Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Khamis, 20 Februari 2014

Rombakan Kabinet Perkara Biasa, Bukan Isu

Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat.  Perlantikan beliau sejak dari awal menimbulkan kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak.   Kegagalan beliau menjalankan tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan membuktikan bahawa perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang khuatiri rakyat.
 
Sesungguhnya, Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan jawatan dan tidak lagi 'menyumbang' kepada pembaziran negara. 
 
Dengan perkembangan terbaru ini, rombakan kecil kabinet pastinya perlu dilakukan. Untuk itu, kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan Mesyuarat Luar Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini, berkenaan jawatan kabinet yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk dalam PRU-13.
 
Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan kabinet, maka Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling layak untuk jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin.  Liow Tiong Lai telah memenangi PRU-13 dengan 'bergaya' di kala hampir keseluruhan jentera partinya 'kaku'.
 
Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti dari MIC demi kesinambungan perjuangan membela kaum India.
 
Selain dua jawatan ini, tidak ada sebarang perubahan besar serta tiada sebarang penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku.
 
Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan dalam pentadbiran. Justeru, tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk mengenai rombakan ini, seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...