Pengertian Qazaf:
- Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah (Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad) , Qazaf adalah menuduh seseorang itu Zina atau Liwat.
- Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukum qazaf. Hukumannya adalah ta'zir
Saksi
- Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat , TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan kepada perogol atau peliwat, bukannya pengadu.
- Sekiranya tiada saksi untuk membuktikan kejadian rogol atau liwat, orang yang membuat tuduhan akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti Firman Allah: Mafhumnya: "Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik
- Jika dia membawa bukti yang menunjukan berlakunya kejadian rogol atau liwat dia dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf.
Pengadu tidak dikenakan hukuman qazaf walaupun tidak membawa 4 orang saksi berdasarkan keterangan ulama; namun mestilah mengikuti proses berikut:
- Pihak berkuasa yang menerima adua perlu mengumpul bukti yang menunjukan pengadu memang dirogol atau diliwat, Apabila terdapat bukti, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan hukuman
- Jika pengadu tidak mampu untuk memberikan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukan pengadu dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti</lil>
Dalil kenyataan di atas adalah keterangan Imam Abd Al-Bar. beliau menyatakan:
[Terjemahan] Para ulama telak berijma'bahawa perogol [dikenakan] keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya] atau dia mengakuinya. Jika tidak ada [bukti], maka [dikenakan] keatasnya hukuman dan
tiada sebarang hukuman ke atasnya
apabila terbukti bahawa dia memaksa dan mendesaknya [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujud paksaaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suara] meminta pertolongan dan keritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenalpasti] dia seorang gadis. yang boleh diketahui melaluidan seumpamanya yang boleh menerangkan keadaannya bahawa dia dipaksa]... Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf di kalangan ulama bahawa yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [ke atas]nya dengan bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpanya".
Bukti-Bukti Yang Boleh Digunakan
- Mangsa datang melaporkan kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis
- Mangsa didengari berteriak meminta tolong
- Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa kedalam rumahnya secara paksa ; atau
- Pada zaman sekarang, kajian sainstifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman video litar tertutup dan sebagainya. ....Bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan