Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Jumaat, 29 Jun 2012

Lynas: Dr Rosli Takut Di Makan Sumpah 'Baiah'?






Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.

Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.

Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain. Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu?

Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;-

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya".

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah".

"Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment".

Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.

Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas.

Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.

Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.

Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri?

Malaysiakini Mempromosi Perkauman



Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini.  Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa "Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga."

Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan.  Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi.  Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal.  Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan. 

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera.  Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan.

Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus.  Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.

Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia. 

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman.  Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang. 

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja. 

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini.  Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman.  'Perkasa' sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai 'gila' oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh  mereka.

Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf?  Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh?  Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam?  Siapakah rasis dan 'gila' sebenarnya di sini?

Orang 'gila' yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman.  Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan. 

Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua.  Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya. 

Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh 'pergi jahanam'.  Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh 'pergi jahanam' tanpa mengheret kaum lain bersamanya. 

Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.    

Selasa, 26 Jun 2012

PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP



Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.

Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.

DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.

Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.

Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.

Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.

Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.

Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.

Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.

Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.

Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.

Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?

Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.

Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.

Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.

Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.

Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.

Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina.

Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.

Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.

Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.

ends

Kenapa Kaum Cina Tak Percaya Anwar?

Kaum Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka.  Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang.  Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.    

Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.

Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka 'berkembang'.   Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.   

Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini.  Namun, majoriti  kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.  

Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.  

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat.  Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti.  

Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.  

Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak 'mengambil alih' perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara.   Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.  

Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini.   Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya.  Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.  

Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar 'sesumpah' oleh wartawan barat.  Mengikut pendedahan buku The 'I' Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam 'sempurna' ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.  Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.  Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi 'mimpi' Anwar pada waktu itu!

Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990.  Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina.  Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu.   Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.  

Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.  

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk.   Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.  

Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF.   Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan 'Non-Performing-Loan' (NPL).  Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.  

Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap.  Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.   

Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri.  Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum.  Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.  

Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini.  Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.  

Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa.  Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural.  

Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang 'moderate' dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini.  


Isnin, 25 Jun 2012

Suara Keadilan Menipu Lagi...!!!






Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.
Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.
Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.
Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.
Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.
Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?
Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.
Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.
Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.



Jumaat, 22 Jun 2012

SPRM Tolong Siasat Keluarga Faekah Husin




Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato' Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.


Singapura Kurang Ajar


Jika kita menakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini.  Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri.  Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap 'paranoid' yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.  

Sikap 'paranoid' berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka.  Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini.   Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.  

Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara.  Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan.   Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas.  Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.  

Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:  

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.

2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).

3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut dan perangai Singapura.  

Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh.   Jika anda mengorek punca kenapa kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan pentingkan diri juga.  

Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000" pernah mendedahkan bahawa tentera Singapura diasaskan oleh tentera Israel.   Beliau menulis, "misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura".  

Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan setia.

Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya.  Baru-baru ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk 'menceroboh' pilihanraya negara ini.  Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR.  

Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia.  Menyertai demonstrasi dan menceroboh pilihanraya adalah Pelan A.  Justeru, jangan sekali-kali kita terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal.  

Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain melalui perbualan sulit yang dirakam.  Namun, Singapura langsung tidak terasa malu, jauh sekali meminta maaf.  

Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini.   Seperti seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas.  

Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang amat kurang ajar sekali.

Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib berpegang kepada pepatah iaitu 'buat baik berpada-pada' apabila berurusan dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya sekali - tetapi berkali-kali.   

Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam menghadapi ancaman negara jiran ini.  Harapan kita juga agar rakyat akan semakin membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura, dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara





Bantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang

 
Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.

Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.

Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.

Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.

Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.

Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.





Anwar Suruh Sumpah!!!!


Bekas Pengarah BPR mengaku diminta buat Akuan Bersumpah bersih nama ketua pembangkang

PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris mendakwa beliau membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2003 atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
 
Beliau yang dihubungi di Medan, Indonesia, berkata SD itu membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, selain mempunyai hubungan dengan pihak berkepentingan di Barat.

Ia berkaitan kes saman malu Anwar terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) kerana mendakwa artikel bertajuk 'Anwar's link to US lobbyist' yang disiarkan pada 2 Mac 2002 sebagai memalukan beliau.

Abdul Razak yang terbabit dalam siasatan kes itu pada 1999 dan ditutup pada tahun berikutnya, mendakwa pada 2003, beliau diminta oleh Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir bagi pihak BPR selepas disapina oleh Anwar dalam saman berkenaan. (BPR kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Beliau mendakwa Anwar mengetahui bahawa 'tiada kes' terhadapnya dan mempunyai kelebihan dalam kes itu kerana dokumen yang dirampas dalam siasatan sudah dipulangkan.

Abdul Razak yang menamatkan perkhidmatan pada 2004, berkata disebabkan disapina sebagai saksi plaintif, beliau bersetuju dengan permintaan Anwar supaya membuat SD selepas Anwar enggan memasukkan kenyataannya dalam afidavit.

"Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.

"Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.

"Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah," katanya.

 Mengenai tindakan Anwar menggunakan SD beliau bagi menyokong kesnya sekarang, Abdul Razak berkata sesiapa saja akan menggunakan peluang seumpama itu.

 Sehubungan itu, katanya, SPRM wajar membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru.

Sementara itu, Eekmal Ahmad, koodinator media Anwar, terkejut apabila diminta mengulas pendedahan Abdul Razak dan bertanya bagaimana New Straits Times dapat menghubungi bekas pengarah BPR itu serta sama ada media lain memperoleh maklumat berkenaan.

 Katanya, tiada sesiapa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangka Abdul Razak akan bercakap mengenainya kepada media.

"Kami tidak mahu mengulas dakwaan itu dan kami tidak mahu mencabarnya. Selagi SD itu tidak diubah dan Abdul Razak mengekalkan perakuannya itu, kami tidak melihat sebarang masalah. SD tidak boleh dipinda atau Abdul Razak boleh didakwa kerana membuat akuan sumpah palsu," katanya.

Ditanya komen Anwar mengenai pendedahan itu, Eekmal berkata: "Jika ada sebarang maklum balas daripada Anwar, saya akan memaklumkan kepada anda."

Petikan : Berita Harian




Kebongkakan Nik Aziz

 
Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.

Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.

Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.

Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.

Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?

Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.

Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?

Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?





Lynas: Skandal Pembohongan Paling Licik Terbongkar


Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.  

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan.  Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu.  Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat.  Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya.  Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.  

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.  

Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat.  Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong.  Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che' Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.  

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba 'mengecat-putihkan' apa yang gelap mengenai Lynas.   Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta 'pencinta alam' yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.  

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara.  Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.  

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.  

Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa "Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat."

Dan, "Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP."

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.   

Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.  

Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada "akibat yang sangat serius" untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk "10 tahun yang akan datang".   Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara.  Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.  

Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.  

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya.  Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.  

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur.  Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.  

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.   





Suaram Pijak dan Hina Undang-undang Perancis

 
SUARAM, kononnya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia sepatutnya mempunyai integriti yang tinggi dan berpegang teguh kepada keadilan. Menafikan hak kepada orang yang layak, iaitu tidak berlaku adil, adalah satu kezaliman. Berbohong dan menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan seseorang adalah tindakan yang bukan sahaja zalim tetapi juga tidak berintegriti.

Dan itulah SUARAM, iaitu pertubuhan yang menggunapakai nama 'hak asasi' tetapi tidak punya integriti, tidak adil, tidak punya maruah, moral mahupun etika sekali gus tidak punya nilai walau sesen pun. Hari ini, kita melihat SUARAM begitu hina sekali kerana pertubuhan itu langsung tidak merasa malu atau bersalah, apabila berbohong kepada rakyat Malaysia dan dunia semata-mata kerana ingin memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia.

Pembohongan itu pula, bukannya sekali, tetapi bersiri, di mana setiap sirinya memaparkan kisah yang kabur diselang-selikan dengan angka-angka yang berubah-ubah. Sekejap rasuah berjumlah EURO 114 juta dan kemudian berjumlah EURO 1.08 billion pula. Sekejap digambarkan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Perdana Menteri dan kemudiannya dikatakan ada hubungan dengan Abdul Razak Baginda pula. Katanya, Altantuya adalah penterjemah dan seorang model tetapi semua urusniaga diadakan dalam bahasa Inggeris, yang tidak memerlukan terjemahan. Sekejap dikatakan rasuah dibayar oleh DCNS kepada Perimekar tetapi kemudian timbul pula nama-nama syarikat lain seperti Thales dan Terasasi yang langsung tidak disebut dalam kontrak pembelian kapal selam.

Kemuncak buruknya sikap SUARAM ini ialah apabila mereka menggunakan nama 'Mahkamah Perancis', 'Undang-undang Perancis' dan 'Hakim Perancis' bagi menguatkan penipuan mereka.

Apabila pembohongan mereka dibongkar dan rakyat mula sedar bahawa tiada perbicaraan pun mengenai kes 'rasuah dalam pembelian kapal-selam' oleh Malaysia, SUARAM mula panik. Lalu, tanpa berfikir panjang mereka cuba meneruskan dan membesarkan lagi pembohongan dengan harapan rakyat akan kembali percaya kepada mereka. Untuk itu, SUARAM berbohong lagi menyatakan bahawa orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah orang pertama yang akan disapina oleh Mahkamah Perancis dalam kes ini.

Entah kenapa SUARAM menyangka yang Jasbir Singh hanya akan berdiam diri bila namanya digunakan untuk kepentingan pertubuhan itu. Mungkin SUARAM yang mewakili pembangkang ni benar-benar bodoh atau sekadar berada dalam dunia mereka sendiri, menyangka yang majoriti rakyat akan membantu mereka berbohong, termasuklah Jasbir Singh.

Malang bagi SUARAM dan pembangkang apabila Jasbir tampil membuat penafian tegas menyatakan "Ini adalah tuduhan palsu dan menyedihkan yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa."

Malah Kedutaan Perancis juga terpinga-pinga apabila mendengar soal sapina.

Maka, kantoilah lagi pembohongan SUARAM.

Namun, SUARAM, pertubuhan yang ditubuhkan oleh keluarga dan bekas banduan ISA iaitu pengganas dan pengancam keselamatan negara ini diterajui oleh manusia-manusia yang tidak tahu malu. Biar berkali-kali terkantoi, mereka akan tetap tegar berbohong.

Jelas, SUARAM bukan sahaja menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia tetapi juga dengan biadapnya mempermainkan mahkamah Perancis, Kedutaan Perancis, Hakim Perancis, rakyat Malaysia, pemerhati politik serta para wartawan seluruh dunia. Nampaknya, SUARAM menganggap semua orang sebagai badut, bodoh dan boleh dipermainkan malah Hakim Perancis juga boleh dipijak-pijak dan dipergunakan sewenang-wenangnya.

Undang-undang, peraturan, moral, etika semuanya tidak bermakna apa-apa bagi manusia-manusia peneraju SUARAM. SUARAM sememangnya tidak pernah dan tidak tahu menghormati sesiapa dan tidak layak langsung menyebut perkataan 'hak asasi manusia'.

Tetapi, sepandai-pandai SUARAM melompat, akhirnya tenggelam juga. Hari ini, rakyat Malaysia secara rasminya, merujuk kepada para peneraju SUARAM seperti Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong, Sivarasa Rasiah, Irene Fernandez, Dr. Syed Husin Ali, Tian Chua, S.Arutchelvan, Dr. Nasir Hashim, Elizabeth Wong, Premesh Chandran dan lain-lain sebagai manusia pengkhianat dan penipu yang tidak bermaruah. Maka, tidak hairanlah kenapa mereka tegar membela mereka-mereka yang mempunyai sejarah ditangkap mengikut Akta ISA. Hanya pengkhianat yang sanggup membela pengkhianat.


'Orang kanan' Razak Baginda nafi dapat sepina

Suaram Pijak dan Hina Undang-undang Perancis

SUARAM, kononnya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia sepatutnya mempunyai integriti yang tinggi dan berpegang teguh kepada keadilan. Menafikan hak kepada orang yang layak, iaitu tidak berlaku adil, adalah satu kezaliman. Berbohong dan menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan seseorang adalah tindakan yang bukan sahaja zalim tetapi juga tidak berintegriti.

Dan itulah SUARAM, iaitu pertubuhan yang menggunapakai nama 'hak asasi' tetapi tidak punya integriti, tidak adil, tidak punya maruah, moral mahupun etika sekali gus tidak punya nilai walau sesen pun. Hari ini, kita melihat SUARAM begitu hina sekali kerana pertubuhan itu langsung tidak merasa malu atau bersalah, apabila berbohong kepada rakyat Malaysia dan dunia semata-mata kerana ingin memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia.

Pembohongan itu pula, bukannya sekali, tetapi bersiri, di mana setiap sirinya memaparkan kisah yang kabur diselang-selikan dengan angka-angka yang berubah-ubah. Sekejap rasuah berjumlah EURO 114 juta dan kemudian berjumlah EURO 1.08 billion pula. Sekejap digambarkan bahawa Altantuya ada hubungan dengan Perdana Menteri dan kemudiannya dikatakan ada hubungan dengan Abdul Razak Baginda pula. Katanya, Altantuya adalah penterjemah dan seorang model tetapi semua urusniaga diadakan dalam bahasa Inggeris, yang tidak memerlukan terjemahan. Sekejap dikatakan rasuah dibayar oleh DCNS kepada Perimekar tetapi kemudian timbul pula nama-nama syarikat lain seperti Thales dan Terasasi yang langsung tidak disebut dalam kontrak pembelian kapal selam.

Kemuncak buruknya sikap SUARAM ini ialah apabila mereka menggunakan nama 'Mahkamah Perancis', 'Undang-undang Perancis' dan 'Hakim Perancis' bagi menguatkan penipuan mereka.

Apabila pembohongan mereka dibongkar dan rakyat mula sedar bahawa tiada perbicaraan pun mengenai kes 'rasuah dalam pembelian kapal-selam' oleh Malaysia, SUARAM mula panik. Lalu, tanpa berfikir panjang mereka cuba meneruskan dan membesarkan lagi pembohongan dengan harapan rakyat akan kembali percaya kepada mereka. Untuk itu, SUARAM berbohong lagi menyatakan bahawa orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah orang pertama yang akan disapina oleh Mahkamah Perancis dalam kes ini.

Entah kenapa SUARAM menyangka yang Jasbir Singh hanya akan berdiam diri bila namanya digunakan untuk kepentingan pertubuhan itu. Mungkin SUARAM yang mewakili pembangkang ni benar-benar bodoh atau sekadar berada dalam dunia mereka sendiri, menyangka yang majoriti rakyat akan membantu mereka berbohong, termasuklah Jasbir Singh.

Malang bagi SUARAM dan pembangkang apabila Jasbir tampil membuat penafian tegas menyatakan "Ini adalah tuduhan palsu dan menyedihkan yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa."

Malah Kedutaan Perancis juga terpinga-pinga apabila mendengar soal sapina.

Maka, kantoilah lagi pembohongan SUARAM.

Namun, SUARAM, pertubuhan yang ditubuhkan oleh keluarga dan bekas banduan ISA iaitu pengganas dan pengancam keselamatan negara ini diterajui oleh manusia-manusia yang tidak tahu malu. Biar berkali-kali terkantoi, mereka akan tetap tegar berbohong.

Jelas, SUARAM bukan sahaja menunjukkan sikap tidak menghormati Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia tetapi juga dengan biadapnya mempermainkan mahkamah Perancis, Kedutaan Perancis, Hakim Perancis, rakyat Malaysia, pemerhati politik serta para wartawan seluruh dunia. Nampaknya, SUARAM menganggap semua orang sebagai badut, bodoh dan boleh dipermainkan malah Hakim Perancis juga boleh dipijak-pijak dan dipergunakan sewenang-wenangnya.

Undang-undang, peraturan, moral, etika semuanya tidak bermakna apa-apa bagi manusia-manusia peneraju SUARAM. SUARAM sememangnya tidak pernah dan tidak tahu menghormati sesiapa dan tidak layak langsung menyebut perkataan 'hak asasi manusia'.

Tetapi, sepandai-pandai SUARAM melompat, akhirnya tenggelam juga. Hari ini, rakyat Malaysia secara rasminya, merujuk kepada para peneraju SUARAM seperti Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong, Sivarasa Rasiah, Irene Fernandez, Dr. Syed Husin Ali, Tian Chua, S.Arutchelvan, Dr. Nasir Hashim, Elizabeth Wong, Premesh Chandran dan lain-lain sebagai manusia pengkhianat dan penipu yang tidak bermaruah. Maka, tidak hairanlah kenapa mereka tegar membela mereka-mereka yang mempunyai sejarah ditangkap mengikut Akta ISA. Hanya pengkhianat yang sanggup membela pengkhianat.

Suaram Insulted Laws Of France


Suaram, an organization that 'fights' for human rights should have had high integrity and they should have held on to justice. Denying other people's rights and spreading rumors is just downright evil.
That is Suaram, an organization that uses the name of 'human rights' but they themselves do not have any integrity, do not work with justice, no dignity or even any ethics. Today, we see Suaram as something that is so small because the organization do not even feel guilty for lying to Malaysians and the world just because they want to tarnish the image of the Prime Minister.
They did not just lied once, but multiple times where in each series, they would present statements that are vague and they would include in numbers that would constantly change. At one time, the amount of bribery was EURO114 million. then it changes to EURO1.08 billion. Once Altantuya was said to have a relationship with the PM and then it was said that she had a relationship with Abdul Razak Baginda. They said that Altantuya was a translator and a model, but all of the transactions were done in English, there is no need for any translation. Once, they said that the bribe was paid by DCNS to Perimekar but then it was changed to other companies such as Thales and Terasasi which were not even mentioned in the purchase contract of the submarines.
The worst part for Suaram was when they used the name of France Court, France's Law and France's Judge to strenghten their lies.
When their lies were then exposed as rakyat realize that there are no trial at all when it comes to the 'bribery' case in the puchase of the subs by Malaysia, Suaram began to panic. So, without even thinking, they kept on making more lies in hopes that rakyat would believe them. For that, they made another lie, saying that Abdul Razak Baginda's right hand defense analyst man, Jasbir Singh Chahl was the first man who would be given subpoena by Court of France in this case.
What, Suaram thought that Jasbir Singh would remain quiet when his name was used for the interest of the organization? Perhaps Suaram a.k.a the opposition is simply stupid and thought that rakyat would believe in their lies.
Unfortunately, for Suaram that is, Jasbir then came up to slash their claim by saying,"This is a false claim that was made by someone that I have never known or even met."
Even the France Embassy did not know anything about the subpoena.
So, another lie goes down the drain.
But, for Suaram, an organization that is established by a family of former inmates of ISA, (terrorists) even if their lies goes bust, they would still do it anyway.
It is clear that Suaram do not just show that they do not respect the PM and Malaysian government, they are also being rude towards the Court of France, French Embassy, French Judge, Malaysians, political watchdogs and journalists around the world.
Laws, rules, morals and ethics do not mean anything to those in Suaram. They certainly do not respect anyone and they are not qualified to say that they are fighting for human rights.
Today, for Malaysians officially, they have referred Suaram's founders such as Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong, Sivarasa Rasiah, Irene Fernandez, Dr. Syed Husin Ali, Tian Chua, S.Arutchelvan, Dr. Nasir Hashim, Elizabeth Wong, Premesh Chandran and others as cheaters and liars that do not have any dignity. So, it is not surprising that why they were arrested under ISA. Only traitors would protect themselves.


Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi 'orang kanan' dalam pembelian dua kapal selam Scorpene, menafikan beliau telah menerima sepina daripada badan kehakiman Perancis.

"Berikutan komen yang dibuat oleh Penyelaras Suaram Cynthia Gabriel di majlis makan malam untuk mengumpul dana pada 15 Jun, dan kemudiannya dilaporkan oleh laman berita anda, saya ingin menjelaskan saya belum menerima sebarang sepina dari mana-mana badan kehakiman berhubung sebarang prosiding undang-undang," katanya dalam satu kenyataan dua perenggan kepada Malaysiakini.

Jasbir berkata ia adalah satu tuduhan palsu yang dibuat oleh "seseorang yang saya tidak kenal dan tidak pernah berjumpa".

Beliau menyifatkannya sebagai rekaan semata yang didakwanya satu percubaan sengaja untuk menjejaskan reputasi dan kredibilitinya dan menggesa ia segera ditarik balik.

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 cynthia gabriel 1Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk Suram, Sabtu lalu, Gabriel (kanan) berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda dalam Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai saluran bagi perolehan kapal selam, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

"Ketika kita duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina sedang dalam perjalanan ke rumah Encik Jasbir Singh Chahl," katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa Jasbir bersedia untuk bekerjasama dengan Suaram dalam kes tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Jasbir enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Peguam saya menasihati saya mengeluarkan kenyataan ini sahaja," katanya.










Selasa, 19 Jun 2012

PAS Dijangka Menang 20 kerusi Parlimen, Nasib Hudud?...


 


Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai.

PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam pakatan pembangkang.

Mengikut maklumat dalaman PAS yang terbaru, dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) akan datang, PAS dijangkakan hanya akan bertanding di 67 kerusi parlimen. 

Walaupun ia belum muktamad disebabkan isu perebutan kerusi di antara PAS dan PKR masih belum diselesaikan bagi kerusi campuran, namun keputusan akhir tidak akan jauh berbeza dari angka tersebut. 

Daripada kira-kira 67 kerusi yang dipertandingkan itu, pimpinan PAS meramalkan mereka hanya berkemampuan mencatat kemenangan di 20 kerusi parlimen sahaja, merosot berbanding PRU 12 2008.

Berikutan itu, timbul persoalan di mana duduk letaknya nasib hukum hudud PAS yang sebelum ini sering diwar-warkan kepada umum konon akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok.

Dalam konteks perancangan pakatan pembangkang kini mereka masih meletakkan harapan besar kepada undi masyarakat Cina sekalipun pasca Bersih 3.0 menyaksikan sokongan pengundi kaum itu untuk pembangkang semakin merosot.

DAP mahupun PKR tentu sahaja tidak akan membenarkan isu hudud PAS terus merencatkan peluang pakatan pembangkang yang diketahui semakin kelam selepas kekacauan dan keganasan dalam demonstrasi jalanan Bersih 3.0 tempohari.

Manakala PAS pula terpaksa menghadapi hakikat saban hari pengundi atas pagar kian menjauhi mereka disebabkan kelemahan pimpinan PAS dalam menghadapi tekanan DAP dan PKR berhubung isu hudud dan negara Islam.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beberapa mesyuarat peringkat tertinggi di antara pimpinan pakatan pembangkang merumuskan jalan menuju Putrajaya agak sukar dan terlampau jauh untuk digapai. 

Sekalipun DAP diramalkan mungkin mengekalkan kedudukan sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi parlimen, di masa yang sama PAS dan PKR berdepan situasi sukar untuk mengekalkan sebahagian kerusi parlimen dan DUN yang mereka miliki sekarang.

Sebagai langkah pro aktif untuk merencatkan kebangkitan BN, satu cara yang bakal mereka laksanakan ialah dengan mempertikaikan kelayakan calon-calon BN dengan harapan kemenangan tanpa bertanding akan menjadi milik calon pembangkang.

Melalui beberapa siri mesyuarat dan kursus khas pilihanraya yang telah dan sedang giat dilaksanakan sekarang, mereka juga sepakat menumpukan usaha untuk mempotretkan imej hitam pada SPR sebagai salah satu kaedah psycho war menjelang PRU 13.

Berdasarkan gerakan aggresif pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka tika ini, jelas sekali maklumat terbaru ini ada asasnya untuk diambil perhatian serius oleh SPR, apatah lagi beberapa pendedahan berkaitan puluhan pengundi yang beralamat sama kebanyakannya timbul selepas SPR membenarkan agen parti politik mendaftarkan pengundi.

Tak mustahil, bilamana pembangkang gagal mengekalkan prestasi mereka, maka imej buruk yang dipotretkan pada SPR itu akan diterjemahkan kononnya sebagai justifikasi wujudnya ketidakadilan dalam sistem pilihanraya kendalian badan tersebut.




Scorpene: Tiada Rakyat Malaysia diSapina – Kedutaan Perancis


 


SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.  

Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.  Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali. 

Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion!  Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh. 

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan.  Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.  

Bagi menambahkan 'perisa' kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM.  Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.  

Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah.  PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.  

Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM  kerana perlu terus menipu.  

Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi "orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis."

Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina.  Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia.  

Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil.  Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini. 

Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.  

Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir.  Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.  

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang.  Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan.  Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka.  




FIQH Mentaati Pemimpin: Hak Pemerintah Untuk Ditaati

 


 
Tahniah kepada MyKmu serta Generasi Bestari, iaitu Penganjur Program Fiqh Mentaati Pemimpin selama 3 hari di PWTC pada 15-17 June baru-baru ini.  Program tersebut mendapat sambutan hangat serta pujian dari para peserta kerana berjaya mengupas isu-isu taat kepada pemimpin menurut Islam yang begitu membelenggu sebahagian rakyat Malaysia.  

Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka. 
 
Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), UIAM,  pembentang kertaskerja ke 7; ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan, kalau tak silap penulis, telah berkata bahawa "Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka – iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau, tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga,"  - iaitu makmur dan aman.  
 
Hakikat ini, telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T.   Malah pembentang ke 3, iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia.  
 
Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan.  Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara.  Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka.  

Sesungguhnya, pekerjaan, makanan, kemudahan, keselesaan, keamanan, kesejahteraan, kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini, adalah sifat orang-orang yang kufur.  

Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin.  Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa, agama dan budaya. 

Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya.  

Berdasarkan fakta ini, semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati.  

Pembentang pertama, iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak, tetapi pemimpin juga mempunyai haknya.  Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati.  Jika tidak, negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan.  Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita.  

Justeru, mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam.  Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran.  

"Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)". (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

"Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)". (Majmu' al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda:

"Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat". (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275).

Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah.  Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap, hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali.  Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka.  

Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah.  

Dalam bahasa mudahnya, apa yang boleh disimpulkan dari isu 'taat kepada pemimpin' yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah:  Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga.  Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran.  Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T.  Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.  

Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia, harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian.  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...