Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 16 Disember 2009

Permohonan Anwar Salah: Anwar Mempergunakan Mahkamah

Anwar Ibrahim sememangnya amat licik dengan strategi politik bagi melepaskan diri beliau dari tuduhan2 di mahkamah, terbaru beliau cuba menggunakan mahkamah bagi melepaskan diri dari tuduhan meliwat.. Fikirkanlah tuan-tuan, sekiranya anwar memerintah negara pastinya pelbagai helah akan digunakan bagi memastikan beliau kekal berkuasa dan meraih keuntungan bagi kroni2 beliau.. beliaulah pemimpin yang amat terkenal dengan mengamalkan kronisme dan nepotisme... akan tetapi masih lagi menyalak kononnya beliau amat bersih dan kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini korup dan sebagainya sedangkan kudis yang tertinggal inilah hasil daripada penyakit yang dibawa oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim... Al-Liwati...
 
Oleh AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya bahawa tidak ada fakta memihak kepada pembelaan kes liwatnya, adalah satu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi berhujah, ini kerana isu yang ditimbulkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu dibangkit dan diputuskan oleh mahkamah jenayah yang mendengar kes liwat tersebut dan bukannya mahkamah sivil.

Katanya, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat semakan bagi prosiding mahkamah jenayah dan ia juga tidak seharusnya masuk campur dalam perkara-perkara mahkamah jenayah.

''Sebarang isu berkaitan kenyataan bertulis itu boleh ditimbulkan semasa prosiding perbicaraan jenayah. Jadi permohonan ini adalah jelas merupakan penyalahgunaan bidang kuasa mahkamah sivil,'' katanya.

Azizah berkata demikian semasa mewakili Peguam Negara dalam hujahan bertulisnya bagi membantah permohonan Anwar mendapatkan kebenaran membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat fakta-fakta memihak kepada pembelaan dalam kes liwat yang dihadapinya.

Permohonan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Aziah Ali di kamar beliau di sini hari ini.

Peguam Negara memohon permohonan Anwar ditolak dengan alasan kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria bukan suatu keputusan yang boleh disemak di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi (RHC) 1980.

Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) bagi tujuan kes liwat itu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah jenayah yang tidak seharusnya menerima campur tangan mahkamah sivil.

Anwar pada 3 Ogos lalu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Mohamad Hanafiah responden pertama, pendakwa raya responden kedua dan Kerajaan Malaysia responden ketiga.

Beliau memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis itu yang ditandatangani oleh responden pertama dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu, tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) CPC, batal dan tidak sah.

Anwar juga memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap responden kedua untuk membekalkan fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam satu kenyataan bertulis menepati Seksyen 51A(1)(c) kanun berkenaan.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Kes itu dijadual dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selama sebulan mulai 25 Januari ini.

Dalam hujahannya, Azizah menyatakan, responden pertama tidak membuat sebarang keputusan pentadbiran ketika mengeluarkan kenyataan itu tetapi hanya menyatakan pendapat bahawa tiada fakta yang memihak kepada pemohon.

Menurutnya lagi, pendapat responden pertama juga bukanlah sesuatu yang konklusif kerana mahkamah jenayah yang mendengar perbicaraan kes itu merupakan pihak yang akan menentukan sama ada fakta-fakta berpihak kepada pembelaan atau sebaliknya mahupun yang relevan kepada perbicaraan.

Sementara itu, peguam Edmund Bon menghujahkan bahawa hak perlembagaan Anwar untuk mendapatkan perbicaraan yang adil telah dicabuli ketika responden pertama dan kedua mengeluarkan kenyataan bertulis itu.

Sedangkan, menurut beliau, di bawah Seksyen 51A(1)(c) CPC, pendakwa raya dikehendaki membekalkan kepada pemohon kenyataan bertulis berhubung fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan.

''Walaupun mereka menyatakan 'tiada', ia mungkin bermakna tidak ada fakta-fakta memihak atau mungkin terdapat fakta-fakta yang memihak tetapi tidak diberikan berdasarkan peruntukan imuniti kepentingan awam di bawah Seksyen 51A(2) CPC.

''Dalam apa jua keadaan itu sekali pun, ia boleh dibuat semakan kehakiman,'' ujar beliau.

Antara fakta yang didakwa memihak kepada pembelaan, katanya, ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bertarikh 13 Julai 2008.

Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, Azizah memberitahu, Hakim Aziah akan mengumumkan keputusannya pada 5 Januari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...