Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Ahad, 11 Disember 2011

China Doll" kongsi bilik hotel dengan ULAR ditahan!!



COLOGNE, Jerman 11 Dis. – Seramai tiga orang yang berkongsi bilik hotel di Cologne bersama-sama 100 ekor ular, hampir 70 ekor kura-kura dan 20 ekor katak warna terang telah ditahan polis tempatan semalam.
Seorang pekerja hotel menelefon polis dan melaporkan tiga orang dari China yang menginap di hotel tersebut berada dalam keadaan meragukan.
Polis kemudian memeriksa beg-beg mereka dan menemui haiwan reptilia itu di dalamnya, Jurucakap polis berkata, haiwan-haiwan tersebut belum diasingkan mengikut spesiesnya lagi membuatkan mereka masih tidak dapat mengenal pasti sama ada ia merupakan haiwan yang hampir pupus, beracun atau kedua-duanya sekali.
Mereka bertiga kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $1,300 (RM4,000). - dpa


Rasanya lebih baik berkongsi bilik dengan ular dari berkongsi bilik dengan Ome'gay' .... takut nanti terbolos pulak ... hehe 

Rabu, 30 November 2011

DAP Ganti PAS Itulah Matlamat Utama DAP Komunis


Fakta yang jelas buat kita adalah parti DAP bukanlah parti untuk orang melayu mahupun Bumiputera kerana sejak penubuhan DAP ini tidak ada agenda mereka untuk membantu Melayu mahupun Bumiputera melainkan kerakusan Kuasa yang menjadi idaman mereka.

Lagi...


Tahniah KP Puteri Masjid Tanah

Tahniah... Mas Ermiyati Shamsudinfor her 'Latest Edition' ... Tukul tumpang gembira dengar berita puan emy dah selamat melahirkan anak...

mudah-mudahan bertambah rezeki... mana tau kot-kot PRU nanti ada 'chance' .... Hehehe... semua tu rezki Allah... jangan ada yang dengki pulak...

Apo pun, moga dididik anak amanah Allah ni dongan sempurna iman dan ilmu...

Selasa, 26 April 2011

Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama

Media arus perdana perlu juga kritik kerajaan - Tun M
24/04/2011 10:02pm
KUALA LUMPUR 24 April - Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.
Dr. Mahathir berkata, media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.
"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri.
"Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya pada Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama
sumber: Utusan Online

Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN

Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain."Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.
"Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan.
"Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN," katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam.
Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM.
Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet.
"Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat," katanya.
Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan.
Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik.
"Sehubungan itu, hakikat bahawa kita (BN) berupaya untuk menang melebihi majoriti dua pertiga (dalam PRN Sarawak) dengan sendirinya adalah satu pencapaian yang besar," katanya.
Najib berkata, demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul.
Sementara itu dalam sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Najib berkata, kerajaan masih terbuka kepada pendapat orang ramai mengenai cadangan pihak tertentu supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, manakala antara masalah paling besar dalam pelaksanaan dasar di negara ini ialah penguatkuasaan yang lemah.

sumber: Berita Harian 25 Apr 2011

Rabu, 9 Mac 2011

Tahniah YB Roslan

Tahniah kepada YB Roslan bin Datuk Hj Ahmad, UMNO/BN kerana telah memenangi
kerusi N27 DUN Merlimau menewaskan Sdra Yuhaizad@ijat dari PAS dengan majoriti
3463 undi...

Isnin, 23 Ogos 2010

21 Ogos 2010-Sumbangan Baju Raya Kpd Anak Yatim. & Golongan Susah

Oleh Abdul Samat
Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2010 - Setiap kali kedatangan Ramadan, anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan pasti dibantu dan diraikan supaya
mereka turut gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Saudara Hasnoul
Hisham Hashim tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dan membawa anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan yang seramai 86 orang dalam Parlimen
Masjid Tanah membeli baju raya di sekitar Bandar Masjid Tanah.
Pembelian ini dilakukan secara berperingkat yang dimulakan sejak dari jam 9.00
pagi hingga jam 12.00 tengahari. Menurut Hasnoul, pakaian-pakaian yang dibeli
hari ini tidak akan dibawa balik oleh mereka kerana Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Masjid Tanah akan menyerahkan pakaian tersebut pads majlis berbuka
puasa bersama mereka yang dijangka diadakan di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput,
Masjid Tanah pada 29 Ogos 2010, hari Ahad yang akan datang.

Rabu, 28 April 2010

Pembangkang Hanya Tahu Tuding Jari

Kenapa menuduh BN membeli undi? nampak sangat pembangkang tak tahu menghormati hati rakyat.. sedangkan rakyat membuang undi kerana melihat kepada masa hadapan yang lebih cerah bersama kerajaan BN..

Pembangkang juga menuduh SPR sebagai tidak telus dan berat sebelah?? Owh!! bila mereka menang di beberapa negeri dulu masa PRU12 kenapa tak nak heboh kata SPR tak betul?? sekarang bila kalah SPR tak betul pulak? Rakyat dah pandai menilai mana intan mana kaca.. Jangan nak memperbodohkan rakyat dengan politik sempit pembangkang.. yang mereka tahu hanyalah mencai kesalahan atau mereka-reka kesalahan saja.. 

Kenapa nak memperjudikan nasib rakyat semata2 nak naikkan manusia pengkhianat negara sebagai perdana menteri? cukup hebatkah pengkianat ni? sedangkan beliau adalah sabahat baik yahudi.. beliau juga sanggup menjual maruah agama bangsa dan negara... tak perlu lah nak menolak keamanan dan kesejahteraan negara demi PENGKHIANAT HYBRID YAHUDI... !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...