Posting di bawah diambil daripada portal Pakatan Haram, Suara Pakatan Rakyat. Ironinya, dalam banyak-banyak posting pembangkang yang menulis tanpa berpijak di bumi yang nyata, posting di bawah memberikan ulasan yang seimbang walaupun ianya ditulis oleh juak-juak Pakatan Haram.
“Dikhabarkan Chegu Bard akhir-akhir ini seolah-olah sudah kehilangan semangat dan segala cakap berdegar-degarnya hanyalah lakonan semata-mata. Oleh itu, penulis tertanya-tanya, mungkinkah beliau sudah letih? Jangan kita lupa bahawa Chegu Bard pernah kecewa ketika pemilihan parti yang lalu sehingga hampir keluar parti. Apakah luka kecewa itu masih belum pulih? Bukan kita menuduh Chegu Bard sengaja menggagalkan himpunan pra-bersih tetapi kita meragui kesungguhannya untuk menjayakan Bersih 3.0.
Tidak logik jika dikatakan bahawa kebanyakan tenaga anak-anak muda sudah dikerahkan untuk berdemo isu PTPTN di Dataran Merdeka kerana di situ juga tidak ramai lagi yang tinggal.
Apakah ini petanda bahawa semakin ramai anak muda memalingkan muka dari PR? Sudah menjadi tanggungjawab Chegu Bard untuk menyedarkan anak-anak muda tentang pentingnya perjuangan PR dan Bersih untuk menuntut pilihanraya yang bersih. Tetapi melihat dari apa yang berlaku, adalah tidak mustahil jika penulis mengesyaki bahawa pendekatan yang digunakan Chegu Bard terhadap anak-anak muda tidak begitu sesuai iaitu ‘terlalu politik’.
Apabila kita bercakap tentang Bersih, kita harus memisahkan diri kita dari parti kerana perjuangan Bersih bukanlah perjuangan satu-satu parti tetapi perjuangan seluruh rakyat Malaysia. Dan PR menyokong perjuangan ini kerana hanya itulah yang akan dapat menjamin keadilan dalam pilihanraya nanti. Jika pilihanraya tidak adil, maka pastinya kerajaan yang memerintah adalah tidak adil juga. Kita faham para pemimpin PR sering terbawa-bawa dengan parti bila bercakap soal Bersih dan inilah yang membuatkan rakyat terutamanya, anak muda mula meragui peranan Bersih.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan