22 Jan 2013, Melaka - Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan Puan Sri telah selamat tiba di sini untuk lawatan sehari di negeri Melaka.
Ketibaan TPM dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam pada pukul 9.15 pagi disambut Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam. Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, pemimpin Umno bahagian dan ketua parti komponen Barisan Nasional di negeri ini.
Muhyiddin dijadual menghadiri perjumpaan bersama Barisan Nasional Negeri Melaka di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Melaka di Jalan Hang Tuah pada pukul 9.30 pagi. Pada masa yang sama isteri Timbalan Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan NGO Negeri Melaka di Hotel Avillion di Jalan Hang Tuah.
Timbalan Perdana Menteri kemudiannya menghadiri program Jamuan Makan Tengahari di Sekolah Menengah Tun Abd Malik, Cheng untuk Majlis Penyampaian Bantuan kepada lima buah sekolah pada pukul 12.30 tengahari.
Beliau kemudiannya akan menghadiri Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di MITC, Bandar MITC, Ayer Keroh pada pukul 2.30 petang.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, mengakhiri lawatannya dengan menghadiri Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru Negeri Melaka di kawasan parkir Kompleks PKNM, MITC, Ayer Keroh, Melaka di sini pada pukul 8.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan