Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 15 Ogos 2012

Pembangkang Takut Guna janji Ditepati




Buat pertama kalinya dalam sejarah tanahair, tahun ini berkemungkinan kita akan menyaksikan dua tema berlainan bakal digunakan serentak sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-55.

Tema pertama, Janji Ditepati diilhamkan oleh kerajaan yang bertanggungjawab memerdekakan tanahair dan menggalas amanah pemerintahan dengan reputasi cemerlang membina mercu tanda negara yang bebas merdeka dan berjaya sejak tahun 1957.

Manakala satu lagi tema yang belum diketahui secara muktamad datangnya dari idea terdesak pemimpin pembangkang yang reputasinya amat cemerlang menabur janji-janji palsu seakan mahu menjangkau langit nan tinggi.

Memandangkan konsep tema Janji Ditepati amat dicemburui oleh pembangkang, tentu sahaja kita boleh menekanya barangkali mereka lebih selesa menggunakan tema bertentangan, Janji Ditaburi ataupun Janji Dimungkiri.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...