Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Selasa, 10 Disember 2013

BERSATULAH Umat Melayu!

BERSATULAH Umat Melayu! BERSATULAH demi Agama, Bangsa dan Negara!
Janganlah diungkit PERBEZAAN di antara kita. Marilah kita cari PERSAMAAN di antara kita dalam mencari PENYATUAN MELAYU ISLAM.

1. Kita bersaksi dengan syahadah yang sama. Dua kalimah syahadah
2. Kita menganut Agama dan Akidah yang sama. Islam
3. Kita berpandu kepada kalam yang sama. Al Quran
4. Kita merujuk rujukan yang sama. Al Hadis
5. Kita menyembah Tuhan yang SAMA. ALLAH yang satu.
6. Kita menghadap kiblat yang SAMA. Kaabah.
7. Kita menjunjung Nabi yang SAMA. Nabi Muhammad.
8. Kita mempunyai kulit yang SAMA. Sawo matang
9. Kita bercakap bahasa yang SAMA. Bahasa Melayu
10. Kita tinggal di tempat yang SAMA. Tanah Melayu@Malaysia
11. Kita angkat Raja yang SAMA. Raja Melayu.
12. Kita mempunyai Pahlawan yang SAMA. Ribuan Pahlawan Melayu Terbilang yang telah gugur mempertahankan tanah air.
13. Kita mempunyai darah dan keturunan yang SAMA. Darah yang sama juga telah banyak tertumpah demi mempertahankan Tanah Melayu@Malaysia.
14. Kita makan makanan yang SAMA. Masakan Melayu.
15. Kita memakai pakaian yang sama. Baju Melayu

BANYAK LAGI PERSAMAAN ANTARA KITA UMAT MELAYU! KENAPA PERBEZAAN PULA PERLU KITA CARI? BANGKITLAH PARA PEMIMPIN MELAYU! BANGKITLAH PARA CENDIKIAWAN MELAYU! BANGKITLAH PARA ULAMA MELAYU! BANGKITLAH RAJA-RAJA MELAYU! BERSATULAH BANGSAKU SEBELUM KITA DIPIJAK! BERSATULAH BANGSAKU SEBELUM KITA DIINJAK!

source: msdgpms

Bangsa Yahudi sama sahaja seperti Ultrakiasu!

Orang orang Yahudi amat luas, mereka sangat pandai bermuka muka dan sering dikaitkan sebagai bangsa penghasut dam bapa pecah belah. Mereka terkenal sebagai kaum fasad dan onar, pencetus huru hara dan porak peranda.
Tidak hairanlah jika kaum Yahudi sering diperangi dan diusir dari merata rata tempat sejak turun temurun sehingga bertaburan di sana sini. Itulah sebabnya mereka mendapat jolokan sebagai 'umat yang berselerak' atau 'the scattered tribe'.

Kaum Yahudi mempunyai rekod yang amat buruk dari segi layanan yang diberikan kepada nabi nabi mereka. Bukan seorang dua, malahan hampir kebanyakan nabi nabi Bani Israel yang membawa ajaran Tauhid telah dinista, dikeji dan didustai, malahan dibunuh secara kejam dengan tangan tangan mereka sendiri. 

Orang orang Yahudi telah memfitnah Bani Lut AS dengan tuduhan berzina dengan anak perempuannya ketika mabuk untuk mendapatkan zuriat, menuduh Nabi Daud AS melakukan zina dengan isteri orang semasa ketiadaan suaminya, mencemari Nabi Sulaiman AS dengan tuduhan mementingkan hawa nafsu dan membina rumah berhala untuk isteri isterinya, memfitnah Nabi Harun AS dengan tuduhan mensyirikkan Allah dengan membuat patung anak lembu. 

Malahan banyak lagi fitnah onar telah dilemparkan ke atas nabi nabi mereka yang maksum itu sehingga kenabian dan wahyu dikaitkan oleh orang-orang Yahudi dengan akhlak rendah dan sifat keji. Tiada maaf bagi bangsa ini hingga hari kiamat! Bangsa Yahudi sama sahaja seperti Ultrakiasu. Kaji siapa keturunan jiran pemerintah kita! Jangan sesekali memberikan kemaafan kepada mereka kelak akan makan diri. Jangan jadi Melayu penakut dan bacul. 

Salam Perjuangan!

source: msdgpms

Rabu, 27 November 2013

Senarai Penuh Biro Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Ketua Pemuda : YB Khairy Jamaluddin
Naib KP : Sdr Khairul Azwan
PSU : Dato Sahfri
Ketua Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar
Bendahari : Sdr Razak
1)Biro Pendidikan Tinggi : Sdr Fathul Bari
2)Biro Pendidikan Politik/Pidato : Sdr Armizan Ali
3)Biro BN 1 Malaysia : Sdr Najib Isa
4)Biro Luar Pendidikan Luar Negara : Sdr Onn Hafiz
5)Biro Keselamatan Awam : Sdr Muammar Ghadafi
6)Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan : Sdr Nazir Hussin
7)Biro  Asas Tani : Dato Mukhriz Fuad
8)Biro Kebudayaan : Sdr Jefri Ali
9)Biro Penkaderan Politik : Sdr Tungku Zuhri
10)Biro Pekerja Muda : Sdr Dazma Shah
11)Biro Tugas Khas : Sdr Shamshul Putra
12)Biro Sukan : Sdr Yuzmizan
13)Biro Antarabangsa : Dato Hazali
14)Biro Sosial Etika : YB Iskandar
15)Biro Kesatria Muda (PUTERA): Sdr Armand Azha
16)Biro Hal Ehwal Luar Bandar : YB Anuar Manap
17)Biro Pelajaran : Sdr Mohd Rafiq
18)Biro Media Baru : Sdr Ibdillah
19)Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan : Sdr Azlan
20)Biro Professional Muda :Sdr Shahril
21)Biro Agama : Ustaz Azmir
22)Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih :Sdr Kamarul
23) Biro Aduan Komuniti : Sdr Nafiq
24)Biro Hubungan NGO : Sdr Khairul Firdaus
25)Biro  Sara Hidup :Sdr Rahman.

Selasa, 26 November 2013

Pengaruh & Ancaman Liberalisme di Dalam Parti Melayu

Muktamar PAS yang membawa kemenangan kepada kumpulan Erdogan iaitu pihak pro-Anwar Ibrahim dan DAP, menjadikan akar umbi PAS kecewa dan putus asa.   Ini kerana, Anwar dan DAP merupakan dua pihak yang bertindih dalam membawa agenda liberalisasi dan juga Kristianisasi di Malaysia.  Penglibatan 'orang-orang kuat' Anwar dan DAP di dalam COMANGO membuktikan agenda sebenar kumpulan ini.
 
Justeru, kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS bermakna agenda itu kini lebih mudah untuk diperpanjangkan melalui PAS.  Persoalannya, apakah kemenangan mereka ini bermakna bahawa orang-orang Melayu telah mula menerima liberalisme?  Jawapannya mungkin 'ya' jika kita mampu merasa yakin dengan proses pengundian yang membawa kepada kemenangan mereka. Begitu juga dengan kemenangan kumpulan Erdogan di dalam PAS yang menyaksikan 'ulangan' dari pemilihan UMNO ketika Khairy mula-mula memenangi jawatannya dahulu di mana mengambil masa yang begitu lama untuk mengira undi selain kehadiran mereka-mereka yang tidak sepatutnya di tempat menyimpan peti undi.
 
Berdasarkan apa yang berlaku ini, kita tidak boleh menyalahkan persepsi rakyat.  Kita tidak boleh menghalang manusia dari berprasangka buruk berdasarkan apa yang dilihat di hadapan mata. Jika persepsi rakyat itu benar, maka ia menunjukkan bahawa pihak yang memperjuangkan liberalisasi ini, tidak kira sama ada di dalam PAS atau UMNO, semuanya gemar bermain kotor.  Mereka terpaksa bermain kotor kerana mereka tahu yang mereka tidak mendapat sokongan di kalangan orang-orang Melayu.
 
Walaupun golongan liberal ini gemar memperlekeh orang Melayu sebagai mudah dibeli dan ditipu, tetapi mereka lupa bahawa mereka lebih lekeh lagi kerana terpaksa membeli dan menipu semata-mata untuk berkuasa.  Ini bermakna, sekiranya mereka menang, maka kemenangan mereka adalah tidak tulen. Andainya persepsi ini tidak benar, dan mereka sebenarnya menang secara telus dan bersih, maka kita akan melihat agenda liberalisasi dilaksanakan tanpa apa-apa bantahan besar dari orang-orang Melayu.
 
Bagaimanapun, penolakan orang-orang Melayu terhadap PAS akhir-akhir ini membuktikan bahawa agenda itu tidak diterima di dalam parti itu.  Kritikan terhadap UMNO yang semakin lantang didengari juga menguatkan lagi hujah bahawa liberalisme tidak pernah diterima oleh orang-orang Melayu. Masalah liberalisasi bukan sahaja mengancam masyarakat kerana ia membawa bersamanya kebebasan tanpa sempadan tetapi juga membawa ancaman ketegangan kaum kerana ia didokong oleh parti perkauman tegar iaitu DAP, yang berselindung di sebalik seruan Kristianisasi.
 
Keadaan menjadi lebih terancam kerana kumpulan Melayu liberal di dalam UMNO dan PAS ini mentafsirkan sebarang usaha untuk membela adat, budaya, bahasa dan agama orang-orang Melayu sebagai kolot.  Di masa yang sama, tindakan membela adat, budaya, bahasa dan agama kaum lain pula ditafsirkan sebagai 'keterbukaan' yang wajib diterima oleh semua. Justeru, dengan tekanan dari sikap rasis dan chauvinis Kristian DAP dan kebodohan kumpulan Melayu liberal, yang bakal menjadi mangsa akhirnya ialah orang-orang Melayu di negara ini.  Amatlah malang sekali jika ini berlaku, sedangkan orang-orang Melayu yang menolak liberalisme merupakan kumpulan majoriti.
 
Kesimpulannya, Melayu PAS dan Melayu UMNO yang menolak liberalisme tidak mampu duduk berasingan di dalam PAS, UMNO dan atas pagar.  Melayu yang sedar, yang jujur sayangkan agama dan bangsa tidak ada pilihan selain bersatu di atas satu platform bagi membentuk kumpulan pendesak yang kuat ke atas pemerintah.  Perdengarkan suara kita menolak liberalisme dalam satu nada yang sekata.
 
Lupakan PAS atau UMNO, fikirkan strategi terbaik untuk mencapai matlamat ini.

Rabu, 13 November 2013

Rabu, 6 November 2013

Pas Menang Tipis Di Sungai Limau

Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, Pas akhirnya berjaya mengekalkan penguasaannya mereka di Sungai Limau apabila menyaksikan calon parti itu berjaya mengalahkan Barisan  Nasional / Umno dalam pilihanraya kecil pada kali ini.
 
BN meletakkan bekas pensyarah kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, 52 sebagai calonnya menentang satu lawan satu dengan calon Pas, Mohd. Azam Abdul Samat, 37. Mengikut data rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), calon Pas telah berjaya memperolehi 12, 069 undi berbanding calon BN sebanyak 10,985 dengan jumlah majoriti 1,084 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 85.5 peratus. Pada pilihanraya umum ke-13 (PRK-13) yang lalu, Pas berjaya memperolehi sebanyak 13,294 undi berbanding calon BN 10,520 undi dengan majoriti 2,774 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 89.44 peratus.
 
Sebanyak 23,249 pengundi yang keluar untuk mengundi bermula pada pagi tadi, 27,222 pengundi akan menentukan calon daripada parti manakah yang bakal 'ditabalkan' sebagai wakil rakyat baru kawasan itu berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu. Daripada jumlah pengundi tersebut, 25,323 pengundi atau 93.02 peratus terdiri daripada kaum Melayu manakala Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau 0.06 peratus).  Pada PRK-13 lalu, Allahyarham Azizan menewaskan calon BN, Mohd.Fazillah Mohd.Ali dan dua lagi calon Bebasn dengan majoriti 2,774 undi.
 
Walaupun pada awalnya, Pas dijangka mendapat laluan mudah untuk mengekalkan kerusi tersebut memandangkan DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat parti itu, namun BN dikatakan berjaya menembusi kubu itu khususnya melalui jentera dan gerak kerja yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Malah melalui keputusan tersebut juga menyaksikan bagaimana beberapa kubu kuat parti itu seperti Bukit Choras, Bukit Besar, Sungai Dedap, Kabu Sepuloh, Sungai Limau dan Sedaka berjaya ditembusi oleh BN. Ia secara tidak langsung membuktikan wujud penolakan di kalangan ahli dan penyokong parti itu yang pernah mengundi Allahyarham Azizan.
 
Malah menurut laporan yang diterima, rata-rata masyarakat di Kedah menyedari akan wujudnya perancangan jahat untuk menyingkirkan Allahyarham Azizan yang dikatakan begitu mesra dengan pemimpin dan orang Umno. Ia sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokong Phahrolrazi dan Mahfuz Omar.  Kesimpulannya penyusutan undi Pas adalah berpunca dari masalah dalaman parti itu yang saling ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Umno seharusnya menjadikan ia satu pengajaran sekali gus memperbaiki segala kelemahan yang telah dilakukan.


Rabu, 30 Oktober 2013

PAS Kedah Benci Ulama!

Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama. Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
 
Sedangkan sekiranya diteliti, terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya kumpulan Liberal, Syiah, Anwarinas @ Endorgan, Pak Turut, berlagak Alim, berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan sebagainya. Inilah realiti sebenarnya, di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah 'rojak @ pasembor'.
 
Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam, juga tidak kena dari bahasa. Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang mempunyai latar belakang agama.
 
Contoh yang paling dekat ialah, pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam sebagai asas perjuangan. Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan. Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri. Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia tidak berapa rapat dengan Mahfuz.  "Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya.
 
Paling menarik perhatian ialah, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Pas Kedah kembali bergolak apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka. Parti itu, sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November ini kerana berdepan dengan masalah pepecahan dalaman. Malah menurut sumber dalaman, wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar. Masing-masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.
 
Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang mempunyai latar-belakang agama. Macam dah tak ada orang lain! Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu.  "Agaknya depa ni benci dengan ulama. Pas Kedah banyak melahirkan ulama. Lulus pondok ada, lulus Al-Azhar pun ada. Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih. Kalau macam ni mamposlah Pas Kedah" marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.
 
Kesimpulan, jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti. Apa yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa, walaupun terpaksa mengunakan apa sahaja cara.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Kenapa Nurul Izzah Sokong, NGO Yang Memperjuangkan Golongan GAY

Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ibu dan bapa, apabila anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang secara tiba-tiba datang memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian? Atau memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian? Apakah mereka akan dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima keputusan anaknya itu demi menghormati hak asasi manusia?
 
Atau menangis dengan penuh penyesalan kerana GAGAL memberikan pendidikan agama yang secukupnya sehinggakan mereka sanggup untuk murtad dan keluar dari Islam. Atau menyesal dan kembali meletakkan kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut kehendak dan tuntutan dunia luar.  Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi sekiranya negara ini diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa berbanding tuntutan agama dan kepentingan rakyat. Semua ini tidak MUSTAHIL terjadi, apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai TIDAK MEMBAHAYAKAN NEGARA.
 
Hebat bukan? Anak kesayangan Anwar ini SANGGUP menerima tuntutan tersebut hanya kerana mahu melihat ayahnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri satu hari nanti. Hanya kerana kuasa, mereka tergamak membiarkan agama Islam dihina sedemikian rupa.  Yang paling menghairankan, mengapa sebagai seorang Islam yang kononnya mempunyai ciri-ciri 'MUSLIMAH' Nurul Izzah sanggup menyokong Comango? Bukankah antara tuntutan NGO tersebut untuk mempromosikan LGBT? Atau, mungkinkah Nurul Izzah sememangnya sudah lama mengetahui mengenai 'selera' ayahanda tercinta?
 
Pelik bukan.PKR sebelum ini bermati-matian mempertahankan 'kesucian' Anwar kononnya menjadi mangsa fitnah yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan meliwat. Tup.. tup.. mereka dengan rela cuba menyokong NGO yang memperjuangkan Gay.  Rasionalnya sekiranya tuntutan NGO tersebut diterima, ia secara tidak langsung membenarkan golongan Gay untuk berkahwin dengan pasangan yang sama jenis, atau dalam bahasa mudah, meliwat dengan rela bukan lagi merupakan satu kesalahan.  Comango sebelum ini telah membuat tuntutan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). NGO tersebut telah menghantar satu laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Genevayang menyentuh kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan menggesa agar pindaan dalam Perlembagaan negara ini diubah.
 
Mereka juga mahu agar setiap warga negara ini diberikan hak kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang atau campur tangan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, NGO tersebut turut menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau'perkahwinan' golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.  Di dalam tuntutan laporan yang dikemukakan itu, Comango turut menampilkan beberapa kes misalnya yang melibatkan seorang wanita Islam murtad, 'Lina Joy' untuk menunjukkan kononnya sistem hukuman negara telah membelakangi hak asasi manusia.  Mereka juga turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan larangan terhadap penganut ajaran Syiah. Tambah memeranjatkan pembangunan masjid dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dijadikan sebagai bahan kritikan kononnya Malaysia keterlaluan dalam memajukan Islam sehingga menyebabkan kaum-kaum lain tidak sampai ke tahap progresif.
 
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mengenai perkara ini berkata, perancangan seumpama itu sebenarnya mirip dengan agenda Gene Sharp iaitu satu aliran pemikiran Barat yang menggunakan cara sedemikian semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan sedia ada terutama kerajaan Islam melalui 197 cara.  Menurut beliau, ia merupakan satu agenda tersembunyi untuk menumbangkan kerajaan dengan mewujudkan persepsi masyarakat antarabangsa supaya Malaysia dilihat menindas hak golongan tertentu dan kebebasan beragama termasuk mendiskriminasikan masyarakat bukan Islam.  Kesimpulannya, semua ini terjadi kerana ramai di kalangan pengundi yang terpedaya dengan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim telah mengundi pakatan mereka dalam pilihanraya yang lalu. Masakan tidak, mereka menggunakan topeng yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga ramai yang tertipu.
 
Natijahnya, tindakan memberikan undi kepada pembangkang telah berjaya membuatkan Barisan Nasional kehilangan sokongan 2/3 sehingga menyebabkan mereka ini berani untuk bertindak dengan sewenang-wenangnya.  Tambah menyedihkan, Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam turut rela diperkudakan sehingga terpaksa menggadaikan hala tuju perjuangan yang dilaungkan selama ini. Walau apa pun diharapkan para pengundi khususnya di Sungai Limau dapat melihat perkara ini sebelum terlambat.
 
Ini kerana dengan mengundi Pas di dalam pilihan raya kecil ini, mereka secara tidak langsung telah menggadaikan akidah yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang. Kepada para pengikut Pas, sedarlah sebelum terlambat.

TERAS BAJET 2014:BAJET RAKYAT ATASI KOS KEHIDUPAN

Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat. Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Keadaan ini lebih jelas khususnya di kawasan bandar di mana peningkatan kos kehidupan lebih dirasai. Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat bawahan, pelbagai rancangan dan program telah di laksanakan bagi meringankan beban. Terbaru keputusan kerajaan untuk memperluaskan lagi jaringan dan jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M kepada 99 buah di seluruh negara.

Pelaksanaan KR1M di bawah program tranformasi kerajaan telah berjaya memperkenalkan skim jualan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah. Golongan inilah yang selalunya terkesan daripada sebarang kenaikan barangan atau bahanapi kerana mereka merupakan kelas pengguna atau pembeli yang terbesar dalam ekonomi negara. Oleh kerana itu dalam mana-mana program atau dasar yang digubal dan ingin ilaksanankan, kerajaan tidak pernah melupai golongan marhaen ini. Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan bermacam-macam program seperti memansuhkan yuran sekolah, skim buku teks percuma serta bantuan persiapan persekolahan seperti beg sekolah, kasut, baju kepada murid-murid daripada golongan miskin dan tidak mampu.

Begitu juga Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan diteruskan pada tahun ini dengan pemberian sebanyak RM500 seorang kepada mereka yang layak. Malah kerajaan telah berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M pada tahun depan dan tahun seterusnya dengan kemungkinan jumlah yang lebih besar dan kepada bilangan penerima yang lebih ramai. Jumlah dana yang terlibat bukannya sedikit kerana ia membabitkan berbilion ringgit. Pembangkang sentiasa ingin meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan pemberian BR1M adalah satu pembaziran dan bermotifkan politik. Pembangkang seperti pandai berkokok ke sana sini dengan menggunakan modal air liur sahaja tetapi gagal membuktikan kemampuan mereka untuk mewujudkan program atau rancangan yang membangunkan ekonomi rakyat dan juga negara. Jika BR1M adalah satu pembaziran nescaya kerajaan akan mengalami defisit yang mungkin menjejaskan ekonomi negara.

Sebaliknya ekonomi negara tidak terjejas malah bertambah mantap dan kukuh dengan program-program baru ekonomi yang diperkenalkan. Hakikatnya BR1M atau mana-mana program transformasi yang diperkenalkan sudahpun melalui proses saringan dan penilaian yang teliti sebelum ia dilaksanakan. Ia bukannya satu program yang sembrono atau 'tangkap muat' yang hanya difikirkan secara melulu dan terburu-buru. Sebab itulah jumlah dana mencukupi dan berjaya disasarkan kepada golongan yang dikehendaki tanpa sebarang masalah atau risiko kepada ekonomi negara.

Belanjawan kelima yang dibentangkan Datuk Seri Najib sejak menjadi Perdana Menteri akan memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dengan baik. Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membangunkan negara terus menerus sejak 56 tahun lalu dan rakyat sentiasa menjadi teras kepada sebarang perancangan negara. Ini kerana negara tidak mengecapi pembangunan yang begitu pesat seperti yang dinikmati sekarang jika taraf sosioekonomi rakyat tidak ditingkatkan juga. Inilah resipi kejayaan kerajaan BN selama ini kerana ia mampu mengimbangi arus pembangunan negara selari dengan pembangunan modal insan yang menjadi tulang belakang kepada momentum perkembangan ekonomi.

Bajet 2014 akan memberi fokus secara spesifik kepada program-program yang mampu meringankan keperitan kos kehidupan yang meningkat. Malaysia sebagai negara yang mengamalkan ekonomi pasaran terbuka tidak terlepas daripada menerima kesan daripada kemelut dan krisis kewangan global. Jika ekonomi Amerika Syarikat atau Eropah merosot atau merudum, negara ini juga menerima kesan langsungnya kerana aktiviti perdagangan dua hala akan terjejas. Pada 2009 Amerika mengalami krisis subprima sektor perumahan yang amat kritikal sekali namum ekonomi Malaysia tidak banyak terjejas disebabkan pelaburan modal luar negara tidak banyak terdedah kepada pasaran hartanah negara ini.

Kemampuan negara melindungi ekonomi subprima Amerika adalah hasil daripada tindakan bijak pengurusan kewangan kerajaan yang berhati-hati dalam membuat pelaburan di luar negara.

Jumaat, 25 Oktober 2013

PRK Sungai Limau: Menghayati Makna ‘Berani Hijrah’

Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan 'Berani Hijrah' dalam strategi mendekati masyarakat kawasan tersebut.   Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan 'Berani Berubah' yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini.
 
Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih baik.  Namun, tanpa sebarang kupasan, tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau untuk memahaminya secara mendalam.  Mungkin ramai yang melihat perkataan 'ubah', 'perubahan', 'transformasi', 'reformasi' atau 'hijrah' adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu individu ke individu lain.   Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran.
 
Namun, 'hijrah' yang dimaksudkan oleh Dato' Mukhriz adalah melangkaui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Bagi memahaminya, kita perlu melihat dari keperibadian Dato' Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman.   Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu.
 
Dato' Mukhriz tidak pernah 'terlepas laku' sepertimana beberapa pemimpin kita hari ini. Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar, apatah lagi memaki hamun atau menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan 'berjuang'.  Beliau pernah diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS, tetapi beliau hanya tersenyum.  Beliau sering menjawab sindiran dengan lembut.  Apabila beliau menyerang, beliau menyerang dengan fakta, itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi dari Tun Mahathir yang dikasihi.
 
Namun, dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun belum masanya lagi.  Oleh itu, sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau kemungkinannya tidak ada.   Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus.
 
Di dalam politik juga sama saja, yang samseng, yang 'taiko' dihormati manakala yang dedikasi, bijak dan kurang bercakap dipandang sepi.  Maki hamun dan cakap-cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja.  Mungkin ada yang menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi 'kasta' antara bangsawan dengan tidak.  Justeru, Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya.  Sedikit demi sedikit kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan.  Sedangkan di dalam Islam, manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab.
 
Maka inilah 'Hijrah' yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak guna 'berebut' perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah.  Apa ada pada jubah, serban dan tudung kepala jika tutur kata bersalut najis? 
 
Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Dato' Mukhriz.  Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun.  Ingatlah bagaimana mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau terlantar sakit dan seterusnya tenat, hanya kerana mereka tidak dapat merebut jawatannya.
 
Walaupun beliau merupakan musuh politik, tetapi Dato' Mukhriz tidak sanggup membiarkan nama beliau diaibkan, dan Dato' Mukhrizlah yang tampil membela beliau di dalam Dewan.  Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.  Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh, menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua.
 
InsyaAllah, Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab.  Ingatlah bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia berbanding ceramah.

Jumaat, 27 September 2013

PRK Sungai Limau : Penentang Azizan jadi calon PAS

TIDAK ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak semalam.  Media rasmi PAS, Harakah  sendiri pun menyenaraikan lebih banyak nama pemimpin-pemimpin UMNO hadir bagi memberikan penghormatan terakhir berbanding pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seolah-olah ada boikot besar-besaran bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati masing-masing terhadap Azizan. Bukanlah satu rahsia, majoriti pemimpin DAP dan PKR termasuk PAS sendiri, menyalahkan Azizan atas tumbangnya kerajaan Kedah pimpinan PAS dalam PRU13 yang lepas.  Sikap mesra yang ditunjukkan Azizan kepada semua orang tanpa mengira faham politik, termasuk tidak teragak-agak menyerahkan projek kerajaan negeri kepada pemimpin UMNO, dianggap sebagai kelemahan utama pentadbiran Azizan yang menerbitkan semua rasa tidak puas hati ini.

Cakap pasal DAP, tidak seorang pun pembesar DAP yang kelihatan, tak kiralah yang memang Cina, Cina atau yang Cina nama Melayu, bayang pun tak nampak, walaupun sarang mereka di Pulau Pinang, bersempadanan dengan Kedah.  Begitu juga pemimpin utama PKR macam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, turut tidak nampak bayang. Sedangkan Chin Peng mati di Thailand pemimpin utama DAP & PKR boleh pergi melawat, takkanlah arwah Azizan yang menghembuskan nafas terakhir di Kedah, tidak boleh nak menjengok?  Sudah tentu ada yang tidak kena.

Apa pun tinggalkanlah cerita itu dulu untuk perbincangan di lain masa.

Hari ini penulis nak menumpukan kepada kecoh-kecoh siapa yang bakal dicalonkan PAS Kedah untuk mengisi kekosongan yang ditinggal Allahyarham di DUN Sungai Limau dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti.  Walaupun arwah baru sahaja dikebumikan semalam, itu tidak menghalang segelintir pemimpin PAS negeri dari membangkitkan soal tersebut tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadap keluarga Allahyarham. Ini sendiri pun satu tanda penghinaan ke atas Allahyarham juga, setanding dengan penghinaan serupa yang ditunjukkan pemimpin DAP dan PKR yang memboikot majlis pengebumian Allahyarham semalam.

Kalau ia pun kemaruk berpolitik, sekurang-kurangnya tunggulah sampai beberapa hari selepas Allahyarham selesai dikebumikan dulu. Ini  tidak, kubur baru siap gali, masing-masing dah sibuk-sibuk cerita pasal pilihanraya kecil, siap nama bakal calon yang akan diketengahkan pihak-pihak ini nanti. Betul-betul mentaliti kelas ketiga. Tapi kalau nak dibahaskan juga, nama bakal calon yang banyak disebut itu pulak, khabarnya ialah salah seorang pemimpin PAS negeri yang diketahui sangat tidak senang dengan Allahyarham sewaktu menjadi Menteri Besar dulu.

Pelik juga, kenapa nama orang yang semacam ini nak diketengahkan sedangkan DUN Sungai Limau bukan setakat kawasan yang diwakili Azizan sejak 1995, malah Allahyarham turut dilahir dan dibesarkan di sini.

Adakah ini usaha berterusan pihak-pihak tertentu dalam PAS Negeri yang mahu terus mencemarkan imej Allahyarham, walaupun setelah kematiannya dengan mencalonkan penentang Azizan sebagai calon di kawasan tersebut?

Memanglah dari segi peraturannya tidak salah, tapi politik bukan sekadar mengenai peraturan, tapi rasa hormat dan mengenang jasa bekas pemimpin.  Allahyarham mungkin faktor terbesar yang menjadi punca kekalahan PAS dalam PRU13 yang lepas, tapi jangan lupa, kerana beliau jugalah PAS menang buat pertama kali di Kedah pada 2008.

Kalau itu bukan jasa yang layak dikenang dan diberi penghormatan yang sewajarnya, penulis tidak tahu nak kata apa lagi.

Nampaknya benarlah kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semalam yang politik PAS semakin teruk berbanding semasa dia mula menyertai parti tersebut lebih 35 tahun dulu dan persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan Azizan di Sungai Limau - dibangkitkan ketika arwah belum pun dikebumikan semalam, hanya menguatkan lagi hakikat tersebut.
               

Selasa, 24 September 2013

UMNO Atau PKR Yang Ketandusan Calon?

Naib Presiden PKR, N.Surendran disaran agar melihat diri ke dalam cermin sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai UMNO.  Kenyataan beliau bahawa UMNO ketandusan calon yang berkaliber dilihat sebagai meludah ke muka sendiri.
 
Surendran menyatakan bahawa dalam keadaan BN mendapat prestasi paling corot dalam sejarah dan gagal merampas kembali Selangor dalam PRU lalu, UMNO masih tidak sedar yang ia sedang menuju kepada kekalahan yang lebih teruk dalam PRU yang akan datang.   Lebih-lebih lagi apabila semua pihak di dalam UMNO mengambil sikap enggan mengakui kelemahan kepimpinan dengan enggan mencabar kedua-dua jawatan tertinggi dalam pemilihan kali ini.  Menurut Surendran, ini adalah bukti yang UMNO ketandusan pemimpin berkaliber untuk menggantikan kepimpinan yang amat lemah itu.
 
Surendran terlupa bahawa prestasi BN mungkin corot dalam PRU yang lalu, tetapi prestasi UMNO sebenarnya meningkat.  Justeru, adalah tidak adil untuk meletakkan keseluruhan tanggungjawab terhadap kelemahan prestasi BN ke atas bahu pemimpin UMNO.   Apa yang berlaku dalam PRU lalu adalah berpunca dari hasutan perkauman yang keterlaluan oleh pembangkang yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan hampir 100% kaum Cina menolak BN.  Sebagai peneraju parti BN, pemimpin UMNO berpegang kepada semangat setiakawan dan bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian.   Oleh itu, pemimpin UMNO tidak boleh menjanjikan kelebihan seratus peratus kepada satu kaum tanpa mengambilkira kaum-kaum lain. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menjanjikan Ketuanan Cina kepada masyarakat Cina tanpa mengira kesan kepada negara dan kaum lain. Maka tidak hairanlah jika hampir semua masyarakat Cina memilih pembangkang dalam PRU yang lalu.
 
Hakikatnya, apa yang dijanjikan oleh pembangkang itu amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia mampu membawa negara ke arah ketidakstabilan dan mungkin juga kemusnahan.  Bagi pemimpin PR untuk menjanjikan sesuatu yang bakal membawa kemusnahan kepada negara membuktikan bahawa mereka bukanlah pemimpin yang baik.  Malah, PR juga langsung tidak punya pemimpin pelapis yang lebih matang dan praktikal yang boleh disandarkan harapan. Semua pemimpin PR adalah pak turut, bayang-bayang, kalaupun tidak acuan tepat kepada pemimpin sedia ada.  PR sebenarnya mengalami masalah ketandusan pemimpin yang kronik sekali.  Masalah ini berpunca dari amalan nepotisme yang keterlaluan.   Bapa, ibu, anak, menantu dan sahabat dekat sahaja yang boleh bermimpi untuk memegang jawatan tinggi dalam kedua-dua parti itu. Akibatnya, parti mengalami keadaan statik atau tidak berubah walaupun telah masuk beberapa dekad.
 
Berbeza dengan UMNO, pemimpin datang dan pergi.  Pemimpin boleh saja dikritik oleh ahli-ahli sendiri.  Ada yang ditangkap dan dan dibuang juga sekiranya didapati bersalah.  Malah, mana-mana pemimpin yang dilihat lemah, walaupun memegang jawatan tertinggi, tetap tidak terkecuali dari risiko dipaksa melepaskan jawatan.  Tentunya, ini berlaku kerana UMNO cukup kukuh sehinggakan kepimpinan boleh digantikan pada bila-bila masa.  Ia juga membuktikan bahawa UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin pelapis.  Perkara yang sama tidak mungkin dapat dilihat dalam PR.  PKR tidak mungkin sama tanpa Anwar Ibrahim, begitu juga DAP dan Dinasti Lim atau PAS dengan Nik Aziz dan Hadi Awang. Pendek kata, parti-parti ini tidak mampu melalui perubahan kepimpinan tanpa menjejaskan identitinya.  
 
Justeru, yang ketandusan pemimpin di sini adalah PR, bukan UMNO dan Surendran pasti dapat melihatnya sekiranya beliau terlebih dahulu mencermin diri sebelum bercakap.

Isnin, 16 September 2013

Ucaptama DS Najib di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA OLEH YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU), JAM 10.00 PAGI,
BERTEMPAT DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1.    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya.

2.    Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3.    Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4.    Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.

5.    Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6.    Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7.    Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik.

8.    Semasa Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

9.    Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10.    Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu,  dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

11.    Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak  boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12.    Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020.

13.    Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14.    Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15.    Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969.

16.    Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.

17.    Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

18.    Sejak merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR. Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional.

19.    Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan Bumiputera telah diperkukuhkan lagi oleh Perdana Menteri Keempat, yakni Tun Dr. Mahathir melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah telah mewujudkan Koridor-Koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

20.    Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.

21.     Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.

22.    Manakala, Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermula pada tahun 2011 yang lalu hingga 2015 nanti, bertujuan untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini, adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran, berasaskan keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalah persaingan dalam kalangan Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

23.    Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada tahun 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus.

24.    Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting, kerana, pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

25.    Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup Bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172 ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.

26.    Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011.

27.    Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu, bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam kategori profesional, terutamanya golongan bertauliah seperti doktor-doktor perubatan, para jurutera dan para peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum.

28.    Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru, sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat Bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih 4 dekad, masyarakat Bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29.    Namun begitu, Kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnya jurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh, pada tahun 2012,  pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.

30.    Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro.

31.    Lantaran yang demikian, Tuan-Tuan dan Puan-Puan....... atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini...., maka, .... pada hari ini........, Kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.

32.    Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai  Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya........  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

33.    Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan Bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.

34.    Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan.  

35.    Dalam aspek ini juga, program re-skilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif.  

36.    Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.

37.    Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

38.    Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

39.    Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

40.    Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

41.    Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilainya hampir 18 bilion ringgit atau 26 peratus.
42.    Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat.

43.    Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

44.    Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
45.    Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera. Namun, Kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan, bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah Bumiputera semakin meruncing.

46.    Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

47.    Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Keempat : MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

48.    Sebagaimana kita maklum, perniagaan dan keusahawanan merupakan aktiviti ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi termasuk teknologi pengeluaran yang lapuk, kekurangan akses kepada dana dan modal serta pasaran produk yang terhad.  

49.    Dalam mengatasi isu akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana pula, peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak.

50.    Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

51.    Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan, dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka akan meningkat daripada 270 ribu pada tahun 2013, kepada 370 ribu pada tahun 2015.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

52.    Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.

53.    Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar.

54.    Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

55.    Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

56.    Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, PETRONAS sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream.

57.    Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

58.    Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.  Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.
Tuan-Tuan dan Puan-puan,

59.    Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat Bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.

60.    Sebagai langkah untuk mempastikan peluang syarikat Bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC. Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau 9 bilion ringgit telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.

61.    Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

62.    Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau.

63.    Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.

64.     SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga 500 ribu ringgit kepada entrepreneur baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.
 
65.    Pemilihan entrepreneur-entrepreneur Bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akan turut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kelima : MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

66.    Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.

67.    Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

68.    Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

Bahawasanya:

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain".

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

69.    Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.

70.    Kendatipun begitu, bagi pihak Kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak, agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham, tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini. Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini, kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

71.    Certainly!... We are doing what is fair,... we are doing what is right..., and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain.

72.    Sayugia, yang tertanam di benak sanubari saya dan kerajaan, adalah hasrat murni untuk terus gigih mencipta serta menjana kekayaan baru. Semoga nikmat dan kemakmurannya, dapat diraih serta dirasai oleh semua golongan sebagai rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

73.    Bahkan, kerukunan kita telah diiktiraf pada tangga ke-20 sebagai negara paling stabil dan aman di dunia..............., Begitulah istimewa dan uniknya Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

74.    Pucuk pangkalnya, hendak saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab, ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa jua latar belakang samada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam.

75.    Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik, yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat.  

76.    Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam.... Barang dijauhkan oleh Allah jua.....

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

77.    Sebagai mana di awal ucapan tadi, saya menyatakan kita berhimpun di sini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka......... Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku.... makanya, Universiti Teknologi MARA ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi Bumiputera yang cukup membanggakan.

78.    Bahkan....., masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu saya berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung tahun 2005........., saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000  menjelang tahun 2015. Kini,...... Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 orang.

79.    Pagi ini pula........., saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

80.    Demi Melayu......, Demi Bumiputera........, Saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan  pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund  nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

81.    Kita juga sedar, masyarakat Bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepada TERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan Bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang ............................................

82.    Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

83.    Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu.  

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

84.    Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini....., kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana,...... selagi ada bulan dan bintang,.......... selagi hayat dikandung badan,............. survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila.

85.    Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai.
 
HIDUP MELAYU........ HIDUP BUMIPUTERA........ HIDUP MALAYSIA.......

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

Selasa, 10 September 2013

Fw: #TF4MT - keep moving forward!!


 

Tun Faisal Ismail Aziz, salah seorang calon terbaik dari institusi Pemuda yang menawarkan diri dalam gelanggang MT (Majlis Tertinggi) dalam misi meremajakan UMNO...

#TF4MT - keep moving forward!!


Kenali calon, sila klik di SINI




Khamis, 5 September 2013

#DAR4NPU : Ali Rustam tanding Naib Presiden

Teka-teki mengenai jawatan yang akan ditandingi oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada pemilihan UMNO hujung tahun ini terjawab apabila beliau mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden parti itu.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan sedalam-dalamnya dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan dalam parti. Katanya, langkah itu juga setelah mengambil kira pengalaman yang dimiliki beliau yang sebelum ini pernah memegang jawatan Naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO selain memegang jawatan dalam kerajaan.

"Bukanlah tujuan saya untuk melawan ataupun menidakkan sesiapa, ini adalah proses penawaran, semua yang ada (bertanding) baik-baik belaka. Ahli parti ada pilihan, saya fikir pengalaman dimiliki boleh membantu memperkuatkan parti dan saya juga ingin perjuangkan kepentingan orang Melayu serta Islam mengikut Perlembagaan Malaysia.

"Kita lihat hari ini, hak-hak orang Melayu semakin dipertikaikan, terutama oleh parti pembangkang hingga tak hargai apa pengorbanan golongan Melayu sejak merdeka, maka saya melihat UMNO merupakan wadah terbaik untuk pertahankan hak-hak Melayu dan kedudukan agama Islam serta Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui bersama semasa menuntut kemerdekaan dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Rumah Melaka di sini hari ini. Pengumuman itu mengesahkan pertandingan lima penjuru bagi jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini.

Sebelum ini tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandang sementara Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menawarkan diri bertanding.

Menurut beliau, UMNO sebagai sebuah parti demokrasi memerlukan transformasi dan umum melihat jawatan-jawatan tertentu wajar dipertandingkan untuk kebaikan parti. Katanya, semua yang bertanding untuk jawatan tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri dan berdasarkan rekod perkhidmatan, masing-masing telah banyak berjasa kepada parti serta negara.

"Jadi terpulang kepada ahli parti untuk memilih yang terbaik. Bagi saya semua mempunyai peluang yang sama, cuma mungkin kelebihan kepada saya memandangkan tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan. "Saya mempunyai lebih masa untuk jumpa ahli serta pemimpin di peringkat akar umbi. Dengar pandangan mereka dan membawanya kepada pucuk pimpinan atasan untuk dijadikan panduan," katanya.

Mengulas ketiadaan muka baharu yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden, beliau memberitahu, masih terlalu awal untuk membuat keputusan kerana UMNO mempunyai banyak pemimpin pelapis dan berkemungkinan akan ada yang menawar diri pada saat-saat akhir.

Khamis, 22 Ogos 2013

MAS Tidak Diswastakan: Bukti Najib Percaya Pada Melayu

Ramai yang mengeluh lega apabila Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa MAS tidak akan diswastakan. MAS telah lama menjadi 'perhatian' rakyat kerana syarikat penerbangan nasional ini telah mencatatkan kerugian yang berterusan selama beberapa tahun.  Akibatnya, ramai yang menyalahkan kerajaan dengan mengheret sekali nama UMNO dan Barisan Nasional sebagai tidak cekap, korup dan sebagainya.  

Apatah lagi di zaman internet ini di mana  hampir tiada lagi yang menjadi rahsia termasuk segala kontrak, vendor atau pembekal yang berurusan bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.   Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada cadangan agar MAS diswastakan bagi mengelak nama kerajaan dan UMNO/BN terjejas dengan sikap mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang mungkin terlibat dengan sebarang urusan syarikat tersebut. Walaupun begitu, MAS tetap dilihat sebagai simbol dan maruah negara memandangkan ia membawa status 'nasional'.  Rata-rata, rakyat turut berkongsi kebanggaan dengan pencapaian MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang berprestij yang menawarkan perkhidmatan cemerlang dengan rekod keselamatan yang sempurna.  Walaupun bersaing dengan syarikat penerbangan lain, MAS tidak pernah mengalami penurunan jumlah penumpang.  Ia terus dipuji dan disanjung sebagai pilihan utama dalam memilih syarikat penerbangan. 

Jumlah penumpang yang ramai dan reputasi yang hebat sudah cukup untuk memberi kita keyakinan bahawa MAS masih punya harapan untuk pulih dari kerugian. Oleh itu, keputusan Dato' Seri Najib untuk tidak menswastakan MAS merupakan keputusan yang tepat.  MAS belum rosak sepenuhnya, malah ia berpotensi untuk 'terbang lebih tinggi'.   Apa yang ia perlukan hanyalah pengurusan yang cekap, bijak dan ikhlas untuk memastikan syarikat ini berjaya.   Memandangkan syarikat ini berkait rapat dengan kerajaan, pengurusan MAS juga wajib mempunyai ketegasan yang tinggi dan mungkin juga keberanian untuk menolak sebarang pengaruh politik dalam membuat keputusan.  Walaupun perniagaan mungkin akan lebih maju jika mempunyai kaitan dengan rangkaian politik, tetapi 'pengurusan perniagaan' dan 'ahli politik' seringkali merupakan gabungan yang memusnahkan.   Pun begitu, dalam mengejar keuntungan kita tidak harus membelakangkan semangat nasionalisme dan patriotisme. 

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa isu MAS mampu memberi impak besar kepada kerajaan BN.  Cara isu ini ditangani mampu memberi gambaran yang lebih jelas akan halatuju dan juga prinsip yang dipegang oleh kepimpinan hari ini.   Nampaknya, Dato' Seri Najib telah membuat keputusan yang menepati harapan rakyat sekali gus berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Jumaat, 2 Ogos 2013

DAP Sedia Pecat 753 Perwakilan India

Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia.  Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.
 
Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis.  Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih. 
 
Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina.  Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai 'wakil Melayu' melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?  Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.  Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini.  Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal.   Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni  serta kuncunya terpelanting.
 
Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka.  Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula.  Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja.  Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India.  Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka?   Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu.  Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.
 
Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan.  Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya 'tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis' akan berulang.  


Rabu, 31 Julai 2013

Ke Mana Arah DAP, Kristianiti atau Komunisme?

Umum sedia maklum bahawa DAP sentiasa menyanjung komunis sebagai wira.  Parti ini juga berusaha untuk membawa balik 'penyembelih Malaya', Chin Peng atas alasan ancaman komunis sudah tiada.   Bagi menjustifikasi tindakan mereka DAP cuba menafikan sejarah serta giat 'mereka-cipta' sejarah mengikut kacamata dan selera komunis.  Risalah-risalah turut disebar yang menggambarkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.  Di masa yang sama mereka menanam prasangka terhadap kerajaan konon dengan sengaja menafikan 'jasa' komunis atas dasar perkauman.   

Masyarakat Cina yang sememangnya terkenal dengan semangat perkauman yang kuat amat mudah terpengaruh dengan dakyah ini.  Apatah lagi dengan hakikat bahawa sebahagian daripada mereka merupakan anak, cucu atau cicit komunis juga.

Apabila masyarakat Cina menolak Sekolah Kebangsaan dan memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), keadaan menjadi bertambah buruk kerana SJKC tidak menitikberatkan matapelajaran Sejarah.  Malah, kita juga meragui pengajaran subjek tersebut di SJKC, iaitu sama ada ia disampaikan secara tepat atau dipesong ke arah agenda yang bertentangan dengan aspirasi negara.

Kini, anak-anak produk SJKC yang telah meninggalkan bangku sekolah dan masuk ke alam dewasa membawa bersama mereka semangat bencikan Melayu dan buruk sangka terhadap kerajaan yang amat kronik.  Mereka inilah yang kita lihat tidak henti-henti mencabar dan menghina Islam di internet.  Hampir setiap hari ada saja individu yang sengaja 'menjolok' orang-orang Melayu agar bangun membalas kebiadapan mereka.  Lebih jelek, mereka turut mempengaruhi kaum India agar berbuat yang sama.

Bukan itu sahaja, mereka ini sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk menghasilkan filem bagi menunjukkan yang komunis itu wira.   Filem The New Village yang menjadi kontroversi kini memperlihatkan seolah-olah komunis telah berkorban nyawa memerdekakan Malaya dan menentang penjajah British.  Kita percaya, ramai dari anak-anak produk SJKC sebenarnya langsung tidak tahu perkara sebenar dan percaya bulat-bulat bahawa apa yang dikisahkan itu adalah benar.   Ini kerana, sepanjang hidup mereka, mereka telah dimomokkan dengan kisah yang sama oleh ibubapa dan guru-guru di SJKC.  Apatah lagi dengan kelantangan DAP menjulang komunis secara nyata.

Namun, apa yang pelik ialah DAP turut menjulang kristianisasi.  Agenda Kristian DAP bukan lagi rahsia di mana semua orang sudah termaklum mengenai matlamat DAP untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam Perlembagaan.  Sebagai ganti, Kristian bakal diberi tempat tertinggi dan usaha ini semakin giat dijalankan dengan berpusat di Subang Jaya dan juga Pulau Pinang.  Video program DAP yang dihadiri padri-padri Kristian dengan ikrar untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian juga sudah tersebar.   Kejadian murtad yang berleluasa juga turut didalangi oleh DAP.   Malah, DAP juga merupakan pihak yang memainkan peranan utama dalam mendesak kalimah Allah di dalam Injil.

Kita menyatakan ini pelik kerana Kristian dan Komunisme adalah dua pegangan yang berbeza.  Nilai-nilai dan fahaman Kristian tidak sejajar dengan komunisme yang meletakkan semua rakyat sama rata, kecuali pemerintah yang mendapat keistimewaan serta tidak boleh disanggah.   Manakala Kristian berpegang kepada keadilan yang selaras dengan nilai-nilai semulajadi kemanusiaan di mana yang rajin berusaha selalunya akan lebih berjaya tetapi wajib membantu yang kurang bernasib baik.

Justeru, bagi DAP untuk menyanjung komunis tetapi berpegang kepada ajaran Kristian membuktikan bahawa DAP sendiri kurang memahami apa yang mereka perjuangkan.   Mungkin kerana terlalu 'obses' kepada kaum sendiri dan terlalu amat benci kepada Islam dan Melayu, maka DAP tidak pernah mengambil masa untuk memahami intipati perjuangan sendiri.

Apa yang kita dapati ialah DAP tidak tahu sejarah komunisme di Malaysia secara terperinci dan DAP juga tidak faham Kristian secara mendalam.  DAP, seperti kebanyakan anak-anak Cina di Malaysia hanya mampu bercakap soal ringan seperti wang, promosi, pemasaran dan juga hiburan.  Terbukti kini bahawa DAP tidak boleh dibawa berbincang dan berdebat soal ilmiah ke tahap yang lebih tinggi kerana akal mereka tidak sampai ke tahap itu.  Mereka tidak mampu mengupas ideologi, falsafah dan sejarah sebagaimana seorang yang bijaksana.   Mereka secara amnya tidak tahu apa-apa tetapi hanya perasan sendiri konon bangsa mereka lebih bijak dari Melayu.

Hakikatnya, bagaimana kita boleh mengharap anak-anak Cina untuk berpemikiran ilmiah jika pemimpin yang disanjung mereka iaitu Guan Eng sendiri tidak tahu apa-apa.  Dalam usaha Guan Eng untuk mempertahankan filem The New Village, beliau telah mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak memahami apa signifikannya hubungan Malaysia dengan China yang dirintis oleh Tun Abdul Razak apabila membandingkan usaha itu dengan tindakan Malaysia menentang komunisme.  Jelas di sini bahawa Guan Eng tidak tahu apa itu jalinan ideologi dan apa itu hubungan diplomatik.

Guan Eng juga jelas tidak tahu apa ertinya perjanjian damai 1989 antara kerajaan dengan PKM apabila menganggapnya sebagai tindakan 'menerima komunis'.   Sedangkan perjanjian itu menandakan 'kekalahan komunis' serta meletakkan noktah kepada pergerakan itu.

Inilah akibatnya apabila berjuang berlandaskan emosi dan bukan akal.   Dan itulah DAP iaitu sebuah parti yang penuh dengan emosi benci, dendam kesumat dan tamak haloba.  Bagi DAP, Kristian, Komunisme dan apa pun boleh saja, asalkan ia bersifat bertentangan dengan Islam dan Melayu.

Negara tidak mungkin aman dan makmur jika diperintah dengan emosi.  Oleh itu, masyarakat Cina perlu bangun dan keluar dari lubuk kebencian itu serta melihat dunia dari sudut yang lebih terbuka, bukan dari kacamata kaum mereka sahaja.  Belajarlah sejarah negara ini jika ingin dirujuk sebagai warganya.  Hayatilah sejarah tanah air ini sejak dari awal.  Kenali Merong Mahawangsa dan Parameswara, terimalah Hang Tuah sebagai Pahlawan, sanjunglah Mat Kilau, Leftenan Adnan dan semua wira-wira negara ini agar kami, orang-orang Melayu, mampu menerima anda sebagai bumiputera pada suatu hari nanti.  

Sudah sampai masanya kaum Cina menerima hakikat bahawa sejarah negara ini bukan bermula dari kemasukan nenek moyang kaum Cina sebagai pelombong bijih oleh British tetapi jauh lebih awal dari itu.  Hanya dengan menerima hakikat ini maka kaum Cina akan dapat melepaskan diri dari belenggu kebencian yang meluap-luap yang mampu memusnahkan kemakmuran yang kita kecapi hari ini.
             
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...