DESAKAN Pakatan Rakyat agar kerajaan memohon maaf kepada semua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan baru-baru ini, menimbulkan tanda tanya yang besar di kalangan rakyat jelata yang penulis temui.
Persoalan mereka, perlukah kerajaan meminta maaf kepada bekas tahanan ISA yang majoritinya terdiri daripada pengganas komunis, perisik asing, pembuat wang/dokumen palsu dan mereka yang cuba mengganggu ketenteraman awam yang boleh mencetus konflik perkauman – termasuklah dalam kes penahanan Lim Guan Eng (Operasi Lalang 1987) yang mengemukakan cadangan agar kerajaan meminta maaf ini
Adakah Guan Eng mencadangkan kerajaan Malaysia minta maaf dengan komunis. Kenapa komunis, adakah kerana komunis menjadi ikon perjuangan DAP? Komunis yang terlibat membunuh ramai orang cina dan melayu semasa zaman darurat itupun Guan Eng nak kerajaan minta maaf hanya kerana dia ditahan di bawah ISA? Kalau dah memang itu tempatnya yang layak atas keganasan yang dilakukan mereka, kenapa Guan Eng nak kerajaan minta maaf pula?
Begitu juga dengan perisik asing dan orang yang cuba mensabotaj ekonomi negara dengan mencetak wang palsu. Guan Eng nak kerajaan melutut minta maaf kepada mereka ini semua?
Akal ada?
Ironinya, tahanan ISA terakhir yang ditahan dibawah Akta tersebut disebabkan oleh perbezaan politik ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri!!! Manakala, penyalahgunaan ISA untuk kepentingan peribadi terakhir digunakan oleh Anwar Ibrahim apabila mengarahkan Special Branch menangkap Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar untuk menukar pengakuan masing-masing berhubung dakwaan liwat ke atas Anwar.
Dalam kes Tun Mahathir, negarawan ulung negara ini ditahan di bawah ISA pada 1969 atas arahan Menteri Dalam Negeri ketika itu Allahyarham Tun Dr. Ismail kerana beliau menulis buku Malay Dilemma yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Selepas dari itu, kesemua individu yang ditahan dibawah ISA adalah mereka dalam kategori yang penulis sebutkan pada para 2 di atas.
Malah, Operasi Lalang 1987 yang dikatakan menjadi 'bukti tunggal' kepada dakwaan kononnya penyalahgunaan akta tersebut oleh kerajaan BN untuk menekan politik pembangkang itupun sebenarnya adalah atas tujuan ketenteraman awam akibat dari isu berkaitan sekolah cina yang hampir mencetus konflik perkauman ketika itu.
Kalau atas sebab fahaman politik, tidaklah orang UMNO pun turut di tahan dalam operasi besar-besaran tersebut.
Pendek kata, dakwaan kononnya kerajaan banyak menyalahgunakan ISA untuk menekan pembangkang adalah dakwaan yang paling tidak berasas. Jadi apa perlunya kerajaan meminta maaf?
Penulis bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen semalam, yang menyebut bahawa pembangkang hilang arah apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji untuk menghapuskan ISA ini kerana Anwar Ibrahim yang berangan-angan mahu mencatat namanya dalam sejarah negara ini sebagai 'Perdana Menteri' yang menghapuskan ISA.
Nak menutup kehilangan arah itulah yang menyebabkan soal minta maaf semua ini keluar pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan