Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Isnin, 23 Ogos 2010

21 Ogos 2010-Sumbangan Baju Raya Kpd Anak Yatim. & Golongan Susah

Oleh Abdul Samat
Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2010 - Setiap kali kedatangan Ramadan, anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan pasti dibantu dan diraikan supaya
mereka turut gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Saudara Hasnoul
Hisham Hashim tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dan membawa anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan yang seramai 86 orang dalam Parlimen
Masjid Tanah membeli baju raya di sekitar Bandar Masjid Tanah.
Pembelian ini dilakukan secara berperingkat yang dimulakan sejak dari jam 9.00
pagi hingga jam 12.00 tengahari. Menurut Hasnoul, pakaian-pakaian yang dibeli
hari ini tidak akan dibawa balik oleh mereka kerana Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Masjid Tanah akan menyerahkan pakaian tersebut pads majlis berbuka
puasa bersama mereka yang dijangka diadakan di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput,
Masjid Tanah pada 29 Ogos 2010, hari Ahad yang akan datang.

21 Ogos 2010 - Sumbangan Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin DUN Lendu

Sumbangan Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin DUN Lendu
Majlis ini adalah anjuran dan sumbangan oleh Encik Noor Azman Nordin, Pengarah
Urusan Nordin's Ice merangkap AJK UMNO Bahagian Masjid.
Seramai 96 orang penerima sumbangan ini yang terdiri daripada anak-anak yatim
dan fakir miskin yang telah dikenalpasti dari kawasan Dewan Undangan Negeri DUN
Lendu. Majlis telah diadakan dengan jayanya di Masjid Jameq Putra Masjid Tanah
Bantuan ini telah disampaikan oleh:
1. YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap
Ahli Parlimen Masjid Tanah
2. YB Datuk Idderis bin Kassim, ADUN Lendu
3. Tn Hj Nordin Tambycik, Pengerusi Nordin's Ice
Antara tetamu adalah:
1. YBhg Datuk Abd Talib Bachik, Naib Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah
2, Encik Noor Azman Nordin, Pengarah Urusan Nordin's Ice
3. Pengerusi-pengerusi JKKK & Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam DUN Lendu

Best Regards,
Abdul Samat bin Ab. Wahab
(Smart Sam)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...