Oleh Abdul Samat
Bandar Masjid Tanah, 21 Ogos 2010 - Setiap kali kedatangan Ramadan, anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan pasti dibantu dan diraikan supaya
mereka turut gembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yang diketuai oleh Saudara Hasnoul
Hisham Hashim tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan dan membawa anak-anak
yatim dan golongan yang tidak berkemampuan yang seramai 86 orang dalam Parlimen
Masjid Tanah membeli baju raya di sekitar Bandar Masjid Tanah.
Pembelian ini dilakukan secara berperingkat yang dimulakan sejak dari jam 9.00
pagi hingga jam 12.00 tengahari. Menurut Hasnoul, pakaian-pakaian yang dibeli
hari ini tidak akan dibawa balik oleh mereka kerana Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Masjid Tanah akan menyerahkan pakaian tersebut pads majlis berbuka
puasa bersama mereka yang dijangka diadakan di Masjid Tok Janggut, Paya Rumput,
Masjid Tanah pada 29 Ogos 2010, hari Ahad yang akan datang.
Utusan Online
Minda Mendonan Munif Majid
Isnin, 23 Ogos 2010
21 Ogos 2010 - Sumbangan Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin DUN Lendu
Sumbangan Kepada Anak Yatim & Fakir Miskin DUN Lendu
Majlis ini adalah anjuran dan sumbangan oleh Encik Noor Azman Nordin, Pengarah
Urusan Nordin's Ice merangkap AJK UMNO Bahagian Masjid.
Seramai 96 orang penerima sumbangan ini yang terdiri daripada anak-anak yatim
dan fakir miskin yang telah dikenalpasti dari kawasan Dewan Undangan Negeri DUN
Lendu. Majlis telah diadakan dengan jayanya di Masjid Jameq Putra Masjid Tanah
Bantuan ini telah disampaikan oleh:
1. YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap
Ahli Parlimen Masjid Tanah
2. YB Datuk Idderis bin Kassim, ADUN Lendu
3. Tn Hj Nordin Tambycik, Pengerusi Nordin's Ice
Antara tetamu adalah:
1. YBhg Datuk Abd Talib Bachik, Naib Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah
2, Encik Noor Azman Nordin, Pengarah Urusan Nordin's Ice
3. Pengerusi-pengerusi JKKK & Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam DUN Lendu
Best Regards,
Abdul Samat bin Ab. Wahab
(Smart Sam)
Majlis ini adalah anjuran dan sumbangan oleh Encik Noor Azman Nordin, Pengarah
Urusan Nordin's Ice merangkap AJK UMNO Bahagian Masjid.
Seramai 96 orang penerima sumbangan ini yang terdiri daripada anak-anak yatim
dan fakir miskin yang telah dikenalpasti dari kawasan Dewan Undangan Negeri DUN
Lendu. Majlis telah diadakan dengan jayanya di Masjid Jameq Putra Masjid Tanah
Bantuan ini telah disampaikan oleh:
1. YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap
Ahli Parlimen Masjid Tanah
2. YB Datuk Idderis bin Kassim, ADUN Lendu
3. Tn Hj Nordin Tambycik, Pengerusi Nordin's Ice
Antara tetamu adalah:
1. YBhg Datuk Abd Talib Bachik, Naib Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah
2, Encik Noor Azman Nordin, Pengarah Urusan Nordin's Ice
3. Pengerusi-pengerusi JKKK & Ketua-ketua UMNO Cawangan dalam DUN Lendu
Best Regards,
Abdul Samat bin Ab. Wahab
(Smart Sam)
Label:
Abu Seman,
Masjid Tanah
Jumaat, 20 Ogos 2010
Sabtu, 15 Mei 2010
Demokrasi Cara DAP dan PKR
Satu ketika dulu UMNO dilabel sebagai pengamal kronisme dan nepotisme, kononnya UMNO
tidak amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan kononya kepimpinan tertinggi UMNO
hanya menjaga orang-orang tertentu sahaja.
Namun adakah hakikatnya begitu? atau orang-orang yang cuba memburukan UMNO ini
sebenarnya cuba menyembunyikan kelemahan mereka?
Lihat saja Parti Keadilan Rakyat yang mana Penasihatnya adalah Anwar Ibrahim,
Presidennya Wan Azizah isteri beliau dan Nurul Izzah anak beliau turut menjadi kepimpinan
tertinggi dalam parti tidak termasuk Azmin Ali, kroni rapat anwar yang menjadi orang paling
kanan dalam Parti Keadilan.
Dalam DAP pula Lim Kit Siang sebagai penasihat nampaknya amat mementingkan keluarga
seperti Anwar.. Anak beliau Guan Eng adalah Presiden dan menantunya Betty turut
mewarnai kepimpinan DAP..
Justeru itu apakah makna demokrasi kepada mereka? Dimana suara ahli parti yang berhak
memilih pemimpin untuk meminpin mereka kearah pembangunan negara yang lebih
cemerlang? Kedua-dua parti nampaknya lebih busuk dan dan buruk daripada UMNO yang
kononnya dituduh mengamalkan nepotisme.
Itupun PAS masih lagi berkhiblatkan kepada kedua2 parti ini untuk menjadi rakan kongsi
mereka dalam mengekalkan kedudukan parti tersebut dalam sokongan rakyat. DAP yang amat
radikal dan pernah mencetuskan keganasan 13 Mei 1969 menjadi harapan PAS dalam
memperluaskan pengaruh mereka.. Matlamat PAS telah menghalalkan cara mereka dalam
membentuk satu pakatan yang merugikan rakyat.
PAS satu ketika dulu pernah menghamburkan kata-kata menghina dan mengkafirkan UMNO
kononya kerjasama dengan bukan islam adalah haram. Adakah bekerjasama dengan kafir
zimmi yang menyokong dan sentiasa mematuhi perlembagaan negara sebagai haram,
sedangkan PAS kini bersetongkol bersama DAP yang Radikal dan boleh dikategorikan
sebagai Kafir Harbi itu tidak haram?
Mengapakah DAP dikategorikan sebagai Kafir Harbi? Ingat lagi kata-kata Karpal Singh?
"Langkah Mayat Saya Dulu..." ketika ditanya tentang hasrat PAS untuk menubuhkan kerajaan
islam. Kit Siang dan Guan Eng juga tidak terkecuali menentang sekeras-keranya penubuhan
negara islam dan DAP tidak akan sesekali membenarkan Islam menjadi Perlembagaan
negara.. Ini berlainan dengan UMNO yang telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara
islam melalui perlaksanaan menyeluruh dalam Syariat, Muamalat, Munakahat dan Undang-
Undang sentiasa mendapat sokongan daripada MCA dan MIC serta komponen barisan
nasional yang lain.
UMNO selama ini mengamalkan demokrasi terpimpin dengan menjadikan ahli-ahlinya penentu
kesinambungan partinya. Ahli sentiasa diberikan hak dan kebebasan untuk memilih pemimpin
yang berkebolehan dalam memacu parti kearah yang terbaik. Pemimpin yang tidak mampu
berkhidmat dengan cemerlang pastinya akan ditendang keluar dan digantikan dengan yang
lebih baik. Ini menunjukan UMNO amat prihatin terhadap kehendak ahlinya dan amalan
tersebut tidak hanya tertumpu kepada ahli-ahli UMNO sahaja bahkan parti-parti komponen
dalam Barisan Nasional juga memainkan peranan melaksanakan sistem demokrasi didalam
memimpin parti mereka.
Hakikatnya amalan tersebut terus dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam
memastikan demokrasi terus mekar bersama rakyat Malaysia. Rakyat diberikan keutamaan
dalam memilih pemimpin dan pemimpin yang tidak menunjukan prestasi yang baik pastinya
ditolak oleh rakyat yang berfikir tentang masa depan mereka dan negara.
Label:
Artikel,
UMB,
UMNO Islam
Khamis, 13 Mei 2010
'Bughat': PKR, DAP, PAS.. WAJIB DITENTANG??
Mungkin ramai tertanya-tanya apakah Bughat? Bughat merupakan salah satu daripada pecahan hukum hudud dalam undang-undang jenayah islam.. ikuti kupasan dibawah:
Bughat mengikut istilah syara' ialah segolongan umat Islam yang melawan dan mendurhaka kepada Ulil Amri (Khalifah), iaitu pemerintah (Daulah Islamiyah) yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari'at Islam.
Manakala dari segi ilmu tatanegara pula, satu perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan mendurhaka kepada Ulil Amri adalah dinamakan Jarimah Siasah iaitu kesalahan dalam politik.
Kesalahan Dalam Politik
Syarat-syarat bagi sesuatu perlakukan itu dianggap sebagai satu kesalahan dalam politik :
- Pemberontakan dan penentangan mereka itu bertujuan untuk menggulingkan ketua negara atau tidak mahu lagi mematuhi pemerintahannya.
- Didapati sebab-sebab mereka memberontak dan menentang dasar pemerintah, sekalipun sebab-sebab yang mereka kemukakan itu merupakan sebab yang paling lemah
- Penderhaka dan pemebrontak itu telah mempunyai kekuatan dengan adanya ketua kumpulan itu dari orang yang mereka taati untuk mengatur dan menyusun penderhakaan dan pemberontakan yang akan mereka lancarkan.
- Telah berlaku penderhakaan dan pemberontakan yang merupakan perang saudara dalam negara selepas mereka itu mengadakan persiapan senjata dan pertahanan.
Penderhakaan Yang Wajib Diperangi
Penderhaka yang wajib diperangi di dalam sesebuah negara adalah tertakhluk kepada beberapa syarat :
- Mereka yang telah mempunyai kekuatan dan yang telah berterus terang secara terbuka menentang pemerintah/kerajaan.
- Mereka yang telah keluar dari tadbiran Ulil Amri (Pemerintah) dan telah membentuk pemerintah/kerajaan yang lain dan telah melantik seorang Imam lain pula.
- Terdapat panda mereka kekeliruan faham, dimana mereka menganggap bahawa mereka boleh keluar dari kawalan dan tadbiran Imam.
- Setelah diajak berunding dengan bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Ali terhadap Ahli Jamal dan kaum Khawarij.
- Mereka telah mengadakan kekacauan dalam negeri, seperti membakar, membunuh, mengadakan huru hara dan sebagainya.
Orang-orang Islam yang menetang dan menderhaka terhadap Imam yang adil dan keluar daripada pemerintahannya wajib diperangi sehingga mereka itu kembali taat setia kepada pemerintahannya. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang telah memerangi mereka yang enggan membayar zakat.
Label:
anwar al-juburi,
Anwar Pengkhianat,
Artikel,
PAS Militan,
UMNO Islam
YB Khalid Samad Promosi Aktiviti Gereja???
Thanks to: Cucu Tok Selampit
Ni apa cerita ni YB? Dah tak ada modal lain ke nak "mengemis" undi di Parlimen Sibu? Bila Bloggers Pro BN panggil Khaled Gereja, puak-puak PAS marah. Tengoklah apa yang dia buat tu. Dia dok promosi seminar yang akan diadakan oleh sebuah gereja bernama "Sibu Sacred Heart Church" untuk memancing undi.
Mengikut seorang rakan yang berada di sana memberitahu, kelihatan MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad, MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, MP Seputeh Teressa Kok dan isteri calon DAP, Irene Cheng ada di situ untuk mempromosikan ceramah agama yang akan diadakan di Hotel Paramount, esok.
Irene dan Teressa Kok tak apalah, mereka Kristian. Yang dua keldai Melayu Islam pergi promosi Ceramah Agama Kristian tu kenapa? Labu ... Labu ... Mungkin Khalid akan kata, inilah kebebasan Agama cara PAS. PAS For All. Halal Haram masuk sekali. Janji undi masyukkk!
Rabu, 28 April 2010
Pembangkang Hanya Tahu Tuding Jari
Kenapa menuduh BN membeli undi? nampak sangat pembangkang tak tahu menghormati hati rakyat.. sedangkan rakyat membuang undi kerana melihat kepada masa hadapan yang lebih cerah bersama kerajaan BN..
Pembangkang juga menuduh SPR sebagai tidak telus dan berat sebelah?? Owh!! bila mereka menang di beberapa negeri dulu masa PRU12 kenapa tak nak heboh kata SPR tak betul?? sekarang bila kalah SPR tak betul pulak? Rakyat dah pandai menilai mana intan mana kaca.. Jangan nak memperbodohkan rakyat dengan politik sempit pembangkang.. yang mereka tahu hanyalah mencai kesalahan atau mereka-reka kesalahan saja..
Kenapa nak memperjudikan nasib rakyat semata2 nak naikkan manusia pengkhianat negara sebagai perdana menteri? cukup hebatkah pengkianat ni? sedangkan beliau adalah sabahat baik yahudi.. beliau juga sanggup menjual maruah agama bangsa dan negara... tak perlu lah nak menolak keamanan dan kesejahteraan negara demi PENGKHIANAT HYBRID YAHUDI... !!
Isnin, 26 April 2010
Satu Penjelasan [Siri 1] QAZAF
Pengertian Qazaf:
- Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan Pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah (Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad) , Qazaf adalah menuduh seseorang itu Zina atau Liwat.
- Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukum qazaf. Hukumannya adalah ta'zir
Saksi
- Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat , TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan kepada perogol atau peliwat, bukannya pengadu.
- Sekiranya tiada saksi untuk membuktikan kejadian rogol atau liwat, orang yang membuat tuduhan akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti Firman Allah: Mafhumnya: "Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik
- Jika dia membawa bukti yang menunjukan berlakunya kejadian rogol atau liwat dia dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf.
Pengadu tidak dikenakan hukuman qazaf walaupun tidak membawa 4 orang saksi berdasarkan keterangan ulama; namun mestilah mengikuti proses berikut:
- Pihak berkuasa yang menerima adua perlu mengumpul bukti yang menunjukan pengadu memang dirogol atau diliwat, Apabila terdapat bukti, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan hukuman
- Jika pengadu tidak mampu untuk memberikan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukan pengadu dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti</lil>
Dalil kenyataan di atas adalah keterangan Imam Abd Al-Bar. beliau menyatakan:
[Terjemahan] Para ulama telak berijma'bahawa perogol [dikenakan] keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya] atau dia mengakuinya. Jika tidak ada [bukti], maka [dikenakan] keatasnya hukuman dan
tiada sebarang hukuman ke atasnya
apabila terbukti bahawa dia memaksa dan mendesaknya [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujud paksaaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suara] meminta pertolongan dan keritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenalpasti] dia seorang gadis. yang boleh diketahui melaluidan seumpamanya yang boleh menerangkan keadaannya bahawa dia dipaksa]... Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf di kalangan ulama bahawa yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [ke atas]nya dengan bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpanya".
Bukti-Bukti Yang Boleh Digunakan
- Mangsa datang melaporkan kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis
- Mangsa didengari berteriak meminta tolong
- Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa kedalam rumahnya secara paksa ; atau
- Pada zaman sekarang, kajian sainstifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman video litar tertutup dan sebagainya. ....Bersambung
Label:
Malaysia Negara Islam,
Najib,
UMNO Islam
Khamis, 22 April 2010
Khalid Minta Ahli dan Pemimpin Tinggalkan PKR...
Khalid Ibrahim nampaknya semakin tertekan dengan situasi pari mereka dan kegagalan beliau dalam
menangani isu keluar parti dalam PKR.. kenyataan beliau semalam menampakan beliau semakin
tertekan kerana satu demi satu kepimpinan PKR dan ahli keluar parti.. Bukan seorang tetapi
sekurang-kurangnya 34 orang pemimpin PKR telah meninggalkan PKR tersebut termasuk mereka yang telah mengasaskan PKR..
Khalid 'galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti
SHAH ALAM 21 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan
SHAH ALAM 21 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan
lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika
mendapatinya tidak sesuai lagi.
Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu.
"Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di
Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya
galakkan.
Ini menunjukan PKR tidak lagi releven kepada masyarakat... Kepimpinan PKR dibawah Khalid yang meneraju negeri selangor nampaknya tidak lagi telus.. antara kepincangan Khalid:
- Gagalan melaksanakan menifesto Pakatan Rakyat di Selangor
- Berjaya menjadikan meletakan 'Babi' lebih selesa (dalam aircond) daripada rakyat miskin di Selangor
- Gagal menunaikan janji memungut kutipan jualan pasir negeri yang kononnya RM150juta..
- Berjaya membawa calon bermoral rendah sebagai pemimpin.
- Berjaya melantik kroni beliau sendiri secara runding terus dan bukan menerusi tender terbuka.
- Berjaya melahirkan kroni-kroni PKR yang sentiasa menuntut habuan atas projek2 di negeri selangor
ni baru sedikit.. sedangkan banyak lagi kepincangan beliau dalam menerajui PKR selangor
Label:
Fuckatan Riot
Langgan:
Catatan (Atom)









