Oleh Abdul Samat
Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2010 - Setiap kali kedatangan Ramadan, anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan pasti dibantu dan diraikan supaya
mereka turut gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Saudara Hasnoul
Hisham Hashim tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dan membawa anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan yang seramai 86 orang dalam Parlimen
Masjid Tanah membeli baju raya di sekitar Bandar Masjid Tanah.
Pembelian ini dilakukan secara berperingkat yang dimulakan sejak dari jam 9.00
pagi hingga jam 12.00 tengahari. Menurut Hasnoul, pakaian-pakaian yang dibeli
hari ini tidak akan dibawa balik oleh mereka kerana Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Masjid Tanah akan menyerahkan pakaian tersebut pads majlis berbuka
puasa bersama mereka yang dijangka diadakan di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput,
Masjid Tanah pada 29 Ogos 2010, hari Ahad yang akan datang.
Utusan Online
Minda Mendonan Munif Majid
- Tahniah Buat Semua - 5/6/2013 - MunifMajid
- PANASS!!: PAS KATA PKR TOLAK ISLAM?? - 1/22/2013 - MunifMajid
- Sumbanglah untuk akhirat.. - 1/22/2013 - MunifMajid
- NAMA ASAL ZAIRIL : CHRISTOPHER ROSS LIM - 1/22/2013 - MunifMajid
- FOTO NGERI !! MEREKA D BUNUH & BAKAR KERANA MEREKA BERKATA ALLAH TUHAN KAMI !! AL-FATIHAH ! - 7/10/2012 - MunifMajid
Isnin, 23 Ogos 2010
21 Ogos 2010-Sumbangan Baju Raya Kpd Anak Yatim. & Golongan Susah
Label:
Artikel,
Berita,
UMB,
UMNO Islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan