Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Khamis, 22 April 2010

Khalid Minta Ahli dan Pemimpin Tinggalkan PKR...

Khalid Ibrahim nampaknya semakin tertekan dengan situasi pari mereka dan kegagalan beliau dalam
menangani isu keluar parti dalam PKR.. kenyataan beliau semalam menampakan beliau semakin
tertekan kerana satu demi satu kepimpinan PKR dan ahli keluar parti.. Bukan seorang tetapi
sekurang-kurangnya 34 orang pemimpin PKR telah meninggalkan PKR tersebut termasuk mereka yang telah mengasaskan PKR..
Khalid 'galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti
SHAH ALAM 21 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan
lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika
mendapatinya tidak sesuai lagi.
Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu.
"Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di
Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya
galakkan.
Ini menunjukan PKR tidak lagi releven kepada masyarakat... Kepimpinan PKR dibawah Khalid yang meneraju negeri selangor nampaknya tidak lagi telus.. antara kepincangan Khalid:
  1. Gagalan melaksanakan menifesto Pakatan Rakyat di Selangor
  2. Berjaya menjadikan meletakan 'Babi' lebih selesa (dalam aircond) daripada rakyat miskin di Selangor
  3. Gagal menunaikan janji memungut kutipan jualan pasir negeri yang kononnya RM150juta.. 
  4. Berjaya membawa calon bermoral rendah sebagai pemimpin.
  5. Berjaya melantik kroni beliau sendiri secara runding terus dan bukan menerusi tender terbuka.
  6. Berjaya melahirkan kroni-kroni PKR yang sentiasa menuntut habuan atas projek2 di negeri selangor
ni baru sedikit.. sedangkan banyak lagi kepincangan beliau dalam menerajui PKR selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...