13 Ogos 2012
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Malaysia (Risda) kini sedang meneliti laporan kajian awal yang disediakan pihaknya untuk terus mengintai peluang memasuki senarai Bursa Malaysia.
Pengerusinya, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, laporan diterimanya itu setakat ini menunjukkan perkembangan positif, namun masih memerlukan lebih banyak perincian sebelum .
Pengerusinya, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, laporan diterimanya itu setakat ini menunjukkan perkembangan positif, namun masih memerlukan lebih banyak perincian sebelum .
"Laporan kajian Skim Amanah Risda setakat ini menunjukkan perkembangan positif dan sedang diteliti lebih mendalam oleh pihak pengurusan dari segi teknikal.
"Jika ia mempunyai daya maju untuk dilaksanakan, kita akan hantar memorandum kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah demi kepentingan kira-kira 350,000 ahli Risda," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada 250 fakir miskin yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman di Pengkalan Balak, dekat sini, semalam.
Menurut Rahim, pihaknya berharap skim itu berada pada tahap fleksibel dan stabil demi kepentingan pekebun kecil di negara ini.
"Ia adalah perkara baik diadakan dan dengan adanya skim seperti ini maka Risda dapat perbesarkan lagi pelaburan sedia ada. Kajian bagaimanapun masih dijalankan dan kita tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakannya," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, pihaknya turut menjalankan kajian mengenai penyusunan semula Koperasi Risda sedia ada di seluruh negara.
"Kita mempunyai 68 koperasi sedia ada tetapi sebahagian daripadanya didapati mempunyai banyak kelemahan terutama membabitkan faktor pengurusan.
"Justeru, satu perbincangan dijalankan dan pengurusan sedang menterjemahkan langkah pelaksanaan mengenai perkara terbabit," katanya.
source: sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan