Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 31 Julai 2013

Ke Mana Arah DAP, Kristianiti atau Komunisme?

Umum sedia maklum bahawa DAP sentiasa menyanjung komunis sebagai wira.  Parti ini juga berusaha untuk membawa balik 'penyembelih Malaya', Chin Peng atas alasan ancaman komunis sudah tiada.   Bagi menjustifikasi tindakan mereka DAP cuba menafikan sejarah serta giat 'mereka-cipta' sejarah mengikut kacamata dan selera komunis.  Risalah-risalah turut disebar yang menggambarkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.  Di masa yang sama mereka menanam prasangka terhadap kerajaan konon dengan sengaja menafikan 'jasa' komunis atas dasar perkauman.   

Masyarakat Cina yang sememangnya terkenal dengan semangat perkauman yang kuat amat mudah terpengaruh dengan dakyah ini.  Apatah lagi dengan hakikat bahawa sebahagian daripada mereka merupakan anak, cucu atau cicit komunis juga.

Apabila masyarakat Cina menolak Sekolah Kebangsaan dan memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), keadaan menjadi bertambah buruk kerana SJKC tidak menitikberatkan matapelajaran Sejarah.  Malah, kita juga meragui pengajaran subjek tersebut di SJKC, iaitu sama ada ia disampaikan secara tepat atau dipesong ke arah agenda yang bertentangan dengan aspirasi negara.

Kini, anak-anak produk SJKC yang telah meninggalkan bangku sekolah dan masuk ke alam dewasa membawa bersama mereka semangat bencikan Melayu dan buruk sangka terhadap kerajaan yang amat kronik.  Mereka inilah yang kita lihat tidak henti-henti mencabar dan menghina Islam di internet.  Hampir setiap hari ada saja individu yang sengaja 'menjolok' orang-orang Melayu agar bangun membalas kebiadapan mereka.  Lebih jelek, mereka turut mempengaruhi kaum India agar berbuat yang sama.

Bukan itu sahaja, mereka ini sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk menghasilkan filem bagi menunjukkan yang komunis itu wira.   Filem The New Village yang menjadi kontroversi kini memperlihatkan seolah-olah komunis telah berkorban nyawa memerdekakan Malaya dan menentang penjajah British.  Kita percaya, ramai dari anak-anak produk SJKC sebenarnya langsung tidak tahu perkara sebenar dan percaya bulat-bulat bahawa apa yang dikisahkan itu adalah benar.   Ini kerana, sepanjang hidup mereka, mereka telah dimomokkan dengan kisah yang sama oleh ibubapa dan guru-guru di SJKC.  Apatah lagi dengan kelantangan DAP menjulang komunis secara nyata.

Namun, apa yang pelik ialah DAP turut menjulang kristianisasi.  Agenda Kristian DAP bukan lagi rahsia di mana semua orang sudah termaklum mengenai matlamat DAP untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam Perlembagaan.  Sebagai ganti, Kristian bakal diberi tempat tertinggi dan usaha ini semakin giat dijalankan dengan berpusat di Subang Jaya dan juga Pulau Pinang.  Video program DAP yang dihadiri padri-padri Kristian dengan ikrar untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian juga sudah tersebar.   Kejadian murtad yang berleluasa juga turut didalangi oleh DAP.   Malah, DAP juga merupakan pihak yang memainkan peranan utama dalam mendesak kalimah Allah di dalam Injil.

Kita menyatakan ini pelik kerana Kristian dan Komunisme adalah dua pegangan yang berbeza.  Nilai-nilai dan fahaman Kristian tidak sejajar dengan komunisme yang meletakkan semua rakyat sama rata, kecuali pemerintah yang mendapat keistimewaan serta tidak boleh disanggah.   Manakala Kristian berpegang kepada keadilan yang selaras dengan nilai-nilai semulajadi kemanusiaan di mana yang rajin berusaha selalunya akan lebih berjaya tetapi wajib membantu yang kurang bernasib baik.

Justeru, bagi DAP untuk menyanjung komunis tetapi berpegang kepada ajaran Kristian membuktikan bahawa DAP sendiri kurang memahami apa yang mereka perjuangkan.   Mungkin kerana terlalu 'obses' kepada kaum sendiri dan terlalu amat benci kepada Islam dan Melayu, maka DAP tidak pernah mengambil masa untuk memahami intipati perjuangan sendiri.

Apa yang kita dapati ialah DAP tidak tahu sejarah komunisme di Malaysia secara terperinci dan DAP juga tidak faham Kristian secara mendalam.  DAP, seperti kebanyakan anak-anak Cina di Malaysia hanya mampu bercakap soal ringan seperti wang, promosi, pemasaran dan juga hiburan.  Terbukti kini bahawa DAP tidak boleh dibawa berbincang dan berdebat soal ilmiah ke tahap yang lebih tinggi kerana akal mereka tidak sampai ke tahap itu.  Mereka tidak mampu mengupas ideologi, falsafah dan sejarah sebagaimana seorang yang bijaksana.   Mereka secara amnya tidak tahu apa-apa tetapi hanya perasan sendiri konon bangsa mereka lebih bijak dari Melayu.

Hakikatnya, bagaimana kita boleh mengharap anak-anak Cina untuk berpemikiran ilmiah jika pemimpin yang disanjung mereka iaitu Guan Eng sendiri tidak tahu apa-apa.  Dalam usaha Guan Eng untuk mempertahankan filem The New Village, beliau telah mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak memahami apa signifikannya hubungan Malaysia dengan China yang dirintis oleh Tun Abdul Razak apabila membandingkan usaha itu dengan tindakan Malaysia menentang komunisme.  Jelas di sini bahawa Guan Eng tidak tahu apa itu jalinan ideologi dan apa itu hubungan diplomatik.

Guan Eng juga jelas tidak tahu apa ertinya perjanjian damai 1989 antara kerajaan dengan PKM apabila menganggapnya sebagai tindakan 'menerima komunis'.   Sedangkan perjanjian itu menandakan 'kekalahan komunis' serta meletakkan noktah kepada pergerakan itu.

Inilah akibatnya apabila berjuang berlandaskan emosi dan bukan akal.   Dan itulah DAP iaitu sebuah parti yang penuh dengan emosi benci, dendam kesumat dan tamak haloba.  Bagi DAP, Kristian, Komunisme dan apa pun boleh saja, asalkan ia bersifat bertentangan dengan Islam dan Melayu.

Negara tidak mungkin aman dan makmur jika diperintah dengan emosi.  Oleh itu, masyarakat Cina perlu bangun dan keluar dari lubuk kebencian itu serta melihat dunia dari sudut yang lebih terbuka, bukan dari kacamata kaum mereka sahaja.  Belajarlah sejarah negara ini jika ingin dirujuk sebagai warganya.  Hayatilah sejarah tanah air ini sejak dari awal.  Kenali Merong Mahawangsa dan Parameswara, terimalah Hang Tuah sebagai Pahlawan, sanjunglah Mat Kilau, Leftenan Adnan dan semua wira-wira negara ini agar kami, orang-orang Melayu, mampu menerima anda sebagai bumiputera pada suatu hari nanti.  

Sudah sampai masanya kaum Cina menerima hakikat bahawa sejarah negara ini bukan bermula dari kemasukan nenek moyang kaum Cina sebagai pelombong bijih oleh British tetapi jauh lebih awal dari itu.  Hanya dengan menerima hakikat ini maka kaum Cina akan dapat melepaskan diri dari belenggu kebencian yang meluap-luap yang mampu memusnahkan kemakmuran yang kita kecapi hari ini.
             

Selasa, 30 Julai 2013

Kami Mahu Pemimpin Berjiwa Melayu Islam !

Para pemimpin (sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW) mestilah menjadi khadam (hamba) kepada pengikutnya. Di satu hadis yang lain Rasulullah menegaskan para pemimpin ialah 'gembala' kepadanya pengikutnya. Ertinya, tugas kepemimpinan adalah amanah bukan anugerah. Ia akan dihisab dipertanggung-jawabkan (ditanggung dan akan disoal) tentang kepimpinannya bukan sahaja oleh ketua parti atau rakyat tetapi oleh Tuhan.

Jika para pemimpin sedar tentang hakikat ini, mereka bukan sahaja akan merendah diri, rajin dan komited dengan tugas bahkan bimbang bila dilantik menjawat sesuatu amanah. Memang, sikap kita dengan kepimpinan seharusnya tidak berebut untuk mendapatkannya tetapi apabila telah dilantik juga dia akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan iltizam. Kejahilan kita tentang tanggungjawab dan amanah kepimpinan telah menyebabkan berlakunya perebutan untuk menjadi pemimpin.

Dan apabila telah dilantik, tidak menunaikan amanah dengan sebaik-baiknya. Memahami erti kepimpinan dan menguasai ilmu tentang elemen-elemen asasnya, adalah pra-syarat buat seseorang untuk menjadi pemimpin. Bayangkan, sedangkan seorang tukang masak pun mesti mempunyai ilmu tentang masakan, apalagi seorang pemimpin.

Kita menaruh harapan agar Malaysia melahirkan pemimpin yang berkualiti, tegas, mempertahankan agama, bangsa dan tanah air!

Kini pelbagai penghinaan Melayu Islam terima tetapi mana pemimpin dayus? Mana sokongan?

Tukar kepimpinan kini atau berundur dgn hormatnya demi agama, bangsa dan tanah air!
Kami perlukan pemimpin yang berjiwa Melayu Islam !


“The New Village” Filem Patriotik?

Berikutan keputusan untuk menangguh filem The New Village, FINAS menyeru semua pihak agar jangan menyalahkan pertubuhan itu kerana meluluskannya.  Menurut FINAS, tugasnya bukanlah untuk meluluskan tayangan tetapi hanya menetapkan tarikh tayangan.
 
Kuasa untuk meluluskan tayangan berada di tangan Lembaga Penapisan Filem (FCB).  Ini bermakna FCB yang perlu menjawab masalah ini.  Namun, sehingga kini masih tiada apa-apa komen dari FCB.  Ada juga menteri yang menyatakan bahawa tidak adil untuk menghukum filem tersebut berdasarkan trelernya.  Lucu kerana kita tidak mendengar kenyataan yang sama terhadap filem Tanda Putera apabila masyarakat Cina, iaitu kemungkinan besar di kalangan para pensimpati komunis, 'mengamuk' apabila treler filem tersebut dipromosikan.  Akibatnya, filem tersebut ditahan penayangan dan hampir dibatalkan.
 
Ironinya, Tanda Putera ialah sebuah filem sejarah dan dibuat melalui pengkajian yang teliti.  Sekiranya ada yang tersinggung dengan kisah tersebut, maka kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana begitulah caranya kita berlajar dan meneruskan hidup.  Kita tidak boleh memadam atau menukar sejarah semata-mata untuk tidak menyinggung mana-mana pihak berkenaan apa yang nenek moyang mereka telah lakukan.  Malah, semua rakyat Malaysia dari semua kaum wajib menghayati sejarah yang pahit ini.  Inilah satu-satunya cara untuk kita menerapkan semangat patriotik dan nasionalis dalam generasi muda.  Filem The New Village pula adalah berbeza dengan Tanda Putera.  Filem ini dibuat dari kacamata komunis, iaitu musuh.  Apakah patut mana-mana kerajaan atau menteri yang waras yang akan meluluskan filem yang mampu menggugat semangat patriotik yang telah sedia rapuh di kalangan rakyat negaranya?  Apatah lagi di ketika kita semua hampir tenggelam dalam masalah perkauman.  Kita sedia maklum bahawa terdapat usaha berterusan dari anak-anak atau cucu-cucu para komunis untuk menukar sejarah bagi memperlihatkan bapa atau datuk mereka sebagai wira.  Generasi baru ini berada dalam sindrom penafian bahawa bapa dan datuk mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut, musuh serta pembelot kepada negara dan sebaliknya ingin sekali percaya bahawa mereka itu adalah pejuang kemerdekaan.
 
Tidak kira betapa kuatnya mereka cuba menafikannya, fakta yang kekal ialah komunis ingin mengambilalih negara ini daripada penguasaan penjajah, dan juga dari penduduk asalnya.  Ini menjadikan komunis sebagai penjajah juga, bukan pejuang kemerdekaan.  Entah bagaimana generasi baru ini tidak tahu akan kisah sebenar atau mungkin juga sengaja enggan mempercayai laporan rasmi.  Minda mereka telah terlalu lama diracuni dengan kebencian terhadap kerajaan Melayu.  Mereka percaya bahawa sejarah telah direkodkan dengan penuh prejudis terhadap bangsa di mana komunis digambarkan sebagai jahat kerana mereka terdiri dari majoriti Cina.   Jelas darah rasis begitu pekat di kalangan mereka ini sehingga mereka melihat segala-galanya dari segi 'kaum'.  Generasi baru Cina harus belajar melihat sejarah dengan minda yang terbuka.  Komunis bukan wira.  Komunis menentang British bukan untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajahnya.  Sementara British memerintah dengan membawa ketamadunan, komunis pula membawa keganasan dan sama kejam sahaja dengan Jepun.  Tahukah mereka bahawa komunis berpeluang memerintah Malaya selama 14 hari apabila Jepun menyerah kalah.  14 hari itu bagaikan neraka di mana sesiapa yang telah melaluinya tidak mungkin akan melupakannya.
 
Dalam tempoh itu, komunis (PKM) melalui MPAJA menguasai bandar, balai-balai polis dan pejabat kerajaan.  MPAJA memperkenalkan cukai kepala, harta dan tanah.  MPAJA menghukum sesiapa sahaja yang pernah bekerja dengan Jepun. Mereka menangkap dan menyiksa orang Melayu yang disyaki bekerja dengan Jepun.  Mereka membunuh Cina yang enggan bekerjsama dengan mereka.  Mereka merompak dan merampas hartabenda rakyat sesuka hati.
 
Antara kejadian yang direkod:
 
-          Di Batu Pahat, penghulu dibunuh kerana disyaki bekerja dengan Jepun.
-          Pegawai Daerah dibunuh ketika cuba berbincang degnan PKM
-          PKM menanam seorang imam hidup-hidup kerana bimbang beliau mampu menggerakkan pemberontakan
-          Di Jelebu, masjid dan surau dicemar dengan sengaja
-          PKM membakar rumah-rumah penduduk Kg. Bakor dan Sg. Manik
-          Balai polis Bukit Kepong dibakar bersama dengan polis dan keluarga mereka termasuk anak kecil.
 
Dalam kata lain, kekejaman komunis menyebabkan British kelihatan seperti penyelamat apabila kembali dan membantu rakyat melawan komunis.  Bahagian sejarah yang ini iaitu 14 hari di neraka ini, menjadikan usaha pihak tertentu untuk menobatkan komunis sebagai wira wajib dikecam.  Usaha mereka ini adalah merepek dan tidak masuk akal sama sekali.    Sekiranya ada yang prihatin terhadap perasaan anak cucu komunis apabila filem Tanda Putera dipromosikan, maka bayangkanlah perasaan anak cucu mereka-mereka yang terkorban dan disiksa oleh komunis apabila filem The New Village mendapat kelulusan tayangan.
 
Ingatlah bahawa satu dari filem ini adalah berdasarkan fakta sejarah yang mana amat penting untuk pendidikan, manakala satu lagi adalah berdasarkan fakta yang dimanipulasi.  Satu mampu menyemarakkan semangat patriotik, dan satu lagi hanya akan menjadikan keadaan yang sedia tegang menjadi semakin buruk.  Tidakkah ini semua merupakan alasan yang cukup kukuh supaya mempercepatkan tayangan Tanda Putera, dan mengharamkan terus The New Village?  Apakah logik untuk membuka ruang perdebatan lagi?

Rabu, 24 Julai 2013

Kuala Besut Bukannya Jajahan Kelantan

Ada satu perkara yang cukup menarik di PRK DUN Kuala Besut yang sedikit suam-suam kuku kehangatannya tika ini di mana sepertinya wujud satu kepercayaan dikalangan segelintir politikus akal sejengkal yang menganggap Kuala Besut dan Daerah Besut adalah sebahagian dari Kelantan.

Bertitik tolak dari kepercayaan itulah gamaknya membawa kepada idea dikalangan beberapa pimpinan PAS Kelantan untuk melobi seterusnya mengangkat Naib Presidennya iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK DUN Kuala Besut. Mungkin isu perlantikan Husam sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut boleh dianggap isu enteng tapi umum tahu akibat perlantikannya itu telah meninggalkan kesan besar menyebabkan jentera PAS Terengganu menjadi kaku dan pegun seolah-olah telah ditawan oleh PAS Kelantan. Dari A sampai Z segala-galanya diuruskan oleh PAS Kelantan semacam PAS Terengganu pula yang jadi tetamunya dan PAS Kelantan adalah tuan rumah yang berdaulat dalam menentukan gerak kerja pilihan raya. Bukankah ini satu bentuk penghinaan kepada PAS Terengganu?

Patutlah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sampaikan rasa terpinggir sendirian dan akhirnya merajuk jauh membawa diri konon mahu menunaikan umrah tatkala perang sedang melanda dan askar-askarnya kebingungan tanpa Panglima Perang. Husam juga selaku pengemudi PAS dalam PRK ini seperti sengaja membuatkan pentas PRK DUN Kuala Besut sebagai bahan eksperimen untuk melonjakkan imej sendiri di masa yang sama diarahkan pula jenteranya mengedarkan poster Menteri Besar Kelantan, Mat Yakob buat cenderahati pada pengundi Kuala Besut. Poster tersebut tidak hanya disebarkan di sekitar Bazar Ramadhan, ia juga diberikan percuma kepada jemaah yang berada di surau dan masjid malah di mana adanya ceramah PAS sempena PRK DUN Kuala Besut ini pun poster yang sama dihulurkan kepada pengunjung. Apa kaitan poster itu dengan PRK DUN Kuala Besut dan apa signifikannya dengan penduduk di Kuala Besut, pasti masing-masing hanya mampu menggeleng kepala. Apa nilai poster MB Kelantan itu pun langsung tak tercapai dek akal mereka.

Kot iya pun PAS mungkin beralasan poster tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada penyokong PAS Kelantan yang dibawa masuk beramai-ramai bagi memperlihatkan aktivitinya tetap hidup, ia masih tidak kena tempat dan masanya. Di kalangan pemimpin PAS tempatan bukan tidak ada yang merungut membantah pengedaran poster MB Kelantan yang tiada hubung kait langsung dengan penduduk Kuala Besut, tapi disebabkan Husam adalah Pengarahnya masing-masing cuba memendam rasa menanti masa untuk diletuskan. Realiti dulu dan kini, Daerah Besut adalah sebahagian dari Terengganu, meskipun ada sebahagian penduduknya bercakap loghat Kelantan bukan bermakna ia sebahagian dari jajahan Kelantan dan MBnya juga bukanlah Mat Yakob.

Isnin, 22 Julai 2013

PAS Menyerah Kalah, Tiada Harapan Untuk Mengurangkan Majoriti

PAS telah menyerah kalah dan tidak lagi berharap untuk memenangi kerusi dun Kuala Besut. Mereka juga merasakan usaha mereka untuk mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sebanyak 2,434 undi merupakan satu usaha yang sia-sia.

Mengikut kata mereka, tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa majoriti besar yang dimenangi BN boleh dikurangkan apabila terdapat beberapa faktor yang telah menumpaskan mereka sebelum gelanggang pertarungan dibuka. Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, yang juga Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar telah mengatakan hari pengundian yang berlangsung pada hari Rabu (hari bekerja) sebagai faktor pertama yang akan mengurangkan pengundi luar . Ramai diantara mereka tidak dapat pulang untuk mengundi pada hari Rabu. Yang keduanya, kehadiran pengundi tempatan pun tidak lah sebanyak mana kerana ianya adalah hari sabtu, dan juga kerana di dalam bulan Ramadhan.

 "Walaubagaimanapun, kami tetap akan berusaha, kerana kami masih lagi belum tewas." Kata Datuk Kamaruddin Jaafar kepada pihak kami. PAS sememangnya tertinggal jauh kebelakang berbanding BN, dan dengan hanya 3 hari lagi sebelum hari mengundi, kehadiran ceramah mereka setiap malam tidak lebih daripada 150 orang sahaja. Kecuali Mursyidul Am Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dimana ceramahnya dihadiri 1,000 orang, namun kehadiran itu disebabkan oleh rakyat negeri Kelantan yang hadir dan bukannya pengundi Kuala Besut. Bermula dari tiga hari lepas Nik Aziz tidak dapat hadir kerana beliau tidak sihat dan hanya bercakap selama 15 minit diatas pentas. Ucapan beliau telah dihentikan kerana beliau berasa kurang sihat pada malam tersebut. Ketua PAS Terengganu yang merupakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya hadir dua hari selepas kembali dari Umrah, meninggalkan jentera PAS Terengganu tanpa Jeneral di dalam peperangan yang kononya boleh mengubah nasib
PAS di Terengganu. Parti tersebut sebenarnya telah jauh ketinggalan di belakang pada hari pertama kempen, manakala BN pula melancarkan perang besar-besaran terhadap kawasan DUN. Menteri dan timbalan menteri hadir bertali arus berjumpa dengan pengundi siang dan malam. 


Ceramah pula diadakan secara kelompok dimana, tidak lebih 100 orang dijemput hadir. Penerangan terhadap polisi kerajaan dan apakah bantuan yang boleh diterima oleh rakyat dalam pelbagai sektor diadakan secara berterusan. Manakala majlis-majlis rasmi diadakan setiap hari diwaktu pagi. Ini menunjukkan kuasa dan kesepakatan BN dalam meraih pengundi dikawasan DUN tersebut. PAS pula, terlalu lambat untuk menjalankan gerak kerja mereka, ini berlaku kerana PAS Terengganu telah diletakkan sebagai pengemudi kedua, dan PAS Kelantan pula diberikan kuasa penuh kerana wakil mereka dari Kelantan telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya kecil Kuala Besut-Datuk Husam Musa. Kebanyakkan jentera juga berasal dari PAS Kelantan dari Pasir Puteh yang hanya 20 minit dari Kuala Besut.

Dengan senario sedemikian rupa, Kamaruddin benar dalam mengagak situasi yang dilanda oleh parti beliau di dalam peperangan ini.

Lembu Dan Kambing Lebih Ramai Dari Ceramah Pas

Dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi 2 hari, Pas dilihat semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot. Walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka, namun ia hanya dihadiri oleh para petugas dan ahli-ahli parti sahaja.
 
Malah strategi mengunakan khidmat pimpinan tertinggi untuk berceramah juga hanya dipandang sepi oleh masyarakat setempat. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini kehadiran Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden parti itu, malah Mursyidul Am sendiri, juga tidak mampu menukarkan pendirian pengundi yang dilihat semakin sebati dengan Gerakan Gelombang Biru.  Tambah menarik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria baru-baru ini berhubung permohonan permit ceramah yang dikemukakan oleh Pas. Dari 8 permohonan yang dibuat, pihak penganjur terpaksa membatalkan 6 permit di saat akhir.
 
"Enam ceramah dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir walaupun permit yang dipohon diluluskan. Hanya dua permit ceramah yang digunakan, itupun berbentuk tayangan video " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah baru-baru ini.  Apa sudah jadi? Sekiranya merekalah yang paling kuat menyalak kononnya polis cuba sabotaj gerakan kempen pembangkang dengan tidak mengeluarkan permit. Namun kini, permit yang telah diluluskan tidak mampu untuk digunakan kerana GAGAL menarik sokongan.  Sekiranya pada 5 hari di permulaan kempen, kehadiran penonton yang hadir untuk mendengar cerita 'penglipur lara' parti itu masih lagi sekitar angka 200 – 300 orang. Namun di penghujung hari-hari berkempen ini, kehadiran penonton jatuh merosot dengan secara mendadak, sehinggakan pada satu-satu ketika para penceramah dilihat seperti sedang bercakap seorang diri.
 
Nasib baik program ceramah diadakan pada waktu malam dan dalam suasana yang gelap. Kerana sekiranya ia dilakukan di tempat yang terang, sudah pasti kita dapat melihat jumlah kehadiran lembu dan kambing jauh lebih banyak mengatasi jumlah orang. Nampaknya analisa dan pandangan yang diberikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad ada kebenarannya. Ini kerana menurut beliau, Pas, akan lebih berjaya, sekiranya  bersendirian dalam PRU-14 sebab telah kelihatan potensi sebagai Politikal Islam yang sederhana cerah di seluruh alam Islam.  Tetapi disebabkan Pas terus dilihat oleh majoriti Melayu/Islam sebagai sebuah parti yang "di prop-up" oleh DAP dan PKR, demi 'electoral strategy' maka Pas, sebagai parti yang lebih tua dan lebih teruji, akhirnya akan rugi 'electorally' seperti telah berlaku padanya dalam PRU-13.
 
Kesimpulannya rakyat tidak perlu menunggu sehingga ke PRU-14, PRK Kuala Besut ini seakan telah membuktikan analisa yang dilakukan itu. Disebabkan tunduk dan akur untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP, parti yang kononnya berjuang atas nama Islam itu semakin ditinggalkan oleh orang Islam sendiri.  Buat ahli dan penyokong Pas, bertindaklah untuk membuat perubahan, atau bersedia untuk menjadikan lembu dan kambing sebagai teman akrab di setiap program ceramah yang diadakan.

PAS SEMAKIN JADI PARTI IDEOLOGI KHAWARIJ

Tindak tanduk pas yang kononnya memperjuangkan Islam semakin memualkan setelah bersekongkol dengan parti rasis Cina, Dap.

Bukan sahaja tindakan Pas semakin menyimpang daripada landasan Islam malah daripada kenyataan serta perlakuan pemimpin-pemimpin mereka bertentangan dengan ajaran suci agama.Demi meraih undi dan kelangsungan populariti sebagai sebuah parti politik, Pas akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berzina' dengan Dap sehingga melahirkan 'anak haram', PKR.Begitulah jika boleh diumpamakan keadaan Pas memperjudikan maruah Islam dengan dap sehingga nilai serta imej agama turut dikorbankan.

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang 'diarah' bersara oleh Sultan Kelantan kerana tidak mampu lagi menerajui negeri Serambi Mekah itu, masih belum sedar dan tidak mahu bertaubat terhadap dosa yang dilakukannya kepada umat Islam di negara ini.Pada satu ceramah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Terengganu, Nik Aziz masih menjurus kepada perpecahan masyarakat Islam di mana-mana sahaja beliau berucap.Beliau mengatakan antara lain, UMNO hanya pandai membina masjid tetapi ahli-ahlinya tidak sembahyang di masjid.

Begitu senang pemimpin Pas yang sudah nyanyuk ini melabelkan ahli-ahli UMNO tidak melakukan ibadat solat dengan berlagak seperti tuhan.

Tidak cukup mengata dan mencerca saudara seIslam dari UMNO dengan bermacam-macam fitnah dan tohmah, beliau terus membuat onar pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kepada pendokong tegar pemikiran Khawarij ini, biarlah kesucian dan kemuliaan Ramadhan dinodai, biarlah Islam dipermain dan dipersendakan jika ini boleh membawa kemenangan kepada calon Pas.

Malah kenyataan Dewan Pemuda Pas Malaysia menyelar tindakan empat orang Melayu memukul seorang pemuda Cina, Ng Mun Tat, amat mendukacitakan.

Ini kerana tanpa usul periksa, Pas sanggup menyebelahi individu yang telah berbohong mengenai kedudukan sebenar mengapa insiden tersebut berlaku tetapi terus menghukum sekumpulan pemuda Melayu yang telah dianiayakan.

Tidak patut Pas mengeluarkan komen yang menghina bangsa Melayu sehingga puak-puak Cina rasis dibela hingga begitu rupa.

Sebagai parti Melayu yang berasaskan kepada perjuangan Islam, Pas sebenarnya sudah mati kerana yang tinggal hanya nama.

Pemimpin parti itu tidak lagi mempunyai daya pemikiran yang hebat seperti tokoh-tokoh terdahulu seperti Dr Burhanuddin Hilmi, Prof. Zulfikli Muhammad, Asri Muda, Yusof Rawa dan Hassan Adli.

Barisan pimpinan Pas sekarang hanya memikirkan undi, kuasa politik serta hawa nafsu terhadap kepentingan duniawi semata-mata.

Tingkah laku ramai pemimpin Pas sudah tidak Islamik kerana kebanyakan mereka hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada parti lawan.

Malah ramai yang terlibat dalam skandal seks yang memalukan seperti Timbalan Presiden kini yang pernah di tangkap berkhalwat dan video seks Setiausaha Agung parti itu tersebar luas.

Ini tidak termasuk tindakan pemimpin Pas Kelantan seperti Husam Musa yang didakwa menjadi kaya raya mengumpul harta sepanjang menjadi Exco Kerajaan Negeri.

Tiada sebarang tindakan di ambil oleh Nik Aziz terhadap banyak aduan rasuah terhadap Husam malah beliau memilih untuk menutup mata terhadap segala penyelewengan yang dilakukan di depan matanya.

Mungkin Nik Aziz tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana dia sendiri dituduh mengamalkan nepotisme dengan melantik anak menantunya menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Bagi Pas kuasa politik adalah segala-galanya, perkara lain seperti menegakkan keadilan sosial dan 'Negara Islam' seperti yang diperjuangakan selama ini sudah tidak menjadi penting.

Seperti contoh PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai depan, sepatutnya Pas memberi laluan kepada Barisan Nasional kerana kerusi itu adalah kubu kuatnya.

Malangnya Pas memilih untuk menentang BN atas slogan '16-16' kerana mahu memasti berlakunya Dewan Undangan Negeri tergantung sekiranya ia menang.

Jika ini berlaku apa kepentingan hanya kepada politik Pas untuk memporak-peranda politik Terengganu dan bukannay ada apa-apa kebaikan kepada rakyat negeri itu.

Pas tidak memikirkan itu semua kerana parti itu sudah diresapi nilai-nilai Machiavelli yang menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat akhir.

Ahad, 21 Julai 2013

Presiden Pas Hina Golongan Nelayan, Samakan Mereka Seperti Ikan

Bertempat di bilik gerakan Unit peti Undi (UPU) Kampung Nail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan pengundi di Kuala Besut seperti ikan. Analogi tersebut digunakan kononnya bertujuan untuk mengelakkan para pengundi termakan dengan umpan yang diberikan oleh Barisan Nasional BN).
 
Berucap di hadapan kira-kira 200 orang semalam, Hadi mengatakan agar para pengundi di Kuala Besut  menjadi ikan yang cerdik dengan hanya memakan umpan yang diberikan.  "Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen. "Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan," katanya.  Namun ketika dipermulaan ceramah Hadi turut mengingatkan pengundi agar tidak mengambil sebarang duit sekiranya diberikan. Ini kerana menurutnya ia adalah merupakan satu kesalahan rasuah dan merupakan satu perbuatan yang haram.  "Pilihanraya bukan masa untuk bagi duit.. Kalau (BN) bagi duit masa pilihanraya ia dikira rasuah" katanya.  Persoalannya ialah, terdapat dua 'fatwa' yang saling bercanggah berhubung isu sama. Pertama Hadi menegaskan kepada pengundi agar menolak sebarang bentuk pemberian yang diberikan kerana ia merupakan satu perbuatan rasuah yang membawa kepada hukum haram dan berdosa.
 
Namun dipenghujung ceramah, dia meminta agar pengundi menjadi ikan nyang cerdik dengan memakan umpan (sebarang pemberian) yang diberikan namun memberikan undi kepada Pas. Apa yang nyata bekas Menteri Besar Terengganu ini telah terkeliru dengan fatwa yang dikeluarkan atau ia hanya dikeluarkan sekiranya ia dapat memberikan keuntungan kepada Pas.  Terdahulu ketika pilihanraya kecil Galas yang diadakan tidak berapa lama dahulu, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah memberikan sejumlah wang kepada penduduk di Perkampungan Orang Asli Sandrop. Paling menarik perbuatan tersebut turut terakam melalui gambar yang menunjukkan secara jelas Menteri Besar Kelantan itu memberikan wang ringgit.  Persoalannya apakah pemberian itu juga boleh dikategorikan sebagai rasuah atau ia tidak dikira sebagai dosa kerana dilakukan oleh seorang tok guru yang diangkat sebagai ulama oleh pengikut Pas? Apakah hukum rasuah hanya terpakai kepada Umno/BN sahaja?
 
Seterusnya, ketika menyampaikan ceramahnya itu, Hadi turut dilihat menghina dan menyalahkan golongan nelayan dan penduduk di luar bandar kerana dikatakan sebagai punca utama pakatan pembangkang GAGAL membentuk kerajaan dalam pilihanraya umum yang lalu. Hadi mengatakan, melalui gerakan alam siber pihak pembangkang, ramai dikalangan pengundi khususnya di kawasan bandar telah memilih untuk menyokong pakatan. Ini kerana menurut Hadi, golongan tersebut terdedah dengan capaian internet sehingga membolehkan mereka mendapatkan maklumat yang terkini.  Namun begitu, disebabkan golongan luar bandar seperti nelayan dan peneroka kelapa sawit dikatakan tidak celik IT, maka mereka masih lagi terpengaruh dengan laporan yang dikeluarkan oleh sumber media massa.  "Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan. Kita berjaya dapat undi orang bandar tapi kalah di kawasan undi kampung. Sebab apa? Sebab dia sibuk ke laut, sibuk dengan kelapa sawit" katanya sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.
 
Kesimpulannya hanya kerana tidak memberikan undi kepada pakatan pembangkang, golongan nelayan, petani, peneroka dan sebagainya seperti tiada nilai di mata Presiden Pas itu.

Kenapa Artis Tidak Bantu PAS Di Kuala Besut?

Pada PRU-13 lepas umum mengetahui ada sekelompok artis yang sudah hilang seri popularitinya terlibar secara aktif membantu kempen parti pembangkang seperti PAS dan PKR. Jumlahnya boleh dikira dengan jari tapi bagi pembangkang kehadiran artis-artis ini dikira satu publisiti murahan untuk kempen mereka.

Antara artis yang terlibat itu termasuklah bekas pelawak yang dikenali sebagai Bob Lokman yang kini menjadi ostad jadi-jadian serta Leman Raja Lawak, pelakon filem seperti Hairie Othman, Pak Jambit, Mustapa Kamal dan Abby Abadi serta penyanyi Faisal Tahir, Aisyah dan Dayangku Intan.
Dua daripada mereka yakni Aisyah dan Dayangku Intan telah diangkat sebagai calon PAS dan PKR tetapi tewas, namun ia tetap satu peningkatan taraf berbanding sebelumnya hanya berceramah, manakala yang lainnya menjadi penceramah jemputan sebagai satu daya tarikan yang tak berapa nak menarik. Di antara kesemua mereka ini, Abby Abadi boleh dikira paling kontroversi kerana tangan gatalnya yang gemar tweet sana sini dengan komen separa masak dan tak cerdik, sementara Bob Lokman pula diingati ramai disebabkan pernah mengkafirkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura.
Samada Abby mahupun Bob Lokman, kini kedua-duanya sudah tenggelam selepas berakhirnya PRU-13, semacam sudah hilang peranan dalam PAS seolah-olah habis madu sepah dibuang atau lebih tepat lagi selepas diperalatkan oleh PAS masing-masing kini hidup umpama kain buruk yang terbuang.
Malah menjelang hari pengundian 24 Julai 2013 untuk PRK DUN Kuala Besut juga sampai kini nama mereka langsung tak kedengaran, kecuali Aisyah yang ada juga satu dua slot berceramah tapi yang lain-lainnya senyap sunyi macam sudah ghaib dari dunia politik yang baru setahun jagung mereka kenali.

Barangkali PAS tahu nasibnya dalam PRK DUN Kuala Besut amat kelam dan tak mustahil jurang perbezaan undi majoriti yang memihak kepada BN akan lebih besar berbanding sebelumnya, mungkin itu faktor utama kenapa PAS terpaksa melupakan selebriti artis yang bukan kepalang upah khidmat bakti mereka. Tapi kot iya pun dah tahu kemungkinan besar akan kalah teruk, setidak-tidaknya bagilah peluang semua artis pro pembangkang yang malang itu beberapa slot ceramah, supaya ada juga sekupang dua wang poket buat meringankan bebanan kehidupan. Tapi inilah hakikat politik terutama sekali melibatkan PAS, waktu masih baru dan fresh bukan main lagi diusung ke sana ke mari sampai tak cukup tidur dibuatnya mengelilingi negara demi menabur bakti untuk parti, alih-alih kain buruk juga jadinya.

Itulah agaknya sebab utama yang mengakibatkan bekas pelakon filem Leftenan Adnan melenting tak keruan baru-baru ini apabila kehidupannya selepas PRU-13 terumbang ambing sehingga terpaksa merayu meminta simpati PAS supaya prihatin dengan nasib yang menimpa dirinya. Dulu-dulu sewaktu menjadi artis sepenuh masa, baik Hairie mahu pun artis yang lain adalah juga kerjanya mencari rezeki walau tak kerap menerima tawaran berlakon atau undangan menyanyi sekurang-kurangnya tidaklah sampai mati kutu dibuatnya macam sekarang terbiar tanpa pembelaan selepas selesainya PRU-13.
Kasihan, tapi dah nasib badan akibat mudah tertipu dengan propaganda PAS, terima sajalah. Harapnya tak usahlah para artis yang pernah tertipu dengan janji manis PAS sebelum ini terlalu melayan sangat rasa kecewa. Tak dapat cari makan melalui PAS atau di negeri yang ditadbir PR tak mengapalah. Manalah tahu kot selepas ini dek kerana pernah berkhidmat bersama PAS dulu kemudiannya mendapat pembalasan menerima 'kunci syurga' bukankah berbaloi namanya tu, tak gitu?

Khamis, 18 Julai 2013

Akta Keharmonian Nasional Lebih Relevan

Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah mengumumkan  pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

Antara perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah:
 
3. (1) Sesuatu "kecenderungan menghasut" ialah kecenderungan
 
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

 (b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

 (d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;
 
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
Pemansuhan ini adalah bertitik tolak dari desakan pembangkang kerana menganggapnya sebagai menghalang rakyat dari bersuara serta mengongkong kreativiti.  

Akibatnya, ia mendapat kritikan banyak pihak di kalangan penyokong UMNO yang menganggap desakan tersebut merupakan satu lagi helah pembangkang untuk 'mengenakan' kerajaan sepertimana dakwat kekal dan ISA. Kritikan dari penyokong UMNO dilihat sebagai mampu mengundang risiko besar kepada BN yang bergantung sepenuhnya kepada undi UMNO setelah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina termasuk dari MCA.
Walaubagaimanapun, di kalangan sesetengah pihak, pemansuhan Akta ini dilihat sebagai keberanian dan kesungguhan kerajaan untuk melakukan transformasi.   Untuk itu, Akta Keharmonian Nasional diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan. Keputusan ini telah diumumkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2012 di dalam satu majlis makan malam Jabatan Peguam Negara.

Melalui akta baru ini, beberapa perkara dari Akta Hasutan dikekalkan iaitu yang berkaitan dengan kuasa kerajaan dalam tiga perkara iaitu:

a)      Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;
 
b)      Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan
 
c)      Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk meneliti perkara ini. Pada dasarnya, Akta Keharmonian Nasional membawa pendekatan yang lebih longgar untuk rakyat untuk melemparkan kritikan atau ketidakpuasan hati dengan syarat ia tidak membawa niat jahat dan menghasut. Justeru, dengan jaminan kerajaan untuk mengekalkan kuasa bagi menghalang berlakunya ketegangan yang mungkin berpunca dari kelonggaran ini, tidak ada sebab untuk rakyat terus merasa musykil mengenai akta baru ini.

INTIPATI AKTA KEHARMONIAN NASIONAL

 Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 tidak menjejaskan kuasa kerajaan menangani perbuatan menggangu-gugat perpaduan dan keharmonian masyarakat. Tiga prinsip utama dikekalkan:

1. Menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja-raja

2. Menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk berlainan di negara ini

3. "Prinsip ketiga menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoalkan apa-apa pekara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan, prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri  


Undi Calon Barisan Nasional, Elak Tempah Tiket Ke Neraka

Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan 'Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka' di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.
 
Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H).  "Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah Syamilah)  Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.
 
Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.  Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.  Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.  Seterusnya Naib Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju.
 
Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.  Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.  Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.
 
Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.  Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini.  Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.  Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.
 
Kepada para pengundi di Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional


Azhar Idrus ‘Boneka Baru’ Untuk Bantu Calon Pas Yang Bermasalah

Azhar Idrus bukanlah satu nama yang asing bagi para peminat ceramah yang gemarkan pendekatan lawak jenaka dalam penyampaian kuliah ilmu agama. Sekiranya dahulu ceramah agama hanya boleh diikuti dalam di masjid dan surau, namun dengan gaya hidup yang serba moden ketika ini, ceramah agama turut menerima evolusi apabila terpaksa menguna pakai pendekatan baru sesuai dengan perubahan zaman dan masa.
 
Bertitik tolak dari itu, nama Azhar Idrus mula dikenali ramai, apabila pelbagai siri ceramahnya yang dimuatnaik di dalam Youtube mendapat sambutan hangat. Maka dia yang suatu ketika merupakan seorang gitaris untuk salah sebuah kumpulan band di Terengganu mula 'dinaiktarafkan' sebagai ustaz ekoran penyampaian ceramahnya yang dikatakan berbeza.  Mengunakan platform sebagai penceramah bebas, Azhar Idrus terus mendapat perhatian ramai apabila sering menerima undangan ceramah di serata pelusuk tanahair sehingga meningkatkan popularitinya di kalangan masyarakat. Menyedari akan hakikat itu, Pas sebagai salah sebuah parti politik yang kononnya berpaksikan perjuangan Islam terpaksa mengunakan khidmat Azhar Idrus bagi membantu parti itu, menarik sokongan masyarakat.  Maka bermulalah detik baru dalam kariernya sebagai 'ikon' untuk Pas. Dengan mengunakan imej sebagai penceramah agama bebas, Azhar Idrus mula bertindak sebagai agen bagi menyampaikan dakyah-dakyah Pas melalui ceramah-ceramah yang disampaikannya.
 
Tidak cukup dengan itu, dia akhirnya turut dijadikan sebagai agen kempen di setiap pilihanraya bagi membantu calon-calon Pas yang bertanding. Sebagai contoh, dia pernah beberapa kali diminta turun padang, bagi membantu jentera Naib Presiden Pas, Husam Musa yang bertanding kerusi parlimen Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu.  Terbaru, Azhar yang terkenal dengan pangilan 'ustaz kemah-keming' turut diminta diminta membantu jentera Pas di Kuala Besut bagi menarik sokongan pengundi. Ia ekoran dari laporan awal jentera parti itu yang mengatakan calon Pas, Azlan @ Endut  bakal berdepan dengan laluan sukar.  Selain dari imej 'calon cari makan', Azlan juga dilihat sebagai calon yang bermasalah kerana tidak mendapat sokongan dari jentera akar umbi dan kepimpinan parti di peringkat negeri. Malah sokongan yang diberikan kepada Husam sebelum ini juga dikatakan sebagai punca, calon itu diboikot oleh kumpulan ulama dan jentera muslimah.  Atas semua faktor itu, Azlan dikatakan sukar untuk menandingi calon dari Barisan Nasional yang merupakan seorang anak muda professional. Selain berpendidikan tinggi, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman juga mempunyai rekod bersih dan cemerlang serta aktif mendampingi masyarakat.
 
Tengku Zaihan merupakan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, yang sebelum itu pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut. Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu sebagai jurutera daerah.  SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. Pada PRU13 Mei lalu, Dr A Rahman BN menang dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon Pas Napisah Ismail


BERSIH 4.0 Untuk Tebus Kegagalan Black 505

Desas-desus mengenai satu lagi demonstrasi jalanan bakal diadakan oleh puak pembangkang kini semakin jelas kedengaran. BERSIH 4.0 dikatakan sedang digerakkan sebagai membantah persempadanan semula sekiranya dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.

Ambiga, Tian Chua, Mahfuz, Tukar Tiub dan Malaysiakini kini sedang sibuk mempromosi BERSIH 4.0.  Di masa yang sama, kita yakin mereka sedang mencongak-congak sambutan penyokong mereka bagi memastikan 'bencana' yang berlaku dalam Black505 tidak berulang. Dalam Black505 yang sepatutnya menjadi kemuncak bantahan 'rakyat' terhadap keputusan PRU-13, Pakatan Rakyat hanya mampu menggerakkan sekitar 5,000 orang sahaja.  Jumlah ini amatlah memalukan jika dibandingkan dengan sasaran 1 juta. Lebih memalukan ialah selepas penyokong mereka berguling-guling di dalam jerebu membantah keputusan PRU-13, esoknya juga pemimpin pembangkang mengangkat sumpah menerima keputusan PRU yang sama.   Oleh yang demikian, Black505 dengan tidak semena-mena menjadi bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia.

Mungkin kerana itu, pembangkang yang tidak berpuas hati, merasakan perlu untuk mengadakan demonstrasi lagi.  Mereka berazam untuk memastikan BERSIH 4.0 menyaksikan kehadiran yang lebih ramai.   Dengan menggunakan alasan persempadanan semula dan dakwat kekal, BERSIH terus memburuk-burukan imej SPR. Hairan sekali kenapa BERSIH tidak memanjangkan isu pengundi hantu dan 'blackout' dalam himpunan  kali ini?
Walhal, di waktu PRU berjalan dan beberapa hari selepasnya, kedua-dua isu ini dimainkan dengan begitu giat siap dengan gambar dan bukti-bukti kotak-kotak undi yang 'hilang'.   Tetapi, entah kenapa mereka-mereka yang mempunyai bukti-bukti ini tidak pula membuat laporan dan tidak pula memasukkannya dalam petisyen.  Mungkin SPR sendiri perlu memulakan siasatan menjejaki semua yang menyebarkan 'bukti-bukti' ini bagi membersihkan namanya. 

Sebagai pemerhati, kita melihat PR bakal berhadapan dengan tekanan hebat untuk memastikan BERSIH 4.0 dapat mengumpul lebih ramai peserta dari himpunan-himpunan yang lepas.   Kali ini, tiada lagi alasan jerebu bagi menjustifikasi kehadiran yang memalukan. Jika dilihat dari 'mood' peserta-peserta Black505, kita mendapati kebanyakan mereka bosan dan ramai juga yang pulang separuh jalan.  Mereka juga kedengaran merungut kerana ceramah yang panjang serta membuang masa.  Dari rungutan itu, kita dapat memahami bahawa sebahagian besar dari mereka inginkan 'aksi' iaitu cabar-mencabar dan pertempuran dengan polis.  Manakala, sebahagian lagi pula benar-benar menjangkakan himpunan aman dan santai sehingga berani membawa anak-anak kecil menyertainya. Di sini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyokong PR keliru dengan pendekatan yang ingin diambil oleh kepimpinan mereka.  Ada yang terpedaya bahawa PR benar-benar inginkan himpunan aman, dan ada yang berpegang kepada desakan untuk mencetuskan anarki.   

Di penghujung drama komedi 'slapstick' Black505, kita melihat segelintir dari peserta telah memilih untuk 'berjuang ke titisan darah terakhir' dengan cuba merempuh Parlimen.  Tetapi akhirnya mereka membuat keputusan untuk berbaring saja di atas jalan beramai-ramai, mungkin cuba menghilangkan keletihan dan mengantuk akibat dihalau dari khemah jam 4.00 pagi oleh DBKL.   Dan apa yang tercatat dalam sejarah kini ialah Black505 berakhir dengan Anwar bergelak ketawa mesra dengan Perdana Menteri di dalam Parlimen.

Berdasarkan apa yang berlaku, bagaimana PR boleh yakin akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dalam BERSIH 4.0?  Dan agak-agak, berapa ramaikah agaknya penyokong mereka masih tidak sedar atau tidak serik menjadi bodoh?   Atau, berapa kali gandakah upah perlu dinaikkan bagi mendapatkan peserta yang sanggup membodohkan diri sekali lagi?


Kerajaan Perlu Teruskan Pendakwaan Duta Vatican City

Setelah berhari-hari diselubungi kontroversi akhirnya Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino mengambil keputusan memohon maaf berikutan keceluparannya sebelum ini yang menyokong tuntutan DAP dan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible.

Nampaknya Marino lebih berjiwa besar berbanding pimpinan DAP dan PAS kerana masih ada kesedaran diri untuk memohon maaf walaupun sedikit terlewat, tapi setidak-tidaknya dapatlah juga membantu meredakan kegusaran ramai selain mengurangkan ketegangan dalam masyarakat. Namun begitu amat perlu difahami permohonan maaf oleh Duta Vertican City itu bukannya bermakna ia adalah noktah penamat kepada isu kontroversi yang sengaja dicetuskannya. Ia tidak memadai selagi mana Marino belum menarik balik kenyataan kontroversinya.

Suka atau tidak, Marino tetap perlu menarik balik kenyataan sokongannya kepada tuntutan penggunaan kalimah Allah S.W.T sebagai ganti kata nama God dalam kitab Bible sebagaimana diperjuangkan oleh DAP dan orang Kristian. Marino atau siapa sahaja penganut Kristian termasuklah para pemimpin DAP, perlu terima hakikat, Allah S.W.T hanya satu dan bukannya tiga atau trinity sebagaimana fahaman God oleh penganut Kristian. Justeru itu, usahlah dicemari kesucian kalimah Allah S.W.T dengan kepercayaan lain.

Perkara lain yang berbangkit ialah tetap perlu ada tindakan susulan di mana Kerajaan seharusnya meneruskan pendakwaan ke atas Marino supaya dengan demikian ia akan menjadi pengajaran dan dapati membendung perkara seumpamanya dari berulang di masa depan. Sehubungan itu kita mengalu-alukan kenyataan Peguam Negara,untuk melakukan siasatan berhubung kenyataan kontroversi Biskop Marino itu. Ia mungkin sedikit rumit kerana melibatkan imuniti wakil asing tapi jika kena caranya barangkali dapat mengekang dari menjadi ikutan Duta yang lain.

Rabu, 17 Julai 2013

Ustaz Youtube Lebih Popular Dari Nik Aziz

Dulu sewaktu zaman kegemilangan Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin veteran PAS yang paling berpengaruh, bagaikan sudah menjadi kebiasaan apabila jumlah kehadiran di majlis ceramahnya melimpah ruah sehingga berlaku kesesakan teruk berkilometer dari lokasi majlis.

Buka sahaja mulutnya di sesatu majlis ceramah ramailah si penyokong yang bertakbir hingga ada juga yang jadi histeria tiba-tiba dek kerana semangat rasukan yang menerjah datang. Yang mana dapat bersalaman dengannya terasa seperti mendapat berkat kalau boleh seminggu tak dibasuh tangan pun tak apa. Mengambil kesempatan dari pengaruh tersebut, maka banyaklah PAS Kawasan dan Negeri mengusung orang tua itu ke sana ke mari untuk memeriahkan program anjuran mereka kemudian bila selesai majlis masing-masing senyum sampai ke telinga melihat kantung kutipan wang 'tiket' yang diterima.

Demikian gambaran kasar betapa berpengaruhnya Mursyidul Am PAS itu, tapi itu semuanya dulu-dulu punya cerita tatkala masih ramai yang terkeliru dengan mitos dan ceritera keberkatan buatan seorang tok guru jadi-jadian. Sekarang sudah lain, terlalu banyak perubahan seiring dengan peredaran zaman di mana pengaruh Nik Aziz terlalu jauh bedanya berbanding dulu. Ucap katanya sudah tidak begitu berbekas di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri. Hadirin yang datang pun berkali ganda berkurangan membuktikan popularitinya kian merudum. Jika mahu melipat gandakan jumlah kehadiran penyokong bagi memeriahkan sesuatu ceramah, mahu tidak mahu Nik Aziz terpaksa digandingkan dengan orang lain yang lebih popular. Jika tidak, hambarlah jadinya sama macam betapa hambarnya ceramah PAS di Kuala Besut pada 15 Julai lepas sehingga memaksa Nik Aziz memboikot program ceramah sendiri dengan alasan kesihatan tak mengizinkan. Terkedik-kediklah Mat Sabu sendirian pada malam itu di hadapan sekitar 200 orang juak PAS.

Oleh itu, untuk program akan datang sempena kempen PRK DUN Kuala Besut ini,  dengar khabarnya Nik Aziz akan digandingkan bersama Ustaz Youtube atau pun lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus, bertujuan untuk mengekang kegagalan majlis sebelumnya dari berulang. PAS yakin cara begini boleh menyelamatkan maruah PAS dan mengelakkan air muka Nik Aziz dari dipandang rendah meski pun di masa yang sama ia mengesahkan Ustaz Youtube itu lebih popular berbanding Mursyidul Am PAS. Begitulah ura-uranya yang menunjukkan betapa terdesaknya PAS tika ini. Jadi atau tidak ura-ura itu kemudian cerita.

Jika gandingan bersama ini gagal dilaksanakan sebagaimana dihasratkan alamatnya terpaksalah sekali lagi Nik Aziz menggunakan alasan kesihatan untuk memulau programnya sendiri, agaknyalah.


Kalimah Allah: Pemikiran PAS Selari Dengan Vatican City

Baru-baru ini Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino telah mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong tuntutan penganut Kristian di Malaysia supaya kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai dalam kitab Bible.

Kenyataan kontroversinya itu nyata mendapat sokongan sesetengah penganut Kristian khususnya di dunia maya untuk fokus pada tuntutan yang sama tapi tanpa disedarinya ia telah mengundang bantahan umat Islam dari seluruh negara. Gara-gara keceluparan dan kegagalannya memahami sensitiviti majoriti rakyat negara ini yang terdiri dari kalangan umat Islam, akibatnya isu kalimah Allah S.W.T yang pernah dicetuskan oleh Gereja Kristian dan DAP kembali hangat diperkatakan. Menyedari timbulnya banyak bantahan besar-besaran dari pelbagai lapisan masyarakat Islam termasuklah NGO-NGO, barulah Biskop Marino mengakui kesilapannya dan mengambil langkah susulan memohon maaf dalam perjumpaannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Tindakannya meminta maaf atas keterlanjuran itu boleh dikira baik untuk meredakan keaadaan disamping mencegah kemarahan masyarakat Islam dari terus meluap-luap, tapi apa gunanya lagi setelah nasi menjadi bubur? Perlu ada jaminan dari Biskop Marino mahu pun pihak lain yang mewakili penganut Kristian untuk bertekad tidak akan mengulangi lagi tuntutan yang sama, jika itu dapat dilakukan nescaya ia memberi kelegaan kepada semua pihak. Dalam pada itu, sepanjang kekalutan isu ini berlangsung sehinggalah Biskop terbabit meminta maaf, peliknya langsung tak kedengaran sebarang kenyataan bantahan pucuk pimpinan PAS seolah-olah pada mereka kontroversi yang dicetuskan oleh Duta Vatican City itu perkara biasa. Barangkali kerana isu kalimah Allah S.W.T turut melibatkan tuntutan yang diperjuangkan oleh rakan sekedudukannya iaitu DAP, maka sebab itulah PAS mengambil sikap berdiam diri dan lebih selesa membicarakan isu lain bagi mengalih perhatian ramai. Bila diingatkan kembali sikap flip-flop PAS dalam isu kalimah Allah S.W.T maka fahamlah kita tiada peliknya bila mana PAS menjadi kura-kura yang menyorokkan mukanya kerana PAS selaku sebahagian dari PR pernah bersetuju sebulat suara untuk membenarkan kesucian kalimah Allah S.W.T tergadai dalam kitab Bible.

Malah ramai antara kita pastinya tidak lupa bila mana Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah beriya-iya menyokongnya dan tanpa segan silu menyifatkan isu kalimah Allah S.W.T untuk kegunaan bukan Islam (Kristian) adalah seumpama satu bentuk dakwah. Dari konteks tersebut, jelaslah wujud keselarian pemikiran antara PAS dan Vatican City, walau pimpinan masing-masing berbeza anutan agamanya tapi kedua-duanya seia sekata berkongsi pemikiran yang sama dalam menyokong tuntutan DAP dan Gereja Kristian dalam isu ini. Jika andaian ini tersasar, bukankah sewajarnya PAS secara terbuka mengisytiharkan menolak keputusan bersama PR berhubung kalimah Allah S.W.T?

DAP BERJAYA JADIKAN PAS PARTI DAYUS

Dalam isu kalimah ALLAH, pujian harus diberi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji akan mempertahan serta melindungi Islam dan kedudukannya sebagai agama persekutuan. Pendirian tegas beliau bukanlah sekadar untuk meraih populariti atau menyedapkan hati umat Islam tetapi adalah komitmen berterusan bagi memastikan Islam tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan Duta vatican City, Archbishop Joseph Marino telah mengundang kecaman dan kutukan keras dari pelbagai pertubuhan Islam dan Melayu di negara ini sejak kontroversi itu tercetus beberapa hari lalu. Namun dalam kemarahan umat Islam yang diluahkan dalam setiap ruang media, satu perkara yang amat mengejutkan ialah sikap pihak pembangkang khususnya Pas yang terus membisu hingga ke hari ini.

Tidak sepatah bantahan pun telah dikeluarkan oleh Pas setakatnya untuk mengecam kenyataan ketua biskop itu. Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, sikap Pas amat dikesali malah seharusnya turut dikutuk seprrti juga komen Archibishop Marino. Ini kerana Pas sepatutnya menjadi badan politik pertama di kalangan organisasi siasah pembangkang yang menyuarakan bantahan terhadap apa yang dilihat sebagai campurtangan pihak asing dan penghinaan terhadap Islam oleh pihak wakil Paus Francis I itu. Tetapi Pas memilih untuk berdiam diri dan berpeluk tubuh ketika Islam berdepan dengan ancaman pihak luar. Parti itu nampaknya telah hilang semangat untuk mempertahankan Islam akibat persekongkolannya dengan Dap dan PKR. Pas lebih rela melawan calon Islam daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut daripada menentang pihak Kristian untuk mempermainkan agama. Sememangnya sikap pas itu telah mengesahkan tanggapan umat Islam bahawa parti itu telah menjual maruahnya kepada Dap. Tidak salah kalau umat Islam melabel Pas sebagai keldai tunggangan Dap kerana itulah hakikatnya. Pas telah hilang legitimasi untuk bercakap bagi pihak Islam kerana demi kepentingan politik, agama pun sanggup dikorbankan dan dibiarkan untuk diperlecehkan oleh orang kafir. Sejak berada dalam pakatan pembangkang apakah sumbangan parti itu kepada pembangunan syiar Islam di negara itu.

Tidak kedengaran pendapat-pendapat bernas serta pandangan yang lahir daripada pemikiran tinggi pemimpin-pemimpin Pas. Yang keluar dari mulut mereka hanya cacian, cercaan dan maki hamun terhadap saudara seagama yang berlainan ideologi politik. Dalam PRU13, Dap menggunakan peluang untuk mendapat undi Melayu sehingga parti rasis itu muncul sebagai parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen berbannding Pas dan PKR. Jika ini masih belum dapat membuka mata dan minda pemimpin Pas bahawa mereka telah dieksploitasi sehabis-habisnya oleh parti Cina perkauman itu, eloklah bubar sahaja Pas. Ini kerana kewujudan Pas hanya memecah-belahkan umat Islam dan tidak menyumbang sedikit pun kepada pembangunan minda serta memperkukuhkan status agama di negara ini. Semakin lama Pas berada bersama-sama Dap dan PKR, semakin parah perpaduan umat Islam yang dilihat semakin longgar.

Kekalahan Anwar Ibrahim untuk membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang sepatutnya menjadi pengajaran kepada pas untuk menilai semula kedudukan dan kepentingannya berdamping dengan dua sekutunya itu. Sudah tiba masanya Pas membersihkan parti itu daripada anasir dan elemen Anwarinas yang menghalang parti itu untuk merealisasikan potensinya sebagai gerakan yang memperjuangkan Islam. Dalam kedudukan sekarang Pas hanya menjadi perkakas kepada Anwar untuk mempergunakan parti itu untuk kepentingannya. Anwar telah menumpulkan ketajaman perjuangan Pas sehingga sanggup menukar slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata untuk mengambil hati Dap. Di mana maruah dan integriti Pas sehingga dap berjaya menjadikannya sebagai parti yang bacul dan dayus!

Selasa, 16 Julai 2013

Vivian Lee Penyokong Tegar PR

Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka dengan Bak Kut Teh serta bangga mempertontonkan aksi lucahnya di internet, pernah bergambar bogel dengan memegang bendera BN dalam usaha provokasi PRU-13.  
 
Tidak lama selepas itu, gambar beliau bersama Nurul Izzah pula tersebar.  Jelas dari gambar tersebut, mereka begitu mesra sekali.   Tidak mustahil mereka sudah kenal lama dan saling berhubung kerana Nurul Izzah merupakan pejuang kebebasan mutlak atas nama hak asasi manusia.   Oleh itu, tindakan Vivian bolehlah dibela atas nama hak asasinya.  Apa yang menarik ialah, apabila isu Bak Kut Teh meletup, tiba-tiba saja ada usaha di laman-laman sosial untuk menunjukkan yang Vivian dan Alvin, pasangannya, sebagai penyokong Barisan Nasional.   Ini berdasarkan snapshot laman sosial mereka yang konon menyatakan sokongan kepada konsep 1Malaysia.  Namun, snapshot tersebut tidak mampu menandingi impak dari gambar Vivian bersama Nurul Izzah.  Malah, provokasi yang dilakukannya dengan memegang bendera BN sambil berbogel membuktikan bahawa Vivian adalah penyokong pembangkang, bukan BN.
 
Usaha pembangkang untuk memperlihatkan Vivian sebagai penyokong BN membuktikan yang mereka sememangnya pencetus kepada budaya biadap ini dan mereka menjadi bimbang yang ianya sudah berada di luar kawalan.  Vivian bukan orang pertama yang menghina atau mencabar orang-orang Melayu Islam.  Malah, sebelum beliau sudah berpuluh-puluh lagi yang melakukannya tanpa dikenakan tindakan.  Paling hebat, Namewee yang menjadi pelopor kegiatan ini bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tetapi dinobatkan pula sebagai ikon serta diberi peluang berkarya yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh karyawan lain yang setia dan taat pada Raja dan Negara.  Hari ini, Namewee mungkin mengaku menyokong konsep 1Malaysia juga, tetapi percayakah kita kepadanya?    Apabila kerajaan tidak mampu mengambil tindakan terhadap mereka, kita mengharapkan PAS sebagai pembangkang akan bangun mendesak kerajaan agar berbuat sesuatu.  Bukankah itu tugasnya pembangkang iaitu menegur dan mengkritik kelemahan kerajaan?  Namun, pelik sekali kerana ini tidak berlaku, malah PAS bagai tidak tersentuh sangat dengan perbuatan mereka-mereka yang menghina Islam.  
 
Nampaknya PAS lebih gusar jika hati DAP yang tersentuh, pastinya kerana semua yang menghina Islam itu adalah penyokong-penyokong DAP.  Sebenarnya, apa yang dilakukan Vivian dan Namewee adalah sama saja tahap kebiadapannya.  Namewee mempermainkan azan dalam 'karyanya' dan Vivian pula mengajak kita berbuka puasa dengan babi.   Tetapi, Namewee mendapat pembelaan MCA manakala Vivian pula turut ditempelak oleh MCA dan juga DAP.  Malah, DAP turut membuat kenyataan mendesak agar beliau dan pasangannya dikenakan tindakan.  Perkembangan ini menunjukkan bahawa pemimpin kaum Cina juga semakin gusar dengan tindakbalas orang Melayu terhadap kebiadapan penyokong mereka dari produk SJKC.   Namun, itulah realitinya bahawa anak-anak produk SJKC memang biadap!   Dan mereka yang biadap inilah yang menyokong pembangkang.  Jika kalah PRU juga penyokong pembangkang begitu biadap, bayangkanlah sekiranya mereka menang dan menjadi pemerintah.  Agak-agak apakah jenis penghinaan yang akan mereka lakukan terhadap Islam dan Melayu?   Dan jika belum berkuasa juga kita tidak punya kuasa untuk menghukum mereka, bayangkan sekiranya mereka berkuasa.  Agak-agak apalah agaknya yang produk SJKC ini akan lakukan kepada kita?  Tentulah lebih dahsyat lagi mereka bermaharajalela.


Kod Pakaian Wanita: PAS Semakin Terbuka Atau Tertutup?

Saranan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff agar kerajaan menggubal undang-undang bagi menetapkan kod pakaian bagi wanita negara ini mendapat perhatian kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi wanita.  Alasan Siti Zailah bahawa undang-undang itu adalah bertujuan untuk mengurangkan jenayah seksual dilihat sebagai satu pandangan cetek, sempit dan tidak berpijak di bumi nyata.
 
Saranan Siti Zailah nampaknya membawa PAS beberapa tapak ke belakang dalam usaha parti itu untuk membina imej 'terbuka' bagi menjaga keharmonian rumahtangga dengan DAP.  Kini PAS kembali dilihat sebagai parti yang tertutup, ala Taliban di Afghanistan dan pasti menakutkan DAP.  'Pakaian wanita' merupakan antara isu paling sensitif di kalangan kebanyakan masyarakat Islam di dunia.  Malah, di kalangan PAS sendiri, 'pakaian wanita' diletak sebagai topik paling tinggi mengalahkan isu Kalimah Allah SWT di dalam Injil, mahupun isu murtad.  Ini kerana, dalam kedua-dua isu tersebut, masih terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin PAS yang mana ada yang sanggup berdiam diri demi tidak menyinggung DAP.  Tetapi, jika isu berkenaan 'pakaian wanita', kita pasti kesemua pemimpin PAS akan bersatu hati untuk memastikan semua wanita 'dijinakkan' melalui pakaian.  Seperti yang diketahui umum, berbagai kajian yang dijalankan mengenai jenayah seksual telah membuktikan bahawa jenayah tersebut berlaku bukan berpunca dari pakaian wanita tetapi kerana kewujudan peluang bagi penjenayah, dorongan untuk menunjuk kuasa di pihak lelaki, kelalaian dan kenaifan wanita sendiri serta masalah mental sipelaku.
 
Atas sebab-sebab ini juga, maka Allah SWT telah menggariskan agar kaum lelaki bertanggungjawab melindungi wanita, tanpa mengira siapa mereka.  Setiap lelaki wajib melayan setiap wanita dengan lemah lembut dan sopan TANPA SYARAT.  Walaupun didatangi pelacur yang sedang menggoda sekali pun, seorang lelaki harus melihatnya sebagai wanita yang lemah dan perlu dibantu agar keluar dari dunia kotor itu dan bukannya  menghina atau jauh sekali mempergunakannya.  Umat Islam sering mendabik dada bahawa Islam meletakkan wanita di tempat yang tinggi tetapi malangnya, umat Islam juga yang sering memijak wanita mereka.  Di Pakistan, Bangladesh, Afghanistan malah Arab Saudi dan kebanyakan negara Islam konservatif, wanita diletakkan di tempat paling bawah walaupun mereka dikelubung litup.  Alasan negara-negara ini memaksa kod pakaian terhadap wanita mereka adalah kerana mereka 'menghormati wanita'.  Namun, wanita yang berkelubung litup konon atas dasar 'terhormat' ini, langsung tidak punya hak bersuara dalam keluarga dan juga dalam negara.   Kes penderaan sadis terhadap wanita juga terlalu banyak berlaku di negara-negara yang 'amat menghormati' wanita mereka itu.  
 
Lebih dari itu, wanita di negara-negara tersebut juga tidak berhak ke atas nyawa sendiri.  Tetapi, nyawa mereka berada di tangan suami atau bapa mereka yang boleh membunuh mereka bila-bila masa atas alasan 'maruah' (honour killing).  Ada juga yang nyawa dan tubuh mereka diletakkan di dalam tangan mana-mana lelaki yang mereka tidak kenal, yang merogol dan membunuh mereka atas alasan 'mereka bukan wanita yang baik' berdasarkan pakaian atau hanya kerana keluar berjalan-jalan/bekerja.  Jadi, di manakah letaknya 'hormat' mereka terhadap wanita mereka?  Ini berbeza dengan barat di mana wanita mempunyai hak untuk berpakaian separuh bogel sekali pun tetapi mereka tetap mempunyai hak untuk dihormati dan lindungi oleh semua pihak. 
 
Jenayah seksual hanya boleh dikekang jika semua umat Islam memahami perkara ini dan bukannya melalui penetapan kod pakaian terhadap wanita.   Lagipun, lelaki yang baik tidak akan turut minum minuman keras hanya kerana rumahnya terletak di sebelah kelab malam.   Jika lelaki tersebut tidak baik, jangan disalahkan kelab malam milik kafir pula.  Jika lelaki tersebut tinggal di Amerika, takkanlah beliau perlu menyuruh kerajaan Amerika mengharamkan kelab malam agar beliau boleh menjaga imannya?  Seharusnya, Siti Zailah sebagai seorang wanita tidak terikut-ikut dengan permainan lelaki yang ingin mencari alasan atas kelemahan iman mereka.   Akal dan nafsu adalah dua perkara yang mengimbangi sesama sendiri.   Jika otak seseorang itu tidak diisi dengan ilmu dan perkara-perkara penting maka ia akhirnya akan dipenuhi dengan nafsu.
 
 
 
Justeru, Siti Zailah nampaknya telah berhujah mewakili golongan yang berotak kosong, iaitu golongan yang sama yang memeriahkan parti PAS.   Buktinya, puak-puak PAS amat gemar berbual soal wanita, kahwin dua dan seks sahaja, selama 24 jam sehari.   Dan tidak hairanlah pemimpin-pemimpin PAS sering terkantoi dalam skandal seks.     Siti Zailah akan tampil sebagai wanita yang lebih 'terhormat' sekiranya beliau menyarankan agar penekanan diberikan kepada ilmu untuk mengekang jenayah sosial dan bukannya pakaian, kerana masyarakat yang berilmu tidak punya masa yang banyak untuk melayan nafsu. 

Isnin, 15 Julai 2013

Duta Vatican Perlu Lebih Professional

Kita mengalu-alukan Duta Vatican, Archbishop Joseph Marino ke negara ini sepertimana kita mengalu-alukan mana-mana duta sebagai wakil negara mereka di sini.  Kedudukan Vatican sebagai negara utama Kristian tidak menghalang kita menghormati mereka sebagai sebuah negara berdaulat.
 
Seperti mana-mana duta, Marino seharusnya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat di negara orang.   Beliau perlu tahu batas-batas dan mengelak dari menyentuh isu-isu sensitif atau terlibat dalam politik negara tersebut.  Vatican mungkin diletakkan di tempat tertinggi bagi negara-negara Kristian, yang mana mungkin memberikan duta mereka hak untuk menegur atau masuk campur dalam hal-hal berkenaan Kristian di negara itu.  Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kedudukan tinggi Vatican dalam Kristian tidak membawa apa-apa makna di sini.   Walaupun beliau mungkin masih lagi berhak menyentuh soal agama Kristian di sini, tetapi beliau langsung tidak punya hak untuk masuk campur jika perkara itu turut membabitkan Islam dan undang-undang negara.
 
Oleh itu, kenyataan beliau yang mendesak agar kalimah Allah dibenarkan dalam kitab Injil menunjukkan yang beliau tidak tahu kedudukan dan tugasnya di sini.  Apatah lagi apabila isu itu masih lagi tergantung menunggu rayuan oleh kerajaan apabila mahkamah membuat keputusan yang tidak menyebelahi kerajaan.  Ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa kerajaan sendiri tidak pernah masuk campur dalam urusan mahkamah.  Justeru, apa hak duta negara lain untuk masuk campur di dalamnya?  Sedarkah Marino bahawa jika kenyataan yang sama dikeluarkan di India atau Pakistan, maka ia sudah pasti akan mencetuskan konflik agama yang serius?  Insiden gereja dibakar atau umat Islam dibunuh merupakan sesuatu pasti berlaku di negara-negara berkenaan berikutan sikap tidak sensitif Marino.     Namun, Malaysia adalah negara yang jauh lebih bertamadun dengan masyarakat yang jauh lebih matang dan pemimpin yang jauh lebih professional dari Marino sendiri.  Oleh itu, kenyataan beliau hanya mendapat tempelakan dari rakyat dan nasihat dari Menteri Luar, Dato' Anifah Aman. Dato' Anifah memberitahu Marino yang Malaysia tidak menerima sebarang campurtangan asing dalam isu agama yang sedang melalui proses mahkamah yang adil. 
 
Apapun, motif Marino dan juga pemilihannya sebagai duta ke negara ini menimbulkan persoalan yang jauh lebih serius.   Apakah Vatican juga telah dikuasai oleh kuasa besar yang ingin memerintah dunia melalui pendekatan pluralisme?  Seperti yang diketahui, beberapa pertubuhan Kristian yang terkemuka turut menentang penggantian nama Tuhan 'Father' kepada 'Allah'. di dalam Injil.  Antara pihak yang melancarkan petisyen untuk menghalang penggantian nama oleh syarikat-syarikat penterjemah Injil ialah Biblical Missiology, di Colorado Amerika.  Hujah mereka ialah 'Allah' merujuk kepada Tuhan dalam agama Islam manakala Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama dengan Islam.  Justeru, penggantian nama ini akan mencetuskan kekeliruan, malah kesesatan di kalangan orang-orang Kristian.  Oleh itu, sekiranya pihak Vatican merasakan perlu masukcampur atau memperbetulkan mana-mana pihak, maka mereka wajib terlebih dahulu bersemuka dengan Biblical Missiology dan pertubuhan Kristian lain yang turut menentang penggantian nama Tuhan di dalam Injil.
 
Lebih dari itu, satu dialog ilmiah mungkin wajar diadakan antara Marino dengan Ulama-ulama Islam bagi mendengar hujahnya tentang kenapa Kristian ingin sekali menukar nama 'Father' kepada 'Allah'?   Kita ingin mendengar apakah Kristian juga turut percaya kepada 'Allah SWT' atau apa?  Jika hanya nama sama tetapi tidak merujuk kepada kuasa yang sama, maka tiada sebab sama sekali bagi pihak Vatican untuk mendesak penggantian nama ini melainkan Vatican mengesahkan bahawa Kristian membenarkan dakwah melalui penipuan yang licik.


DAP PENDOKONG GERAKAN KRISTIANISASI

Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian. Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam malah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak. Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino. Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu.

Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya. Apatah lagi jika ia mewakili ketua penganut Kristian Katholik dan dihantar pula ke sebuah negara Islam seperti Malaysia. Mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara adalah antara sempadan larangan yang digariskan begitu jelas dalam protokol hubungan diplomasi antarabangsa. Jelas apa yang dilakukan oleh duta tersebut adalah sesuatu yang terancang dan secara sedar bahawa kenyataan beliau akan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini. Ini tidak lain tidak bukan adalah sebab faktor pengaruh parti rasis Dap yang amat lantang sekali memperjuangkan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian. Sudah menjadi agenda jelas barisan pimpinan tertinggi dap berbangsa Cina yang rata-rata beragama Kristian Katolik untuk menyebarluaskan pengaruh agama itu di kalangan umat Islam. Dap adalah penerus gerakan Kristianisasi di negera ini sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Jadi tidak hairanlah apabila antara agenda utama Dap dalam pakaran pembangkang ialah memperkenalkan tradisi-tradisi Kristian kepada pemimpin-pemimpin Muslim dalam Pas dan PKR. Antaranya ialah tradisi memasang lilin samada untuk mengingati kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan atau memegang lilin dengan berpakaian serba hitam dalam perhimpunan politik mereka. Pemimpin Muslim Pas termasuk tok-tok guru dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertindak seperti orang jahil dan tidak menggunakan akal untuk berfikir implikasi perbuatan mereka tersebut. Malah ahli parlimen Pas dari Shah Alam, Khalid Samad tidak segan silu kerap berkunjung ke gereja kononnya untuk berdakwah tetapi kesan yang diperolehi adalah sebaliknya! Kenyataan ahli parlimen Dap dari Seputeh, Teresa Kok yang menolak Islam sebagai agama persekutuan negara ini juga menjurus kepada pertentangan dengan unat Islam. Apatah lagi Marino mengakui dalam temuramah bersama media bahawa beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan pemimpin-pemimpin gereja tempatan di mana kalimah ALLAH telah dibangkitkan. Ini menunjukkan terdapat usahasama rahsia di antara duta Paus Francis I, pihak gereja dan juga Dap yang mensasarkan umat Islam negara ini. Gerakan Kristianisasi mendapat suntikan dan tenaga baru dengan kenyataan Marino yang bias kepada penganut Kristian.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana hujah mantap dan tidak boleh disanggah telah diberikan oleh para ulama yang mengatakan ALLAH adalah katanama khususnya hanya untuk penganut Islam sahaja. Namun atas perancangan licik untuk memecahbelah serta mengelirukan umat Islam, Dap terus menyerang Islam di negara ini. Dap bukan sahaja mahu orang Melayu tunduk dengan pujuk rayu dan janji-janji palsu parti itu tetapi juga mengajak orang Melayu masuk Kristian secara halus. Jika tindakan tidak diambil terhadap Marino samada beliau diusir dari Malaysia atau diberi kutukan yang keras oleh pihak Kerajaan, ini bukanlah terakhir perkara ini akan berlaku. Umat Islam sentiasa haruslah ingat peringatan ALLAH di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali akan redha dengan orang Muslim.

Hanya berpegang teguh dengan peringatan ini, umat Islam di Malaysia akan selamat dan terlindung daripada asakan gerakan Kristianisasi yang semakin mengganas.


Burung UBAH Simbol Jiwa Pendatang DAP

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol 'UBAH' dalam bentuk burung kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu.  Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki.  Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.
 
Menurut laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja.  Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.  Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong.
 
Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya.   Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu.   Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas 'derma' dan 'tajaan' yang diterima bagi menyiapkan burung ini.  Tetapi yang pasti, kos RM60,000 dan masa 2 bulan  yang diambil untuk menyiapkannya hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.  Sebenarnya, cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin membela atau mempertahankan kaum mereka.   Penting untuk semua pihak di negara ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain.   Jika politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini, tetapi tapi apa yang politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili kaumnya.   Oleh itu, kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang sebagai lambang kuasa kaum mereka.    
 
Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan penulis yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.  Maka, tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara percuma.  Ini kerana, semangat yang mereka 'jana' dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan semangat 'kenegaraan baru', bukan lagi sekadar semangat politik kepartianMungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka terhadap kaum Cina.  Namun, penulis ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh.   Pihak yang menang pula sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui imaginasi musuhnya.
 
Sudah sampai masanya orang Melayu membuang sifat 'tidak apa' dan 'tidak mungkin' dalam menilai sesuatu.   Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi pengajaran agar jangan sesekali 'mengtidak-apakan' sebarang bentuk kebarangkalian?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...