Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 7 Oktober 2009

Dari Mana Sumber Kewangan Anwar??

Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membuat satu laporan polis untuk memulakan siasatan terhadap tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung akuan berkanun yang pernah dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap beliau kira-kira 10 tahun lalu.



Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata walaupun akuan berkanun yang disebut oleh Datuk Nallakarupan telah lama dibuat, pihaknya percaya bahawa kes ini tidak sepatutnya dilupakan dan tuduhan berkaitan dengan sumber kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlulah disiasat dengan secepat mungkin.



Katanya, "Ini adalah satu tuduhan yang amat berat sekali. Apabila akuan berkanun Datuk Abdul Murad dibuat, ramai yang tertanya apakah hasil siasatan dari pihak berkenaan?



"Ramai yang masih ingin tahu samada tuduhan tersebut betul dan sekiranya betul apakah tindakan selanjutnya".



Tegas beliau lagi sekarang rakyat diingatkan lagi dengan satu pengesahan dari Datuk Nallakarupan yang sebagai sahabat karib kepada Datuk Seri Anwar sudah tentu mempunyai maklumat yang tepat.



"Sekiranya Datuk Nallakarupan masih menegaskan bahawa ‘Anwar mempunyai pelbagai sumber’ sambil merujuk kepada akuan berkanun Datuk Abdul Murad, perkara ini perlu disiasat dengan teliti, terperinci dan segera demi kepentingan awam", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.



Dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Datuk S. Nallakarupan mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar, seperti mana yang pernah didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, dalam akuan berkanun yang dibuat pada tahun 1999.



Menurut akuan berkanun Datuk Abdul Murad, Datuk Seri Anwar mempunyai RM3 bilion yang disimpan dalam beberapa "master accounts".



Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.



Pada masa yang sama Khairy seterusnya berkata Pemuda memandang berat taktik kotor pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang yang melemparkan pelbagai tuduhan dan dakyah terhadap Barisan Nasional (BN) dan calon BN semata-mata untuk mengelirukan pengundi.



"Suka saya mengingatkan pihak pembangkang agar jangan menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri", ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...