Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 30 November 2011

PISAU.NET: Melayu jadi barua DAP-Zul Nordin telanjangkan dalang 13 Mei..!


PISAU.NET: Melayu jadi barua DAP-Zul Nordin telanjangkan dalang 13 Mei..!

LEMBU punya ISU ... SHARIZAT dapat NAMA!!!!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

“Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

“Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

“Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

“Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara,” kata Shahrizat. – BERNAMA

NGA KOR MING LABELKAN DR ZAMBRY SEBAGAI 'ANAK HARAM'!!?




Dah la dihinanya MB Perak, dikatanya Perak Darul Kartun plak, sial betul la si Komunis bernama Nga Kor Ming! Hari ini dua laporan plis sudah dibuat untuk isu ini, klik SINI dan SINI

Kat bawah ni ada satu artikel panas yang ditulis oleh Kolumnis Perak Today mengenai isu yang sama, mari kita baca apa yang ditulis oleh kolumnis ni:

Video yang dipaparkan oleh Perak Today tentang Nga Kor Meng yang menghina Menteri Besar Perak, telah tersebar ke seluruh negara. Banyak blog yang telah memainkannya. Secara jelas dan nyata, Setiausaha DAP Perak itu adalah seorang yang sangat biadap, kurang ajar dan RASIS.


Selasa, 26 April 2011

Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama

Media arus perdana perlu juga kritik kerajaan - Tun M
24/04/2011 10:02pm
KUALA LUMPUR 24 April - Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.
Dr. Mahathir berkata, media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.
"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri.
"Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka," katanya pada Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama
sumber: Utusan Online

Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN

Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain."Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.
"Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan.
"Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN," katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam.
Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM.
Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet.
"Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat," katanya.
Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan.
Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik.
"Sehubungan itu, hakikat bahawa kita (BN) berupaya untuk menang melebihi majoriti dua pertiga (dalam PRN Sarawak) dengan sendirinya adalah satu pencapaian yang besar," katanya.
Najib berkata, demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul.
Sementara itu dalam sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Najib berkata, kerajaan masih terbuka kepada pendapat orang ramai mengenai cadangan pihak tertentu supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, manakala antara masalah paling besar dalam pelaksanaan dasar di negara ini ialah penguatkuasaan yang lemah.

sumber: Berita Harian 25 Apr 2011

Rabu, 9 Mac 2011

Tahniah YB Roslan

Tahniah kepada YB Roslan bin Datuk Hj Ahmad, UMNO/BN kerana telah memenangi
kerusi N27 DUN Merlimau menewaskan Sdra Yuhaizad@ijat dari PAS dengan majoriti
3463 undi...

'Pencacai kemPAS...'

Rock Kapakx Power berbajumerah, umur35 tahun, orangSgRambaiMelaka.
Pekerjaansebagaiahlipolitiksepenuhmasa
Hobimemancingikan, memancingperempuan, memancingundi
OrangkuathamPASketikakempendiPRK N27, tapimukatutupdenganbandana takutorg kenal.
Friend list bayankaweksmuslimahhamPASdarilelaki, perghmuslimahbeb..
kawindptmasuksyurgeee..

Rabu, 2 Mac 2011

Profil Calon BN Dun Merlimau N27, Roslan Datuk Hj Ahmad

Merlimau & Kerdau

Beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) hari ini yakin trend
peningkatan sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN seperti yang ditunjukkan pada
beberapa pilihanraya kecil lalu akan berterusan khususnya di Merlimau.
Mereka berpendapat suasana politik hari ini sudah berubah berbeza dengan
pilihanraya umum lalu berikutan beberapa pendekatan yang diambil kerajaan
terutama Gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.

PRK N27 DUN Merlimau - Yuhaizad menipu...!!!

2 Mac 2011 - Merlimau, Melaka
Pak Yeop, geng teh tarik melaporkan secara sulit Al Kisah, Bapa saudara tiri
YUHAIZAD (calon PAS MERLIMAU), Ahmad Ismail meminta agar YUHAIZAD tarik diri drp
PRK Merlimau dlm tempoh 24 jam kerana YUHAIZAD telah menipunya dlm satu
perniagaan yg dikongsi bersama dlm Syarikat AULA SAWIT.
Astagfirullah...!
Semua dokumen dan resit berkaitan penipuan ada dgn Ust Mazlan Pas Melaka.
'Penipuan' tersebut adalah dlm anggaran RM100K. Astaghfirullah,Astaghfirullah,
Astaghfirullah...Dia dakwa YUHAIZAD adalah seorang yg tidak ertanggungjawab.
Macam Mana Nak Jadi Pemimpin??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...