Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Selasa, 30 Oktober 2012

Tiada Perbicaraan Scorpene, SUARAM Bunuh Altantuya?

Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama.  Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata.  Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.  

Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya.  Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.  Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja. Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.  Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula.  

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.  Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya.  Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'. Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya.  Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.  Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan.  Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.

Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.    SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah.  Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.  

Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.  Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah "berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?"   

Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang? Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini.  Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang.

Malaysia ke-12 Paling Berdaya Saing: Bukti Negara Tak Bangkrap

Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang.  

Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini.  Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23.  Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).  

Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan. Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96). Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya.  

Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini.  Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini.  Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal.  Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM.  

Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat.  Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat.  Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan.  Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.   Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen.  

Melaka Rekod Bajet Surplus 10 Tahun

30 Okt 2012-Keratan Akbar Melaka Hari Ini 
350 juta disedia untuk Bajet 2012
 



Kelantan Rugi Lebih RM700 Juta

Umumnya, sebahagian besar rakyat Kelantan telah lama menyedari projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang gagal dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan negeri.

Namun tidak ramai yang menyedari bahawa kegagalan pihak pemaju swasta Liziz Standaco Sdn Bhd menyiapkan projek tersebut juga sebenarnya telah menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat terpaksa menanggung kerugian yang tidak sedikit jumlahnya. PTSK ataupun lebih dikenali sebagai Projek Lembah Sireh itu, bukan sahaja telah menyebabkan negeri Kelantan mengalami kerugian berikutan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) yang bernilai RM318.29 juta tergadai dan berpindah milik kepada syarikat tersebut, malah kerugian sebenarnya jauh lebih besar sehingga melebihi RM700 juta. Jumlah kerugian tersebut hampir bersamaan dengan dua kali ganda jumlah belanjawan tahunan Kerajaan PAS Kelantan, malah angka itu juga 3 kali ganda lebih besar daripada peruntukan RM250 juta untuk NFC Corp yang pernah disensasikan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Jika dalam isu NFC yang diberi pinjaman RM250 juta jelas termaktub dalam perjanjian bertulis wang pinjaman tersebut perlu dibayar mengikut jadual, namun dalam kes projek Lembah Sireh pula tanah yang bernilai RM318.29 juta itu secara cuai telah dipindah milik tanpa prosedur yang betul. Ini disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang merekodkan kegagalan projek itu serta turut mengesahkan penukaran hak milik tanah telah dilakukan sewenang-wenangnya, sedangkan sepatutnya hanya selepas keseluruhan projek pembangunan telah selesai dilaksanakan barulah urusan pindah milik kepada Liziz Standaco boleh dilakukan. Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika mengulas isu ini, katanya mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak itu antara lainnya mensyaratkan pemberian tanah seluas 716.8 ekar itu sepatutnya diikuti dengan sumbangan balas dari Liziz Standaco dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal. Namun disebabkan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan mengurus amanah rakyat, tanah tersebut tergadai begitu sahaja tanpa mendapat manfaat yang setimpal sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian. Berikutan kecuaian pemimpin PAS yang mengurus tadbir negeri dengan berkesan, impaknya menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hak ke atas tanah yang bernilai RM318.29 juta itu, dalam masa yang sama juga mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang hingga saat ini gagal ditunaikan oleh syarikat Liziz Standaco.

Justeru itu, amatlah wajar sekali apabila NGO terbabit mendesak Timbalan Menteri Besar Kerajaan PAS Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob mengambil tanggungjawab seterusnya meletakkan jawatan berikutan kerugian tersebut, sementelah lagi kerugian yang ditanggung terlalu besar melibatkan pula harta rakyat dan bukannya harta milik pemimpin PAS negeri. Menurut Presiden OMBAK itu lagi, pengesahan audit dari LKAN membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat pihaknya Februari lalu berkaitan isu ini ternyata benar. Lebih mengecewakan lagi selepas pendedahan itu, kerajaan negeri tidak pula mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan. Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan khalayak anak negeri, gerangan siapakah pemilik Liziz Standaco dan apakah hubungannya dengan pemimpin dalam Kerajaan PAS Kelantan?

Entah apa istimewanya Liziz Standaco Sdn Bhd sehingga mendapat kelebihan sedemikian rupa termasuklah secara mudah dibenarkan memiliki tanah milik kerajaan negeri sekalipun sehingga kini masih gagal menyediakan dan menyiapkan pembangunan fizikal yang dijanjikan.

Melihat pada senario kegagalan projek Lembah Sireh serta tergadainya tanah kerajaan yang bernilai beratus juta ini, jelas sekali ia menuntut rakyat Kelantan untuk segera bangkit membantah unsur penyelewengan yang kemungkinan besar memang wujud seperti mana pernah diperkatakan ramai lama sebelum ini.

Jika rakyat Kelantan lambat bertindak dalam menyatakan hak mereka, dan masih enggan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan yang sudah terbukti lemah, cuai dan gagal ini, dikhuatiri kelak masa depan negeri ini pula yang tergadai nanti.

Selasa, 23 Oktober 2012

Melayu Muak Penghinaan DAP

Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mencabar jika benar DAP sebuah parti pelbagai kaum, parti itu dipelawa bertanding di kawasan Melayu.
 
"Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).  "Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Ahad lalu. Dalam wawancara Mingguan Malaysia (30 September lalu), Tunku Abdul Aziz mengaku telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai parti politik apatah lagi DAP.

"Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuh parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. "Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berdepan dengan realiti mereka tidak melakukan apa yang dikatakan sebelum ini. Itulah parti DAP. "Lihat sahaja contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II), kononnya kebebasan bersuara dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan," kata Tunku Aziz. Beliau juga hakikat sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka orang dan orang Melayu, mereka salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang DAP telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM 33.36 juta. Jika peruntukan itu digunakan sekurang-kurangnya ada juga projek perumahan kos rendah untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah membelinya. Dan bukan kerajaan negeri itu bertindak melayan pemaju untuk membina rumah mewah yang harganya jauh daripada kemampuan bumiputera. Melayu memang sudah muak dengan permainan politik DAP.Beberapa Melayu dalam DAP sedar bahawa parti politik itu hanya berminat untuk mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin Melayu dalam DAP sahaja. DAP cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing undi orang Melayu. Lebih membimbangkan ialah sikap DAP yang anti-Islam dalam banyak pekara. Isu penghinaan pemimpin DAP terhadap agama Islam belum ada tanda-tanda berakhir. Parti itu lupa Melayu dan Islam sukar dipisahkan. Dalam perjuangan DAP tidak ada sebarang agenda Islam. Ketegasan pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap dan tidak menghormati perjuangan politik sekutunya- orang Melayu dalam Pas.

Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua perkara tetapi tidak mungkin hal ehwal perjuangan membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur.Jika dilaksanakan pun, orang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud. "DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara yang berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk Orang Melayu," kata Tunku Abdul Aziz. Beliau menasihatkan orang melayu bangkit dan sedar sebelum terus dipergunakan oleh pemimpin DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak menghormati asas perlembagaan dan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api bagi mengekalkan sokongan orang china. Orang Melayu yang masih ada dalam DAP atau penyokong parti itu perlu sedar mengenai perkara yang diberitahu Tunku Aziz supaya kedudukan dan hak Mekayu tidak dipermainkan. Lihatlah bagaimana DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas untuk membina negara Islam bertukar kepada perjuangan negara kebajikan.

Melayu dalam Pas juga perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan Himpunan Hijau menuju ke Putrajayakerana akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang jelas menentang Islam. Matlamat kerjasama, PAS Dap dan PKR hanyalah untuk mennag kerusi sahaja. Menurut pemerhati politik, Datuk Hashim Suboh, politik Malasysia telah kehilangan nilai. Pemimpin dan Parti politik semakin tidak demokratik dan menyalahgunakan demokrasi. Sementara serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan secara berterusan dan semakin melampaui batas. "Asas kenegaraan yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang seolah-olah kita sedang bergelut untuk memerdekakan negara dan bukannya berada di era mengisi, memberi makna serta mempertahankan kemerdekaan Malaysia tercinta ini. "Sementara semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama Perlembagaan Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap  hak-hak setiap rakyat Persekutuan disamping memahatkan dengan jelas kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga tidak terlepas daripada serangan secara lansung dan tidak lansung," kata Hashim. Beliau melihat dalam keghairahan sama ada untuk mempertahankan atau untuk merebut kuasa, pemimpin Melayu Islam kini sedang berebut menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa paksi utama Perlembagaan Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival melelong masa depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 itu.

"Komponen dan institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk melakarkan garis merah supaya politik dan pertarungan politik tidak melampaui batas. Masanya sudah terlalu hampir. Riak dan suasana sudah bergerak degan pantas ke awan hitam yang suram dan menggetarkan itu," Kata Hashim. Hal itu perlu diberi perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin DAP telah melukakan dan mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang Melayu mahu membiarkan kedudukan bangsa melayu diperlecehkan, institusi Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi Islam termaktub dalam perlembagaan pun dihina? Tindakan ini belum mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan perhimpunan haram dengan tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda Melayu. Sedar atau tidak, DAP sering membaling batu sembunyi tangan. Orang Melayu sudah banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut pemimpin DAP.

DAP telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu yang dituduh rasis. DAP perlu diingatkan tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti negara ini perlu tunduk kepada penghinaan kaum minoriti? Berbeza sungguh di negara lain, golongan minoriti sering dihina tetapi di Malaysia sebaliknya. Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang Melayu/Islam dilakukan. yang menghina pula terdiri dari kaum minoriti. Sebagaimana kata Najib, orang Melayu sudah muak. Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam sudah melampau. Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan umat Islam yang lain di negara ini perlu bersatu. Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan diperkotak-katikkan. source: utusan malaysia

Paling penting, jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

Kit Siang Perjuang Negara Sekular, PAS Bagaimana?

Percubaan Lim Kit Siang untuk memecahbelahkan umat Islam dengan berdegil ingin memaksa tafsiran Negara Sekular terhadap Malaysia meletakkan PAS di dalam dilemma.  Konon, Kit Siang ingin menimbulkan keraguan umat Islam terhadap UMNO dengan mengulangi kenyataan Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia adalah Negara Sekular.  Namun, Kit Siang lupa bahawa Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.  Justeru, jika kenyataan seorang Perdana Menteri perlu diambil kira, kenapakah kenyataan tiga Perdana Menteri lain perlu ditolak?   Lagipun, apakah sesebuah konsep pentadbiran itu boleh dijelaskan dengan hanya satu kenyataan?   Sedangkan, yang lebih penting dalam menerangkan konsep pentadbiran adalah dengan melihat kepada perlembagaan serta landskap kehidupan masyarakat secara keseluruhan.  Malaysia adalah Negara Islam berdasarkan hakikat ianya diperintah oleh pemimpin Islam yang tidak menyeru kepada maksiat dan perlembagaan yang tegas mendaulatkan Islam  serta kehidupan masyarakat yang bebas beribadah tanpa sekatan.  Malaysia juga telah menjadi Negara Islam contoh dan ini diiktiraf sendiri oleh Ulama-ulama tersohor dunia termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.  

Maka, bagi Kit Siang menafikan negara ini sebagai Negara Islam menyerlahkan kesungguhan beliau menentang Islam dan ingin mendirikan Negara Sekular.  Persoalan yang timbul dari tindakan Kit Siang ini ialah, apa kata PAS?  Apakah Kit Siang membangkitkan soal ini kerana ingin membantu PAS membina Negara Islam yang sebenar?   Tentu sekali tidak, kerana diketahui bahawa Kit Siang dan DAP sentiasa konsisten, terbuka dan tegas menolak sebarang usaha membentuk Negara Islam.   Tidak mustahil Kit Siang sekadar ingin menguji di mana pendirian PAS dalam hal ini.  Apakah PAS akan membela kenyataan Kit Siang dengan turut mengakui negara ini adalah sekular atau sebaliknya?  Jika ya, apakah PAS akan berikrar untuk mendirikan Negara Islam yang sebenar yang dikatakan tidak mampu dibuat oleh UMNO, atau apakah PAS hanya akan akur dengan DAP untuk memastikan negara ini kekal sebagai Negara Sekular? Seperti yang dijangka, PAS hanya berdiam diri bimbang tersalah cakap dan ditengking oleh DAP.   Sudahnya, PAS hanya mampu bersetuju dengan DAP bahawa negara ini bukan Negara Islam tetapi PAS tidak mampu untuk menolak perjuangan DAP untuk memastikan negara ini menjadi Negara Sekular.  

Kini jelaslah bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Kit Siang akan memastikan bahawa perkara pertama yang akan diisytiharkan oleh kerajaan PR ialah berkenaan  Malaysia bukanlah sebuah Negara Islam.  Berikutan itu, maka 4 tonggak utama perjuangan DAP akan dilaksanakan sejurus PR mengambil-alih iaitu 'menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu' sekali gus 'Rejimen Askar Melayu DiRaja', 'menghapuskan hak istimewa bumiputera' dan 'membuang Islam sebagai agama rasmi negara'.  Bagi mereka-mereka yang naïf dan jahil tentang politik DAP, mungkin tidak tahu bahawa keempat-empat ini adalah objektif utama penubuhan dan perjuangan DAP sejak dahulu sehingga kini dan selamanya.  Justeru, dengan tindakan PAS yang berdiam diri apabila DAP memperjuangkan Negara Sekular, maka tidak salahlah jika kita berkata yang PAS juga telah bersedia mendokong matlamat perjuangan yang sama dengan DAP.  Jika masih ada umat Melayu yang mengundi PAS, maka ketahuilah bahawa anda sedang membantu menghapuskan kedaulatan Islam di bumi sendiri.  

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012, Bukti Kehebatan BN


Buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun, pasukan bola sepak Kelantan yang terkenal dengan jolokan nama The Red Warrior (TRW) berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia, satu kejayaan yang tentu sahaja amat manis untuk dikenang.

Lebih manis lagi kejayaan tersebut sekaligus melengkapkan tiga kejuaraan yang dicapai oleh TRW bagi tahun 2012 termasuk menjuarai takhta pertama Liga Super disamping menggondol kejuaraan Piala FA.  Kesemua kejayaan ini berjaya dikecapi selepas bekas Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA) seterusnya membawa kepada transformasi dalam pengurusan bola sepak Kelantan yang hasilnya adalah seperti yang wujud pada hari ini. Sebelum KAFA diambil alih pengurusannya oleh Annuar, persatuan bola sepak itu terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah dari hal tunggakan gaji pemain, kebajikan pegawai pasukan, masalah disiplin hinggalah kepada berhutang sewa stadium dengan Kerajaan PAS Kelantan.

Setelah kemasukan Annuar menerajui KAFA, perkara pertama yang ditumpukannya ialah menyelesaikan tunggakan gaji pemain serta pegawai pasukan seterusnya membentuk disiplin pasukan. Masalah gaji tertunggak dan disiplin pemain, jika gagal diselesaikan ia akan menjadi barah namun bila berjaya diatasi dan kebajikan para pemain dan pegawai pasukan senantiasa dijaga manakala perancangan serta pengurusan pasukan tersusun baik dan rapi, InsyaAllah kemenangan bakal diperolehi. Melihat pada kebangkitan TRW sehingga berjaya meraih kejuaraan treble ini, jelas sekali pemimpin yang bijak dan pandai dalam pengurusan memainkan peranan penting dalam jatuh bangun sesebuah organisasi, persatuan mahupun negeri. Ternampak jelas, aura kehebatan seorang pemimpin BN seperti Annuar Musa telah terbukti berjaya mengubah nasib pasukan Kelantan dari sebuah pasukan belasahan kini muncul sebagai pasukan gergasi yang digeruni ramai.

Jika dalam edisi Piala Malaysia tahun 2010 dulu, hasil kejayaan TRW menggondol piala tersebut buat pertama kalinya telah merintis kepada kebangkitan Gelombang Merah yang meruntuhkan penguasaan PAS di PRK DUN Galas, tidak mustahil kejayaan TRW dalam edisi tahun ini juga bakal menyemarakkan Gelombang Merah untuk menghanyutkan PAS dan Nik Aziz dari Kompleks Kota Darul Naim. Piala Malaysia kembali lagi ke pangkuan Kelantan bukan kerana Nik Aziz, bukan juga kerana Husam Musa dan bukan sekali-kali kerana PAS.

Tapi, kemegahan menggenggam Piala Malaysia ini menjadi realiti sekali lagi disebabkan kehebatan pemimpin BN mengurus tadbir KAFA dengan kerjasama para pemain yang setia membanting tulang bersemangat menjulang nama negeri.

Isnin, 22 Oktober 2012

RTC Melaka bakal dirasmi oleh PM pada 10 Nov 2012

 RTC Melaka bakal beroperasi 1 November

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ketiga negara yang terletak di di Kuala Linggi di sini bakal beroperasi pada 1 Nov depan.
   
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata RTC bernilai RM4.6 juta itu dibangunkan di pejabat pengurusan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melibatkan kawasan seluas 10 hektar.    
   
Beliau berkata pengubahsuaian premis tersebut mengambil masa enam minggu dan bakal menempatkan lapan jabatan kerajaan serta agensi swasta termasuk Syarikat Air Melaka Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan LKIM.
source: sinar harian

Lanjut, klik SINI.

JK pantau sabotaj elak tsunami berulang - Ali Rustam

alixx
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menegaskan, penubuhan jawatankuasa khas memantau tindak tanduk ahli parti yang sabotaj masa pilihanraya umum (PRU) kelak dapat mengelak tsunami politik ketika PRU 2008 berulang.

Menurut beliau, jika ingin mempertahankan kebaikan dilaksanakan kerajaan sekarang, ahli parti mesti setia dan tidak melakukan sabotaj terutama selepas tahu siapa jadi calon untuk bertanding dalam PRU ke 13.

"Penubuhan jawatankuasa itu bukti kita serius. Tak boleh macam yang lepas (PRU 2008), kita kalah beberapa negeri," katanya ketika ditemui Agendadaily di majlis makan malam di Taman Seribu Bunga, di Ayer Keroh, Melaka yang turut dihadiri TYT, Tun Khalil Yaakob, Sabtu malam.

Ketua Menteri Melaka itu diminta mengulas keputusan Majlis Tertinggi UMNO menubuhkan jawatankuasa itu yang akan bertindak lebih segera berbanding Lembaga Disiplin parti.


Lanjut. klik di SINI.
source: agendadaily


Khamis, 18 Oktober 2012

SPRM Tolong Segera Siasat PTSK & Kerajaan PAS Kelantan

Pada 8 Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut. Dalam ucapannya di majlis tersebut, Nik Aziz mendakwa pembangunan di Lembah Sireh itu akan dilaksanakan itu dibuat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri serta tidak membabitkan unsur pembaziran mahupun rasuah.

Hampir 10 tahun sudahpun berlalu, timbul persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran, rasuah ataupun penyelewengan disebalik kelulusan projek ini? 10 tahun berlalu, tapi sebahagian besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik. Apa cerita? Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan, ada mendedahkan realiti sebenar bahawa projek PTSK di Lembah Sireh itu hakikatnya penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan malah masih terlampau banyak projek pembangunan yang dijanjikan tidak dilaksanakan. Sehingga bulan November 2011, Laporan Audit juga mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99 tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui prosedur yang betul. Menurut Laporan Audit, kebenaran proses pindah milik tanah itu telah dibuat melalui satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu.

Tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang secara cuai melakukan proses tukar hak milik tanah tersebut amat menimbulkan syak dan keraguan khalayak yang menuntut pihak SPRM serta pihak berkenaan melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan jawapannya. Selain itu, sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut. Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap dibina hingga kini bayang pun tidak kelihatan, sedangkan ia adalah antara syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar itu. Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru diperolehi.

Lapan bulan lalu, iaitu pada 15 Februari 2012, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dalam reaksinya ketika diminta mengulas rungutan orang ramai berhubung kemelut isu PTSK Lembah Sireh ini pernah memberi jaminan akan memberi jawapan rasmi selepas Laporan Audit dikeluarkan. Sekarang Laporan Audit sudahpun dibentangkan, jadinya kita minta Kerajaan PAS Kelantan segera merangka jawapan konkrit bagi menjawab persoalan disebalik segala kelemahan yang berlaku ini. Sementara itu, pihak berkuasa khususnya SPRM perlu pro aktif untuk menyiasat segala kelemahan projek pembangunan di Lembah Sireh ini, berkemungkinan benar dakwaan ramai memang wujud penyelewengan dan unsur salah guna kuasa dalam isu ini oleh pihak tertentu dalam Kerajaan PAS Kelantan.


Rabu, 17 Oktober 2012

Asrama Baru Untuk Sekolah 'MOZAC" - Peruntukan Kerajaan Negeri Melaka (Janji Ditepati)

Kerajaan negeri Melaka memperuntukkan RM2.7 juta bagi projek pembinaan asrama tambahan Sekolah Menengah Sains (SMS) Muzaffar Shah di sini bagi menampung kira-kira 100 pelajar.
Pembinaan asrama dua tingkat berkeluasan 48 meter kali 14 meter atau 672 meter persegi itu dijangka akan dimulakan pada 23 Oktober ini dan dijangka siap pada 12 Disember tahun depan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pertambahan asrama itu adalah bagi menampung bilangan pelajar cemerlang yang memohon ke sekolah itu.
 

Nasib Pelanggai Udang Di Melaka Terbela

 

Seramai 30 pelanggai udang berhampiran tapak pembinaan projek Hatten City dekat sini akhirnya menarik nafas lega apabila kerajaan negeri bersetuju untuk memberi pampasan kepada mereka. Rata-rata golongan itu melahirkan rasa lega dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana tidak mengetepikan mereka untuk turut menerima pampasan tersebut. Utusan Malaysia hari ini melaporkan mesyuarat Exco Rabu lalu membuat keputusan untuk memberikan pampasan antara RM1,600 hingga RM3,200 kepada 170 nelayan termasuk pelanggai udang berhampiran Ujong Pasir hingga ke Aloha dekat ini.
Pampasan itu diberikan ekoran rintihan mereka kerana sumber pendapatan mereka terjejas akibat projek pembinaan Hatten City dan penambakan laut di kawasan mereka mencari rezeki.

Sungai di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh kembali terbiar

Sungai di Pangsapuri Tasik Utama yang menjalani projek transformasi, kembali terbiar
AYER KEROH – Keadaan sungai dan persekitaran berhampiran Pangsapuri Taman Tasik Utama, di sini suatu ketika dahulu kelihatan bersih selepas usaha pembersihan dilakukan lebih empat bulan lalu.Namun, transformasi melalui projek perindahan yang dilaksanakan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri di Taman Persisiran Sungai Tasik Utama itu hanya sekadar indah untuk beberapa bulan saja.Kini, terdapat semula longgokan sampah sarap yang mencemarkan kawasan persekita-ran berkenaan. Bungkusan plastik termasuk sisa makanan bertaburan di tempat melakukan aktiviti riadah penduduk di kawasan Ayer Keroh itu menimbulkan rasa kurang senang terutama bagi mereka yang menetap di perumahan pangsa berhampiran.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hanaliza, 27, berkata, keadaan itu mencemarkan pandangan mata penduduk rumah pangsa Taman Tasik Utama yang sering menjalankan aktiviti riadah tidak kira peringkat usia di taman rekreasi tersebut.
Menurutnya, pungutan sampah dan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman berkenaan dilakukan secara tidak berkala antara faktor taman yang mempunyai jambatan sungai, trek laluan pejalan kaki dan joging serta peralatan senaman itu kotor.

"Tidak dinafikan keadaan dasar sungai memang bersih, namun agak mengecewakan apabila terdapat banyak bungkusan plastik makanan dan minuman di atas rumput selain limpahan sampah di tong sampah dan kawasan tong itu.
"Biarpun, dasar sungai bersih, namun terdapat juga sampah-sampah yang tersangkut atau 'bersidai' di bawah jambatan yang tidak dibersihkan dan keadaan ini sekaligus memberi pandangan negatif orang luar terhadap penduduk yang menetap di kawasan berhampiran sungai ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Hanaliza berkata, pungutan sampah hanya dilakukan pihak berkaitan di tong sampah besar disediakan berhampiran pangsapuri tersebut, namun tidak di kawasan sekitar sungai.

Maklumat lanjut: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/sungai-di-pangsapuri-tasik-utama-kembali-terbiar-1.94717

source: sinar
harian



500,000 unit komputer riba 1Malaysia akan diagih

Sebanyak 500,000 unit komputer riba akan diagih sebagai tambahan kepada sejuta unit yang diperuntuk di bawah Program Komputer Riba 1Malaysia.
  
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata tambahan itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM1.5 bilion.
  
"Setelah mengambil kira keperluan dan permintaan yang tinggi daripada orang ramai, sejumlah 500 ribu unit komputer riba telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan 1.5 juta unit," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Lanjut, klik:  http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-tambah-500-000-unit-komputer-riba-1malaysia-1.95279

source: sinar harian

Pemimpin PAS Mahu Nik Aziz Segera Berundur

Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ? "Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat." Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya. Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz. Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah. Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan.Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.

Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu.

Laporan Audit Buktikan Banyak Penyelewengan di Kedah

Kerajaan 'Islam' PAS negeri Kedah nampaknya tidak mampu membuktikan integriti dan ketelusan yang tinggi sepertimana yang dikehendaki dalam Islam.  Walaupun, laporan audit negeri secara umumnya direkod sebagai memuaskan, namun ia wajar dipersoal atau ditolak memandangkan masih ada 31.8% dari 22 agensi-agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan.  Kegagalan ini menyebabkan kita musykil sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan atau sekadar kelemahan pihak yang terbabit.  Walaubagaimanapun, secara keseluruhan kedudukan ini adalah lebih baik dari tahun lalu di mana lebih 43% dari agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan pada tarikh ditetapkan.   Namun begitu, peningkatan ini masih tidak menggambarkan sebarang penambahbaikan dari segi kecekapan kerana daripada 17 Jabatan/Agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan, hanya 3 Agensi Negeri berada pada tahap sangat baik dengan diberi penarafan 4 Bintang.

Manakala 12 Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap baik dengan penarafan 3 Bintang. 2 Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim pula berada pada tahap memuaskan dengan penarafan 2 Bintang.Kerajaan Negeri Kedah juga pada tahun 2011 masih mengekalkan perbelanjaan defisit sama seperti tahun-tahun sebelumnya.  Penyata Kedudukan Kewangan pula menunjukkan jumlah RM252.36 juta iaitu penurunan sejumlah RM75.92 juta atau 23.1% berbanding RM328.28 juta pada tahun 2010.Lebihan pendapatan semasa dicatatkan pada angka RM2.39 juta iaitu penurunan sejumlah RM20.11 juta. Kegagalan pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat kerugian.  Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan.  Nampaknya, ini adalah bukti jelas bahawa kepimpinan Ulama PAS di Kedah telah tidak mampu untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kepimpinan bukan Ulama di negeri-negeri lain.  

Namun, apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongakng Yard dan Taman Kota Nelayan.  Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain.  Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang.  Jelas, apa yang dikatakan kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi.  Sedangkan hakikatnya, kerajaan PAS Kedah selama ini berselindung di sebalik papan-tanda 'Islam' di sekitar negeri Kedah yang menggunakan tulisan jawi dan hanya memaparkan wanita yang menutup aurat.  Namun, di sebalik papan-tanda tersebut, telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara. 

Selasa, 16 Oktober 2012

Azizan VS Phahrolrazi, Mahfudz Becomes CM

The problem in really wanting to be the next Chief Minister of Kedah replacing Dato' Seri Azizan Razak among PAS leaders is no longer a secret. In short, we no longer need any 'secret service' to know who's the enemy of who. Everything is simply clear.
And like we all knew, the one who really wants to position is Phahrolrazi. He had taken various methods to bring Ustaz Azizan down that it becomes a regular conversation among rakyat of Kedah.
Despite that, all of his efforts are still yet to bring any results. It gets worse as not just he could not bring Azizan down, but he has to face competition from a few other PAS leaders who also want the same position.The competitions include Mahfuz Omar. PAS's Deputy President and Pokok Sena MP. Mahfuz does not seem interested in hiding when it comes to this matter and his strategy to realize his dreams can already be seen.Considering rumors regarding Dato' Sahlan Ismail Nasution's, Political Secretary for the Prime Minister, candidacy competing under BN at his constituency, Mahfudz was rumored to have met with Dato' Sahlan for a few times to ensure that they would not meet at the same ring.This is because Mahfudz do admit that Dato' Sahlan is a better competition that he is and he is not confident that he would win if they are to fight one another. Mahfudz is hoping that Dato' Sahlan would compete for Parliament while he competes for Pokok Sena constituency. With that, he is convinced that he would become the next Chief Minister.
There are three constituencies at Pokok Sena Parliament, Bukit Lada, Bukit Pinang and Derga. Based on the result on GE12, DUN Bukit Pinang was held by Md. Roshidi Osman from PAS had recorded the highest majority win with 3,399. That is why, Bukit Pinang is seen as the most suitable platform for Mahfudz to realize his dreams.
Despite that, he cannot put aside Azizan's influence there, as well as Phahrolrazi's dream.Besides that, as he really wants to get there, he seems to have forgotten about UMNO. Does he realize that despite of his chances of winning there, he would still have to ensure that PAS would win the majority win in Kedah before he would be at the CM seat.With that, he would need to help Azizan to maintain rakyat's support for PAS at the state. And Mahfudz cannot sabotage Azizan even though he wants to become the next CM.
Could he get to where he wants? Whatever it is, the real question here is that could PAS maintain their power in Kedah? If not, then even Azizan would have to leave his position as CM.

Isnin, 15 Oktober 2012

Maklumat tentang AES (Automated Enforcement System)



Sejak kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang.  Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk confuse rakyat.   Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES untuk membantu blogger untuk memulihkan keadaan di peringkat kerajaan :
Tujuan
 
AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.  Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.  Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety).  AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu  ATES  Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.   Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti.  Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.  
 
Isu yang ditimbulkan
 
•        AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
 
•        AES membebankan rakyat
 
•        AES mempunyai banyak kekurangan
 
•        AES perlu ditangguhkan
 
AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.  MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi.  Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.
 
Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain.  JIka rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur.  Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ? 
 
I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.  
 
AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.
 
Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.
 
Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampur trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.  
 
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya",  "Prevention is better than cure"

ANWAR GALAS BEBAN SCORPENE SETELAH SUARAM GAGAL

Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.

Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002. Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.

Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak.Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.

Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar. Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.

Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal.Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.

Nyawa PAS di Tangan DAP?

Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian, bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS, telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak.  

Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah, PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP.   Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain.   Dan kuasa DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.   Seolah-olah, tanpa DAP, PAS tiada apa-apa.  Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya.  Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting, dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama.  

Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT.   PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia.  Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana, tetapi di hati setiap hambaNya.  Bagi yang benar-benar fanatik atau 'totok PAS' mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya.  Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional, mereka memilih untuk memendam rasa, enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.  Namun, impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS, tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR.  Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima 'kegilaan' PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz.  Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut.  

Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka.  Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas.  Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam.  Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting dari Islam.  Kemenangan PRU pula adalah lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal Perdana Menteri mereka.   Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa.   Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS, bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah, sedangkan DAP menentangnya?   Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar?   

Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya.  Justeru, inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP.  Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya.   Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya.  Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya.   Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.  Kesimpulannya, benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham, menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

ANWAR IKON GERAKAN KRISTIAN DI MALAYSIA

Menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-wilayah lain di dunia bermula pada kurun ke 13, mereka membawa bersama tiga kepercayaan atau prinsip utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God, Gold, Glory atau Tuhan, Emas dan Keagungan.

Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de Alburquerque apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511.Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light mendarat di Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi penipuan yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa Inggeris.Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti Albuquerque tetapi, di mana salah satu objektif utamanya ialah mengkristianisasikan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam, samada secara halus atau paksaan.

Kini setelah hampir 300 tahun berlalu, Pulau Pinang bukan lagi diperintah oleh golongan berkulit putih, rambut perang dan berbahasa Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis DAP.Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara samada dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan di Tanah Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20, maka setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan oleh rakyat negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.

Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP bersama-sama meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang turut merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United Kingdom dan Afrika Selatan.Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu, mereka mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang yang beragama Nasrani. Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu ialah kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi satu realiti.Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak.Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman beliau.

Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh DAP nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka mula merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada PRU 2008 dan kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda Kristian mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik beragama Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar Ibrahim.Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam, Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu.Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan ramai lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang berpihak kepada mereka.

Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka jalan yang lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan Malaysia dengan kadar yang lebih cepat.Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang pertama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen berbanding DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat.Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar adalah ikon Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini jika dibenarkan berkuasa.PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin daripada Umno, ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang menguasai disetiap lapisan kepimpinan parti.

Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah sekadar Anwar, Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain.Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat, biro-biro, cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh pemimpin bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian yang kuat beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan sudah terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan parti 2012.Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau sebaliknya tidak penting baginya.

Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat daripada DAP yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

Bukti Air Empangan Selangor Merosot

Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Exco kanannya, Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya. Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut, kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan dan sungai masih dipenuhi dengan air.

Hakikatnya, tujuan sebenar tinjauan itu dilakukan hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat Selangor daripada isu sebenar berkaitan bekalan air terawat yang semakin kritikal di kebanyakan loji rawatan air di seluruh negeri. Satu perkara yang tidak diceritakannya kepada khalayak ialah, air mentah yang memenuhi empangan dan sungai tidak akan selamanya akan penuh atau kekal parasnya pada takat tertentu. Ada tikanya akan surut sama ada kerana perubahan cuaca, disebabkan penggunaan harian yang tinggi selepas dirawat dan dibekalkan loji rawatan kepada pengguna ataupun disebabkan proses penyejatan. Berdasarkan maklumat terkini (Lihat Bacaan Paras Air Empangan, 08 Oktober 2012) dan bila dibandingkan dengan bacaan paras air empangan pada 2 Julai 2012 lepas, jelas menunjukkan adanya penurunan paras air di beberapa empangan.

Paling ketara di Empangan Sungai Selangor yang merosot teruk dari bacaan 217.35 juta meter jatuh ke paras bacaan 199.7 juta meter, agak hampir kepada paras kritikal yang kiranya berterusan akan memberi kesan besar terhadap loji rawatan air yang merawat sumber air mentah dari empangan ini. Manakala Sungai Tinggi pula sekarang berada di paras 54.94 juta meter, juga mengalami kemerosotan takungan air berbanding bacaan pada 2 Julai lalu ialah 58.7 juta meter. Hanya empangan Sungai Semenyih sahaja yang menunjukkan peningkatan daripada 95.61 juta meter kepada paras maksima 111 juta meter. Baki 4 empangan lain juga berlaku penurunan paras bacaan tapi tidaklah terlalu ketara. Dalam pada itu, mengikut makluman yang diterima, portal MyNewsHub juga ada membuat laporan eksklusif berkaitan perkara ini selepas mereka melakukan tinjauan ke beberapa empangan dan sungai sekitar Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, menurut kenyataan terbaru dari MB Selangor pada 7 Oktober lalu, katanya, rakyat tidak perlu cemas dengan penyusutan paras air yang dilaporkan berlaku di beberapa empangan dan loji rawatan air tika ini. Katanya, kerajaan negeri telah maklum perkara tersebut dan telah siap sedia untuk melakukan proses pembenihan awam seandainya hujan masih tidak turun dalam tempoh 22 hari bermula 4 Oktober 2012 lepas. Tidak diketahui kenapa perlu menunggu 22 hari sebelum melakukan proses tersebut, apakah perlu ditunggu empangan dan sungai kering dahulu baru mahu bergegas untuk mencari jalan alternatif lain menyelesaikannya? Walau apapun, perkembangan terbaru ini tentulah menambah lagi sesak di kepala rakyat Selangor. Belum pun selesai isu air terawat yang semakin kritikal di loji rawatan sedia ada, terpaksa pula menunggu lebih tiga minggu untuk melihat kerajaan negeri bertindak mengatasi masalah penyusutan paras air mentah di empangan.

Susah betul hidup berketuakan orang politik yang hanya pandai bercakap dan tahu mencipta seribu satu alasan tapi begitu lemah sekali dalam menyegerakan tindakan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...