Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Khamis, 19 April 2012

Siti Mariah Sahkan MP Pakatan Hina Agong?


Tidak ada seekor pun MP Pakatan yang berani menafikan mengenai laporan penghinaan dan kelakuan biadap semasa Majlis Pertabalan Yang Di Pertuan Agong melainkan hanya Dr Siti Mariah.

Tindakan beliau mahu menyaman Doktor Abdul Rahman semata mata mahu mempertahankan diri beliau sendiri bahawa beliau tidak terlibat dan bukan menafikan kejadian tersebut sama ada berlaku atau tidak.

Hampir kesemua raja raja Melayu diejek dan dipersendakan oleh beberapa orang ahli parlimen pakatan. Tindakan ini jelas membuktikan raja raja Melayu langsung tidak dihormati dan menunjukkan betapa rendahnya keperibadian mereka.

Inilah yang dikatakan haprak pakatan berotakkan selut,ada benarnya mereka mahukan negara republik hinggakan mereka langsung tidak ada rasa hormat kepada institusi raja berpelembagaan dinegara kita.

Ahli Parlimen Kota Raja (Pas), Dr. Siti Mariah Mahmud akan memfailkan saman terhadap seorang pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir yang mendakwa beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek pemimpin kerajaan serta raja-raja Melayu pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV.


View article...

GEMPAR TAHAP VAVI! ISTERI SENDIRI TAK PERCAYA, MACAMANA RAKYAT NAK PERCAYA KORANG WAHAI PEMIMPIN PAS?

Misteri laporan akhbar semalam tentang siapakah Adun Pas Kelantan yang isteri keduanya menuntut cerai kini telah terjawab.

Rupa-rupanya Adun berkenaan adalah kroni Husam Musa. Patutlah akhbar Sinar Harian tidak siarkan namanya. Semua orang maklum dan tahu Sinar Harian di Kelantan di bawah kawalan Husam. Hubungan antara ketua editor Sinar Harian Kelantan dengan Husam juga semua orang tahu. Dibawa melancong ke China, India dan merata tempat lagi + RM.



Adun yang dimaksudkan adalah Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.

Mengikut isterinya, adun berkenaan tidak bertanggungjawab dan pulang ke rumah dua bulan sekali pada waktu malam sahaja. Juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kerana tidak memberi perbelanjaan harian untuk isteri dan anaknya.

Isteri adun berkenaan bekerja sebagai Penolong Kanan disebuah sekolah di Kelantan.

Manakala menurut sebuah portal yang berpusat di Kelantan pula, http://detikperubahan.com/2012/04/15/eksklusif-adun-pas-tidak-bertanggungjawab-isteri-mohon-cerai/ , suami kepada wanita malang itu bukan sahaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya malah mengambil kesempatan ke atas isterinya untuk kerjaya politiknya.

Adun itu tidak bersetuju tuntutan cerai yang dikemukakan isterinya dan berjanji akan berubah selepas pilihanraya umum ke 13 nanti. Bagaimanapun isterinya tidak percaya kepada janji adun Pas tersebut kerana dia tahu selama ini suaminya bijak menabur janji.

Sekarang rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya bolehlah menilai sendiri sikap pemimpin-pemimpin Pas. Benarlah apa yang dikatakan selama ini mereka cukup bijak menabur janji tetapi gagal memenuhi janji.

Kini semuanya telah terbentang depan mata. Isteri sendiri pun tidak percaya kepada janji suaminya yang juga seorang pemimpin Pas.

Jika isteri sendiri tidak percaya, adakah rakyat nak percaya kepada janji-janji Pas?

Tepuk dada tanya selera.


View article...

Rabu, 18 April 2012

Pendedahan Surat Anwar Minta AS Campur Tangan Pilihanraya Di Malaysia | AIDC

 

Latest: Gambar Pelajar Yg BerDemo di Datara Merdeka

 

Pembangkang Tak Boleh Masuk

Himpunan Pra Bersih 3.0 Tidak Mendapat Sambutan

Kurang dua minggu menjelang demonstrasi Bersih 3.0 sekurang-kurangnya dua peristiwa yang telah melemahkan semangat penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang telah berlaku.

14 April lepas demonstrasi anti PTPTN gagal sama sekali apabila hanya sekitar 200 - 300 orang saja yang hadir jauh dari mencapai sasaran 5000 peserta yang diwar-warkan sebelum ini.

Malam tadi pula perhimpunan Pra Bersih 3.0 di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang sepatutnya dihadiri oleh lebih 10,000 orang tapi hingga majlis berakhir dianggarkan hanya 700 - 800 sahaja yang hadir.

Jumlah tersebut termasuklah kelibat beberapa pemimpin pembangkang yang turut hadir antaranya Nurul Izzah, Tian Chua, Aziz Bari, Terressa Kok, Elizabeth Wong serta Abdul Kadir Sheikh Fazhil.

Perhimpunan tersebut yang bertujuan sebagai warm up bukan sahaja gagal mencapai matlamatnya malah cukup untuk memberi gambaran awal demonstrasi 'Duduk Bantah' pada 28 April kelak juga tidak akan mencapai kehadiran seperti yang disasarkan.

Kalau dah sasaran 10,000 gagal di capai semasa majlis warm up Pra Bersih 3.0 sekalipun turut dihadiri pemimpin besar pembangkang, lagilah sukar dan mustahil untuk Bersih 3.0 mampu menghimpunkan 500,000 peserta demo di Dataran Merdeka nanti.

Sandaran pembangkang makin lama makin rapuh, orang ramai kian jauh dari aktiviti dan kegiatan mengarut yang dipelopori pembangkang dan NGO mereka.

Pemimpin pembangkang sebenarnya sedang bermain dengan api yang bila tiba saatnya akan membakar diri mereka sendiri. Saban minggu berdemonstrasi bukannya menambah undi sebaliknya lagi menambah kebencian umum terhadap mereka.

Kegagalan dua demo anti PTPTN dan himpunan pra Bersih 3.0 semalam hanyalah gambaran awal sikap rakyat terhadap pembangkang yang tentu saja bila tiba pilihanraya kelak akan diterjemahkan dengan penolakan besar-besaran.





--
by
Abdul Samat Ab. Wahab

Penangan Radioaktif ARE: Merungut Dari Syurga


Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai 'mangsa' radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE).  Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah.  

'Mangsa' tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas.  Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya.  

Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati!  (Complaints from heaven:  I don't want to die yet!!)  Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua.  

Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya.  Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut.  

Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur.  Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan.  Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya.  

Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.   

Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun.  

Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.

Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu "tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong".  

Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga.  

Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka.  

Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan.  

Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas

Azmin Ali, Tian Chua Wajib Saman Dr Rahman

Sehingga kini perhatian masyarakat masih lagi tertumpu pada tingkahlaku biadap dan kurang ajar beberapa orang pemimpin pembangkang semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April lepas.

Mereka yang dikatakan terbabit mengejek dan memperlekehkan Raja-Raja melayu itu antaranya ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua. Bagaimanapun mengikut laporan terbaru, kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam kenyataan penafian mereka, dakwaan tersebut dianggap sebagai serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh UMNO. Pendek kata, tiada apa yang berlaku dan semuanya hanya rekaan semata-mata. Itu kata mereka.

Azmin mempersoalkan bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan bertugas sebagai pegawai perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di Balairong Seri dan mendakwa melihat sendiri kejadian itu. "Saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang gagal menjawab isu rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen. 

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sementara itu, Tian Chua, mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan tanpa saksi.

Berita Harian 17 April 2012

Samada Azmin mahupun Tian Chua mereka berhak menafikan dan menganggapnya sebagai cerita rekaan & propaganda kerajaan ataupun UMNO. 

Tapi kenyataan penafian tersebut sebetulnya belum kukuh untuk menafikan segala dakwaan oleh Dr Rahman malah pada 13 April lepas Dr Rahman tetap tegas menyatakan kelakuan biadap membabitkan Azmin Ali, Tian Chua dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain itu sememangnya wujud.

Malah menurutnya, ramai saksi yang turut melihat perbuatan biadap dan kurang ajar beberapa pemimpin pembangkang. Dikalangan khalayak ramai juga sukar untuk menolak kesahihan peristiwa berkenaan apatah lagi dakwaan tersebut bukannya dari ahli politik yang berkepentingan sebaliknya datang dari rakyat biasa yang cintakan tanahair dan rajanya.

Sejarah penderhakaan beberapa pemimpin pembangkang dan penyokong mereka misalnya kelakuan biadap mereka dalam isu peralihan kerajaan PR Perak tahun 2009 yang lepas juga masih segar dalam ingatan rakyat. 

Demikian juga dengan langkah tidak beradat Karpal Singh yang cuba menyaman Sultan Perak tentu sahaja menjadi perbandingan logik yang sukar sekali untuk khalayak menolak kebenaran dakwaan Dr Rahman.

Cara paling mudah untuk menentukan siapa yang betul dan salah ialah mahkamah. Azmin dan Tian Chua wajib mengambil tindakan segera menyaman Dr Rahman Kadir bagi memperbetulkan keadaan jika yakin kebenaran berada dipihak mereka. 

Penafian sahaja seumpama melepaskan batuk di tangga dan tidak akan mematikan perhatian umum terhadap isu tersebut.

Di pihak Dr Rahman Kadir pasti sahaja beliau tidak bermasalah menghadapi tindakan undang-undang sementelah lagi dakwaannya juga disokong oleh beberapa orang saksi yang pastinya tidak teragak-agak untuk naik turun mahkamah demi membuktikan kebenaran.

Soalnya sekarang, adakah Azmin Ali dan Tian Chua berani mengambil langkah sedemikian sedangkan mentor mereka sendiri, Anwar Ibrahim hanya berani memfailkan sahaja saman terhadap Nallakaruppan namun writ saman hingga kini masih gagal diserahkan untuk menyegerakan proses perundangan.

Guan Eng: Kenapa Kerajaan Perlu Minta maaf Dengan Tahanan ISA

DESAKAN Pakatan Rakyat agar kerajaan memohon maaf kepada semua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan baru-baru ini, menimbulkan tanda tanya yang besar di kalangan rakyat jelata yang penulis temui.

Persoalan mereka, perlukah kerajaan meminta maaf kepada bekas tahanan ISA yang majoritinya terdiri daripada pengganas komunis, perisik asing, pembuat wang/dokumen palsu dan mereka yang cuba mengganggu ketenteraman awam yang boleh mencetus konflik perkauman – termasuklah dalam kes penahanan Lim Guan Eng (Operasi Lalang 1987) yang mengemukakan cadangan agar kerajaan meminta maaf ini

Adakah Guan Eng mencadangkan kerajaan Malaysia minta maaf dengan komunis.  Kenapa komunis, adakah kerana komunis menjadi ikon perjuangan DAP?  Komunis yang terlibat membunuh ramai orang cina dan melayu semasa zaman darurat itupun Guan Eng nak kerajaan minta maaf hanya kerana dia ditahan di bawah ISA?  Kalau dah memang itu tempatnya yang layak atas keganasan yang dilakukan mereka, kenapa Guan Eng nak kerajaan minta maaf pula?

Begitu juga dengan perisik asing dan orang yang cuba mensabotaj ekonomi negara dengan mencetak wang palsu.  Guan Eng nak kerajaan melutut minta maaf kepada mereka ini semua?

Akal ada? 

Ironinya, tahanan ISA terakhir yang ditahan dibawah Akta tersebut disebabkan oleh perbezaan politik ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri!!!  Manakala, penyalahgunaan ISA untuk kepentingan peribadi terakhir digunakan oleh Anwar Ibrahim apabila mengarahkan Special Branch menangkap Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar untuk menukar pengakuan masing-masing berhubung dakwaan liwat ke atas Anwar.

Dalam kes Tun Mahathir, negarawan ulung negara ini ditahan di bawah ISA pada 1969 atas arahan Menteri Dalam Negeri ketika itu Allahyarham Tun Dr. Ismail kerana beliau menulis buku Malay Dilemma yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Selepas dari itu, kesemua individu yang ditahan dibawah ISA adalah mereka dalam kategori yang penulis sebutkan pada para 2 di atas.  

Malah, Operasi Lalang 1987 yang dikatakan menjadi 'bukti tunggal' kepada dakwaan kononnya penyalahgunaan akta tersebut oleh kerajaan BN untuk menekan politik pembangkang itupun sebenarnya adalah atas tujuan ketenteraman awam akibat dari isu berkaitan sekolah cina yang hampir mencetus konflik perkauman ketika itu.

Kalau atas sebab fahaman politik, tidaklah orang UMNO pun turut di tahan dalam operasi besar-besaran tersebut.

Pendek kata, dakwaan kononnya kerajaan banyak menyalahgunakan ISA untuk menekan pembangkang adalah dakwaan yang paling tidak berasas.  Jadi apa perlunya kerajaan meminta maaf?  

Penulis bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen semalam, yang menyebut bahawa pembangkang hilang arah apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji untuk menghapuskan ISA ini kerana Anwar Ibrahim yang berangan-angan mahu mencatat namanya dalam sejarah negara ini sebagai 'Perdana Menteri' yang menghapuskan ISA.

Nak menutup kehilangan arah itulah yang menyebabkan soal minta maaf semua ini keluar pun.

Undi hamPAS dapat DAPig...!!!!

Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru.  Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.  

Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL).   Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.  

Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka.      Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam. 

Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.  

Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen.  Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam.  

Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi. 

Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan.  

Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.   

DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun.   DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.    

Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka.  Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam.  

Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina.  Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.  

Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.  

Namun, yang mengambil 'tugas' berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.  

Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP.  PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi.   Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato' Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR.  PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah. 

Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.  

Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu?  Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.  

Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP.  PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara.  Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.    

Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP.  Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya.  Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.

Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.  

Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.  

Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini.  DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya….





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...