Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Isnin, 22 Julai 2013

Lembu Dan Kambing Lebih Ramai Dari Ceramah Pas

Dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi 2 hari, Pas dilihat semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot. Walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka, namun ia hanya dihadiri oleh para petugas dan ahli-ahli parti sahaja.
 
Malah strategi mengunakan khidmat pimpinan tertinggi untuk berceramah juga hanya dipandang sepi oleh masyarakat setempat. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini kehadiran Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden parti itu, malah Mursyidul Am sendiri, juga tidak mampu menukarkan pendirian pengundi yang dilihat semakin sebati dengan Gerakan Gelombang Biru.  Tambah menarik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria baru-baru ini berhubung permohonan permit ceramah yang dikemukakan oleh Pas. Dari 8 permohonan yang dibuat, pihak penganjur terpaksa membatalkan 6 permit di saat akhir.
 
"Enam ceramah dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir walaupun permit yang dipohon diluluskan. Hanya dua permit ceramah yang digunakan, itupun berbentuk tayangan video " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah baru-baru ini.  Apa sudah jadi? Sekiranya merekalah yang paling kuat menyalak kononnya polis cuba sabotaj gerakan kempen pembangkang dengan tidak mengeluarkan permit. Namun kini, permit yang telah diluluskan tidak mampu untuk digunakan kerana GAGAL menarik sokongan.  Sekiranya pada 5 hari di permulaan kempen, kehadiran penonton yang hadir untuk mendengar cerita 'penglipur lara' parti itu masih lagi sekitar angka 200 – 300 orang. Namun di penghujung hari-hari berkempen ini, kehadiran penonton jatuh merosot dengan secara mendadak, sehinggakan pada satu-satu ketika para penceramah dilihat seperti sedang bercakap seorang diri.
 
Nasib baik program ceramah diadakan pada waktu malam dan dalam suasana yang gelap. Kerana sekiranya ia dilakukan di tempat yang terang, sudah pasti kita dapat melihat jumlah kehadiran lembu dan kambing jauh lebih banyak mengatasi jumlah orang. Nampaknya analisa dan pandangan yang diberikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad ada kebenarannya. Ini kerana menurut beliau, Pas, akan lebih berjaya, sekiranya  bersendirian dalam PRU-14 sebab telah kelihatan potensi sebagai Politikal Islam yang sederhana cerah di seluruh alam Islam.  Tetapi disebabkan Pas terus dilihat oleh majoriti Melayu/Islam sebagai sebuah parti yang "di prop-up" oleh DAP dan PKR, demi 'electoral strategy' maka Pas, sebagai parti yang lebih tua dan lebih teruji, akhirnya akan rugi 'electorally' seperti telah berlaku padanya dalam PRU-13.
 
Kesimpulannya rakyat tidak perlu menunggu sehingga ke PRU-14, PRK Kuala Besut ini seakan telah membuktikan analisa yang dilakukan itu. Disebabkan tunduk dan akur untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP, parti yang kononnya berjuang atas nama Islam itu semakin ditinggalkan oleh orang Islam sendiri.  Buat ahli dan penyokong Pas, bertindaklah untuk membuat perubahan, atau bersedia untuk menjadikan lembu dan kambing sebagai teman akrab di setiap program ceramah yang diadakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...