Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Khamis, 26 Julai 2012

Kubah Masjid Jatuh Di Negeri Serambi Mekah, Apa Tandanya???

 




Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda kemarahan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.

Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya dek kerana hentaman angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi empuk MB Kelantan?

Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?

Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap DS Najib.

Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.

Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik parti.

Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud, disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari puncak kuasa.

Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.

Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.

Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...