Kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan semalam hampir-hampir merosakan kepimpinan kerajaan Datuk Seri Najib, hinggakan Tan Sri Muhyiddin terpaksa bergegas menghadiri persidangan Parlimen bagi memastikan belanjawan 2010 dapat diluluskan. Peristiwa sedemikian amatlah memalukan memandangkan kerajaan Barisan Nasional pada ketika ini tidak memiliki 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat.
Mungkin Ahli-Ahli Parlimen tersebut tidak menyedari implikasi yang amat besar sekiranya belanjawan tersebut tidak dapat diluluskan yang mana boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan satu Pilihanraya Umum terpaksa diadakan.
PM dan TPM dah berikan mesej jelas kepada Ahli-Ahli Parlimen BN, menandakan bahawa penglibatan mereka dalam sidang parlimen perlu dipikul dengan lebih beramanah dan bertanggungjawab. Sedangkan pada hari sebelumnya PM berpuashati dengan KPI pada Menteri.. tapi lain pula ceritanya di parlimen, nampaknya Ahli-Ahli Parlimen perlu lebih bermuhasabah diri, jika tidak kerajaan Barisan Nasional akan sekali lagi dipanjang hina oleh pembangkang akibat daripada sikap tidak bertanggungjawanb sesetengah pihak.
PRU-12 yang lalu telah memberikan gambaran dan pengajaran kepada UMNO dan Barisan Nasional betapa peri pentingnya sikap tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Akan tetapi masih lagi segelintir MP yang tidak menghayati apa yang telah berlaku dan mengamalkan sikap ambil mudah dalam melaksanakan kerja.
Jangan hanya cakap bergegar Dewan Rakyat tetapi sekadar menjadi tin kosong, usahlah kita meniru gaya dan sikap pemimpin pembangkang yang selama ini menjadi tin kosong. Apa yang penting kesedaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberikan sepenuh perhatian dalam membantu kerajaan mengharungi cabaran dalam kepimpinan pada hari ini.
Nasib tidak akan selalu menyebelahi kita, kita mesti sentiasa berfikir bukan sekadar setapak kehadapan tetapi sekiranya boleh biarlah sepuluh langkah kehadapan agar tiada ruang dan peluang untuk pembangkang menyalahkan kerajaan atau mengambil kesempatan atas kelemahan kita. Mungkin program bersama rakyat penting akan tetapi perkara seperti belanjawan juga penting, sekiranya belanjawan tidak dapat diluluskan bagaimana kerajaan hendak mentadbir negara tanpa kewangan? fikir-fikirkan lah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan