Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Ahad, 14 Julai 2013

MAPEN Rancang Dua Projek Mega

Majlis Perundingan Ekonomi Negeri (Mapen) sedang
dalam proses melaksana dua projek, The Melaka Gateway dan Dinasours
Park, Underwater World yang dijangka menarik lebih tiga juta pelancong
setahun ke negeri ini. Pengerusi Mapen, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kedua-dua
projek itu dijangka membuka sebanyak 16,000 ruang pekerjaan serta
menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan negeri sehingga lebih RM6
bilion.

Menurutnya, The Melaka Gateway yang akan dibina di atas tapak seluas
209.62 hektar dengan kos RM30 bilion itu melibatkan pembinaan tiga buah
pulau buatan berhampiran Pulau Melaka.
"Projek itu meliputi Cruise Jetty, pusat beli-belah, hotel,
kondominium, pangsapuri lima bintang, kompleks pertunjukan budaya
(Melaka Impression) dan taman perumahan berkonsep.

"Bagi projek Dinasours Park dan Underwater World pula dibina di atas
tapak seluas 14.16 hektar dengan kos RM240 juta meliputi Taman Tema
Dinasours Park, Underwater World, kedai beli-belah, kedai jualan
cenderamata dan kemudahan awam," katanya dalam kenyataan di sini hari
ini.

Mohd. Ali berkata, dalam mesyuarat pertama Mapen baru-baru ini,
beberapa perkara turut dicadangkan kepada kerajaan negeri antaranya
memperkukuh syarikat teras bumiputera Melaka, peningkatan infrastruktur
utama-Projek Jalan Pantai Selat Melaka. Turut dicadangkan, katanya, kajian bagi mewujudkan Museum Tour yang berfungsi seperti Melaka River Cruise. "Museum Tour ini akan melibatkan pakej yang mana para pelancong akan
dibawa melawat muzium-muzium di negeri ini menaiki bas secara sistematik dan teratur beserta pemandu pelancong," katanya.

source: http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...