Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Jumaat, 28 September 2012

Bajet PR Bajet Liberalisme?

 
Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri sebelum mati, Anwar Ibrahim sentiasa memainkan peranan sebagai Perdana Menteri apabila saja berpeluang.  Jika Dato' Seri Najib mengadakan program mesra rakyat dan meninjau keadaan rakyat, maka beliau pun ingin berbuat yang sama dengan mendekati rakyat sambil meninjau pengangkutan awam seperti LRT.  

Jika Dato' Seri Najib ke sana ke mari dengan pengawal peribadi dan menaiki jet peribadi maka beliau juga ingin menjalani kehidupan yang sama.  Dan yang paling hebat ialah walaupun belum menjadi Perdana Menteri, Anwar ingin sekali membentangkan bajet seperti seorang Perdana Menteri.  Kerana itu, walaupun Anwar tidak punya akses kepada maklumat terperinci kewangan negara bagi melayakkannya membentangkan bajet secara tepat, itu tidak menghalang beliau untuk terus melakonkan watak Perdana Menteri dan turut membentangkan bajet.  

Kerana tidak berdasarkan maklumat yang perlu, maka kita tidak perlu pun mendengar pembentangan Anwar kerana sudah pasti Bajet yang dibuat 'di atas angin' adalah Bajet Tong Kosong.  Untuk sesiapa mempercayai dan menaruh harapan kepada bajet sebegini, amatlah menyedihkan.  Namun, yang menjadikan kita agak berminat untuk mendengar Bajet Alternatif ini ialah kerana sifat parti PR itu sendiri yang tidak sepakat.  Kita ingin melihat apakah 'rupa' bajet yang berdasarkan prinsip Islam, Malaysian-Malaysia dan juga liberal.  Dan seperti yang dijangka, tiada apa-apa yang lebih 'Islam' dari BN dalam bajet PR.  Sebaliknya, ia lebih mengutamakan golongan kaya dan berada walaupun kelihatan seolah-olah membantu yang miskin dan sederhana.  Pendek kata, ia lebih menepati konsep Malaysian-Malaysia dan liberal.  Tiada peruntukan yang digariskan untuk mengekang pertumbuhan pusat-pusat maksiat.  Tiada juga peruntukan khas bagi mengatasi masalah murtad yang berpunca dari kemiskinan walaupun masalah ini adalah meruncing di Selangor, iaitu negeri yang diperintah PR.   Malah, kelihatan seolah-olah tiada langsung 'input' dari pihak PAS dalam bajet ini.  

Selain itu, perancangan PR untuk menghapuskan cukai korporat hanya akan membebankan rakyat biasa kerana akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk satu-satu perkhidmatan dan barangan.  Seperti juga perancangan untuk menurunkan harga dan duti eksais kereta di mana ia akan menjejaskan kos pengeluaran dan pemasangan dan lain-lain di mana menyebabkan negara mungkin terpaksa mengimport barangan dari negara lain. 
Akhirnya, yang akan terjejas adalah vendor-vendor Melayu yang dilahirkan oleh syarikat automobil nasional, selain syarikat automobil nasional itu sendiri.  Jika ini berlaku, ia bukan sahaja melibatkan beribu-ribu pekerja tetapi juga, industri automobil nasional dan maruah negara sekali gus.  Jelas, bahawa bajet yang dibentangkan PR adalah tidak menyeluruh, tidak patriotik dan tidak membawa kebaikan untuk jangkamasa panjang terutama untuk membantu bumiputera.  PR berkali-kali menekankan bahawa Bajet tersebut adalah bersifat adil untuk semua kaum dan ungkapan ini dengan sendirinya membawa makna kesamarataan total iaitu yang menjadi tunjang Malaysian-Malaysia idaman DAP.  Sedangkan, kita tahu bahawa kesamarataan total tidak akan membawa keadilan kepada semua kerana hakikat pegangan ekonomi di Malaysia adalah berat sebelah kepada satu kaum iaitu Cina.  

Dengan tiadanya mekanisme khusus untuk mengukur tahap sifat perkauman seseorang, adalah sukar untuk kita memastikan bahawa kaum Melayu, India dan lain-lain tidak didiskriminasi oleh kaum yang lebih berkuasa dalam persaingan kek ekonomi ini.  Kita faham bahawa PR ingin menekankan kelemahan dasar kerajaan yang memberi bantuan kepada bumiputera yang dianggap mereka sebagai diskriminasi yang bertulis.   Tetapi, PR telah mengabaikan dan menafikan hakikat yang lebih serius yang membelenggu masyarakat Malaysia hari ini iaitu diskriminasi yang tidak bertulis dalam persaingan di sektor swasta dan perniagaan yang dikuasai kaum Cina.  Kesimpulannya, Bajet PR adalah Bajet Liberal yang terbuka dan tidak mengambil kira keadaan sebenar majoriti rakyat.  Tetapi, apa yang nak dihairankan kerana pembentangan Bajet PR bukanlah untuk rakyat, tetapi sekadar untuk 'mencabar' BN.  Itu saja.  

Walau apapun, yang pasti, PAS tidak punya suara langsung dalam penyediaan Bajet berkenaan.  Tanpa keprihatinan dan 'input' dari PAS, bagaimana kita boleh memastikan kaum Melayu akan terbela di bawah Pakatan Rakyat? 

Mari BOIKOT Oldtown RACIST White Coffee!!!




 Kepada sesiapa yang suka ke OldTown Racist ni...
Wahai umat Melayu Islam, ingatlah setiap sen yang anda bagi pada Kopitiam Racist dan takde sijil Halal tu, maka setiap itulah kamu menyokong penghinaan Islam! Benda ni jangan bawak main. Nak mintak jasa baik semua sahabat supaya sebarkan kempen ini.



Khamis, 27 September 2012

BN TAWAR PENYELESAIAN MASALAH, PEMBANGKANG HANYA ALTERNATIF


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.

Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sana sahaja, samada pilihan raya atau tidak.

Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang. BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang. Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini. Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara. Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu. Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.

Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat. Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya. Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat. Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.

Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang? Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah. Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan. Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan. Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad. Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.

Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal? Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga. Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.

Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan? Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat. Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.

Turun Naik Populariti Najib Perkara Biasa

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga kini terus menjadi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia apabila 58% daripada 1,536 respondan yang dikajiselidik cukup selesa berada di bawah kepimpinannya.

Senario tersebut dapat dilihat dari keputusan kajiselidik terbaru yang dijalankan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Dalam kajian Mac lepas, UMCEDEL merekodkan populariti Najib berada pada aras 61%, sedikit tinggi berbanding laporan terkini yang dipaparkan.

Mungkin bagi pembangkang kejatuhan 3% populariti Najib adalah satu berita baik untuk mereka atau barangkali penurunan itu akan dikaitkan dengan 'kejayaan' PR menganjurkan beberapa siri demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0, Himpunan Oren dan Janji Demokrasi.

Penurunan 3% tahap populariti PM itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana turun naik populariti seseorang pemimpin utama negara sudah menjadi satu perkara biasa dan jarang statik pada satu-satu tahap sahaja.

Hakikat tersebut diakui ramai penganalisis politik dan mereka percaya ia hanya bersifat sementara sementelah lagi angka 58% itu jauh lebih baik berbanding rekod terendah hanya 45% respondan sahaja yang selesa dengan corak pentadbiran Najib semasa beliau baru mengalas jawatan tersebut pada April 2009.

Jika populariti Najib terus kekal di atas paras 50%, mana-mana pemimpin pembangkang khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan berdepan kesukaran untuk menggugat kedudukan Najib sebagai PM malah peluang PR merampas tampuk pemerintahan negara dari BN juga ibarat jauh panggang dari api.

Kerana memahami realiti itulah, Anwar dan ramai pemimpin PR cukup aggresif melakukan serangan peribadi terhadap Najib dan isterinya tapi hingga kini satu demi satu usaha tersebut menemui kegagalan.

Mungkin sedikit sebanyak serangan politik terancang yang dilakukan pembangkang ada kalanya berjaya memalitkan sedikit persepsi buruk pada Najib dan BN, namun ia biasanya tidak bertahan lama kerana kebenaran selalunya akan mengatasi kebatilan.

Lagipun, sejak Malaysia diterajui oleh Najib setelah mengambil alih jawatan PM dari Tun Abdullah Badawi Mei 2009, sudah banyak perubahan positif dirasai rakyat jelata.

Pelbagai program transformasi yang diilhamkan oleh Najib yang semakin menunjukkan hasilnya jika dibandingkan dengan jerit pekik dan propaganda kosong yang digebang oleh Anwar dan pakatan pembangkang, jelas wujud perbezaan ketara di antara kedua-duanya.

Dari situ, masyarakat umum sudah dapat menilai mana satu yang bermanfaat dan mana satu yang membawa mudarat. Itu hakikat yang menjadi faktor utama dan diambil kira oleh rakyat jelata dalam menentukan kelayakan seseorang pemimpin.

Najib telah menunjukkan kemampuannya memacu pembangunan negara malah ternyata cukup tahan layak dalam menghadapi kerenah pembangkang yang banyak ragam. Dan beliau telah membuktikan sikap caknanya terhadap kehidupan rakyat jelata, satu sikap murni yang diwarisinya dari Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak.

Justeru itu tidak salah untuk kita jangkakan apabila tiba PRU 13 kelak, akhirnya majoriti rakyat akan memuktamadkan pilihan mereka dengan memberikan kemenangan yang lebih besar kepada Najib dan pasukannya bagi meneruskan kesinambungan memakmurkan tanahair tercinta ini.


Rabu, 26 September 2012

DAP : Melayu Jangan Terpedaya - Utusan Malaysia


Kuala Lumpur : Orang Melayu diigatkan supaya tidak terpedaya dengan DAP yang sama sekali tidak berminat memperjuangkan isu-isu sensitif berkaitan Islam dan ini terbukti dengan tindak-tanduk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, baru-baru ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri.

"Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang, Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan PAS.

"Perbuatan Khoo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian DAP sebenar. Mereka hanya berminat mendapatkan undi melayu bukan perjuangan Islam.

"DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini, mereka juga membuat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Koo Ham yang didakwa mengeluarkan provokasi terhadap hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bergabung dengan Dewan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims.

Tweet yang berbunyi : "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?"

Tunku Abdul Aziz membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP yang mempersoalkan umat Islam membuang tenaga dan masa dalam mengadakan protes terhadap filem tersebut.

"Perhimpunan bersih yang memporak-perandakan satu negara kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok buat mereka.

"Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang merdeka bukan salah tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membunag masa? sungguh biadap mereka ini," tegasnya.

Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang sehingga ini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham.

"Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang selama ini? Mengapa diam kini? Adakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram di jalanan adalah betul dan protes aman tanda tidak puas hati adalah tidak betul?

"Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua pekara tetapi jangan bermain dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu untuk melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan henti menyokong mereka.

"DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu.

"Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri," ujarnya.

Isnin, 24 September 2012

Innocence of Muslims: Nik Aziz Takut Dengan DAP


Ramai yang masih tersenyum sinis membaca kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan seperti menyokong penuh bantahan besar-besaran oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terhadap filem Innocence of Muslims.

Dari satu sudut, mereka bersetuju dengan seruan Mursyidul Am PAS itu yang dalam satu kenyataannya meminta umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik tampil menyuarakan sokongan dalam bantahan tersebut.  Bagaimanapun apabila Nik Aziz enggan memberi sebarang ulasan berhubung komen negatif dari Pengerusi DAP Perak berkaitan isu ini sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian 20 September 2012, seruan tersebut mula dipandang sinis oleh khalayak ramai. Pada pandangan ramai, Nik Aziz seperti terlalu takut untuk mengkritik apatah lagi mengecam kenyataan Ngeh Koo Ham yang juga adalah  Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Beruas, Perak.

Ngeh Koo Ham dalam satu mesej twitternya mempersoalkan keperluan untuk umat Islam mengadakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslim dan di masa yang sama seperti memperlekehkan bantahan tersebut yang dianggapnya sebagai merugikan masa dan tenaga. Tidak sukar untuk kita bayangkan sekiranya mesej serupa ditweet oleh mana-mana pemimpin BN yang non muslim, Nik Aziz pastinya sepantas kilat mengecam pemimpin tersebut. Dan semestinya, Nik Aziz akan menyelitkan sama kecamannya terhadap UMNO, itu sudah tentu. Tapi bukan satu rahsia pun, sudah menjadi tabie Nik Aziz sejak dulu-dulu lagi sentiasa berlembut dengan rakan sekutu yang bukan seagama dan hanya berani membuka mulut bila terlalu kemaruk untuk menyinggung perasaan saudara seagama dengannya sahaja. 

Tengok sajalah reaksi Nik Aziz bila bekas Timbalan Presiden PAS mengkritik DAP dan mengusulkan saranan supaya PAS keluar dari PR, terus Nik Aziz bingkas bangun menghalau saudara seIslamnya itu keluar dari parti. Apa sahaja kenyataan negatif yang keluar dari mulut pemimpin DAP sama ada berkaitan Islam, selalunya Nik Aziz cuba bermain playsafe semata-mata untuk menjaga hati sekutunya itu. Namun disebalik ketakutan dan keengganan Nik Aziz mengkritik kelancangan Pengerusi DAP Perak itu, beberapa orang pemimpin PAS yang lain seperti MB Kedah, Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah mengambil langkah sebaliknya. Kedua-dua mereka nampaknya masih mempunyai sedikit sisa-sisa keberanian untuk menyanggah sikap tidak cermat pemimpin DAP itu. Sekurang-kurangnya masih adalah juga segelintir pemimpin PAS yang sedar diri dan taklah jumud sangat macam Mursyidul Am mereka sekarang ini.

Kepada kedua-duanya kita ucapkan tahniah manakala untuk Nik Aziz pula, cukuplah untuk kita ucapkan takziah di atas kebaculannya untuk membantah kebiadapan yang ditunjukkan oleh DAP.


PEMBANGKANG LAGAK HERO SETELAH KORBANKAN ANAK MUDA



Setelah berjaya mempengaruhi golongan muda di himpunan 'Janji Demokrasi' untuk melakukan perkara yang berlawanan dengan undang-undang dan tata susila rakyat Malaysia, pembangkang kini mahu menjadi hero pula membela mereka yang bersalah. Seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau boleh memaafkan perbuatan beberapa remaja memijak gambar beliau pada ambang sambutan kemerdekaan ke 55 namun mahu tidak mahu mereka terpaksa juga menghadapi konsekuensi undang-undang.

Ini menunjukkan jiwa besar yang dimiliki Perdana Menteri yang sanggup menerima permohonan maaf daripada pihak yang terbabit sungguhpun sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan amat mengaibkan beliau. Seorang pemimpin harus mempunyai semangat serta perasaan belas kasihan terhadap yang dipimpin dan inilah antara ciri keistimewaan yang tertanam di dalam diri Datuk Seri Najib. Malangnya pihak pembangkang yang mengambil kesempatan ke atas kenaifan golongan muda dalam isu-isu politik untuk menanam bibit-bibit kebencian terhadap Perdana Menteri, isteri beliau, pemimpin-pemimpin negara dan kerajaan. Dengan menggunakan taktik baling batu sembunyi tangan, pembangkang kononnya menafikan pula mereka terbabit membakar perasaan dan mengapi-apikan jiwa anak muda.

Apabila keadaan sudah berada di luar kawalan dan golongan muda melakukan perkara yang melampaui batas, pembangkang mengatakan golongan itu hanya mahu meluahkan perasaan mereka terhadap sesuatu isu. Hakikatnya pembangkang dilihat sebagai amat tidak bertanggungjawab dan tidak langsung mempunyai pertimbangan moral apabila tergamak memperalatkan golongan muda dan remaja untuk tujuan politik kotor mereka. Pembangkang langsung tidak memikirkan implikasi perundangan dan kesan ke atas masa hadapan mereka. Dalam kes 'Janji Demokrasi' kebanyakan yang terbabit terdiri daripada pelajar instisuti pengajian tinggi. Ada di antara mereka telah diambil tindakan disiplin oleh kolej dengan dipecat daripada pengajian. Bukankah ini amat malang bagi pelajar terbabit kerana dengan rekod jenayah dan perlakuan yang buruk, tidak mungkin pusat pengajian tinggi samada swasta atau awam akan mengambil pelajar tersebut untuk menyambung pelajaran. Kini pembangkang mendesak pula supaya pihak polis dan mahkamah serta Peguam Negara tidak mengambil tindakan keras ke atas pesalah. Masalah di sini kesalahan yang dilakukan adalah amat serius termasuk mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' yang kononnya akan menggantikan Jalur Gemilang sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Bendera Jalur Gemilang yang merupakan lambang serta simbol Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seolah-olah telah dijadikan satu jenaka oleh pembangkang. Seolah-olah Jalur Gemilang yang berkibar megah di setiap kedutaan dan suruhanjaya tinggi di seluruh dunia serta mengipas dengan bangga di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh dipersendakan begitu rupa dengan mengibarkan satu bendera asing dan tidak mewakili Malaysia. Di manakah letaknya logik pembangkang yang menentang kerajaan dari segi politik tetapi tidak tahu membezakan antara yang wajar dibahaskan atau apa yang tidak seharusnya disentuh seperti bendera rasmi negara, Rukun Negara, lagi Negaraku dan sebagainya.

Malah di sesetengah negara seperti Thailand terdapat undang-undang lese-majeste yang mememjarakan mana-mana individu yang didapati menghina raja atau simbol-simbol negara yang berkaitan dengan institusi raja di negara itu. Jika gejala negatif ini tidak dibendung dengan segera dan disusuli dengan tindakan yang setimpal, lambat laun ia akan bertujar menjadi sesuatu yang lebih merbahaya dan krtitikal kepada keselamatan negara. Mungkin suatu hari, pembangkang akan mula betindak dengan memijak-mijak pula Perlembagaan Negara dan menghina sosok peribadi Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung. Oleh itu amat wajarlah sekali Perdana Menteri mengatakan mereka yang terbabit tidak boleh melepaskan diri daripada tindakan di sisi undang-undang kerana kesalahan yang dilakukan jelas melanggar peraturan negara.

Pembangkamng mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa semnua tindakan mereka tidak boleh disentuh oleh undang-undang walaupun banyak perbuatan mereka menyanggah keluhuran undang-undang. Mungkin inilah jawapan kepada persoalan mengapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan mengangkat tangan tanda taat setia ketika Rukun Negara dilafazkan pada majlis sambutan kemerdekaan di Shah Alam 31 Ogos lalu. Sifat besar kepala Ketua Pembangkang menunjukkan beliau sudah tidak peduli samada gambar Perdana Menteri yang dipijak, bendera asing yang dikibarkan atau Rukun Negara yang dihina kerana paling utama bagi beliau ialah memporak-perandakan negara ini dengan apa cara pun.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Anwar yang ingin membawa 'Harapan Baru' kepada Malaysia kerana semuanya akan ditukar atau dihapuskan menurut selera pembangkang.

PEMBANGKANG BANGGA TERIMA AYAM PENCEN POLITIK

Antara sifat semulajadi sesebuah parti politik ialah kegemarannya menerima keahlian daripada parti seteru.

Ini berlaku atas beberapa sebab samada ahli tersebut telah dipecat atau melompat kerana tidak bersetuju dengan parti yang dianggotainyya sebelumnya. Kadangkala parti yang ditinggalkan berasa lega kerana anggota yang menjadi 'katak' berhijrah ke parti yang lain itu sebenarnya bertindak sebagai duri dalam daging selama ia berada sebagai ahli parti tersebut. Bagi parti tersebut tindakan itu adalah sebagai satu rahmat baginya kerana masalah ahli yang sentiasa khianat dan tidak setia kepada perjuangan dapat diselesaikan.

Namun bagi parti yang menerima ahli daripada parti lawannya juga menganggapnya sebagai satu rahmat pula walaupun mengetahui anggota tersebut tidak mempunyai sifat yang boleh dibanggakan. Dalam keadaan begini penerimaan anggota daripada parti lain itu lebih berlandaskan kepada perasaan ego kerana kononnya ia berjaya merampas ahli parti lain. Lebih-lebih lagi ahli tersebut pernah menduduki jawatan yang tinggi samada dalam barisan kepimpinan tertinggi parti atau menjadi bekas menteri atau timbalan menteri. Tindakan itu dilihat memberi kelebihan atau pengaruh tambahan kepada parti yang menerima ahli tersebut. Senario inilah yang sedang berlaku di kalangan parti-parti pembangkang yang menyertai Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan juga Ketua Pembangkang merasa agak teruja menerima kehadiran beberapa tokoh Umno sebagai ahli baru.

Antara paling awal menyertai PKR adalah bekas anggota Kabinet, Chua Jui Meng dan dua bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong dan Dr Tan Yee Kew. Terbaru PKR mendakap pula bekas Bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin serta seorang lagi bekas timbalan menteri, Yahya Lampong. Sebelum itu bekas menteri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat berjinak-jinak dengan Anwar dengan tujuan untuk menjadi calon PKR pada PRU-13 nanti tetapi apabila tidak layan beliau terus menubuhkan sebuah parti baru bernama Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau Ikatan. Kira-kira dua bulan lalu, dua orang ahli parlimen Barisan Nasional, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing juga keluar parti tetapi tidak menyertai mana-mana parti pembangkang.

Sebaliknya Lajim yang juga bekas timbalan menteri  mengasaskan sebuah NGO yang dinamakan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS) tetapi kini bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru pula. Sementara itu Wilfred yang serentak keluar BN bersama Lajim pada 29 Julai lalu, berpuas hati dengan menubuhkan satu pergerakan politik yang dikenali sebagai Barisan Pembebasan Sabah atau Sabah Reform Front. Disember tahun lalu juga memperlihatkan bekas naib presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan membentuk Barisan Borneo Bersatu (UBF) yang merupakan kerjasama antara Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak. PAS juga tidak ketinggalkan menerima ahli baru daripada parti lain umpamanya bekas ahli parlimen Tamrin Ghafar.

Tamrin pernah menjadi pengasas gerakan anti liwat menentang pada 1999 untuk menentang Anwar tetapi kini selesa bersekongkol dengan individu yang membungkus karier politik ayahnya, Ghafar Baba pada tahun 1993.Selain itu PAS amat gembira menerima kehadiran beberapa bekas penjawat awam dan juga daripada golongan artis.DAP tidak berapa berjaya menarik tokoh terkenal disebabkan sifat chaunivis Cina yang menebal di dalam parti itu.Antaranya bekas tokoh Transparency International, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang dilantik sebagai naib presiden dan Senator tetapi keluar parti tidak berapa lama kemudian.

Anwar dan pemimpin pembangkang beranggapan mereka yang melompat daripada Umno atau BN boleh menyuntik semangat baru kepada mereka.Hakikatnya andaian itu meleset sama sekali kerana mereka yang terjun kepada pembangkang sudahpun menjadi 'spent force' atau pengaruh yang luput di dalam parti mereka sebelum ini.Hampir kesemua mereka sudah tidak lagi aktif atau mempunyai pengikut apa lagi pengaruh sementara di segi kekuatan fizikal tergolong dalam usia emas.Anwar sebenarnya ingin terus menipu rakyat dengan mengatakan pakatan pembangkang berjaya menarik tokoh-tokoh Umno-BN walhal sebenarnya mereka hanyalah terdiri daripada 'ayam pencen' yang sudah liat dagingnya dan bercita-cita untuk menghidupkan semula kerjaya politik mereka yang sudah hampir lenyap.



Rabu, 19 September 2012

MB Selangor Dayus, Penasihat Ekonominya Bacul


Sebelum ini riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang yang bernaung di bawah gabungan tidak berdaftar PR memperlekahkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai bacul dan dayus berikutan cabaran debat dari Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak dilayan.

Mereka dengan angkuh meremehkan kesibukan Dato' Seri Najib sebagai PM yang jadual tugasannya agak padat dan ketat dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara berbanding dengan tugasan Ketua Pembangkang di Parlimen yang agak longgar ruang masanya dan lebih banyak cakap tanpa kerja buat bermanfaat.

Disebabkan terlampau banyak ruang masa itulah yang digunapakai sepenuhnya oleh Anwar untuk membuat ceramah politik kepartian ke pelusuk negara termasuklah sempat lagi menggayakan aksi pedang bengkok di lokasi kegemarannya.

Rupa-rupanya gelaran bacul dan dayus yang mereka palitkan pada PM serta Kerajaan Barisan Nasional itu hanyalah polemik saja untuk menutup kebebalan dan kelemahan pakatan pembangkang.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Selangor dari PKR, Khalid Ibrahim tidak semena-mena terbang ke Bangkok, Thailand pada hari sepatutnya dia berdebat dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkenaan isu hutang Talam di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.

Tiba-tiba sahaja lari ke luar negara konon ada acara sebagai alasan, untuk kurangkan rasa malu maka dihantarnya 3 orang balaci sekadar untuk mengabui mata khalayak.

Lagi tambah menarik perhatian ramai bila Setiausaha Politik MB yang mengiringi mereka dengan selambanya mengaku telah cilok (mencuri) dokumen sulit kerajaan negeri yang sepatutnya tidak boleh di bawa keluar dari pejabat MB. Sengal betul.

Pemimpin dan penyokong pembangkang juga pernah mengatakan yang PM dan BN terlalu dayus dan bacul untuk bubar parlimen serta memanggil segera PRU 13. Bunyinya macamlah geng-geng pemimpin pembangkang sudah tidak sabar untuk mengalahkan BN.

Tapi yang berlaku sekarang ialah, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Seringgit sudah pun mengesahkan bahawa Selangor tidak akan membubar DUN serentak dengan parlimen atas sebab konon daftar pemilih belum bersih.

Sebelum ini beriya-iya mereka menuduh BN takut menghadapi pilihanraya, rupanya yang sebenar-benar takut, bacul dan dayus ialah mereka sendiri. Takut dilihat gelaran bacul dan dayus terpalit atas dahi sendiri, tak pasal-pasal daftar pemilih SPR pula yang dijadikan kambing hitam.

Andai betul daftar SPR tak bersih, yang Anwar dan balacinya yang lain memandai-mandai cabar BN bubar parlimen secepat mungkin apahal? Sangap sungguh.

Kalau alasan daftar pemilih SPR benar tidak bersih, dari mana pula datangnya angan-angan mat jenin untuk tawan tiga lagi negeri lain. Tak ke kontradiks namanya tu?

Jadi, sekarang siapa yang dayus dan bacul sebenarnya? Bukankah ia kembali terpalit pada dahi pemimpin pakatan pembangkang sendiri lebih-lebih lagi Anwar dan Khalid yang sama-sama anak Ibrahim. 



Briyani Percuma Untuk LGBT: Bukti Kerja-kuat Pemimpin PR Berjaya


Akhbar The Star semalam menyiarkan laporan mengenai sebuah restoran di Bangsar Utama, Fiercer Curry House telah menawarkan hidangan briyani percuma kepada 15 lelaki pertama yang mengunjungi mereka dengan memakai baju berkolar V dan beg tangan lelaki.
 
(http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F9%2F17%2Fnation%2F12039803&sec=nation)
 
Tawaran itu adalah bersempena memperolok garispanduan mengenai bagaimana untuk mengesan golongan pelajar yang terlibat atau terpengaruh dengan budaya gay atau lesbian yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.   Antaranya, ialah berpakaian ketat, berkolar-V, warna cerah dan lembut bagi gay dan tidak berminat dengan lelaki, sebaliknya gemar menghabiskan masa dengan seorang rakan wanita sahaja tanpa ditemani rakan-rakan lain, bagi lesbian. 

Amatlah malang apabila garispanduan yang dikeluarkan dengan niat yang murni ini telah dipersoal bukan sahaja oleh media barat seperti Huffington Post dalam ruangan Huffpost Gay Voices, tetapi juga dipermainkan oleh rakyat Malaysia sendiri.  Pastinya, yang mempermainkannya adalah mereka-mereka yang langsung tidak kisah jika anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sebegini.  Antara yang menikmati briyani percuma ini ialah Alfred Loh iaitu seorang artis yang juga dikatakan terlibat dalam produksi teater untuk program Seksualiti Merdeka.  Beliau menafikan beliau mewakili golongan LGBT tetapi hanya menyatakan rasa sinisnya terhadap garispanduan tersebut kerana fesyen tidak sepatutnya dihadkan kepada sesiapa. Mengulas mengenai tawaran ini, pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, telah menyatakan kegembiraan atas reaksi umum yang didakwanya 'mentertawakan' garispanduan tersebut.   Pang semestinya tidak berpijak di bumi nyata  dan melihat takrif 'umum' hanya di kalangan rakan-rakannya sahaja.  Ini kerana soal LGBT sememangnya menjadi kerisauan yang besar bagi ibubapa di Malaysia dari semua lapisan kaum dan agama.   Jika benar kerajaan ada mengeluarkan garispanduan sedemikian, ia menunjukkan yang kerajaan amat prihatin dengan sentimen majoriti rakyat dan rakyat amat menghargainya. Hakikatnya, ibubapa di Malaysia amat risau melihat golongan LGBT semakin berani menonjolkan diri mereka kepada umum dengan bangga dan megah pula. 

Fenomena ini sebenarnya wajar dipertanggungjawabkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Rakyat sebagai tokoh atau wira, kononnya yang berjuang untuk hak asasi rakyat Malaysia, sedangkan yang diperjuangkan sebenarnya adalah hak LGBT.  Antaranya ialah tidak lain tidak bukan, peneraju BERSIH, Ambiga Sreenavesan yang menjadi antara 'orang kuat' dalam program Seksualiti Merdeka yang mempromosi gaya hidup LGBT.  Program tersebut turut mendapat sokongan Suaram di mana jurucakap Suaram, E.Nalini telah mengecam tindakan kerajaan yang mengharamkan program tersebut pada tahun 2011.   Selain itu, perlu diingatkan bahawa antara penganjur program ini juga adalah Majlis Peguam.  Soalnya, apakah persamaan antara Ambiga, Suaram dan Majlis Peguam dalam konteks politik di Malaysia? 

Ya, mereka semuanya punya kaitan dengan Pakatan Rakyat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.  Gerak langkah mereka sentiasa selari dengan PR dalam usaha untuk memburuk-burukkan kerajaan.  Dan soalan seterusnya, kenapakah pejuang-pejuang LGBT ini begitu 'intim' dengan PR dan menentang kerajaan?  Tentu sekali kerana PR menjanjikan hak kepada LGBT jika mereka memerintah negara ini.  Malah, kecenderungan PR untuk memberikan hak kepada golongan ini telah terbukti dalam kenyataan Anwar yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu iaitu bahawa 'undang-undang ke atas homoseksual adalah lapuk dan perlu dikaji semula'.  

Sebenarnya, bagi Anwar atau PKR menyokong LGBT bukan sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangka.  Bagi DAP pula, mereka dilihat mengambil pendirian 'terbuka' kepada idea-idea barat asalkan jangan 'hudud atau Negara Islam'. 

Memandangkan PAS terus berdegil ingin sehidup semati dengan PKR dan DAP, maka tidak salah jika kita katakan bahawa PAS juga terbuka dengan idea memberikan hak kepada golongan LGBT ini.   Malah, PAS sendiri yang menjulang Ambiga sebagai Wira dan sanggup duduk di belakang beliau berarak, berdemonstrasi untuk memburukkan kerajaan dan mengsabotaj imej negara.  Tidak mungkin PAS langsung tidak menyedari bahawa Ambiga melakukan apa yang dilakukannya iaitu memburukkan kerajaan dan mengsabotaj negara demi memastikan PR memerintah agar hak LGBT diiktiraf.  Nampaknya, perjuangan Pang Khee Teik, Ambiga, SUARAM, Majlis Peguam dan juga PR termasuk PAS, iaitu untuk membuka mata masyarakat agar menerima golongan LGBT sudah menunjukkan sedikit kejayaan.    Kerana itulah, hari ini, kita lihat ada restoran yang sanggup membela mereka secara terbuka dan mendapat sambutan ramai pula. 

Untuk itu, perlukah kita mengucapkan tahniah kepada PR?  Dan perlukah kita mengucapkan tahniah juga kepada PAS kerana membantu menjayakan agenda syaitan ini?  

Justeru, ke manakah arah Malaysia jika diperintah oleh PR?  Pastinya ke neraka - dunia dan juga akhirat. 

Selasa, 18 September 2012

Azizan Rela PAS Kalah di Kedah?


Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang sebelum ini dikhabarkan sering keluar masuk hospital kini semakin sihat.  Cakapnya dan gelaknya juga sudah kembali kuat.  Jika beliau dikatakan hampir pasti akan meletakkan jawatan atau tidak akan bertanding kerana sebab-sebab kesihatan, kini kata-kata itu perlu difikirkan semula.  Azizan nampaknya begitu bersemangat untuk bertanding lagi dan meletakkan jawatan tentulah jauh sekali.  

Keadaan ini menyebabkan musuh-musuhnya yang berada di dalam selimut, di dalam lipatan, di atas bumbung, di dalam kereta dan sebagainya semakin resah.  Walaupun begitu banyak serangan di lakukan mereka secara terbuka, nyata sehinggalah kepada cara halus untuk menjatuhkan Azizan, Azizan nampaknya akan terus kekal dan tidak berganjak. Apatah lagi apabila golongan pro-Ulama di dalam PAS kini dikatakan mula bangkit setelah mendapat tiupan semangat baru dari Nasharuddin.  Azizan yang berada dalam kelompok Ulama difahamkan amat sukar bertoleransi dengan puak Anwarinas.  Beliau juga menolak kumpulan Syiah mentah-mentah serta  enggan berkompromi dengan DAP.  Pendirian Azizan inilah yang menyebabkan beliau enggan melepaskan jawatannya.  Ini kerana, kesemua musuh-musuh dalaman yang mensasarkan jawatannya adalah terdiri dari sama ada golongan Anwarinas, Syiah atau talibarut DAP.   Antaranya ialah Phahrolrazi, Mahfudz dan Mat Sabu.

Sumber-sumber dalaman membayangkan yang Azizan lebih rela PAS kalah di Kedah daripada menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada mana-mana dari mereka di atas.   Bagi Azizan, biarlah UMNO yang menerajui asalkan bukan golongan pro-LGBT, Syiah atau alat kafir harbi.  Kita sanjung prinsip dan pendirian Azizan.  Namun, kita ingin ingatkan Azizan bahawa prinsip yang mulia sahaja belum cukup untuk memastikan negeri terpelihara dan rakyat hidup sejahtera.  Benar, membiarkan puak-puak LGBT, Syiah dan Kafir harbi memerintah adalah berdosa tetapi pemimpin yang gagal menangani masalah rakyat, membiarkan negeri terus mundur, tidak peka dengan kemusnahan alam sekitar dan tidak mampu menjana pendapatan negeri juga berdosa.   Jelas, pemimpin yang sebegini adalah tidak layak berada di tempatnya.  Bukan Azizan tidak tahu bahawa keadaan negeri Kedah adalah semakin merosot dari sebelumnya.  Anak-anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah masih 'terpinga-pinga' walaupun sudah hampir sepenggal PAS memerintah.  

Azizan langsung tidak punya perancangan untuk meningkatkan pelancongan di Kedah, malah pusat pelancongan sedia ada juga tidak dipelihara dengan baik.  Segala projek besar yang digembar-gembur konon bakal memacu ekonomi Kedah, hanya tinggal cakap kosong belaka kerana tiada siapa yang mahir untuk melaksanakannya.  Lebih buruk, bila begitu ramai yang menjadi tamak haloba akibat tidak pernah merasa atau bermimpi akan mampu duduk di mana mereka berada.  Projek peninggalan BN yang telah berjaya seperti Kulim Hi-Tech Park juga kini telah menampakkan masalah akibat ketidakcekapan dan ketamakan pihak pengurusan.  Namun, Azizan langsung tidak menyedarinya. Kedah kini bergerak ke belakang dan bukannya ke hadapan gara-gara mempunyai pemimpin yang tidak layak berada di tempatnya.   Azizan pasti tahu bahawa menurut Islam, meletakkan sesuatu yang bukan di tempatnya adalah satu ketidakadilan.  Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kemusnahan.

Justeru, jika Azizan benar-benar seorang yang berpegang kepada prinsip yang mulia, maka Azizan juga wajib memikirkan mengenai ketidakadilan yang sedang dilakukannya terhadap rakyat Kedah.  Mungkin elok jika Azizan membantu mengembalikan saja Kedah ke tangan BN untuk kebaikan semua.  

Agen Asing: PR, SUARAM, Apa Beza?


Sejak SUARAM terkantoi kerana menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia dan bukannya berfungsi sebagai NGO yang membela hak asasi manusia, pertubuhan itu nampaknya agak senyap dan jarang lagi membuat kenyataan. 
Pendedahan ini sekali gus menutup isu kapal selam scorpene dan juga pembunuhan Altantuya yang kononnya berkaitan dengan pemimpin tertinggi kerajaan.  Apa yang jelas kini ialah segala penipuan SUARAM untuk menggambarkan berlakunya rasuah dan juga penglibatan pemimpin tertinggi dalam pembunuhan adalah satu perancangan yang telah disusun rapi oleh mereka. 
Sehubungan dengan itu, adalah tidak mustahil bahawa kematian Altantuya itu sendiri adalah termasuk dalam perancangan mereka.   Di tambah pula dengan versi-versi akuan bersumpah dan skrip U-turn dan S-turn yang ditulis oleh pihak PR dan SUARAM mengenai kes ini yang menyebabkan kita semakin musykil akan peranan sebenar PR/SUARAM dalam kes ini. 
Ini kerana, hanya orang yang bersalah yang mempunyai banyak versi dalam penceritaan. 
Sedangkan di pihak kerajaan, rekod menunjukkan bahawa jawapan mengenai scorpene mahupun Altantuya tidak pernah berubah.  Malah, kerajaan dan Dato' Seri Najib tidak tahu menahu mengenai kisah atau latarbelakang wanita tersebut. 
Yang begitu arif tentang sejarah Altantuya adalah SUARAM / PR sehinggakan mereka dapat mengesan Altantuya di Perancis pada ketika tertentu walaupun polis Perancis sendiri tidak punya rekod kemasukan Altantuya ke negara itu.  Bukankah ini sesuatu yang pelik?
Sahlah bahawa isu sebenar di sini bukanlah scorpene mahupun Altantuya, tetapi SUARAM dan PR serta apa yang mereka sanggup lakukan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. 
Mungkin menyedari bahawa mereka telah 'terperangkap' kali ini maka media mereka, terutamanya, blog Lim Kit Siang, telah memaparkan beberapa artikel yang cuba menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia 'kecut-perut', berpeluh-peluh dan menggeletar apabila isu scorpene dibangkitkan SUARAM.   Tetapi, apa yang menarik ialah puak-puak PR ini tidak langsung menafikan bahawa SUARAM dibiayai dana asing malah membela tindakan itu dengan alasan kerajaan juga menerima dana asing?
 

Alasan ini menunjukkan betapa pihak mereka terdesak dan kehilangan arah serta hujah untuk membela SUARAM.  
Mereka boleh terus mencuba untuk menggambarkan 'ketakutan' kerajaan, tetapi rakyat nampak siapa yang takut dan siapa yang tidak.   Yang takut ialah mereka yang enggan bersumpah atas nama Allah S.W.T sedangkan Dato' Seri Najib telah pun bersumpah sebanyak 4 kali bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya. 
Yang takut ialah mereka yang gelabah, kerap memusing cerita, membuat akuan bersumpah dan kemudian menariknya kembali, menulis dengan penuh butiran terperinci dan kemudian menafikannya pula.  
Dan yang takut adalah mereka-mereka yang lari keluar negara dan enggan berhadapan dengan mahkamah walaupun kononnya mempunyai bukti kukuh untuk mengesahkan ceritanya. 
Siapakah mereka-mereka ini jika bukan puak-puak Pakatan Rakyat sendiri.   Kini, dengan kaitan SUARAM dengan agen asing semakin ketara, puak-puak PR ini semakin kecut-perut, dan berusaha sedaya upaya untuk meremehkan penerimaan dana asing tersebut. 
Jika PR tidak turut terlibat dengan agen asing, kenapa PR perlu membela agen asing seperti SUARAM?   Kenapa pula PR tidak melihat kesalahan dalam menerima dana asing dan menjadi talibarut asing? 
Jawapannya ialah kerana SUARAM itu adalah PR.   Maka kesimpulannya di sini ialah PR adalah agen asing a.k.a pengkhianat negara!




Khamis, 13 September 2012

Akhirnya Anwar Gila Juga…


Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal.   Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah mengambil-alih kuasa.  Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato' Seri Najib yang 'terpaksa' turun dari takhta, katanya.  

Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee.   Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.  Atau mungkin Anwar benar-benar terlupa untuk 'berkongsi' dengan rakan-rakannya yang lain seperti Kit Siang dan Hadi Awang serta membolot kuasa secara mutlak untuk dirinya semata-mata.  Justeru itu, segala keputusan akan dibuat secara sendirian tanpa perlu dibawa ke meja perbincangan. Namun, apa yang membuatkan kita lebih 'cuak' dengan Anwar ialah apabila beliau memberi masa yang tepat iaitu jam 2.30 petang untuk membuat mengumumkan kejayaannya menawan Putrajaya.  Kata beliau, ""Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,"

Rasanya tidak salah jika ada yang meragui kewarasan Anwar dengan kenyataan di atas.  Anwar bukan lagi gila kuasa tetapi sudah benar-benar gila.   Beliau mula menganggap imaginasinya sebagai realiti.  Keputusan pilihanraya hanya akan dikeluarkan seawal 5 petang, bagaimana Anwar mampu menilik kemenangannya pada jam 2.30 petang? Mungkin ada yang berkata bahawa ini adalah kenyataan 'pre-emptive' Anwar untuk mengambil-alih kuasa melalui jalan belakang iaitu dengan menjatuhkan kredibiliti SPR.  Namun, kita tidak boleh mengenepikan terus kemungkinan Anwar telah tidak berpijak di bumi nyata dan apa yang diperkatakannya bukanlah strategi 'pre-emptive' tetapi fantasinya.  

Anwar membayangkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas PRU nanti tetapi di masa yang sama beliau tahu yang beliau sukar untuk menang.  Justeru, imaginasinya memberitahu bahawa beliau boleh terus bersikap seperti Perdana Menteri, mengambil tindakan terhadap SPR serta memerintahkan Dato' Seri Najib agar turun dan berundur.  Bagaikan seorang kanak-kanak melayan imaginasi ingin menjadi superhero, Anwar juga membayangkan yang beliau boleh berbuat dan menjadi apa saja yang beliau mahukan.  Memandangkan imaginasi tidak mempunyai batasan maka kerana itulah Anwar mampu menabur janji-janji setinggi bintang di langit dan membayangkan senario PRU sesuka hatinya. Sedar atau tidak, nampaknya akhir-akhir ini cakap-cakap Anwar sudah semakin merapu.  Semakin banyak beliau bercakap, semakin terserlah bahawa beliau tidak lagi bercakap menggunakan akal yang waras.  Sikapnya yang tidak tenang dan sering menunjuk marah terhadap wartawan dari media pro-kerajaan selama ini adalah simtom-simtom awal ketidakwarasannya.  

Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada PRU nanti.  Apakah kegilaan Anwar akan terserlah dengan lebih jelas pada ketika keputusan diumumkan dan tidak memihak kepadanya?  Atau apakah beliau akan benar-benar bertindak mengikut imaginasinya iaitu mengabaikan undang-undang, peraturan dan logik dalam membuat tindakan dengan mengumumkan kemenangannya walaupun proses pengundian belum lagi tamat?  

Orang Islam Wajib Tolak PAS

Sejak PAS ditubuhkan 61 tahun lalu, dasar dan polisi perjuangannya sudah acapkali berubah-ubah menggambarkan betapa longgarnya asas perjuangan dan halatuju PAS dalam arena politik negara.

Perubahan ketara yang paling dirasai ialah bilamana PAS mula menyerap semangat revolusi Islam Iran pada awal 1980-an dan serentak dengan itu, apa saja perjuangan atas nama bangsa Melayu ditolak ke tepi.

Serentak itu, dalam kamus perjuangan PAS tiada lagi keperluan mengangkat unsur-unsur politik untuk kepentingan kaum bangsa apatah lagi mahu mendaulatkan dan memperkasakan kuasa politik Melayu Islam. Satu ketika, PAS melalui bekas Presidennya Allahyarham Fadhil Noor pernah menganggap Melayu itu tidak penting dan bangsa Melayu itu tidak diperlukan kerana bagi PAS, polisi dan dasarnya hanyalah Islam.

Namun PAS tidak dapat menafikan realiti sejarah telah merekodkan kewujudan PAS tiga dekad sebelumnya adalah berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam, sama seperti UMNO malah asal usul kelahirannya juga datang dari 'perut' UMNO. Malah negeri Kelantan yang waktu pertama kalinya dikuasai oleh PAS pada 1959 juga berlaku tatkala PAS diketuai oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi yang sekian lama diketahui mendukung kuat semangat nasionalisme Melayu Islam.

Dr Burhanuddin yang menyertai PAS pada tahun 1956 adalah pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang di awal penubuhannya condong kepada idea mewujudkan Melayu Raya, satu gagasan kemerdekaan yang mahu menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. Seterusnya fakta sejarah juga menunjukkan selepas kematian Dr Burhanuddin, PAS diambil alih oleh Datuk Asri Muda yang juga adalah seorang tokoh nasionalis Melayu Islam. Bagaimanapun selepas PAS dirasuk oleh semangat revolusi Iran, akhirnya beliau didesak meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Pusat semata-mata untuk menguburkan imej dan semangat kebangsaan Melayu Islam yang pernah mengalir dalam darah perjuangan PAS.

Selepas itu gara-gara rasukan semangat revolusi Iran begitu mengasak pola pemikiran pemimpinnya telah membawa kepada kepercayaan bahawa perlunya untuk PAS kelihatan berbeza dari UMNO jika mahu mengatasi komponen utama BN itu. Lantaran itu pemimpin PAS bekerja keras mendoktrinkan pemikiran pengikutnya bahawa perjuangan berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam yang sekian lama menjadi tunjang kekuatan UMNO adalah salah dan bertentangan dengan Islam. Apa sahaja yang bernama Melayu dan ada unsur Melayu, PAS akan segera membangkangnya serta tidak teragak-agak untuk memfatwakan sebagai sekular, perkauman sempit dan haram.

Namun seperti mana sejarah tiga dekad (1951 - 1981) sebelum revolusi Iran, telah memaksa PAS berubah arah semata-mata demi kepentingan politik duniawi, kini selepas tiga dekad revolusi Iran (1981 - 2012) sekali lagi PAS berpusing arah dan cuba kembali menonjolkan keMelayuannya. Dalam edisi terbaru akhbar suara rasmi PAS, Harakah misalnya dengan tajuk besar "Melayu Wajib Sokong PAS", Presiden PAS sekarang Abdul Hadi Awang menyatakan adalah wajib untuk orang Melayu menyokong PAS dan menolak UMNO demi menguatkan kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang. Menurutnya lagi bukan sahaja UMNO tidak berjaya menguatkan kedudukan dan persaingan kaum Melayu serta Bumiputera dalam bidang ekonomi malah Hadi berpendapat UMNO telah gagal memperkasakan kuasa politik Melayu Islam.

PAS dan Presidennya kelihatan semacam baru tersedar dari mimpi panjang berkaitan revolusi Iran yang selama ini dipuja puji oleh PAS sehinggakan sanggup memperlekehkan peri penting perjuangan berunsurkan Melayu Islam. Perubahan drastik polisi dan dasar PAS ini berkait rapat dengan gelombang kesedaran ramai pengundi Melayu Islam yang semakin kuat menolak kehadiran PAS yang kini langsung tidak membawa manfaat kepada orang Melayu Islam. Wujudnya PAS dalam PR bukan sahaja gagal memartabatkan kuasa politik Melayu Islam malah lagi menjahanamkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Oleh itu, amatlah wajar untuk masyarakat Melayu Islam semakin menjauhkan diri dari PAS dalam PRU 13 kelak malah seluruh orang Islam dari pelbagai kaum bangsa wajib untuk menolak kewujudan PAS disebabkan ketidaktentuan polisi parti tersebut yang celaru dan berubah-ubah.

Lynas: Kegagalan Fuziah Bangkitkan Kemarahan Anwar

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Pakatan Rakyat telah benar-benar ketandusan isu untuk menghadapi PRU-13.  Segala isu yang dikitar semula seperti hudud juga nampaknya memakan diri sendiri.   Malah, isu yang dicipta contohnya, fitnah-fitnah terhadap Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah juga tidak membawa ke mana.  Habisnya, mereka yang kantoi dan seluruh agenda dan dalang di belakang mereka terbongkar.  Antaranya, kes mengenai cincin yang kononnya berjuta-juta, pembunuhan Altantuya, rasuah dalam pembelian scorpene serta latarbelakang SUARAM. 

Kini, apa yang PR mampu lakukan untuk terus berdiri sementara menunggu PRU ialah menebalkan muka untuk terus menafikan segala apa yang telah terkantoi, serta terus memainkan isu-isu tersebut seolah-olah ia masih relevan dan belum selesai. 

Dan inilah yang PR sedang lakukan dalam isu kilang Lynas di Gebeng yang dijuarai oleh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen PKR Kuantan.  Fuziah terus berdegil menentang Lynas, walaupun kilang tersebut telah pun dibuktikan oleh segala macam pakar dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, sebagai tidak merbahaya untuk manusia, haiwan dan alam sekitar. 

Fuziah telah bertindak menolak segala laporan saintifik dengan menggunakan air-liurnya. 

Sedangkan, membahaskan isu mengenai bahan radioaktif, kimia dan nuklear tidak boleh hanya berdasarkan pendapat, contoh terasing, gerak hati dan juga emosi.  Ini kerana, ia adalah isu saintifik yang mana permasalahannya boleh dibentangkan secara terperinci serta dibuktikan, jika perlu, tanpa boleh dimanipulasi. 

Difahamkan, Fuziah telah diarahkan untuk terus menghidupkan isu Lynas dan memastikan Lynas tidak beroperasi walau apapun terjadi.  Anwar Ibrahim sendiri memberitahu Fuziah agar menjaga 'air muka' PR dan terus menjadikan Lynas satu isu besar sehingga PRU nanti.  Jika tidak, Anwar khuatir rakyat mula membuka mata bahawa PR sengaja mempolitikkan Lynas untuk memburukkan kerajaan sedangkan kilang tersebut jelas tidak merbahaya. Kerana itulah walaupun media pro-PR iaitu Free-Malaysia-Today (FMT) telah terpaksa mengaku kalah dan meminta maaf kepada Lynas kerana menulis bahawa Lynas adalah merbahaya, PR tetap tegar membuat tuduhan yang sama.  Harapan mereka, rakyat akan terlupa akan permohonan maaf FMT dan percaya bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah berasas. 

Apabila Lynas mendapat lesen beroperasi sementara, Anwar dikatakan berang dan menyalahkan Fuziah atas kegagalan PR menghalangnya.  Maka Fuziah dipaksa untuk meneruskan rayuan di mahkamah untuk menghentikan terus operasi Lynas.  Memandangkan sejak dari awal lagi Kumpulan Anti Lynas tidak mampu berhujah dengan fakta dan bukti bagi meyakinkan mahkamah bahawa Lynas adalah merbahaya, maka tidak hairanlah jika rayuan mereka kalah lagi.  Fuziah dan PKR serta Anwar tahu bahawa mereka tiada kredibiliti dan tiada asas untuk terus menentang Lynas tetapi apakan daya, mereka perlu terus memainkan isu yang tidak ada demi memastikan parti mereka kelihatan relevan di mata rakyat. 

Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar telah memarahi Fuziah dengan teruk sekali kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.  Dan Fuziah pula berazam untuk memulihkan imejnya di mata Anwar dan ingin membuktikan bahawa beliau bukannya seorang 'loser'.  Oleh itu, sepertimana BERSIH diteruskan walaupun hampir semua dari tuntutan BERSIH telah diterima kerajaan, begitulah juga Fuziah akan meneruskan tentangan terhadap Lynas.  Untuk ini, Fuziah perlu terus berlakon bodoh, pekak badak dan buta tuli seolah-olah tidak memahami ayat mudah bahawa 'kilang Lynas tidak merbahaya'. 

Dari satu segi, benarlah kata Anwar bahawa Fuziah adalah 'loser'.  Ini kerana hanya seorang 'loser' sahaja yang sanggup terus berlakon bodoh demi satu matlamat yang bodoh juga iaitu menghentikan operasi kilang yang bakal memberi keuntungan kepada penduduk sekitar dan juga negara.  

Bina Kolam, Gali Perigi Untuk Hadapi Krisis Air

EXCO Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dalam kenyataannya pada Ahad lepas sekali lagi menegaskan kerajaan PKR Selangor tetap tidak akan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan selagi Kerajaan Pusat tidak bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula yang diingini oleh kerajaan negeri.

Nampak gayanya kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim sudah nekad untuk mempertaruhkan kehidupan rakyat bawahan untuk memenuhi agenda peribadi puak mereka yang lebih mengutamakan kepentingan mengisi poket sendiri melalui idea penstrukturan semula pengurusan air.

Dalam isu Langat 2 yang semakin hangat diperkatakan sekarang, langkah songsang kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar PKR, Khalid Ibrahim yang terus menerus menolak pembinaan segera Langat 2 nyata satu keputusan yang tidak matang. Hanya disebabkan adanya peluang mengaut keuntungan dari penstrukturan semula pengurusan air, mereka sanggup menggadai keselesaan hidup rakyat jelata sedangkan soal penstrukturan semula masih boleh dibincangkan kemudian. Keutamaan sekarang sepatutnya menjurus pada bekerjasama bagi memudahkan laluan pembinaan segera Langat 2 demi memastikan kehidupan harian rakyat dan ekonomi negeri tidak terbantut.

Kajian para pakar bebas dan professional yang menjangkakan bekalan air bersih bakal berdepan cabaran yang memungkinkan berlakunya krisis air pada tahun 2014 di seluruh Lembah Klang termasuk Selangor sewajarnya dipandang serius oleh kerajaan negeri. Malangnya kerajaan negeri Selangor yang sekarang didominasi oleh PKR dan DAP dengan bantuan keldainya dari PAS, bukan sahaja terlalu banyak berpolitiking malah ramai pemimpinnya terlalu cetek akal serta gagal memandang jauh ke depan. Agaknya pimpinan negeri lebih rela melihat rakyatnya minum air mentah dari empangan dan sungai seandainya krisis air yang dijangkakan berlaku pada 2014 menjadi kenyataan.

Atau mungkin juga mereka akan berasa gembira bilamana kelak banyak kolam takungan dibina serta perigi digali oleh rakyat semata-mata untuk menghadapi krisis air itu nanti.

Nik Aziz Ahli Mesyuarat Tingkap


Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din. Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu. Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu, tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS. Alasan sebegini sudah acap kali kita dengar sama ada dari mulut Nik Aziz sendiri mahupun orang kanannya baik yang membabitkan mesyuarat parti, mesyuarat mingguan exco negeri mahupun mesyuarat bulanan anak syarikat serta agensi negeri Kelantan. Bukan satu rahsiapun sejak Nik Aziz menjawat kedudukan sebagai MB, paling lama dia akan berada dalam sesuatu mesyuarat hanya sekitar sejam sahaja malah banyak mesyuarat di peringkat kerajaan negeri acapkali di pengerusikan oleh orang lain.

Ini pun satu sebab lagi kenapa dikalangan ramai rakyat Kelantan, Nik Aziz lebih terkenal sebagai MB paling kuat berceramah atas pentas politik tapi paling tak memberi manfaat untuk agama, bangsa mahupun negeri sendiri. Yang dia tahu cuma tandatangan itu ini tanpa mahu membaca sebarang isi kontrak. Dan dia akan setuju apa sahaja tanpa memperhalusi butiran perjanjian, apa yang dibisikkan oleh penasihatnya itulah yang dia pegang tanpa faham penting atau tidak sesuatu perkara. Nama Majlis Syura Ulama PAS ini pun hanya beberapa minggu kebelakangan ini sahaja sedikit popular tapi selama ini jarang orang tahu bahawa badan tertinggi PAS itu walaupun sudah lama di pengerusikan oleh Nik Aziz tapi nak nampak batang hidung Nik Aziz dalam mesyuarat dwi bulanannya yang jarang-jarang diadakan itu pun amatlah payah.

Ramai pemimpin PAS pernah merungut atas kelesuan Majlis Syura namun bila tiba-tiba sahaja isu Nasharudin meletus dan badan tersebut dijadikan rujukan terpaksa jugalah Nik Aziz menggagahkan diri menghadiri mesyuarat setelah merasakan itulah peluangnya bagi mengenakan Ustaz Nasharudin yang sekian lama dibencinya itu.

Malangnya baru 20 minit mempengerusikan mesyuarat, sudah pancit awal dan hasil mesyuarat pula tak menepati kemahuannya. Gayanya tak lebih tak kurang, Nik Aziz lebih sesuai diangkat sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...