Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 17 Oktober 2012

Sungai di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh kembali terbiar

Sungai di Pangsapuri Tasik Utama yang menjalani projek transformasi, kembali terbiar
AYER KEROH – Keadaan sungai dan persekitaran berhampiran Pangsapuri Taman Tasik Utama, di sini suatu ketika dahulu kelihatan bersih selepas usaha pembersihan dilakukan lebih empat bulan lalu.Namun, transformasi melalui projek perindahan yang dilaksanakan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri di Taman Persisiran Sungai Tasik Utama itu hanya sekadar indah untuk beberapa bulan saja.Kini, terdapat semula longgokan sampah sarap yang mencemarkan kawasan persekita-ran berkenaan. Bungkusan plastik termasuk sisa makanan bertaburan di tempat melakukan aktiviti riadah penduduk di kawasan Ayer Keroh itu menimbulkan rasa kurang senang terutama bagi mereka yang menetap di perumahan pangsa berhampiran.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hanaliza, 27, berkata, keadaan itu mencemarkan pandangan mata penduduk rumah pangsa Taman Tasik Utama yang sering menjalankan aktiviti riadah tidak kira peringkat usia di taman rekreasi tersebut.
Menurutnya, pungutan sampah dan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman berkenaan dilakukan secara tidak berkala antara faktor taman yang mempunyai jambatan sungai, trek laluan pejalan kaki dan joging serta peralatan senaman itu kotor.

"Tidak dinafikan keadaan dasar sungai memang bersih, namun agak mengecewakan apabila terdapat banyak bungkusan plastik makanan dan minuman di atas rumput selain limpahan sampah di tong sampah dan kawasan tong itu.
"Biarpun, dasar sungai bersih, namun terdapat juga sampah-sampah yang tersangkut atau 'bersidai' di bawah jambatan yang tidak dibersihkan dan keadaan ini sekaligus memberi pandangan negatif orang luar terhadap penduduk yang menetap di kawasan berhampiran sungai ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Hanaliza berkata, pungutan sampah hanya dilakukan pihak berkaitan di tong sampah besar disediakan berhampiran pangsapuri tersebut, namun tidak di kawasan sekitar sungai.

Maklumat lanjut: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/sungai-di-pangsapuri-tasik-utama-kembali-terbiar-1.94717

source: sinar
harian



2 ulasan:

  1. penduduk dan pengguna sekitar kena tambah lagi tahap kebersihan..jangan buang sampah sesuka hati..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...