Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 6 Jun 2012

Nizar Membawa PAS Meniti Zaman Kejatuhan



Entah di mana silapnya, malang yang terhempuk di kepala bekas MB Perak, Nizar Jamaludin terus bertimpa-timpa mengalahkan jatuh di timpa tangga.

Jika ditanya pada khalayak PAS persoalan siapakah paling dibenci ketika ini, tidak dapat tidak mulut mereka akan terjuih tuju kepada Nizar. Bagi mereka sialnya mulut dan sikap Nizar menyebabkan PAS tak dapat duduk diam dari menerima hentaman dan kritikan umum.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya misalnya yang patutnya menjadi medan penting mengembalikan PAS ke posisi terbaik untuk tawar menawar kerusi dengan rakan sepakatan dalam pembangkang tiba-tiba dicemari dengan ucapan pengharapan Nizar yang mahu melihat kejatuhan PAS serta pembangkang di semua peringkat.

Lumrah untuk kita sesekali tersasul namun biasanya kita akan diberi ilham oleh Allah s.w.t untuk tersedar kemudian memperbetulkannya beberapa ketika selepas ucap kata yang tersilap kita sebut sebelumnya. Tapi hingga kini baik Nizar mahupun media maya pro PAS enggan mengulas atau memperbetulkannya, barangkali masing-masing berasa malu.

Kebetulan yang menarik dalam salah satu rakaman video yang memaparkan Nizar sedang berucap di majlis himpunan itu terpampang jelas beberapa penghadang kayu yang kelihatan seperti salib secara tidak sengaja. Tak semena-semana peristiwa kalimah Allah s.w.t dijadikan gadaian oleh PAS bergema kembali.

Beberapa hari lepas pula, Nizar jugalah yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai apabila sengaja mengkritik pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor. Akibatnya panas punggung pemimpin PAS untuk mengatur buah silat untuk menepis kritikan bertali arus.

Kira-kira dua tiga minggu sebelum ini, dek kerana ingin menarik perhatian ramai, Nizar telah dengan sengaja 'menceroboh' ceramah UMNO dengan hasrat mahu bikin gempak supaya pemimpin UMNO di majlis tersebut akan kelihatan terkejut, takut dan pucat.

Akhirnya apa yang terjadi malu yang dapat apabila rakaman video yang dimuatturunkan menunjukkan aksi sebaliknya. Tayangan video pembohongan Nizar dipertontonkan ramai dan sifat gemar membohong Nizar terus dibalun hinggalah Nizar tersipu-sipu malu meninggalkan majlis.

Sejak dirinya terbabit berkonspirasi untuk cuba menjatuhkan Husam Musa dalam pertandingan Naib Presiden PAS setahun lalu, imej dan kredibilitinya yang sudah jatuh semakin menjunam ke bawah. Di tambah lagi dengan isu-isu terkini yang menyelubungi dirinya, lebih ramai penyokong PAS yang menyampah berbanding menyanjung dirinya.

Tidak syak lagi jika situasi ini berkekalan dan usaha meningkatkan kembali imej Nizar dan PAS gagal ditangani oleh parti itu, besar kemungkinan PRU 13 kelak harapan permulaan zaman kejatuhan PAS seperti diucapkan oleh Nizar bakal menjadi kenyataan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...