Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Selasa, 8 Mei 2012

KHALID SYIAH 'BUNUH SEMUA POLIS' DITANYA SOALAN SEKSUAL.

Siapa yang tidak kenal dengan Khalid ‘Syiah’ Ismath, budak hingusan pro-pembangkang dan pro-syiah yang menulis 'bunuh semua polis' di dalam Facebook beliau.
Yang hairannya ialah daripada pelbagai soalan yang ditujukan kepada beliau dalam penahanan selama 26 jam, soalan mengenai LGBT yang diketengahkan!

 

Sila baca di bawah :

 

Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, beliau ditanya soalan bersifat seksual ketika disiasat polis dalam penahanan selama 26 jam.

“Khalid ditanya mengapa menyertai Bersih dan sama ada dia tahu Bersih menyokong LGBT (homoseksual, lesbian, atau liwat antara dua jantina).

“Dia ditanya berkali-kali sama ada terlibat dalam LGBT,” kata peguam Latheefa Koya yang juga Pegarah Guaman KEADILAN pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Khalid diminta membantu siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang anggota polis trafik semasa Himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka. seterusnya

Jika sesiapa yang mengikuti kronologi perkhemahan pelajar mahu free, kita tahu bahawa terdapat segerombolan ala-hippi yang dilihat 'mencemar' perkhemahan pelajar-pelajar tersebut.

 

 

Mereka menghisap rokok, bergaul bebas dan berpakaian yang tidak disenangi oleh pelajar-pelajar tersebut terutamanya pelajar perempuan yang bertudung labuh.

Kehadiran mereka itu menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila kita melihat aksi-aksi mereka yang dirakam. Sungguh meragukan.

Makanya, tiada salah jika pihak polis bertanyakan si 'bunuh semua polis' itu tentang orientasi seksual beliau.

Dalam masa yang sama, jika Khalid Ismath itu mempunyai masaalah orientasi seksual songsang, masih belum terlewat lagi untuk beliau mendapatkan rawatan.

Janganlah bila sudah tua bangka seperti seorang pemimpin pembangkang, masih tidak mahu insaf lagi.

 

Disediakan Oleh:  Dr MiM

 

MenDONaz: Mungking bagi Khalid ‘Syiah’ ni dia tak kisah sebab kalau nak pakai boleh Nikah Muta’ah jer barang sejam dua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...