Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga telah memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK AKAN memasuki Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya akan duduk berhimpun ditempat yang telah dirancangkan, sepertimana syarat yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan.
Tetapi apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Ambiga adalah seorang penipu besar. Seorang manusia yang tidak boleh dipercayai, seorang kaki belit selain pengkhianat kerana usahanya yang tanpa henti untuk mengsabotaj ekonomi negara sendiri terutama dari segi pelancongan dan pelaburan.
Walaupun menjanjikan himpunan aman tetapi perhimpunan yang berlaku hari ini sememangnya menjurus kepada keadaan tidak aman. Malah, peserta demo sejak dari semalam telah melakukan berbagai-bagai helah untuk mencabar polis. Mereka mengepung dan mengetuk-ngetuk kereta polis, merempuh halangan polis di KLCC, mengingkari arahan dan akhirnya tetap menceroboh Dataran Merdeka.
Semuanya dengan niat untuk mengumpan polis melakukan keganasan terhadap mereka.
Di jalanan, mereka juga berkejar-kejar ke sana ke mari membuat kecoh sedangkan Ambiga menjanjikan satu demonstrasi 'duduk' bukannya 'berlari'.
Justeru, apakah manusia seperti Ambiga ini boleh diambil kira pandangannya? Iaitu seorang penipu, kalaupun tidak seorang yang lemah kerana tidak mampu menyampaikan arahan yang tepat kepada pengikutnya? Atau apakah pengikutnya sememangnya jenis samseng semuanya yang tidak mendengar arahan polis mahupun arahan dari ketua mereka sendiri?
Atas dasar apa kerajaan atau SPR perlu mendengar segala tuntutan Ambiga? Sedangkan hari ini sekali lagi terbukti bahawa beliau adalah tidak lebih daripada seorang manusia yang tiada kredibiliti kerana cakapnya hanyalah cakap kosong dan janjinya adalah janji palsu.
Manusia jika tidak dapat dipegang pada janji, pada apa lagi hendak dinilai dirinya?
Itulah Ambiga, kononnya dewi srikandi yang berani dan berintegriti tetapi rupa-ranya hanyalah seorang penipu tahap dewi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan