleh lupa.. sebab tu tok guru mereka... abih ayat pun dia kata... manusia mana tak melakukan kesalahan... tapi ini kes berat bro... bukan kes sikit2... jangan kerana orang tua tu presiden pas ... sprm tak boleh nak ambik tindakan.. kenapa kalau orang umno, perkara yang belum tentu sahih lagi pun SPRM cepat je nak tangkap lah itu lah ini lah.... 

    macam anwar ibrahim.... tak terfikirkah kita dari mana sumber kewangan beliau hingga mencecah ratusan juta ringgit... takkan sebab menang saman je kot... tak mungkin beliau nak guna duit peribadi untuk agenda partii... mustahil bro... so fikir2kanlah... 



    Ahad, 8 November 2009

    PASu RETAK: Dimana Pendirian PAS???

    Kelmarin seluruh dewan kecoh.. riuh... ada yang tak puas hati dengan kenyataan yang keluar dari mulut Dr Abu Hassan.. apa tidaknya Dr Abu Hassan mendedahkan yang Pas tidak lagi releven dengan golongan muda mudi di negara ini... so pas tak boleh lah nak pgi lagi "Pesta Muda Mudi" macam Mahmud June dalam cerita Nasib Do Re Mi....
    PAS dikatakan tidak lagi dapat menarik minat golongan muda mudi dengan konsep Negara Islam mereka.. mana tidaknya... nizar munafik tu juga menafikan Pas tak pernah mencanangkan untuk menubuhkan negara islam... dan kenyataan Nizar munafik tu langsung bercanggah dengan Haron Din yang pernah satu ketika dulu membentangkan penubuhan Negara Islam ala PAS...
    Jadi apa fungsinya lagi PAS sekarang kepada masyarakat umum... PAS satu ketika dulu sungguh gagah dengan membela islamnya.. sungguh kuat pandangannya melihat kononnya apa yang dipanggil sebagai kepincangan agama dalam UMNO.. tapi hari ini.. dimana perjuangan islam tok tok guru dalam PAS?? takkan ilmu dah gugur satu-satu dari dalam serban yang tebal tu??
    Dah memang PAS hari ini gagal dala perjuangan mereka untuk menegarakan sebuah negara islam mengikut acuan mereka... tetapi UMNO walaupun dikatakan lemah dah tidak berdaya... UMNO yang dikatakan semakin tunduk menyembah bumi... Parti UMNO inilah yang membesar dan mempertingkatkan syiar dalam negara yang kita cintai ini.. Parti UMNO ini lah yang sehari-hari dok berusaha untuk memastikan Islam yang termaktub dalam perlembagaan itu sentiasa dipelihara... dan Parti UMNO inilah yang tidak rakus tetapi bergerak secara peringkat demi peringkat mengamalkan pentadbiran, undang-undang, hukum hakam berkaitan agama suci islam ini sehingga diangkat menjadi negara islam contoh.. ... kemana perginya PAS???
    Takkan hanya tak nak mencari salah?? dah tak tahu nak mencari benda benda betul lagi dah ke?? OOpppss Mungki pernah sekali betul.. bila Hadi Awang mengajak UMNO mengadakan kerajaan Perpaduan... kononya nak bergabung demi kepentingan orang-orang melayu khususnya orang2 islam...
    Kalau dah macam tu gayanya PAS.. dan begitu bersungguh-sungguhnya UMNO nak menegakkan syiar Islam di negara tercinta ini... buat apa lagi nak pangkah PAS tu... tak payah nak pangkah kat kertas undi... PANGKAH KASI K.O TERUS JE... HE HE

    Selasa, 3 November 2009

    JAIS Sesat: Satu Permainan Politik Murahan

    Musykil tentang penangkapan Dr MAZA ahad malam yang lalu masih belum terungkai, banyak sangat persoalan bermain dalam benak Saya.. Atas dasar apa dan alasan apa Dr MAZA di tahan?

    Mengajar tanpa tauliah? Persoalan bagaimanakah yang dikatakan mengajar dengan tauliah, adakah hanya dengan kebenaran Mufti di negeri berkenaan baru seseorang yang bergelar ulama ini dapat mengajar?? macam mana pula dengan kes-kes lain yang mana ustaz-ustaz yang mengajar dan dijemput kesana-kemari untuk berceramah tentang perihal agama?? setiap kali kita nak mengjemput seseorang ustaz untuk mengajar atau berceramah kena tulis surat mohon kebenaran kepada mufti negeri terlibat?

    Ada orang berkata, JAIS hanya memainkan peranan membenteras gejala ajaran sesat. Tapi bagi saya, tujuan penahanan Dr MAZA ini tak lebih dari permainan politik semata-mata. Masakan tidak, Dr MAZA saat dan ketika ini amat popular dengan ceramah dan kritikan beliau dalam memperjuangkan islam yang sebenar.

    Selalu juga saya mengikuti perkembangan Dr MAZA, dalam ceramah-ceramah beliau sememangnya mengandungi teguran dan saranan serta khilaf terhadap sesuatu perkara, namun sehingga hari ini pihak-pihak yang menuduh beliau sebagai pengamal fahaman Wahabi dan menolak sesuatu hukum amat samar dan tidak mempunyai asas yang kukuh.

    Saya seringkali tertanya-tanya mengapakah JAIS atau mana-mana Jabatan Agama di negara ini masih tidak memainkan peranan dalam menghalang individu tanpa tauliah dari membaca kuthbah jumaat yagn berbaur politik dan secara terang-terangan menyimpang dari landasan berkhuthbah di masjid.

    Jika kita mengimbau apa yang berlaku di Masjid Subang Jaya jumaat lalu, seorang khatib membaca kuthbah dengan penuh emosi dan girangnya menghentam kerajaan, penuh dengan segala isu dimasukan hinggakan hampir 1.50 tengahari baru beliau menghakhiri khutbah tersebut sedangkan di masjid-masjid lain jemaah telah pulang dah bersiap untuk memulakan kerja.

    Dimana ketelusan jabatan agama dalam persoalan ini? Jika bermotifkan politik, saya amat tidak bersetuju dan JAIS perlu bermuhasabah diri dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. 

    Yang amat memalukan, JAIS seolah-olah mempunyai agenda untuk memalukan dan menjatuhkan maruah Dr MAZA semata-mata dalam penangkapan tersebut. Masakan tidak, beliau langsung tidak didakwa dan hari ini apabila beliau diminta untuk kemahkamah, tiada sebarang pendakwaan dibuat. Ini menampakan JAIS hanya menjadi boneka orang-orang tertentu dalam menghalalkan permainan politik mereka.

    Bagi Dr MAZA saya ingin mengucapkan syabas dengan kesabaran dan keteguhan beliau menyampaikan dakwah islamiyyah kepada manusia sejagat. Insyaallah setiap kebaikan yang kita lakukan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT melebihi ganjaran di dunia ini.


    Rabu, 28 Oktober 2009

    AnwarAlJuboory: Hebat Sangatkah Pas??

    Aku tertanya2 hebat sangatkah parti yang bernama pas nih?? dalam kenyataan akhbar Hadi Awang berkata pas menutup pintu rundingan dengan UMNO kononya kerajaan perpaduan yang beliau war-warkan dan usulkan dulu adalah ketika era Tun Abdullah... 

    Apakah UMNO terkilan dengan kenyataan Hadi? mungkin tidak... buat apa nak di layan makhluk yang angkuh dan sombong lagi hina dina ini.. sedangkan UMNO tetap teguh berdiri tanpa sokongan PAS selama ini.. 

    Pas mungkin sudah lupa.. usul itu datang dari mereka sendiri.. pas juga mungkin sudah lupa mereka sendiri pernah bernaung dibawah panji2 Kerajaan Islam UMNO dan Barisan Nasional.. 

    Dan apa pula nak dihairankan jika mereka tidak mahu berunding langsung dengan menutup pintu perpaduan.. bukankah pas kini dudah menjadi parti militan yang hanya tahu untuk berperang dan melakukan keganasan apabila tuntuan mereka enggan dipenuhi.. 

    Inilah hasil pakatan Pas bersama PKR pimpinan Anwar Al Juboory nih... Samseng jalanan dah menjadi tradisi hidup mereka kini... 

    Apa pun aku tetap ucapkan tahniah pada Datuk Seri Najib kerana berani menyahut cadangan pas sebelum ini untuk menbawa perpaduan diantara UMNO dan PAS.. sekurang2nya UMNO telah menyambut sesuatu kebaikan dak tidak lagi daripada kewajipan untuk menyatukan umat islam dan orang2 melayu di bumi Malaysia yang tercinta ini... 

    Tidak seperti pas yang terlalu takut dengan tekanan LKS, LGE, Karpal dan Anwar.. tak perlu ambil contoh Nik Aziz atau Hadi ... jika sekadar Nizar sebagai ukuran ternyata Pas langsung tidak membawa sebarang kebaikan kepada umat islam dan orang melayu... semasa pemerintahan nizarlah orang melayu hilang pelbagai kepentingan... hinggakan bukan melayu mendabik dada dan melihat orang2 melayu seperti najis di jalanan... 

    Dek kerana tekanan dari DAP dan PKR nizar sanggup menafikan ketuanan melayu dan perjuangan menegakan negara islam seperti mana terkandung dalam perjuangan PAS... 

    PASrtiMilitan: Pas Takut Bayang2 Sendiri... Nafi Hak Ahli..


    tahniah buat semua blogger umno yang telah berjaya membongkarkan kisah sebenar perpecahan dalam pas yang kini semakin parah dan berdarah.. pemimpin2 didalam pas ibarat sedang dikejar oleh bayang2 sendiri apabila mengaitkan cyber troopers atau yang kini saya gemarkan nama bar merekaUnit Media Baru...

    dalam harakah daily 20 oktober.. idris ahmad seolah kecut perut bila UMB ini mula membuka pekong kerea yang dul kononya tidak pernah mengalami krisis dalaman.. hakikatnya pas kini telah berpecah kepada dua.. H1N1... (Hadi 1.. Nik (aziz) 1)..

    mereka jug seolah cuba nak menutup pertemuan2 yagn telah dibuat kononnya ianya tdak pernah berlaku sama sekali.. padahal itulah yang sebenyarnya berlaku.. dan meminta ahli pas untuk memberikan ruang kepada jawatankuasa teringgi pas untuk menentukan hala tuju parti...

    jika as betul demokrasi dan adil... kenapa tidak saja berikan hak kepada ahli untuk tentukan hala tuju parti... kenapa kepimpinan tertinggi pas cuba nak menafikan hak ahli pas untuk memilih pemimpin mereka melalui EGM sepert saranan Nik Aziz... ??

    Pelik.. memang pelik.. pas yang kononya untuk semua... sekarang telah mula menafikan sedikit demi sedikit hak ahli... jika tiada kesalahan kenapa tidak diadakan EGM supaya dapat dijelaskan kepada ahli pas bukan dengan menuduh pihak ketiga merencanakan kepincangan dan perpecahan dalam pas... ADA TAKUT KAAA ABANGGG!!!

    PASrtiMilitan: Ulama' Songsang Bencikan Perpaduan

    Jika ulamak selepas zaman rasulullah.. mereka berusaha untuk menyatupadukan umat manusia.. khususnya yang beragama islam bagi memastikan islam sentiasa kuat dah teguh berbanding agama lain.. tidak seperti ulamak akhir zaman nik aziz ini yang cuba untuk melakukan sebaliknya.. yakni cuba untuk menaja perpecahan dikalangan umat islam ...

    Ni dah jadi seperti tok guru songsang kerana mnentang usaha2 murni untuk menyatupadukan umat islam di malaysia. sementelah itu beliau kini sibuk nak bersahabat dengan Kafir Harbi DAP yang secara terang2an menolak islam sebagai sebuah kerajaan yang memerintah malaysia.
    Mungin pemikiran Nik Aziz nih dah semakin tumpul dan tak lagi mampu untuk berfikir dengan waras dan bernas.. Manakan tidak sewaktu semua orang sibuk nak bersatu padu dan menaja kepada perpaduan.. Nik Aziz tiba2 dengan bongkak dan angkuh menolak usaha perpaduan dan menjadikan peraduan sebagai satu yang jijik khususnya praduan dengan UMNO sedangkn kedua2 parti ini adalah parti yang berteraskan kepada islam dalam perjuangannya.
    Ini lah musibah apabil Nik Aziz secara sewenang2nya mencipta fatwa2 sesat sehingga mengkafirkan semua ahli2 UMNO... dan dalam siaran tv menyatakan bahawa beliau tidak mengkafirkan UMNO tapi penyokong UMNO... bukankah setiap ahli UMNO itu menyokong UMNO... kenapa beliau begitu teruja untuk mengkafirkan orang UMNO sedangkan telah jelas apa kreteria seseorang insan untuk menjadi kafir...


    yang paling menyedihkn beliau sanggup pula menghalalkan perlakuan DAP.. dan PKR yang secara terang2an menghina dan menjatuhkan martabat islam..

    Selasa, 27 Oktober 2009

    Saya Setuju UMNO dan Pas Bersatu

    Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
    Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
    Saya dituduh sebagai tali barut UMNO dan dibayar berjuta-juta untuk menulis artikel. Oh! Senang sekali untuk jadi kaya. Tulis artikel mengutuk pembangkang atau berbau perkauman, UMNO akan bayar. Mungkin selepas ini, pembaca boleh menyertai saya untuk jadi kaya. Senang sahaja caranya, kutuk pembangkang dan puji UMNO, maka kita akan dibayar berjuta-juta. Begitulah banyak sekali duit UMNO! Inilah pemikiran ultra kiasu. Mereka tidak boleh diusik langsung. Orang lain semua salah, mereka sahaja yang betul.Saya dicabar kenapa tidak menegur UMNO yang dikatakan mengamalkan rasuah? Untuk makluman semua, sila baca artikel saya dalam Utusan Malaysia (22 Disember 2008).
    Saya ada menulis bahawa makan rasuah lebih hina daripada makan babi atau lebih baik makan babi daripada makan rasuah. Begitulah hinanya mengambil dan makan rasuah. Kenapa pembangkang tidak menyokong saya ketika itu? Inilah mentaliti kelas ketiga masyarakat kita, bila kena pada orang lain kita suka, bila kena pada diri sendiri, ibarat meludah ke langit. Bersih sangatkah kita? Ingatlah, kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap. Saya tidak nafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang penting dalam sistem demokrasi sebagai check and balance.Cuma satu perkara yang saya pohon, yang baik kata baik dan sokonglah. Manakala, yang tidak baik, boleh ditegur dengan cara berhikmah. Jangan tolak semua disebabkan tidak sehaluan. Lebih hina lagi, suka menyerang peribadi.
    Adakah peribadi kita semuanya baik? Ingat saudara, kadangkala kita juga menyimpan pekung di dada. Kita juga buat silap, tetapi kita tidak berani untuk mendedahkannnya, dibimbangi terpalit ke muka sendiri. Tepuk dada tanya iman.Saya mengatakan yang benar, jika hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam dan menjalankan hukumnya, parti ultra kiasu dan sekutunya, bukanlah pakatan yang sesuai. Sebab mereka tidak pernah bersetuju dengan Islam. Parti ultra kiasu itu amat kuat menentang Islam. Takkan tidak nampak lagi. Sementara sekutunya pula sehingga hari ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong idea PAS untuk menubuhkan negara Islam.
    Cubalah PAS bertanya walaupun sekali kepada kepimpinan tertinggi mereka. Jawapannya, mereka memang tidak mahu Islam. Agenda peribadi mereka jelas, mahu membalas dendam. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Siapa yang rugi? Orang Islam juga. Adakah orang bukan Islam rugi? Tidak. Mereka tetap untung sama ada dalam BN atau Pakatan Rakyat, walaupun berhadapan krisis dalaman parti sendiri.Justeru, bila saya mencadangkan PAS bekerjasama dan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO, itu bukan retorik kosong. PAS dan UMNO adalah parti dominan umat Islam di negara ini.
    Arah tuju Melayu Islam bergantung kepada dua parti ini. Bukan parti ultra kiasu dan sekutunya yang baru setahun jagung. Perjuangan mereka ada agenda tersembunyi. Saya minta saudara semua, bacalah bahan-bahan yang terlampau banyak dalam internet. Jangan lupa baca juga bersama perjuangan freemason. Saudara tentu akan mendapat gambaran sebenarnya.Manfaat PAS berkawan dengan UMNO lebih banyak hasil Islamnya berbanding dengan parti ultra kiasu yang terang-terang menolak Islam, termasuk sekutunya. Contoh di negeri Selangor amat jelas, adakah sinar Islam benar-benar tertonjol walaupun ketuanya orang Islam. Fikirkan sendiri. Jangan berkonflik dalam diri, seksa hidup kita.
    Biarlah kita berkawan dengan musuh, sekurang-kurangnya kita telah kenal hati budinya, daripada berkawan dengan musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam, yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging.Saya bukan ahli UMNO, saya tidak mendapat satu senpun dari UMNO. Tetapi saya melihat politik umat Islam amat merugikan. Jika berkawan dengan UMNO, tidak dapat menegakkan Islam, apakah berkawan dengan musuh UMNO, Islam dapat ditegakkan? Tidak juga. Jadi, timbangkanlah mana lebih baik antara keduanya. Itu sahaja. Habis cerita.Politik kita lebih kepada untuk membalas dendam. Inilah kelemahan politik Melayu yang amat ketara. Kita sanggup pecah kepala dan pecah segala-galanya semata-mata kerana berbeza pendapat seperti pilihan raya Bagan Pinang baru-baru ini. Orang lain bergaduh juga, tetapi pergaduhan mereka macam adik-beradik. Hari ini nampak bergaduh, esok mereka berbaik-baik.
    Tak pernah dengarpun sampai pecah kepala. Kenapa kita tidak boleh menjadi sedemikian? Kenapa perlu berpatah arang berkerat rotan. Masalah inilah yang menghantui umat Islam hari ini sehingga kita diperkotak-katikkan. Umat Islam merempat di bumi sendiri. Apakah kita yakin kita boleh bangun selepas ini?Bandingkan dengan negara China, mereka hanya ada satu Cina. Tidak timbul Taiwan itu keluar daripada Cina. Pada kerajaan China, Taiwan itu adalah Cina. Cina tetap Cina. Taiwan tidak boleh bersekongkol dengan Amerika untuk menghancurkan Cina. Sebab apa? Jawapannya, sebab kerajaan China, kenal musuh yang sebenar dan musuh dalam selimut. Sebarang percubaan menghancurkan China, tidak ada kompromi.
    Dengan sebab itu, kerajaan China amat tegas dengan Taiwan. Sebarang percubaan untuk ‘mengAmerikakan’ Taiwan akan ditentang habis-habisan. China mengambil pendekatan satu Cina dan maruah bangsa lebih penting daripada segala-galanya. Berpegang kepada prinsip yang SATU ini, akhirnya China menjadi hebat. Musuh ketatnya Amerika pun rasa takut, apatah lagi musuh yang cuba menjadi musuh dalam selimut. Tamadun mereka adalah warisan nenek moyang yang tidak boleh dijual beli dan tidak ada kompromi. Jika Taiwan dirosakkan, maka hancurlah konsep kesatuan SATU China.
    Saya harap pembaca faham sedikit perbandingan ini dengan negara kita dan kaitannya dengan artikel saya minggu lepas. Begitulah hebatnya pegangan ajaran nenek moyang dan tamadun bangsanya.Islam tidak pentingkan nenek moyang, sebab kita ada Allah Yang Maha Esa. Sepatutnya kita yang ada Allah lebih hebat daripada mereka yang percaya kepada nenek moyang. Allah yang menjadikan nenek moyang.
    Kenapa hari ini manusia yang menyembah Allah, lebih hina daripada mereka yang menyembah nenek moyang. Janganlah pula menyalahkan Allah, kerana kita tidak bersatu atas nama Allah walaupun Allah memberi amaran, berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu berpecah belah.Manusia yang yakin dengan Allah telah terbukti akan kehebatan. Lihatlah tamadun yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak ada sedikitpun kekurangan. Persoalannya, kenapa umat Nabi SAW begitu naif? Sukarnya sangatkah kita hendak bersatu atas dasar Islam?
    Apakah penyatuan Islam itu perlu tunggu wujudnya negara Islam atau perlaksanaan hukum Islam?Kenapa kita tidak dapat membaca realpolitik Islam di negara kita? Bolehkah diwujudkan negara Islam yang melaksanakan hukum Islam jika penduduk negara ini tidak solid atau hampir seratus peratus Islam. Bagaimanakah kita mahu paksa bukan Islam yang hampir 50 peratus menerima hukum Islam? Tidak kah kita terfikir bahawa orang bukan Islam tidak akan selamanya bersetuju dengan Islam?Jika begitulah keadaannya, bolehkah PAS menubuh negara Islam jika berkawan dengan mereka yang terang-terang menolak Islam. Tidak boleh juga.
    Jika begitulah keadaannya, kenapa tidak hari ini kita bersyukur dengan kepimpinan Islam yang sedia ada dan cuba memperkuatkan lagi agar nilai-nilai Islam terpancar walaupun hakikat sebenar hukum Islam tidak dapat dilaksanakan?Saya fikir hari ini, kita perlu duduk semeja untuk fikirkan bagaimana nilai-nilai Islam boleh dilaksanakan di negara kita daripada bercakap soal hukum hudud yang amat sukar dilaksanakan kerana majoriti-minoriti negara kita tidak besar. Mungkin Brunei, Pakistan dan negara Arab yang lain tidak sukar untuk melaksanakan hukum Islam. Tetapi di Malaysia tidak sedemikian geografi penduduknya.
    Adalah lebih baik nilai-nilai Islam dilaksanakan kerana saya yakin nilai-nilai Islam turut dikongsi oleh semua agama. Mana ada satu nilai-nilai baik Islam ditolak oleh agama lain. Apa yang diharamkan oleh Islam turut diharamkan oleh agama lain seperti berzina, berjudi, minum arak, mengumpat dan lain-lain. Nilai-nilai baik lain tidak perlu disebutkan, kerana saya yakin semua akan bersetuju, kecuali bagi mereka yang terlampau ghairah dengan cara hidup barat.Jika ada agama yang mengatakan apa yang dilarang oleh Islam itu dibolehkan, dan nilai-nilai baik itu ditolak, saya berani mengatakan bahawa hina sungguh agama mereka. Tetapi tidak sedemikian. Apa yang saya belajar semasa menganut agama Buddha dan Kristian satu masa dahulu, sebenarnya terlalu banyak persamaan.
    Persamaan itulah yang perlu kita cari dan selesaikan untuk dilaksanakan, bukannya membuang masa membincangkan sesuatu yang jauh dari realpolitik dan amat sukar dilaksanakan. Akhirnya, wang ringgit dibazirkan, kerana membincangkan perkara yang tidak boleh dilaksanakan kerana tidak memahami realpolitik dan berpecah belah tidak tentu pasal. Siapakah yang rugi sebenarnya?Saya bukan menolak negara Islam dan hukum Islam, tetapi selaku pengkaji politik, saya membaca realpolitik Malaysia. Saya sedih dan amat khuatir melihat umat Islam berpecah. Perpecahan yang disengajakan. Kita sudah terlepas Singapura, adakah kita mahu lihat Singapura kedua dan selepas itu, Singapura ketiga?
    sumber - ridhuantee

    Nizar OII!! EGM PAS : Motif Dendam???

    Mungkin EGM Pas dah dibatalkan dan digantikan dengan satu mesyuarat khas ... tapi kenapa pulak tiba2 nak diadakan EGM sedangkan puas di beritakan kepada rakyat jelata bahawa PAS tidak ada keretakan mahupun perpecahan??

    Siapa pula yang menjadi dalang dalam permainan ini?? adakah Anwar Ibrahim? atau Husam Musa yang tidak berpuas hati dengan kekalahan beliau kepada Nasharudin Mat Isa? atau pun Anuar Bakhri dan Khalid Samad???

    Persoalan lagi kenapa pula Khalid Samad terlalu berdendam dengan Dr Hassan Ali... Adakah kerana Dr Hassan Ali telah mengambil tempat beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor??
    Ada jugak orang mengkhabarkan kepada saya bahawa Husam sedang dilanda krisis akibat daripada kejadian menumbuk seorang tetamu semasa majlis hari raya Pas di Taman Melewar??? Dengar khabar juga kes ini dah dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat...
    Walaupun Mahfuz Omar cuba menafikan berita tumbuk menumbuk ini dalam Sinar Harian 20.okt.09 yang lalu. Mahfuz cuba yang tidak pernah serik sekali lagi membohongi orang ramai. Beliau tahu cerita sebenar, kerana beliau telah bercakap dengan mangsa yang ditumbuk. Inilah dia sikap sebenar pemipin PAS yang menjual nama Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan cara hidup islam melainkan lakonon semata2.

    Jadi macam mana pulak nasib Hadi Awang yang masih dalam dilema??? sama2 kita tunggu dan lihat

    Nizar OII!! EGM PAS : Penghasut Liberalisme Berjaya Menghasut Pemegang Kunci Sorga!

    oleh YB GAP
    dalam politik, ahlinya hendaklah kebal dan tebal. kebal hati dan jiwa walau apapun yang melanda. tebal muka adalah perkara biasa. dia harus berani menerima 'sakatan' musuh dan rakan. tak tahan dek sakat, dia boleh melompat-lompat.dalam kajian ahlul sosiologi,umum mengetahui orang melayu yang usianya tua punyai tabiat melatah. bila dicuit di pinggang atau di sergah,mulalah dia melatah..
    adakala melatah pak tua ni lebih menjurus kepada skala mencarut.. dan seakan menjadi suatu budaya atau trend sekarang,orang muda pula yang kuat melatah.. aksi ni aku kata buat-buat, saja nak cari glamer .nik ajis sedang menelusuri aksi yang sama. dia kena sakat,dia melatah dan dia melompat-lompat.kasihan sungguh aku melihat si tua pemegang kunci sorga ini. katastrophi sedang melanda partai pas, bukan kerana mereka sedang menjunam kalah di pilihanraya sebaliknya sedang mengalami ribut politik sepertimana yang pernah umno alami.apa ributnya pak ? ributnya berlingkar disekitaran wadah rebut kuasa,pangkat dan harta.sebenarnya nik ajis nak berterus-terang, agar hj hadi,mustafa ali,hasan ali dan nasarudin dicampak keluar dari partai pas.
    nik ajis sanggup melangar hukum dan adat pertandingan, sanggup menjadi juara diktator walaupun seterunya itu menang dalam pertandingan yang adil.ini semua gara-gara penghasut,tukang hasut dan bapak penghasut.ribut-ributan dalam pas pernah berlaku dalam sejarah umat.siapa kah watak 'judas' dan 'utimutraraja' yang semakin galak menghayun pedang untuk menyembelih presiden mereka sendiri ?adakah nik ajis bertindak sendirian atau ada si judas dan utimutraraja yang sedang melayan kipas memanaskan bontot nik ajis agar beliau melompat-lompat kepanasan ?
    maka arakiannya, kita harus mengkaji apa punca dan mana berpuncanya. aku tegaskan di sini bahawa karektor-karektor ini lah yang sebenarya sedang menjahanamkan partai pas dengan cara menghasut si pemegang konci sorga.prof aziz bari adalah seorang profesor UIA, banyak menulis dalam hal ehwal ligitasi. sayang prof kangkung ini lebih condong penulisannya ke arah kumpulan liberal islam. siapa bos aziz bari ? tiada lain mamat kangkung dari melaka bernama khalid jaafar, mastermind institut kajian dasar (IKD).. apa fungsi IKD ? tiada lain menjuarai lidah liberalisme dan jaguh bicara soal demokrasi dan hak asasi.
    khalid jaafar pernah meggelarkan nabi muhammad saw sebagai D.O (pegawai daerah) sahaja sewaktu diskusinya dengan wartawan pelacur demokrasi dari malaysiakini.aziz bari terhutang budi tetapi belum sampai tergadai bodi. dia banyak terhutang budi dengan IKD, kerna banyak cetakan buku kangkungnya ditanggung kosnya oleh kalid jaafar. aziz bari sama akhlaknya dengan ibrahim sufian (merdeka centre), satu lagi watak ciptaan anwar attaturki yang bertugas untuk mengipas-ngipas dasar anwar dan perjuangan liberalisme IKD.aziz bari penggemar anwar attaturki. sewaktu kes tumbangnya perak ke tangan barisan nasional, aziz bari merungkai persepsi dan fitnahi. ini kerajaan haram,tiada demokratik..
    aziz bari cuba menutup kesalahan anwar attaturk dalam mainan politik 16 september.anwar attaturk telah mendahului tuhan dalam persoalan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.perak tumbang dan itu balasan tuhan pada anwar attaturk. tuhan itu berkias dan menempelak anwar dan aziz bari sendiri, agar jangan bermain dengan isu 16 september..tuhan mengingatkan mereka supaya jangan meliwat semangat demokrasi dengan mainan kata 'we have the numbers'..sekali terkena berguling-guling di atas jalanraya.hari ini,seperti biasa dia menjalankan operasi dalam rancangan yang teliti, menjolok hj hadi supaya terkeluar daripada saf parti pas.husam musa ada masalah. dia sedang menanggung malu di atas kekalahannya tempoh hari ditangan nasarudin. perseteruan ini belum berkesudahan, apabila nasarudin mengambil langkah berani untuk menyaman kickdefella, bloger upahan husam yang banyak memfitnah nasa sewaktu kempen muktamar pas tempoh hari. nik ajis pernah menggelarkan nasarudin sebagai sampah.
    nik ajis termakan hasutan husam dan anual bakri, set pol nik ajis yang kerinting rambutnya. ini 2 watak utimutraraja, sang penghasut yang bisa membinasakan partai mereka demi mengekalkan kuasa.berani aku katakan bahawa semangat kenegerian sedang melanda pas.siapa utimutraraja ? dialah sang puaka bangsa, sama tarafnya dengan raja mendeliar,si kitul dan nina chatu si keling yang telah meranapkan kerajaan melaka. dek kerana mereka berempat inilah portugis bisa menguasai melaka..hari ini watak penghasut sejarah lama telah melanda partai pas. yang bisa ketawa diluar melihatkan sengketa partai pas tiada lain anwar attaturk. dia penjahanam bangsa dan perosak agama. anwar umpama bayangan dajal, air dikata api dan api dikata air. yang lemah longlai jiwanya pasti terpengaruh dengan janji sang halunisasi anwar attaturki.anwar pernah menghancurkan ABIM,pernah menghancurkan umno dan sedang melakukan kerosakan yang sama kepada pas.
    ramai dikalangan pimpinan pas terpikat dengan dasar liberalisme anwar attaturki.nizar bintang 3,kalid gereja samad,mujahid yusof rawa,mahfuz omar,salahudin ayob,dr zulkifli ahmad,dr lo'lo dll merupakan petualang sebenar dalam pas.mereka sanggup menggadaikan maruah perjuangan pas demi pangkat dan harta.sama perangainya dengan judas iscariot.siapa judas iscariot ? dia ialah bendahara sewaktu zaman jesus (nabi isa a.s) . judas antara 12 sahabat terkenal nabi isa a.s.. 12 sahabat yang digelar hawariyun. judas sanggup melacurkan maruah diri demi 30 keping perak yang ditawarkan oleh imam-imam yahudi jika judas memberitahu dimana tempat persembunyian nabi isa a.s. tapi tuhan maha berkuasa,judas telah ditukarkan rupanya seiras nabi isa a.s.dan kerana itulah judas telah disalib.
    kerana kesundalan itulah judas digelar iscariot yang bermaksud si pengkhianat.anwar tahu azmin tiada mampu mendepani politik sewaktu sepeninggalannya ke sungai buloh nanti.azmin tiada semangat jantanan politik,saifudin nasution adalah pelacur politik yang kepalanya bisa ke sana kemari umpama lalang ditiup angin.tatkala anwar ke sungai buloh, harapan barunya terletak penuh di atas pundak barua-barua beliau dalam pas. samada mengkhianat hj hadi itu bukan persoalan,yang penting legasi dan pengaruh anwar attaturk perlu diteruskan. anwar attaturk pernah digelar pengkhianat oleh muhyidin yasin. seharusnya ahli pas memahami maksud tersirat muhyidin, antara utimutraraja,judas dan anwar ,,siapa diantara mereka yang patut 'dipancung' terlebih dahulu !

    Ahad, 25 Oktober 2009

    PASrtiMILITAN: Nik Aziz Bencikan Perpaduan...???

    Nik Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi dikalangan penyokong PAS dengan cadangan untuk mengadakan satu EGM bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti tersebut yang dikatakan Pro-UMNO..

    Isu nak megeluarkan hadi dari saf kepimpinan PAS bukan lagi satu rahsia.. kerana nik aziz sendiri dah terang2 menjelaskan siapa yang ingin disingkirkan... kerana hadi pernah mengutarakan cadangan untuk mewujudkan perpaduan diatara PAS dn UMNO untuk kesejahteraan umat melayu dan islam..

    pastinya aku tak akan terkejut kalau lim guan eng atau kit siang atau karpal sigh katakan mereka tidak mahukan perpaduan tetapi bila kenyataan ini terkeluar dari mulutseorang yang diangkat sebagai manusia mursyid dikalangan ahli pas.. maka aku sedikit terperanjat...(sikit je lah tak banyak pun).


    manakan tidak.. bukankah islam menuntut umatnya bersatu padu dan jangna berpecah-belah ... "wa'tasimubihablillahi jami'an wala tafrraqu..."

    mungkin tok guru sudah terlupa.. setiap kata2 yang pernah dilontarkan pada UMNO.. satu ketika mereka menuduh UMNO ini parti kafir.. kemudian sekali lagi mereka menuduh jika menyokong UMNO dan barisan nasional tidak dapat masuk syurga... hinggaka ada juga guru2 agama yang sanggung menjual agama mereka di dalam PAS dengan menyatakan bahawa jika pangkah PAS 3 kali ... sama seperti 1 haji..

    betapa jijik dan hina menusia2 yang bertopengkan agama demi kepentingan peribadi mereka dan politik sempit mereka yang tidak kemana2 ini hinggakan sanggup menjadikan agama.. syurga dan pahala ini sebagai alat mainan dan sesuatu yang boleh diperdagangkan..

    ini bukanlah satu ceriita rekaan... tanya saja sesiapa yang pernah membuat kerja merayu undi di kelantan.. seorang makcik yang baik.. naif dan sentiasa berterima kasih kepada kerajaan kerana segala bantuan yang telah diterima hingga membolehkan anak2nya ke universiti tidak mampu untuk memberikan undi kepada UMNO dan barisan nasional kerana janji2 seperti ini... HINA KAN ORANG YANG MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI RASUAH??

    bukankah setiap tuduhan yang dilemparkan kepada manusia lain dan tuduhan itu tidak benar akan kembali kepada kita... NAH KINI PAS SEDANG MENGALAMI PROSES PMBALASAN DARI ALLAH ATAS KEHINAAN MEREKA MENUDUH UMNO SEBAGAI PEMECAHBELAH UMMAH... hanya dengan sekelip mata .. tak perlu tunggu sampai akhirat .. segalanya dibayar CASH oleh Allah kepada syaitan yang bertopengkan manusia ini..

    DASYAT TUAN-TUAN!!!! kita tunggulah sama2 samapai mana cerita PAS nih... pastinya DAP DAN PKR HARI INI SEDANG MENTERTAWAKAN ORANG2 MELAYU DI DALAM PAS KERANA KEBODOHAN MEREKA.. DAP SENDIRI DAH KELUARKAN KENYATAAN BAHAWA MEREKA TIDAK AKAN CAMPUR TANGAN DALAM ISU PAS... SEBAB MEREKA MEMANG NAK LIHAT PAS JATUH DAN TAK BOLEH NAK BANGUN LAGI...

    NIK AZIZ MUNGKIN SUDAH LUPA.. SIAPA ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA... MUNGKIN JUGA SUDAH LUPA SIAPA HUSAM MUSA SEBENARNYA....

    HAJI HADI.. KALAU BETULLAH NIAT UTNUK BERSATU DAN MENYATUKAN UMMAH ITU TELAH ADA DAN MASIH MEMBARA... TERUSKANLAH BERJUANG... JANGAN MUDAH PATAH SEMANGAT... JANGAN NAK FIKIRKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN TU SAJA.. JADI ORANG BIASA PUN BOLEH NAK SATUKAN UMMAH...

    Rabu, 7 Oktober 2009

    Dari Mana Sumber Kewangan Anwar??

    Oleh Kazman Kamal

    Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membuat satu laporan polis untuk memulakan siasatan terhadap tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung akuan berkanun yang pernah dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap beliau kira-kira 10 tahun lalu.



    Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata walaupun akuan berkanun yang disebut oleh Datuk Nallakarupan telah lama dibuat, pihaknya percaya bahawa kes ini tidak sepatutnya dilupakan dan tuduhan berkaitan dengan sumber kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlulah disiasat dengan secepat mungkin.



    Katanya, "Ini adalah satu tuduhan yang amat berat sekali. Apabila akuan berkanun Datuk Abdul Murad dibuat, ramai yang tertanya apakah hasil siasatan dari pihak berkenaan?



    "Ramai yang masih ingin tahu samada tuduhan tersebut betul dan sekiranya betul apakah tindakan selanjutnya".



    Tegas beliau lagi sekarang rakyat diingatkan lagi dengan satu pengesahan dari Datuk Nallakarupan yang sebagai sahabat karib kepada Datuk Seri Anwar sudah tentu mempunyai maklumat yang tepat.



    "Sekiranya Datuk Nallakarupan masih menegaskan bahawa ‘Anwar mempunyai pelbagai sumber’ sambil merujuk kepada akuan berkanun Datuk Abdul Murad, perkara ini perlu disiasat dengan teliti, terperinci dan segera demi kepentingan awam", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.



    Dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Datuk S. Nallakarupan mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar, seperti mana yang pernah didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, dalam akuan berkanun yang dibuat pada tahun 1999.



    Menurut akuan berkanun Datuk Abdul Murad, Datuk Seri Anwar mempunyai RM3 bilion yang disimpan dalam beberapa "master accounts".



    Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.



    Pada masa yang sama Khairy seterusnya berkata Pemuda memandang berat taktik kotor pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang yang melemparkan pelbagai tuduhan dan dakyah terhadap Barisan Nasional (BN) dan calon BN semata-mata untuk mengelirukan pengundi.



    "Suka saya mengingatkan pihak pembangkang agar jangan menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri", ujarnya.

    Jumaat, 11 September 2009

    Anwar al-juburi: 16 September Ulang Tahun Pengkhianat Bangsa

    Share


    16 September nih genap pembohongan pengkianat bangsa anwar al-juburi.. semakin hari rakyat semakin meluat dengan pembohongan pembangkang nih... lepas satu-satu pembohongan demi pembohongan terbongkar...
    kalau dulu anwar mengarahkan kuncu2nya untuk mengejar ahli-ahli politik keluar negara kononya untuk memastikan 16 september menjadi kenyataan.. tapi teruk dipermainkan... kehulur kehilir mengejar balik dengan tangan kosong..
    pada ketika itu anwar secara terang-terangan menghalalkan mana-mana YB untuk lompat parti... atas dasar hak individu katanya... tapi bila wakil-wakil rakyat pakatan haram mereka bertukar arah memihak kepada BN mulalah anwar kata BN membeli wakil rajyat mereka... BN cuba merasuah YB mereka kononya...
    kenapalah anwar al-juburi nih selalu cakap tak serupa bikin... kalau mereka melobi dan menarik YB BN untuk lompat parti boleh dan halal perbuatannya... tapi kalau YB mereka menyokong BN secara sukarela tak boleh... haram katanya...
    tak berpuas hatilah mereka sampai hari ini, merata tempat mereka bersidang.. dibawah pokok, di tengah panas terik... takut demam kena panas masuk dalam hotel... esok tak tahu lah kat mana... dalam kubur pulak kot...
    Pas Pulak dulunya kata UMNO kafir amalkan dan gunakan undang-undang penjajah.. lalu mereka beriya-iya nak laksanakan undang-undang islam.. katanya kalau harini menang sebelum ayam berkokok esok hari kita akan laksanakan hudud... ayam yang berkokok rasanya dah dibuat kari... tapi hudud ni kemana pergi?? cakap tak serupa bikin...
    hari ini... Nizar KKK yang merupakan pesuruhjaya pas perak ... naik turun mahkamah cabar zamri nak dapatkan balik kerusi menteri besar... bila mahkamah kata ok beri pada nizar.. bersorak sakan mereka seolah-olah tiada lagi esok hari.... tup tup mahkamah tinggi pulak kata zambri menteri besar yang sah... huh... bersorak jugak mereka sambil berarak hingga merosakan harta awam dan mengganggu masyarakat yang lain... ni lah corak kepimpinan manusia kufur nikmat allah... tak teringatkan mereka pada allah yang menjanjikan syurga pada yang bersyukur dan neraka pada yang kufur...
    kalau dah kufur rezeki tak kemana sekejap saja allah tarik balik... sampai harini tak puas hati lagi sampai undang2 dicabuli.. raja tak lagi dihormati... huh... elok dibuang daerah... tak pun buang negeri... lagi baik buang negara... pegilah cari mana-mana pulau tubuh negara sendiri...

    Ahad, 23 Ogos 2009

    DAP dan Dasar Ekonomi Baru

    Sungguhpun Dasar Ekonomi Baru 20 tahun telah berlalu dan pencapaiannya ternyata gagal mencapai matlamat Bumiputera 30 % dalam bidang ekonomi , tetapi semangatya masih diteruskan oleh kerajaan Barisan Nasional.


    Sejarah penentangan DAP

    DAP yang berakar dari PAP di Singapura dan dibentuk pada 1966 mengamalkan prinsip 'Malaysian Malaysia'. Selepas Peristiwa 13 Mei yang dikatakan berpunca dari ketidakpuashatian orang Melayu kerana merempat di tanah air sendiri, maka Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ke-2 bersama-sama dengan 'think tank' telah merangka dan melancarkan Dasar Ekonomi Baru.

    Sebagai sebuah parti politik yang baru ditubuhkan, tentulah DAP mahu merebut blok politik yang selama ini dimonopoli oleh MCA dan Gerakan.

    Tentangan terhadap Dasar Ekonomi Baru ini bukanlah daripada DAP sematsa-mata tetapi juga daripada MCA dan Gerakan. Namun begitu penentangan MCA dan Gerakan masih lagi dalam kerangka semangat kerjasama dalam Barisan Nasional. Lagipun Dasar Ekonomi Baru dilasanakan dalam tempoh 30 tahun sahaja untuk mendapatkan 30 % kek ekonomi di Malaysia. Sasaran utama 30 % ini boleh dioperolehi daripada saki-baki syarikat Barat yang melabur di Malaysia dan ekonomi di perkembangkan. Tidak ada ada hasrat sama sekali untuk merampas sama sekali perniagaan dan harta benda yang telah dimiliki oleh penduduk Cina dan India.

    Tafsiran berbeza
    'Malaysian Malaysia' amat bertentangan sama sekali dengan Dasar Ekonomi Baru. Prinsip Malaysian Malaysia menyatakan pelbagai kaum di Malaysia adalah sama rats dari semua segi , baik politik, ekonomi mahupun sosial. Ini selaras dengan sistem merit di mana tidak ada layanan istimewa dan bantuan kepada mana-mana kaum. Semua kaum mestilah bekerja keras untuk mendapatkan kek ekonomi yang ada di Malaysia. Setiap orang diciptakan sama oleh Tuhan dan terpulanglah kepada mereka untuk berusaha gigih mencari rezeki yang terbentang luas.

    Juara baru dalam DAP ialah Lim Kit Siang yang merupakan peguam yang handal lahir di Melaka. Kecaman beliau terhadap MCA yang tunduk kepada UMNO mrnarik hati orang Cina. DAP menjadi parti harapan kepada orang Cina, tidak lagi MCA yang selama ini banyak berjasa kepada mereka.

    Perlembagaan Persekutuan banyak memihak kepada orang Melayu dan tidak sama dengan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan selepas Perang Dunia II. Malaysia yang dibentuk berasaskan Perlembagaan Persekutuan adalah alat bagi mengekang rempuhan komunis dari utara. British yang bimbang dengan Teori Domino itu telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu . Sedangkan pada ketika Tanah Melayu berhadapan dengan zaman komunis 1948-1960.

    Pelbagai artikel dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan kedudukan orang Melayu terutama kedudukan raja-raja, hak istimewa orang, bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi , tanah rezab Melayu dan lain-lain. Dasar Ekonomi Baru tidak terdapat dalam perlembagaan dan kerana itu bolehlah dipertikaikan. 30 % ekuiti Bumiputera yang mesti dicapai dalam tempoh 30 tahun juga tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Dasar Ekonomi Baru bagaikan 'hadiah' kepada orang Melayu yang terlibat dalam Peristiwa 13 Mei. Sentimen orang Melayu yang tidak puas hati kepada kerajaan dan disalurkan melalui 'tumpah darah' dapat diredakan melalui Dasar Ekonomi Baru.

    Kekangan orang Melayu
    Orang Melayu yang rata-ratanya pesawah dan petani tinggal di pola petempatan berjajar di kawasan sawah padi seperti di Dataran Kedah , Seberang Perak dan Sungai Manik. Petempatan berjajar di sepanjang terusan dan sungai ini tidak menggalakkan mereka mereka menceburi perniagaan. Begitu juga yang menjadi penoreh getah dan tinggal di pola petempatan berselerak dan berkelompok tidak menjalankan perniagaan besar, kecuali kedai runcit.

    Perniagaan dan perdagangan Cina sukar diterobos kerana sistem perniagaan keluarga, sistem monopoli, kongsi gelap , sistem pemasaran dan lain-lain. Dr Amir Baharuddin dari USM menyeranaraikan pelbagai kekangan Bumiputera untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dan perdagangan.[2] Cara termudah ialah membeli saham dan diserahkan kepada orang Melayu , memiliknegarakan syarikat asing atau agensi kerajaan menjalankan perniagaan . Tetapi pasaran saham tidak selalu melonjak sebaliknya turun naik yang tidak ketentuan. Agensi kerajaan pula tidak mempunyai kemahiran pengurusan syarikat sehingga perniagaan mereka runtuh. Dasar memiliknegara syarikat seperti Guthrie mendatangkan tentangan dari negara British.

    Sabtu, 22 Ogos 2009

    Dasar Ekonomi Baru


    Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:


    Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.


    Latar belakang

    Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.


    Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.


    Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.


    Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.


    Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


    Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:


    Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.


    Dasar Pecah dan PerintahJurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:



    1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.


    2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

    Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional



    1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.


    2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).


    3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

    Kesan Dasar Pecah dan Perintah




    1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.


    2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.


    3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

    Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.


    Dasar Ekonomi BaruDasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.


    Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-


    Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum; Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.


    Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:


    Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990; Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain; Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar. Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.


    Isu Penolakan


    Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP), Lim Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap bercanggah dengan DEB/DPN ialah 'tender terbuka'.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...