Media arus perdana perlu juga kritik kerajaan - Tun M
24/04/2011 10:02pm
KUALA LUMPUR 24 April - Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.
Dr. Mahathir berkata, media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.
"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri.
"Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya pada Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama
sumber: Utusan Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan