Ketika ini Pakatan Rakyat sedang menghabiskan saki-baki peluru yang tinggal iaitu penyebaran kisah-kisah 'hantu' yang mengundi. Yang menghairankan semua 'hantu-hantu' itu dari kumpulan kaum berkulit gelap iaitu India, Bangladesh atau Pakistan. Sedangkan sebelum ini, Anwar mewar-warkan di dalam media utama PR bahawa 45,000 hantu dibawa khas oleh Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi. Justeru, kita menjangkakan wajah hantu yang lebih mirip orang-orang Sulu atau Indonesia.
Namun, setiap tuduhan mereka telah dapat dibuktikan sebagai provokasi murahan dan bodoh sekali. Malah, ia turut membuktikan sikap perkauman penyokong PR selain tidak menghormati kaum India dan orang yang berkulit gelap. Pun begitu, bagi mereka yang memilih untuk mendengar hanya dari sebelah pihak, maka mereka mempercayai berita 'tahyul' ini dengan sepenuh hati.
Dan mereka-mereka inilah yang sedang digerakkan oleh PR sebagai bom jangka. Sejak mula mengundi lagi, PR telah menyebarkan keyakinan kepada penyokongnya konon parti mereka mendahului di semua peti-peti undi. Justeru, mereka yang menjadi bom jangka ini kini sedang berkumpul di beberapa tempat, bersedia untuk satu 'perarakan kemenangan'.
Sekiranya keputusan malam ini tidak menyebelahi PR, maka kumpulan-kumpulan ini akan 'diletupkan' iaitu memulakan keganasan secara rawak bagi menggambarkan keadaan huru-hara di seluruh Malaysia. Kawasan utama, iaitu yang bakal menjadi 'Dataran Tahrir', ialah Putrajaya. Sama-samalah kita tunggu berapa ramaikah rakyat Malaysia yang sanggup bergadai nyawa dan masa depan hanya kerana cerita-cerita tahyul tentang hantu yang keluar mengundi.
Semoga Allah SWT selamatkan Malaysia dari hantu syaitan yang menyerupai manusia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan