Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Jumaat, 14 Disember 2012

ANTARA KEBERANIAN HABIBIE DAN KEBACULAN ANWAR

Marah bukan kepalang Anwar Ibrahim apabila mantan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau Zam melabel Ketua Pembangkang itu dan sahabatnya baiknya, bekas Presiden Indonesia, B.J. Habibie sebagai 'anjing-anjing imperialis'. Hujah Zam, gelaran tersebut sesuai sekali terpakai kepada kedua-dua tokoh politik itu kerana peranan mereka yang telah memporak perandakan negara masing-masing. Saat Habibie menjadi Presiden Indonesia setelah Suharto di jatuhkan oleh gerakan reformasi, antara langkah pertama beliau ialah tunduk kepada kuasa Barat untuk diadakan pungutan suara bagi pemisahan wilayah Timur Timor.

Timur Timor yang telah menjadi sebahagian daripada Indonesia sejak 1975 akhirnya dikorbankan dan menjadi negara merdeka pada 1999 dan dikenali sebagai Timur Leste. Kedaulatan wilayah Indonesia telah dimangsakan semasa Habibie memimpin  negara itu. Kelemahan kepemimpinan Habibie menyebabkan kuasa Zionis-Yahudi menyusup masuk dan menggenakan tekanan hebat ke atas seorang yang lemah sepertinya. Pada ketika sama di Malaysia, Anwar dipecat oleh Dr Mahathir pada 2 September 1998 dan beliau dengan serta merta mentransformasi dirinya dalam tempoh 24 jam, menjadi jaguh rakyat dan melancarkan gerakan reformasi jalanan yang sama seperti di Indonesia.

Ketika negara sedang melalui tempoh yang amat getir dan mencabar akibat serangan penyanggak matawang, George Soros terhadap ekonomi negara-negara rantau Asia Tenggara, Anwar pula menambahkan tekanan dengan tujuan untuk menjahanamkan Malaysia. Tujuannya ialah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu dan seterusnya melantik dirinya sebagai Perdana Menteri. Kerosakan yang dibawa oleh kedua-dua individu ini kepada negara masing-masing sememangnya harus dikenang dan diingati oleh generasi mendatang agar menjauhi dipimpin oleh karektor seperti mereka. Maka tidak salah kalau Zam meletakkan status mereka setaraf dengan 'dogs of imperialism' kerana amat secocok sekali dengan pembelotan yang telah mereka lakukan.

Tidak terkejut apabila ada badut seperti Azmin Ali yang akan meluru ke depan untuk mempertahankan bosnya, walaupun perbuatan yang dilakukan Anwar boleh dikategorikan sebagai khianat peringkat tertinggi. Memang sepadan gandingan Anwar dan Habibie kerana mereka adalah cerminan satu sama lain. Jika Habibie adalah Bapa Pluralisme di Indonesia, di Malaysia pula terdapat sekutunya yang memegang fahaman yang sama iaitu Anwar. Hanya bezanya, Habibie lebih berani daripada Anwar untuk memertahankan fahaman pluralisme berbanding Anwar yang menyorok di belakang kawannya itu. Antara Habibie dan Anwar dalam berhujah mengenai ideologi pluralisme yang songsang itu, nyata Ketua Umum PKR itu jauh lebih bacul. Apa tidaknya, ketika Nurul Izzah dibelasah media berhubung isu kebebasan beragama bagi orang Melayu, Anwar hanya mampu mempersalahkan media arus perdana yang dituduhnya memutar belit kenyataan anaknya.

Anwar tidak ada kemampuan intelek dan pemahaman mendalam untuk tampil menegakkan aliran pemikiran pluralisme yang dikongsi bersama Nurul Izzah. Dari segi ini, nampaknya Habibie lebih berani dan terserlah kejantanannya daripada Anwar, walaupun fahaman pluralisme ditolak oleh Islam. Apa yang mampu dibuat oleh Anwar hanyalah menyerang UMNO dan Perdana Menteri dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah. Selain mencaci dan mencemuh kerajaan pada siri ceramah di seluruh negara, Anwar tidak berupaya untuk mencetuskan idea yang boleh mengangkat martabat agama, bangsa dan negara. Anwar yang mahu menjadi politikus yang bergerak di atas simpatisan rakyat dan landasan politik picisan. Tidak pernah rakyat mendengar dari mulutnya mahupun tercatat di dalam Buku Jingga yang dijulang puak pembangkang, bagaimana perjuangan Pakatan Rakyat mahu menobatkan bangsa Melayu dan Islam. Tidak mungkin tawaran murahan dan populis seperti menurunkan harga minyak petrol, menghapuskan PTPTN dan tol lebuhraya, mahupun mengambilalih IPP mahupun berdaya untuk melonjakkan kemajuan ekonomi negara ke tahap yang lebih kompetitif. Maka ajakan Anwar untuk berdebat dengan Perdana Menteri hanyalah gimik politik untuk menakjubkan rakyat dengan retorik kosong melalui kepetahan bersyarah, tidak lebih daripada itu.

Majoriti Belia Sokong Kerajaan

Majoriti belia berumur antara 17 hingga 35 tahun di negara ini menyatakan rasa puas hati dan berikrar menyokong hala tuju yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Perkara itu didedahkan The Asia Foundation menerusi kaji selidik terbaharu mereka ke atas 2,012 belia seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak untuk tempoh April hingga Jun lalu.  Wakil negara The Asia Foundation, Anthea Mulakala berkata, kajian yang bertujuan mengetahui pandangan belia terhadap negara itu mendapati, sebanyak 48 peratus daripada mereka meletakkan kepercayaan Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul manakala 88 peratus belia dari Sarawak pula lebih optimis terhadap hala tuju negara.

"Faktor ekonomi yang stabil, aman dan harmoni, kemajuan teknologi, peluang pekerjaan dan kaedah menangani jenayah yang lebih baik adalah punca utama sejumlah 58 peratus belia bersetuju kerajaan hari ini adalah yang terbaik. "Bagaimanapun terdapat belia beranggapan, jika faktor jenayah dan penderaan, tekanan disebabkan pekara-pekara tertentu dalam kalangan rakyat, sukar mendapat pekerjaan dan sistem pilihanraya yang tidak seimbang terus dipandang remeh, maka sokongan terhadap kerajaan BN boleh menjadi sebaliknya," katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Anthea berkata, kajian sama turut dilakukan ke atas peratusan daftar pemilih dalam kalangan belia yang mendapati golongan berumur antara 21 hingga 22 tahun merupakan kumpulan paling sedikit mendaftar sebagai pengundi. Namun katanya, lebih menarik sebanyak 73 peratus daripada belia yang terpilih iaitu bermula umur 25 tahun ke atas memperlihatkan peningkatan menjadi pengundi dalam pilihan raya umum ke-13. Jelas beliau, belia di Utara mencatat jumlah tertinggi penambahan penggundi baharu iaitu sebanyak 60 peratus manakala belia Wilayah Persekutuan dan Timur mencatat jumlah terendah iaitu masing-masing sebanyak 49 dan 44 peratus.

Beliau berkata, menurut hasil kaji selidik itu faktor tertinggi menyebabkan masih ramai golongan belia tidak daftar mengundi kerana tidak mempunyai masa dan benci kepada politik. "Selain itu, faktor tidak pasti terhadap proses mendaftar dan tidak tahu dimana untuk mendaftar merupakan alasan kedua tertinggi golongan belia gagal menjadi pengundi," katanya. source: utusan

Khamis, 13 Disember 2012

Anwar Tidak Mampu Kawal Keretakan PR

Akhir-akhir ini rungutan akar umbi DAP semakin kuat kedengaran.  Rata-rata merasa kecewa dengan kepimpinan parti yang kian hari kian menunjukkan sifat kuku besinya.  Parti itu telah dua kali menunda proses pemilihan dan antara penyebabnya ialah kebimbangan kepimpinan yang mula menyedari sentimen akar umbi yang tidak menyenangi cara mereka ini. 

Akar umbi telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan cara memberi sokongan kepada pemimpin yang tidak termasuk dalam kumpulan sahabat dan keluarga Tokong Lim.   Beberapa orang yang menjadi pilihan Lim Guan Eng tewas dalam pemilihan, antaranya Wong Kah Woh dan setiausaha politiknya, Ng Wei Aik. 

Ini adalah petanda jelas 'pemberontakan senyap' oleh akar umbi DAP dan Tokong Lim tidak mampu lagi untuk menutup mata mengenainya.  Walaubagaimanapun, cakap-cakap kedai kopi kedengaran ramai yang yakin bahawa Tokong Lim tidak akan berdiam diri dan akan terus berusaha agar semua ahli-ahli menyembahnya.  

Masalah DAP menjadi lebih parah apabila PAS juga mula menunjuk taring terhadap parti itu  yang selama ini dilihat sebagai Ketua.  

PAS yang juga menghadapi masalah keyakinan akar umbi terpaksa membuktikan yang mereka bukan anjing kepada DAP sepertimana yang dituduh oleh musuh mereka.  Maka, isu wanita Muslim memotong rambut lelaki dan khalwat antara bukan Islam pun menjadi topik pertengkaran hebat antara PAS dan DAP. 

PAS nampaknya begitu tegas dan enggan berganjak dari keputusan dalam kedua-dua kes tersebut konon atas nama Islam, yang menjadi dasar perjuangan parti.  Namun, amatlah menghairankan apabila ketegasan yang sama tidak ditunjukkan dalam kes yang jauh lebih berat seperti zina, gejala LGBT, malah kes murtad sebelum ini.  Dalam kes murtad misalnya, PAS sanggup kehilangan pemimpin yang banyak berjasa seperti Datuk Dr. Hasan Ali demi menjaga hati DAP.  Tetapi hairan sekali apabila PAS sanggup pula mengelar hati DAP kerana enggan membenarkan wanita Islam memotong rambut lelaki. 

Lebih dahsyat lagi bila PAS juga sanggup menerima seorang pengamal LGBT sebagai Perdana Menteri tetapi tidak sanggup bertolak ansur dengan pasangan bukan Islam yang berkhalwat.  Dewan Himpunan Penyokong PAS pula lebih merupakan jurucakap DAP dari penyokong tulen PAS. 

Apa yang menarik lagi ialah parti PKR pula memilih untuk berdiam diri dan enggan menonjol di kala sekutunya memukul gendang perang sesama sendiri, sedangkan musuh sudah mula mengasah senjata untuk menghadapi pilihanraya.  

Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR langsung tidak memberi kenyataan dalam menangani kemelut yang melanda parti-parti sekutunya.   Mungkin beliau cukup maklum bahawa apa jua kata-kata atau arahannya tidak membawa apa-apa makna bagi DAP mahupun PAS kerana tiada siapa yang menghormati peliwat dan penyalahguna kuasa sepertinya. 

Justeru, Anwar hanya membiarkan sahaja kedua-dua parti sekutunya itu bercakaran dari dalam dan sesama sendiri tanpa mampu berbuat apa-apa. 

Kemelut yang dihadapi PR ini bukan kecil kerana ia merupakan masalah yang bertindih, dan merebak pula.  Kalau dulu kita lihat PAS perlu kalahkan DAP dahulu sebelum menang PRU tetapi kini kita lihat di dalam DAP sendiri, ada usaha untuk mengalahkan Dinasti Lim dalam pemilihan parti itu. Justeru bagaimana DAP dapat berhadapan dengan kebangkitan PAS? 

Apa yang berlaku dalam DAP tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku dalam pemilihan parti PKR yang menyaksikan betapa kepimpinan tertinggi sanggup berbuat apa saja untuk memastikan calon pilihan mereka menang.  Perlu diingatkan bahwa DAP dan PKR kedua-duanya mempunyai 'kaki' atau 'balaci' setia di dalam PAS yang bersedia berbuat yang sama untuk menang juga.  Oleh itu, walaupun Muktamar PAS berjalan lancar, tetapi percayalah yang parti itu telah retak seribu dan hanya bertahan dengan tampalan gam keegoan masing-masing sahaja. 

Nampaknya, DAP, PKR dan PAS kini bukan lagi satu pakatan, atau lebih tepat, tidak pernah pun berpakat.  Mereka hanya berbuat janji untuk sama-sama menjatuhkan BN dalam pilihanraya, itu saja.   Mereka tidak pernah benar-benar sepakat untuk memerintah bersama atau menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kecuali sebagai boneka atau simbol kuasa mereka semata-mata. 

Hakikatnya hari ini, walaupun DAP, PAS dan PKR masing-masing punya pemimpin yang digelar Presiden atau apa jua gelarannya, tetapi Pakatan Rakyat itu sendiri tidak punya pemimpin.  PR hanyalah sebuah bayangan, ilusi atau mimpi manusia-manusia yang gila kuasa dan tidak berpijak di bumi nyata yang kini terhoyong hayang bila dikejutkan dengan gendang perang pilihanraya.

Selangor Tiada Masalah Air, Tapi...

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim serta pemimpin PR seringkali memberitahu umum bahawa negeri itu tidak akan berdepan dengan masalah bekalan air terawat, hatta masalah mendapatkan sumber air mentah pun tidak dialami.

Dengan gah MB Selangor itu meyakinkan rakyatnya supaya jangan bimbang atau terganggu dengan laporan-laporan media yang menyebut isu kekurangan air terawat dan penurunan paras air mentah di beberapa empangan dan sungai sekitar negeri.

Katanya bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi sehingga melimpah-limpah menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Untuk meningkatkan lagi keyakinan umum yang masalah air tidak akan melanda Selangor, maka pemimpin PKR itu memberi jaminan bekalan air di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019.

Mendengar jaminan tersebut maka bersorak sakanlah para penyokong PR memperlekehkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang mereka yakini sebenarnya tidak diperlukan sama sekali.

Dalam pada mereka bersorak sakan, Khalid Ibrahim mengumumkan akan mengkaji untuk membeli air dari Terengganu dengan menyalurkan air mentah dari Tasik Kenyir ke empangan-empangan dan sungai di Selangor.

Sebelum itu, Kerajaan PKR Selangor menyatakan akan merawat bekalan air dari lombong-lombong terbiar di negeri itu untuk disalurkan kepada pengguna di Lembah Klang termasuklah untuk diminum oleh rakyatnya.

Pelik bukan? Jika bekalan air mentah dan air terawat di negeri ini mencukupi sehingga tahun 2019, apa perlunya lagi mengambil air lombong dan air dari Tasik Kenyir?

Dalam jangka waktu terdekat juga, tatkala jaminan diberi sumber air mentah sedia ada di empangan dan sungai mencukupi sehingga 2019 dan air mentah dari Pahang dinafikan keperluannya, tiba-tiba pula Kerajaan PKR Selangor bercakap pula untuk meneroka sumber air bawah tanah.

Lebih pelik lagi, bila mana Kerajaan PKR Selangor tiba-tiba mahu mengkaji penggunaan teknologi membran untuk meningkatkan keberkesanan pengeluaran air terawat di loji-loji rawatan air sedia ada. Untuk kajian keberkesanannya memerlukan berjuta ringgit hangus diikuti kos pemasangan permulaan yang mencecah RM50 juta hingga RM95 juta perlu dikorbankan untuk satu-satu loji.

Sedangkan selama ini pemimpin-pemimpin PR Selangor termasuk MB serta exconya sering memperlekehkan dan meremehkan laporan oleh pakar mengenai risiko berlakunya masalah bekalan air terawat berikutan operasi sebahagian loji rawatan air sudah menghampiri tahap maksima.

Jika laporan oleh para pakar berkaitan permasalahan bekalan air terawat tidak benar atau diragui kesahinanya, bukankah satu pembaziran untuk kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim membuat kajian terhadap teknologi membran?

Tambah memeningkan kepada rakyat Selangor apabila semasa pembentangan Bajet 2013 pada November lepas, MB Selangor mengumumkan pula peruntukan RM100 juta untuk mengkaji kaedah storm water, yakni guna pakai air hujan untuk kegunaan harian pengguna.

Nampak sangat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor yang paling bengap dalam sejarah dan kerajaan negeri pimpinannya tiada hala tuju yang jelas bila bercakap isu masalah bekalan air terawat dan air mentah di Selangor.

Pusing sana pusing sini dengan pelbagai kajian itu ini, alih-alih duit rakyat hangus berjuta-juta ringgit hanya semata-mata untuk menutup kesilapan dan keterlanjuran mereka yang dengan egonya menolak perlaksanaan Langat 2 dan PPAMPS.

ANWAR DALANGI GERAKAN LEMAHKAN PDRM

Kumpulan pembangkang yang didalangi oleh Anwar Ibrahim kini berusaha keras untuk melaga-lagakan kepemimpinan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan tujuan untuk melemahkan institusi berusia lebih dua abad itu.

Portal-portal berita yang menerima dana daripada yayasan yang dinaungi oleh oleh penyangak matawang, George Soros, seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini, saban hari menerbitkan artikel yang menjadi gelanggang perbalahan antara pemimpin-pemimpin PDRM masa kini dan lalu.

Contoh jelas ialah kenyataan-kenyataan yang dipetik dari bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Kedua-dua portal berita tersebut kini giat membongkar cerita-cerita dan dakwa-dakwi lama membabitkan Musa dan Ramli semasa mereka memegang jawatan masing-masing.

Maka keluarlah pelbagai kisah 'dalam kelambu' dan berlakulah berbalas-balas kenyataan serta nafi-menafi semasa sendiri.

Masing-masing cuba menegakkan keadilan bagi diri masing-masing tetapi yang menjadi mangsa ialah institusi PDRM itu sendiri.

Inilah tujuan dan agenda sebenar portal berita yang mendapat dokongan kewangan daripada sumber-sumber Zionis antarabangsa iaitu melemahkan institusi kepolisian yang telah banyak berjasa menjamin keselamatan negara.

Ini terserlah semasa zaman darurat dan kebangkitan gerakan subversif komunis apabila Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak gugur menjadi mangsa kekejaman golongan penentang itu.

Ini tidak termasuk beratus-ratus anggota polis yang terbunuh di tangan komunis semasa berjuang dan bertugas menjaga keamanan negara.

Antara institusi yang menjadi sasaran ialah institusi kepolisian kerana tanpa agensi penguatkuasa undang-undang yang kuat dan kredibel, sesebuah negara itu mudah dibolosi oleh musuh negara.

Kini saluran media pembangkang dijadikan landasan bagi mencapai objektif tersebut dan disebabkan itu sokongan dana asing datang mencurah untuk melaksanakan perancangan jahat mereka.

Di belakang semua yang berlaku tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar tidak peduli jika negara terbakar dan hancur sekali pun asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Terpahat di dalam dokumen-dokumen mahkamah semasa perbicaraan 1998 bahawa Anwar ketika menjawat posisi Timbalan Perdana Menteri telah menyalahguna kuasanya untuk memaksa pihak polis menukar beberapa butiran penting di dalam affidavit yang mensabitkan beliau dengan perlakuan jenayah liwat ke atas pemandu isterinya dan juga adik angkat beliau.

Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan liwat dan salahguna kuasa beliau mendakwa PDRM telah dipergunakan dan pemecatannya adalah satu konspirasi politik.

Dalam minda Anwar, beliau adalah manusia suci yang mencecah status maksum yang tidak pernah meliwat sesiapa, tidak pernah mengambil satu sen rasuah atau satu saham malah satu inci tanah pun.

Hakikatnya seperti yang rakyat sedia maklum adalah sebaliknya.

Siapa tidak tahu betapa rapatnya Anwar dengan Ramli semasa kedua-dua berada dalam kerajaan.

Bukankah Ramli yang didakwa menjadi individu yang menjadi kroni dengan menyalurkan banyakmaklumat rahsia polis dan juga kerajaan kepada sahabatnya itu untuk dijadikan peluru politik oleh Anwar menyerang kerajaan?

Kini Ramli terus digunakan oleh Anwar untuk menyerang Musa yang sememangnya didendami beliau kerana bekas KPN itulah yang menjadi pegawai penyiasat kanan yang bertanggungjawab ke atas kes liwat bekas Menteri Kewangan itu.

Seperti mana yang dijelaskan oleh Musa, diminta hadir ke kediaman Anwar yang mahu tahu mengenai hasil siasatan kes liwat terhadap beliau.

Perbuatan Anwar tersebut tidak boleh dinafikan adalah satu kesalahan yang cuba mengganggu serta mempengaruhi penyiasatan polis.

Bagaimana pun, Musa berkata beliau hanya bertandang sekali sahaja ke rumah Anwar atas arahan orang nombor dua itu dan enggan menurut perintah seterusnya kerana menghidu wujud agenda politik disebalik tindakan itu.

Musa tahu bahawa Anwar akan terus berusaha membalas dendam terhadap kerajaan Barisan Nasional yang menyekat cita-citanya ke Putrajaya.

Oleh kerana itu bekas KPN itu sesakali tidak bersetuju dengan tindakan Anwar merancang siri demonstrasi dan perhimpun haram dengan membidas keras sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang diadakan sebagai salah satu cara untuk menjatuhkan kerajaan.

Rabu, 12 Disember 2012

20,000 Rumah Mampu Milik Bikin Guan Eng Melatah Sakan

Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik.

Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya. Menurut Guan Eng, tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat yang diterajui BN. Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Kerajaan Negeri pimpinannnya lebih-lebih lagi bila memperkatakan keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan adanya PR1MA, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergaji sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan atau kombinasi gaji bersama suami dan isteri dalam lingkungan tersebut akan berpeluang memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang lebih selesa. Malah lebih menarik lagi jika harga pasaran sesebuah rumah itu nilainya mencecah RM500,000 namun melalui PR1MA harga yang ditawarkan jauh lebih rendah, hanya sekitar RM300,000 atau lebih sedikit. Ini baru betul dan kena caranya membantu meringankan beban rakyat dan bukannya mengikut kaedah sekarang yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendahulukan kehendak pemaju perumahan yang hanya memfokuskan selera orang-orang kaya sahaja.

Hatta perumahan kos rendah untuk rakyat marhaen pun langsung tidak mendapat perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Ketua Menteri yang berkiblatkan Singapura itu. Mujur jugalah Kerajaan Pusat prihatin dengan permasalahan rakyat, dengan demikian ada jugalah sekurang-kurangnya 70 Projek Perumahan rakyat (PPR). Tapi biasalah, sudah adat DAP selaku parti pembangkang di peringkat Pusat untuk mempertikaikan apa sahaja idea dan projek pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN. Sementelah lagi bila mana Kerajaan Pusat tampil memenuhi impian golongan pendapatan rendah dan sederhana, jadi tentulah Guan Eng sukar untuk menutup kerisauaannya takut kehilangan undi golongan tersebut kelak.

Nak diharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu pelbagai golongan rakyat ini semua, jenuhlah menunggunya. Tunggu kucing tumbuh tanduk pun takkan kelihatan walau satupun projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
 

Selasa, 11 Disember 2012

DAP AKUI PAKATAN RAKYAT SELANGOR GAGAL

Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter  individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak?

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.

Manifesto Bukan Janji, Tawaran Mega PR Hanya Janji Ditaburi

Manifesto bukanlah satu perjanjian, demikian kata-kata keramat yang terpancul keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pada 29 Ogos 2012 yang lepas ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor yang mahu tunggakan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR Selangor.

Maksud pemimpin PR itu ialah apa sahaja yang termaktub dalam manifesto yang dicanangkan oleh PR bukanlah satu bentuk perjanjian yang wajib dipenuhi sebaliknya ia hanya satu umpan politik semata-mata untuk mengaburi mata pengundi.

Jika sekalipun ia sebenarnya adalah satu janji, namun ia sekadar untuk ditaburi, boleh sahaja bila-bila masa diingkari dan bukannya satu kemestian untuk dipatuhi.

Mungkin menyedari sebahagian besar rakyat masih mengingati kata-kata keramat pemimpin PKR itulah agaknya maka semasa pakatan pembangkang menghimpunkan penyokong mereka di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau sehari dua lepas perkataan MANIFESTO dan JANJI diganti dengan perkataan TAWARAN MEGA.

(Diulangi sekali lagi, TAWARAN MEGA dan bukannya JAM OMEGA. Harap baca betul-betul).

Dalam perhimpunan politik penuh retorik yang dihadiri sekitar 7,000 orang penyokong PR itu (media propaganda PR dakwa 20,000 dan 30,000 yang hadir), Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Tawaran Mega 3+6 meliputi peringkat pusat dan negeri.

Antara kandungan tawaran mega peringkat pusat itu termasuklah melibatkan penempatan generasi kedua Felda, pembayaran royalti 20% dan isu prasarana kemudahan perhubungan.

Diikuti enam tawaran peringkat negeri membabitkan penyediaan lot rumah dan penstrukturan kampung baru, permohonan tanah, isu tanah Orang Asli, penurunan cukai pintu dan sistem tender terbuka.

Melihat pada respon sesetengah penyokong PR yang terlopong mendengar segala tawaran itu sambil bertepuk tangan, mudah untuk kita fahami itu tandanya mereka mudah tertipu dengan retorik terbaru Anwar dan gerombolannya.

Namun bila diperhatikan ramai juga penyokong PR yang lain hanya sekadar tersengih sinis semacam mendengar penjual ubat di jalanan menjual temberang, itu maknanya dah ramai juga penyokong PR yang semakin menyedari tipu daya pemimpin mereka.

Sama ada ia satu manifesto, janji politik atau tawaran mega itu dan ini, maksudnya tetap sama, bunyinya saja berlainan. Hakikatnya reputasi Anwar dan gerombolan pemimpin PR dalam bab menabur janji sana sini sudah terkenal seantero dunia.

Di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan sehingga kini tiada satupun pendidikan percuma hatta untuk anak-anak yang bersekolah di tadika pun masih perlu membayar yuran bulanan dan yuran pendaftaran tahunan.

IPT kelolaan Kerajaan PKR Selangor yang hanya dua buah itu pun tak termampu untuk diberi pendidikan percuma malah Kedah yang memiliki sebuah IPT pun tak tertanggung yuran pengajiannya oleh Kerajaan PAS Kedah, ada hati lagi nak kelentong orang ramai dengan janji baru yang ditaburi.

Ibu tunggal yang dijanjikan elaun bulanan sampai sekarang tertanya mana perginya janji yang ditaburi. Gaji minima RM1100 yang diwar-warkan sampai sekarang tak terlaksana di Selangor, Kedah, Penang ataupun Kelantan.

Ini semua realiti dan hakiki bila kita membicarakan janji PR. Bagi mereka segala janji manis sama ada yang termaktub dalam manifesto, pengisytiharan di pentas politik mahupun janji yang ditaburi di media-media, semuanya sekadar untuk mengaburi mata khalayak sahaja.


Laporan Harakah berkenaan Bajet Untuk SAR: Usaha Pujuk Ahli PAS atau Usaha Bodek DAP?

PAS yang terhimpit dengan masalah dalaman PR dan ketandusan isu terus cuba memancing undi dengan cara mengelirukan rakyat serta menyemai keraguan dan kebencian terhadap BN.  Fitnah konon BN menolak Islam, tidak Islam, kafir dan murtad telah menjadi wirid harian pemimpin-pemimpin mereka.   Dalam pembentangan Bajet yang lepas, kerajaan BN telah ditohmah sebagai tidak menitikberatkan Islam kerana tidak memperincikan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). 

 Sedangkan ini bukanlah satu isu kerana Sekolah Agama Rakyat bukanlah di bawah tanggungan kerajaan tetapi milik persendirian.  Justeru, adalah tidak munasabah meminta kerajaan menanggung kos operasi SAR yang ditubuhkan oleh orang atau pertubuhan persendirian.  Logiknya, jika tidak mampu menubuhkan sekolah, kenapa mesti ditubuhkan juga sehingga menjejaskan masa depan murid-murid akibat pembelajaran tidak berkualiti dan keadaan sekolah yang tidak sesuai dan mampu menganggu proses perkembangan minda.   Pun begitu, kerana prihatinnya kerajaan terhadap anak bangsa dan agama Islam, maka bantuan tetap diberikan di mana pada tahun 2011, sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan kepada SAR.   Malah, sebanyak 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang mana mendapat peruntukan terus dibawah bajet pendidikan nasional. 

 Oleh itu, momokan pembangkang kononnya kerajaan tidak prihatin adalah momokan ahli politik yang gila kuasa, bukannya hujah seorang muslim yang benar-benar memperjuangkan agama.   Kedegilan kebanyakan SAR untuk berdaftar dengan kerajaan juga merupakan satu kemusykilan yang masih gagal difahami.  Jika benar SAR ikhlas ingin mengajar agama, kenapa perlu menolak untuk berdaftar dengan kerajaan dan mendapat bantuan secara langsung?  Kenapa perlu terasing dari pendidikan nasional tetapi di masa yang sama melangut menunggu suapan kerajaan? 

Bukan rahsia bahawa kebanyakan SAR membawa fahaman PAS, iaitu fahaman pembangkang yang menentang kerajaan.  SAR juga kerapkali dikaitkan dengan berbagai masalah moral sama ada di kalangan murid-murid mahupun guru.  Ini mungkin antara sebab SAR tidak wajar diberi bantuan secara membuta tuli tetapi perlu dikaji dan disiasat dahulu agar tidak menjadi punca kepada kemusnahan ummah di masa depan.  

Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan kenapa Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk memasukkan SAR di dalam peruntukan hal ehwal agama Islam dalam Bajet Pulau Pinang.  Guan Eng pasti sedia maklum bahawa SAR akan membantu melahirkan lebih ramai Melayu yang tidak mampu bersaing dan akhirnya hanya menjadi pak turut kepada DAP. 

Namun, kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan mengenai perkara ini dilihat sebagai satu tindakan mengampu Lim Guan Eng secara keterlaluan.   Kata Hasbullah, Bajet tersebut membuktikan Guan Eng prihatin dengan SAR dan kerajaan pusat wajar merasa malu dengannya. 

Sedangkan, menurut laporan Bajet negeri, Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM13.84 juta untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).  Maknanya, tiada perincian khas mengenai bantuan untuk SAR.   RM13.84 juta sebenarnya tidak banyak jika dilihat dari projek yang di dalam perancangan iaitu pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di  Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan  Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.   

Lebih-lebih lagi, apabila bajet tersebut juga menyatakan bahawa keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta.  Klausa 'tujuan keagamaan' ini adalah terlalu umum di mana kita tidak dapat pastikan sama ada agama yang dimaksudkan adalah Islam atau semua agama lain?  Jika ia membawa maksud semua agama lain juga maka ini bermakna Islam mendapat peruntukan RM13.84 juta dan lebihan RM32.58 juta lagi adalah untuk semua agama lain.   Angka ini jelas belum cukup untuk menobatkan Guan Eng sebagai seorang yang memartabatkan Islam. 

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Ustaz Hasbullah ini tidak lebih dari sekadar tukang cuci kasut Guan Eng yang sanggup mereka-reka dan menokok tambah cerita semata-mata untuk mengampu DAP.   Malah, tajuk Harakah mengenai perkara ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah dan bodek yang keterlaluan iaitu kononnya Pulau Pinang meningkatkan bajet SAR sehingga 300%??   Laporan yang tidak disertakan dengan statistik, angka dan fakta itu dijadikan modal untuk menghentam kerajaan Pusat. 

Soalnya, berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang terpedaya dengan laporan Harakah tersebut?  Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup mencari fakta dan angka tepat bagi mengesahkan kenyaaan Ketua Pemuda PAS Selangor itu? 

DAP memperjuangkan Negara Sekular secara terang lagi jelas yang mana menghapuskan Islam sebagai agama rasmi sekali gus meletakkan agama Islam sama dengan agama lain.  Jadi, di manakah prihatinnya DAP terhadap Islam?  DAP langsung tidak berselindung dalam hal ini dan tidak pula memutar-belitkannya.  Tetapi, PAS pula yang nampaknya begitu beria-ia membelitkannya untuk DAP sehinggakan seorang pemimpin Pemuda PAS sanggup menggambarkan seolah-olah Guan Eng lebih Islam dari Dato' Seri Najib. 

Justeru, salahkah lagi jika kita merujuk PAS sebagai anjing kepada DAP? 

Pas Punca Perpecahan Ummah

Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.

Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.

Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.

Nik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa. Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.

Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.

Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO.

Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Hatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu.

Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR?

Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.

Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.

Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.

Sembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.

Namun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.

Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.

Memang Patut PAS Nasihatkan Ahlinya Jaga Kelakuan

Disebalik momokan propaganda PAS dan PR yang giat menuduh UMNO dan BN sebagai punca wujudnya kegiatan samseng dalam dunia politik, tak semena-mena PAS melancarkan taklimat khas untuk menasihatkan ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan menjauhi gengsterisme.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin berniat baik mahu mengekang kegiatan samseng politik namun secara tersiratnya ia menunjukkan kepada umum perintis sebenar budaya samseng politik ini dipelopori oleh PAS dan PR.

Lihat sajalah kelakuan ahli dan penyokong PAS sewaktu peristiwa berdarah Memali dulu di mana mereka berhimpun beramai-ramai dengan pedang, keris dan parang hanya untuk mencapai cita-cita negara Islam ala PAS yang akhirnya diakui oleh Presiden PAS, Hadi Awang sebenarnya tidak wujud pun dalam Al-Quran.

Akibat kegelojohan sikap dan tingkap laku samseng itu berbelas orang isteri menjadi balu dan berpuluh anak kecil menjadi yatim. Malah tabung Memali yang mengumpul pungutan berjuta RM juga lesap sedangkan tujuan asal kewujudan tabung itu untuk menjaga kebajikan balu dan anak yatim tersebut.

Begitu juga semasa peristiwa berdarah Lubuk Merbau yang menyaksikan beberapa nyawa melayang gara-gara sikap keras dan kurang ajar penyokong PAS dari luar kawasan yang berlagak samseng dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang.

Jika dua peristiwa besar di atas tidak cukup untuk gambarkan kegagalan PAS dalam mentarbiah ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan berjiwa Islamik, barangkali lakonan mati hidup semula berkali-kali yang dijayakan oleh penyokong PAS sewaktu demonstrasi Bersih 2.0 boleh dijadikan sempadan pengajaran.

Atau mungkin juga kegagalan PAS mengawal tingkah laku Unit Amal PAS yang memulakan rempuhan hadangan polis di KLCC semasa demonstrasi Bersih 3.0 beberapa bulan dulu lebih daripada mencukupi untuk membuktikan betapa kelakuan samseng sudah lama mendarah daging dalam perangai pengikut PAS.

Andainya itu belum cukup untuk membuktikan kelakuan ganas sudah sinonim dengan PAS dan PR, apa kata kita toleh semula kejadian ganas peserta Bersih 3.0 yang sengaja membaling kon dan objek keras sehingga kereta polis terbabas dan mencederakan pemandunya.

Tidak cukup dengan balingan dan kekasaran itu, peserta Bersih 3.0 yang terdiri dari penyokong PAS, DAP dan PKR serta NGO proksi mereka melompat-lompat pula di atas kenderaan polis seterusnya menterbalikkan kenderaan peronda itu. Tidakkah ini satu kelakuan ganas dan luar tabie?

Kemudian lihat pula kelakuan jelik dan kurang ajar penyokong PR semasa sambutan ambang malam merdeka tempohari yang dengan biadapnya berbogel menunjukkan punggung di khalayak ramai. Memalukan dan menjelikkan.

Lantaran itu, walaupun dengan wujudnya taklimat anti samseng yang diwar-warkan oleh Ketua Penerangan PAS pusat ini cukup melegakan kami rakyat Malaysia, namun diharapkan biarlah ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Cukup-cukuplah segala macam kelakuan ganas, jelik dan samseng yang sudah mendarah daging dikalangan penyokong PAS dan PR itu dipertontonkan pada khalayak ramai.

Apapun tahniahlah pada Tuan Ibrahim kerana telah menyedari sikap biadap dan samseng yang sinonim dengan penyokong PAS dan PR ini langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya mengundang pula imej buruk. Semoga Tuan Ibrahim berjaya dengan misi nasihat baiknya itu.


Konvensyen DAP: DAP Perlu Kalahkan PAS Dahulu Sebelum Kalahkan BN

Kongres Wanita dan Belia Sosialis DAP (DAPSY) kini berlangsung sempena Konvensyen Kebangsaan Parti DAP yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Disember ini.   Konvensyen ini merupakan yang terakhir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke-13.    Justeru, kita menjangka satu konvensyen yang meriah, yang merupakan tiupan semangat 'perang' sepertimana Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru saja berlalu.  Muktamar PAS menyaksikan ahli-ahlinya beratur panjang untuk ke bilik air dan membeli makanan.  PAU pula seperti biasa menyebabkan kesesakan bukan sahaja di jalanraya tetapi juga di dalam dewan di mana untuk berjalan sahaja amat payah sekali kerana terlalu ramainya ahli-ahli UMNO yang hadir, duduk dan 'berkampung' di lantai PWTC. 

Namun, keadaan Kongres Wanita dan DAPSY DAP nampaknya berbeza sekali.  Akhbar-akhbar Cina juga membangkitkan hal ini dan antaranya melaporkan Mesyuarat Agung Kebangsaan Wanita DAP hanya mencatatkan kehadiran sebanyak 33.8% walaupun ia adalah mesyuarat yang pertama bagi mereka.   Manakala kehadiran ahli DAPSY pula hanya 53%.

Menafikan yang ianya merupakan petunjuk awal bahawa DAP menghadapi masalah, pemimpin mereka memberi alasan bahawa kehadiran yang sedikit adalah biasa bagi DAP dan ia bukan petanda kekuatan DAP berkurangan.  Malah, menurut seorang pemerhati politik, Ng Whien Chin, keadaan itu tidak akan menjejaskan peluang DAP untuk mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang berdasarkan hakikat bahawa ramai di kalangan rakyat Pulau Pinang yang membenci Barisan Nasional secara keterlaluan sehingga sanggup menutup mata atas apa saja kelemahan dan keburukan DAP. 

Apa yang diperkatakan oleh Ng di atas membuktikan bahawa DAP sememangnya bergantung sepenuhnya kepada strategi menyemai dan menyebarkan kebencian terhadap BN untuk berkuasa.  Atau secara lebih jelas lagi, DAP selama ini hanya bermain dengan emosi rakyat, menyalakan api perkauman dengan membangkitkan perasaan prejudis dan syak wasangka terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.

DAP berharap rakyat yang telah dirasuk kebencian yang amat sangat tidak akan mampu berfikir dengan rasional lagi.  Apabila ini berlaku, segala kebaikan orang atau parti yang dibenci mereka akan dinafikan, sekali gus terlepas pandang akan segala keburukan DAP.   

Pemerhatian Ng ini adalah tepat jika dirakamkan pada beberapa bulan lepas atau tahun lepas.  Tetapi, ia agak meleset jika dilihat dari keadaan semasa.  Mungkin Ng harus bertanya dirinya  sendiri, iaitu selama mana rakyat boleh membenci BN hanya berdasarkan hasutan DAP sedangkan di masa yang sama BN terus berkhidmat dan memelihara kebajikan mereka dengan baik dan sempurna?   

Selama mana kata-kata dapat mengatasi apa yang dapat dilihat, dirasa, disentuh dan dinikmati setiap hari – dahulu, kini dan selamanya? 

Keamanan, kemakmuran dan kemewahan kaum Cina, terutamanya, adalah hasil dari kecekapan BN memerintah.  Tidak mungkin kaum Cina mampu mencapai apa yang mereka capai hari ini jika BN yang diterajui UMNO begitu lemah, korup, bodoh dan malas serta kejam dan tidak adil kepada mereka. 

Oleh itu, untuk mengatasi BN, DAP perlu buktikan yang parti mereka jauh lebih cekap, telus, bersih, demokratik dan lebih adil dari BN.  Malang bagi DAP kerana rakyat melihat sendiri bagaimana DAP dikuasai oleh Dinasti Lim dan Singh dan bagaimana kebebasan akhbar juga sudah berkali-kali dicabuli hanya kerana mengkritik DAP.   Juga bagaimana angkuhnya pewaris takhta Dinasti Lim memecat terus ahli dan pemimpin DAP hanya kerana mengkritik tindakan dan keputusannya. 

DAP juga begitu tegar dan tidak tahu malu apabila mendedikasikan ruang di laman web rasmi parti itu  untuk membela mendiang Teoh Beng Hock seolah-olah lupa bahawa kematian mendiang adalah bertitik tolak dari siasatan terhadap korupsi yang melibatkan pemimpin DAP.   Sedangkan hakikatnya, DAP sebenarnya lega kerana mendiang yang merupakan saksi utama telah ditemui mati sehingga membantutkan siasatan.  Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang melihat DAP sebagai pembela kematian Teoh pastinya merupakan rakyat yang telah benar-benar dirasuk kebencian terhadap BN sehingga tidak mampu lagi berfikir secara rasional. 

Namun, kita percaya yang ahli-ahli DAP sedikit demi sedikit akan kembali rasional dan proses itu sudah pun berjalan secara perlahan-lahan di peringkat akar umbi dan juga rakyat biasa.  Kongres wanita dan DAPSY yang 'sepi' kali ini, membuktikannya. 

Bagi memulihkan semangat ahli, DAP tidak boleh membelakangkan soal pertentangan pendapat di kalangan sekutu PR dalam konvensyen kali ini.  Mahu tidak mahu, mereka terpaksa menangani isu hudud dan isu Negara Islam serta isu siapa Perdana Menteri, untuk kesekian kalinya.  

Perlu diingatkan bahawa PAS telah berikrar akan meneruskan agenda ini dalam Muktamar yang dihadiri beribu-ribu pengikutnya yang  mana merupakan satu tamparan hebat terhadap sifat kiasu ahli-ahli DAP.   Untuk itu, DAP wajib menunjukkan kekuatan dari segi jumlah ahli juga bagi 'mengajar' PAS siapakah boss dan siapakah kuli atau parti itu akan kehilangan undi dalam PRU kali ini.   Ini kerana kaum Cina penyokong DAP tidak akan sanggup duduk di bawah atau sama tinggi dengan PAS, PKR atau mana-mana bangsa lain. 

DAP wajar menerima hakikat bahawa strategi menyerap dan menyebarkan kebencian terhadap UMNO/BN yang tidak berasas serta keterlaluan mungkin masih belum cukup untuk mengekalkan Pulau Pinang. 

Mungkin, Konvensyen DAP perlu menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk menundukkan PAS terlebih dahulu, sebelum bangun menentang BN dalam Pilihanraya. 

Isnin, 10 Disember 2012

ANWAR BAWA HABIBIE UNTUK HANCURKAN MALAYSIA

Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.

Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.

Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.

Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.

Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.

Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang  menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau 'archaic', beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.

Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain.

Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.

Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi.

Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.

Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu.

Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu, Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.

Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul "Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi", mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.

Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.

Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.

Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.

Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.

Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.

Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.

Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.

Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.

Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.

Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel, LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah.

Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia?

Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.

Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.

Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu.

Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.


Khamis, 6 Disember 2012

Nurul Izzah 'Runtuhkan' Masjid

Kecoh seketika kem penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.

Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.

Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.

Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini, tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat. Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datang.

Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.

Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan, pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.

Misalnya di Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Pendek kata, tiada masalah sebenarnya, sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang diwakilinya.

Lebih-lebih lagi selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja, termasuklah yang terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Selangor yang baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan agama turut merangkumi orang Melayu Islam.

Mahu tak mahu, untuk naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah mempolemikkan isu masjid pula, hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun demi kepentingan politik peribadi.

Akhirnya jadilah ibarat tolong 'meruntuhkan' masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat.

Khamis, 29 November 2012

UCAPAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR@PAU2012

UCAPAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, DEWAN TUN ISMAIL, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR-28 NOVEMBER 2012



1. Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan:
"Wahai muda kenali diri mu
Ia lah perahu tamsil tubuh mu
Tiada lah berapa lama hidup mu
Ke akhirat jua kekal diam mu
Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahu mu jua kerjakan
Itu lah jalan membetuli insan"
Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, yang telah mengurniakan kudrat untuk kita terus berkhidmat di atas wahana perjuangan UMNO, yang baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 66. Ulangtahun kelahiran yang telah menjadi saksi penglibatan Pemuda UMNO berlari megah, merentasi 191 bahagian, seantero 13 buah negeri, untuk mengibarkan Sang Saka Bangsa di cakerawala negara. Sang Saka Bangsa – suatu nama keramat yang telah dizahirkan oleh Pergerakan kita sendiri.
2. Sebagai sayap paling penting dalam parti, organisasi kita menjadi pembawa wadah dan pelopor wawasan bukan sahaja buat orang Melayu tetapi juga seluruh watan, bermula dari era kolonial hingga ke kala arus permodenan mutakhir. Bukan sekadar menjadi pemerhati bisu atau pengikut tuli, namun sebagai pembawa obor perubahan, merintis jalan menuju kecemerlangan. Sirah kemerdekaan merakamkan bahawa Pergerakan kitalah yang telah membawa usul pada tahun 1955, agar tarikh kemerdekaan disegerakan dan dibuat pada tanggal keramat 31 Ogos 1957. Bahkan Pemuda jugalah perintis awal bagi semangat nasionalisme sejagat serta pengisian kemerdekaan yang inklusif dan sebenar, dengan cadangan agar slogan kemerdekaan ditukar dari "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pada tahun 1951. Natijahnya, dari dulu, kini dan selamanya, maqasid dan manhaj perjuangan Pemuda tidak pernah sirna dari memastikan UMNO kekal relevan.
3. Di atas landasan kesinambungan ini, Pemuda UMNO sentiasa berada di hadapan kelok perubahan zaman. Di kala awal penubuhan Pemuda, kita telah menggalas amanah sebagai kumpulan pendesak – sejajar dengan tuntutan era pra dan pasca penjajahan – yang akhirnya menyumbang ke arah kemerdekaan negara, dan seterusnya pembentukan Malaysia. Demi masa dan peralihan zaman, dan bersesuaian pula dengan konteks Model Baru Politik, kini Pemuda UMNO telah diberi nafas baru, penjenamaan semula dan perisian semasa sebagai pertubuhan yang lebih mampan dan proaktif dalam menangani isu generasi muda. Kita percaya, untuk menjuarai suara dan aspirasi pelapis bangsa, Pemuda haruslah mampu menawarkan wadah penyelesaian kepada mereka – bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir, terpekik terlolong menjaja retorik.
4. Penghijrahan tasawwur atau worldview baru yang saya tekankan tahun lepas adalah manifestasi kematangan perjuangan pertubuhan kita. Kita harus kekalkan keseimbangan antara tradisi dan pemodenan, kemajuan fizikal dan pembangunan sahsiah, antara hikmah sejarah dan potensi pembaharuan bukan semata untuk seiring dengan zaman, tetapi juga demi agama yang menuntut kemuliaan dalam kepimpinan. Justeru, agenda pendekatan islah politik ini menuntut kita untuk sentiasa berubah, agar peranan politik UMNO terus berada di batasan paling mutakhir.
5. Berbekal semangat juang tanpa sempadan, kita tidak hanya sekadar mengetengahkan peri-penting UMNO di mata orang muda. Tetapi selaku juara anak muda, Pemuda juga pencetus utama kepada UMNO untuk mencerminkan hasrat generasi baru yang menitikberatkan hak asasi manusia, ketelusan tadbir urus dan kebebasan bersuara. Disamping pendekatan dan penjenamaan baru ini, Pemuda tetap memelihara tradisi dan legasi parti keramat UMNO.UMNO kaya dengan warisan tersendiri – tiada satu pun organisasi lain dalam negara ini yang setaraf dengan UMNO dalam soal sejarah dan sumbangan kepada tanahair. Tradisi ini terus kekal terpelihara di bawah teraju dan kepimpinan Pemuda UMNO. Sayugialah pepatah Melayu: gayung bersambut kata berjawab, yang lama kita kelek, yang baharu kita junjung.
6. Apa yang tidak mampu disangkal lagi, adalah peranan Pemuda sebagai pemangkin dalam memugarkan sebuah kerajaaan yang mesra aspirasi anak-anak muda. Jika dahulu fungsi Pemuda sekadar kumpulan pendesak, kini kita telah menjalani proses transisi yang lebih menjurus kepada politik khidmat bakti dan politik islah. Sejajar dengan itu, kerajaan telah mengambil pendekatan sarwajagat yang terbuka dalam mengiktiraf anak-anak muda, dengan pelbagai inisiatif khusus yang sesuai dengan jiwa mereka. Pendekatan lapuk berbaur autoritatif, yang cenderung kepada mengarah kelompok bawahan, dan berasaskan program hiburan picisan semata, sudah tidak boleh diaplikasikan lagi – kerana kesemua ini berorientasikan pendekatan memperkecil dan meminggirkan bakat serta potensi orang muda.
7. Segala ini bertitiktolak dari penubuhan Makmal Generasi Muda atau BN Youth Lab yang dirangka khusus untuk mendalami naluri anak muda Malaysia. Sekalipun inisiatif ini sudah berusia lebih tiga tahun, namun ia program perintis Pemuda yang telah meneroka dan membuahkan program-program mesra orang muda, dari orang muda. Kita telah membawa satu pengislahan politik dari gerakan rambang penuh teka-teki, kepada mekanisme kontemporari berasaskan kajian dan buah fikiran kumpulan sasar. Makmal Generasi Muda juga telah mengangkat suara Pemuda UMNO dari sekadar pendesak politik kepada penjana cadangan bernas dalam perencanaan dasar negara. Lanjutan dari itu, pelbagai saranan telah dirumus merangkumi pelbagai aspek seperti perumahan, pendidikan, transformasi undang-undang melalui pemansuhan ISA serta rombakan AUKU, sekaligus pelbagai dasar dan program bagi penjagaan anak-anak dan ibu bapa, gaji minimum, pinjaman PTPTN, pinjaman perniagaan dan kawalan harga barang.
8. Sekali lagi sejarah tercatat semasa pembentangan Belanjawan 2011, apabila beberapa prakarsa Pemuda telah disebut dan diberi pengiktirafan seperti Skim Rumah Pertamaku, penubuhan Dana Belia 1Malaysia, penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara ke arah penetapan gaji minimum dan juga pelbagai peruntukan dana serta skim latihan kemahiran. Bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya –segala inisiatif belanjawan yang mesra orang muda ini adalah rantaian dari suara dan gerak kerja Pemuda, yang telah menjadi ibarat payung besar di tengah padang, tempat bernaung dari panas, tempat bernaung dari hujan untuk anak-anak muda.
9. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak sampai melayang. Setiap zarah nikmat yang dikecapi tidak ditawarkan gratis, melainkan di atas perancangan rapi dan gerak kerja semua pihak dari pucuk pimpinan, kerajaan dan juga Pemuda. Hasil keringat dan pendekatan Pemudalah, hari ini Kerajaan Barisan Nasional (BN) kian mesra generasi muda. Justeru, hakikat tidak terkhilaf lagi, suara dan peranan Pemuda didengari dan diiktiraf oleh parti dan kerajaan.
10. Selagi kita masih berkalam sebagai wakalah golongan muda, kerajaan tetap mengangkat suara dan menyelami masalah mereka. Contoh paling mutakhir adalah pengisian Belanjawan 2013 – belanjawan getir paling mesra orang muda setakat ini. Belanjawan yang mencakupi aspek dan isu generasi muda seperti perumahan, pekerjaan, latihan, skim bantuan keusahawanan, kos sara hidup, baucar buku, diskaun PTPTN, penjagaan anak-anak, bantuan BR1M 2.0, hatta untuk membeli telefon pun akan diberi rebat!
11. Lantaran itu, Pemuda bersyukur kerana YAB Presiden Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, bukan sahaja seorang yang begitu menjiwai agenda islah politik, tetapi juga aspirasi anak-anak muda. Pemuda mengucapkan syabas kepadaYAB Presiden di atas sokongan dan pengiktirafan yang diberi kepada program kesukarelawanan orang muda 1Malaysia for Youth (1M4U). Ini kerana aspek kesukarelawanan adalah salah satu cabang yang telah dipelopori dan dicetuskan oleh Pemuda, melalui inisiatif Dana Belia 1Malaysia.
12. Alhamdulillah, berkat dan hasil usaha gigih kita telah menjadi impetus kepada gelombang sokongan orang muda kepada BN. Ini bukan hebah kosong memuji diri, tapi sudah terbukti berkali-kali. Kalau dahulu, kita berjaya memancing kembali sokongan pengundi muda pulang ke dakapan BN, semasa siri pilihanraya kecil beberapa tahun lepas, hari ini bukti datang dalam bentuk pilihanraya kampus pula. 18 daripada 20 pilihanraya kampus dimenangi oleh golongan yang menyokong BN. Semua kejayaan ini timbul kerana agenda kita agenda orang muda, perjuangan kita perjuangan anak muda. Tanpa syak lagi, BN Pilihan Orang Muda.
Para perwakilan sekalian,
13. Menyusuri kembali rentetan khidmat empat tahun lalu, kita telah berjaya mengubah pemikiran dan tanggapan umum melalui pelbagai idea dan inisiatif mesra orang muda, yang telah diangkat menjadi dasar dan program kerajaan. Memegang ijtihad yang sama, saya mahu Pemuda UMNO terus merasuk semangat ke dalam minda anak-anak muda, menawarkan kepimpinan intelektual, di samping kita terus mengukuhkan peranan sebagai ejen penyelesaian dan pencetus idea kepada kerajaan, agar generasi akan datang terus mendapat manfaat. Kita ini kalau kurang berfikir rajin membangkang, sampai bila-bila pun di baris belakang.
14. Menjunjung tanggungjawab sebagai ejen pencetus idea, saya kemukakan cadangan pertama tahun ini. Pemuda sentiasa mengambil berat aspek latihan dan penghakupayaan di kalangan generasi muda. Kita sering mengambil langkah wahid dalam membantu graduan dan orang muda untuk mendapatkan pekerjaan. Tidak terhenti setakat itu, kita turut membantu mereka yang dikekang masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Memandangkan isu penghakupayaan amat penting dalam pembangunan modal insan, Pemuda berpendapat kerajaan harus melipat gandakan usaha dalam aspek ini. Malah, Pemuda proaktif mencerminkan dedikasi ini melalui Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) dan Biasiswa Pendidikan Pemuda (BNYES). Inisiatif-inisiatif ini akan kami teruskan lagi supaya menjadi legasi kepada generasi kepimpinan dalam Pemuda, insya-Allah.
15. Pemuda juga menyambut baik program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), yang dirangka khusus untuk mempertingkat keupayaan graduan kita mendapatkan pekerjaan, dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga firma-firma swasta. Lantaran itu, Pemuda mengusulkan kepada kerajaan agar agenda latihan dipikul oleh semua, dengan mensyaratkan sebarang projek dan kontrak kerajaan, hanya diberikan kepada syarikat yang mempunyai program latihan industri untuk anak-anak muda tempatan. Melalui pendekatan ini, tanggungjawab melatih orang muda tidak lagi menjadi tanggungan eksklusif kerajaan, tetapi turut dikongsi oleh pihak swasta yang mendapat manfaat dari projek dan kontrak awam. Pada masa yang sama, ia membuka peluang kerjadan memberi prospek yang lebih cerah, kepada golongan muda untuk mencari pendedahan dalam industri.
16. Cadangan kami yang kedua merangkumi isu kebanjiran buruh asing dalam negara. Setakat Ogos tahun lalu sahaja, dianggarkan ada 2.3 juta orang pekerja asing di Malaysia, tidak termasuk mereka yang datang tanpa izin. Pemuda tidak menyangkal kebergantungan kita kepada buruh asing, terutamanya dalam sektor-sektor tertentu seperti perladangan dan pembinaan. Namun pada masa yang sama, Pemuda serius dalam mengkaji tren pengaliran masuk pekerja asing ke dalam sektor lain, lebih-lebih lagi sektor perkhidmatan. Perkara ini genting kerana kita hendaklah memastikan struktur dan komposisi buruh selari dengan hasrat merombak ekonomi negara – dari berteraskan persaingan kos kepada ekonomi yang berlandaskan inovasi dan nilai tambah yang tinggi. Pemuda sedar bahawa kos seorang pekerja asing adalah lebih rendah berbanding pekerja tempatan. Maka, Pemuda mengusulkan agar syarikat-syarikat yang menjana pekerjaan untuk warga muda tempatan, diberi pelepasan cukai atau geran, agar mereka tidak dikekang masalah kewangan untuk beroperasi.
17. Beralih pula kepada cadangan Pemuda yang ketiga. Selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), saya kerap melihat syarikat-syarikat tempatan berjaya menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, sehingga setanding dengan pesaing-pesaing mereka dari luar negara. Malangnya, syarikat-syarikat ini gagal memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada kerajaan, kerana kerajaan masih bergantung kepada produk dari luar negara. Pemuda simpatetik dengan musibah yang menimpa syarikat-syarikat ini, dan berharap kerajaan dapat membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan, dengan memberi keutamaan kepada produk dan perkhidmatan yang bukan saja berkualiti, tetapi juga menepati piawaian serta syarat-syarat tender yang dikenakan. Semua sedia maklum bahawa pasaran Malaysia adalah sangat kecil dan syarikat tempatan perlu ke luar untuk berjaya. Tetapi untuk diterima di luar, kita perlu jadi juara di gelanggang sendiri dahulu. Kalau kita lihat, negara-negara seperti China, Jepun dan Korea, mereka amat mengutamakan hasil tempatan melalui polisi kerajaan dan akhirnya, jenama mereka dapat kick-start yang cukup untuk berjaya di peringkat global. Oleh itu, Pemuda mengesyorkan Kerajaan melaksanakan kempen "Buy Malaysia First" atau "Beli Barangan Malaysia", supaya usahawan tempatan dapat diberi keutamaan. Pemuda bukan mengkritik, sekadar mengingatkan. Jangan anak di pangkuan kita lepaskan, kera di hutan kita susukan.
18. Seterusnya kami ingin memberi cadangan tentang agama, khususnya tentang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam. Agama kita mewajibkan kebajikan dan bantu-membantu antara satu sama lain. Tapi apa yang terjadi hari ini, pengagihan wang zakat tidak menyeluruh dan tak sampai kepada golongan yang memerlukan. Bila kita dengar mereka ini dibantu orang lain, dari agama lain atau isu murtad berleluasa dalam kalangan asnaf, kita melenting marah. Hakikatnya ini salah kita juga. Jadi Pemuda mencadangkan agar kerajaan memperluaskan usaha mencari asnaf di setiap peringkat, agar bantuan zakat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tiada alasan untuk golongan ini tidak mendapat bantuan dari sudut agama, kerana agama telah mengajar bahawa kemiskinan menyuluh jalan kekufuran.
19. Seterusnya, Pemuda mengusulkan prakarsa kelima untuk mengembangkan lagi kelompok Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, terutamanya di kalangan usahawan dan profesional muda. Walaupun pendekatan masa kini lebih berpaksikan prinsip ketelusan dan pasaran, ini tidak bermakna kita mengetepikan matlamat untuk menghasilkan komuniti Bumiputera, yang ekonominya lebih berdaya tahan. Pemuda akan terus lantang bersuara demi memastikan medan persaingan yang adil, dan hasrat penstrukturan masyarakat terbentuk dengan jayanya. Pemuda juga berharap kerajaan akan menjana peluang lebih luas kepada golongan muda Bumiputera, bagi menjawat tampuk penting dalam soal pengurusan atau penggubalan dasar. Selama ini, bila timbul kekosongan jawatan lembaga pengarah GLC, peluang sering diberikan kepada pesara politik dan kerajaan. Amalan ini wajar disemak semula, mustahil tiada langsung profesional muda Melayu dalam dewan ini, mahupun di luar sana yang berkebolehan. Kami bukan menidakkan kebijaksanaan serta sumbangan pesara politik dan kerajaan, tetapi jenguk-jenguklah jua golongan muda. Kami yakin semangat dan idea baru orang muda dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan sesebuah agensi atau GLC.
20. Satu lagi masalah yang ditanggung oleh orang muda, adalah apabila mereka terjerat dalam hutang, dan akhirnya diisytiharkan muflis dalam usia muda. Dari kira-kira 120 ribu kes kebangkrapan sepanjang tahun 2005 hingga 2012, 32 peratus daripadanya melibatkan golongan muda. Anak-anak muda ini gagal untuk meneruskan hidup dek bebanan kebangkrapan dan disenarai hitamkan. Nak berniaga tak boleh, nak beli rumah pun tak boleh, semuanya hancur dalam stigma seorang yang bangkrap. Pemuda menyeru kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada golongan ini. Hari ini, undang-undang kebangkrapan persis hukuman mati mandatori untuk golongan bangkrap, ramai yang terkial-kial cuba keluar dari prosedur ketat, tapi gagal. Pemuda menyarankan supaya kerajaan melihat semula kepada mereka yang bangkrap, bebaskan mereka dari hukuman mati ekonomi yang bakal memburukkan lagi hidup mereka. Jadikan prosedur perlepasan kebangkrapan lebih mudah. Kita kurangkan tempoh masa untuk si bankrap memohon perlepasan, sejajar dengan trend di negara-negara lain. Kita juga harus membantu orang muda dengan memberi pendidikan tentang pengurusan kewangan. Dan dalam kes-kes tertentu, bayaran cukai boleh ditangguh dan bantuan kewangan diberi kepada usahawan untuk mengelakkan kebangkrapan. Janganlah disebabkan bangkrap, masa depan mereka hancur. Pemuda menyeru kerajaan membantu golongan muda dalam kesempitan kewangan.
21. Cadangan ketujuh menyentuh soal atap di atas kepala rakyat. Pemuda mengalu-alukan langkah kerajaan menambah baik Skim Rumah Pertamaku serta peruntukan dana 500 juta ringgit untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Namun, ada dua isu yang ingin Pemuda bangkitkan. Pertama, unit rumah PR1MA tidak cukup dan kedua, tentang sistem cabutan ballot. Anggaran menunjukkan bahawa hampir 50 peratus daripada golongan berpendapatan sederhana masih belum memiliki rumah di Lembah Klang. Hanya terdapat 9 ribu unit rumah kosong di negeri Selangor dan Kuala Lumpur berbanding dengan 370 ribu isi rumah yang masih mencari kediaman. Keduanya, dalam kita meraikan pemilihan berdasarkan sistem cabutan ballot yang dilaksanakan oleh PR1MA, Pemuda juga meminta agar kuota khas disediakan buat keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan kelompok ini tidak terlepas peluang.
22. Dalam menjadi pendokong suara rakyat, cadangan Pemuda yang kelapan adalah tentang penstrukturan semula bantuan kebajikan. Ini kerana jumlah bantuan yang diberi perlu lebih logik untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini. Sebagai contoh, bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar hanya 300 ringgit sebulan. Cubalah kita bayangkan, 300 ringgit itu tak cukup untuk beli lampin pesakit, apatah lagi untuk menanggung kos ubat, tambang ulang-alik ke hospital dan makan-minum si penjaga orang sakit. Sehubungan dengan itu, Pemuda mendesak agar kerajaan dapat merombak semula dasar kebajikan, dari segi jumlah yang diberi dan kelayakkan pemohon, agar niat kita dalam memberi pertolongan benar-benar tercapai.
23. Cadangan kesembilan pula, Pemuda menggesa agar YAB Perdana Menteri tetap istiqamah, dalam meneruskan program transformasi politik beliau. Selain daripada isu-isu ekonomi, transformasi politik amat penting bagi orang muda di mana jua. Mereka dahagakan langkah untuk menjadikan Malaysia lebih terbuka dan demokratik – iaitu satu usaha yang diteruskan oleh YAB Perdana Menteri, bermula dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi. Tetapi kita tidak boleh berhenti di situ sahaja, UMNO dan BN adalah parti sebenar yang memperjuangkan tadbir urus yang sempurna dan menentang rasuah. Parti yang melindungi hak asasi manusia dan menjuarai agenda masyarakat sivil. Ini adalah hakikat politik masa kini. Walaupun dulu kita fikir kita tak mampu hidup aman tanpa ISA, tapi kini kita berjaya membuktikan sebaliknya. Justeru, Pemuda mendesak kerajaan untuk meneruskan lagi transformasi politik ini, agar generasi muda tidak perlu mencari reformasi politik di gelanggang lain. Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BN lah pilihan muktamad. BN lah parti yang berjuang untuk integriti, ketelusan, kebebasan dan keadilan dari dahulu, kini dan selamanya.
24. Cadangan kesepuluh merupakan satu initiatif khas Pemuda UMNO yang bakal membawa berita baik kepada ribuan orang muda. Hasil kajian Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO (SHEB), ada kira-kira 200 ribu lebih penunggang motosikal, khususnya di kalangan orang muda yang tidak mempunyai lesen. Mungkin mereka tidak ada lesen kerana kecuaian sendiri, atau mungkin kos untuk mendapat lesen terlalu tinggi. Ramai di kalangan mereka sudah didapati bersalah oleh mahkamah kerana menunggang tanpa lesen dan mereka tidak mampu mendapat pembiayaan guaman. Ada juga yang hidup ketakutan kerana waran tangkap sudah keluar. Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kita kena terima hakikat bahawa ramai yang mengalami nasib ini sebab tidak mampu membayar kos mendapatkan lesen memandu. Atas kesedaran ini, saya ingin mengumumkan satu initiatif terbaru Pemuda UMNO yang bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dijalankan secara perintis di Pekan. Pemuda akan bekerjasama dengan JPJ, PDRM dan agensi-agensi lain untuk menawarkan kursus lesen motosikal pada harga 199 ringgit, yakni 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Kami juga akan minta supaya Kerajaan menaja sebahagian dari pemohon BL1M yang datang dari keluarga pendapatan rendah agar mereka dapat lesen dengan percuma. Kami juga dalam proses berunding supaya mereka yang sudah kena tindakan mahkamah mendapat keampunan jika melalui BL1M dan mereka terlepas dari kebimbangan dipenjarakan. Ini hadiah istimewa bagi golongan orang muda yang tersepit, khas dari Pemuda UMNO.
Para perwakilan sekalian,
25. Tidak dapat dinafikan, Pemuda memainkan peranan penting sebagai pelapis pucuk pimpinan parti induk kita. Yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di barisan paling hadapan kepimpinanan nasional pada hari ini, saya berani nyatakan, bahawa sebilangan besar daripada mereka telah diacu, dikelok dan diasah dari tampuk Pemuda UMNO. Apa tidaknya, YAB Presiden pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. YAB Timbalan Presiden pula pernah menganggotai Exco Pemuda UMNO. Dua daripada tiga Naib Presiden UMNO hari ini bekas Ketua Pemuda pusat, dan seorang lagi bekas Ketua Pemuda negeri. Malah, ketua pembangkang pun bekas Ketua Pemuda Malaysia! Tercemar sedikit legasi kita, tapi tak apa, kita manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan.
26. Kita menginsafi warisan ini, namun bak pesan Hamzah Fansuri dalam syair Perahu – muda dan gagah kita tak kekal lama, ia hanya pinjaman semata. Karier dan perjuangan kita dalam Pemuda UMNO juga begitu, punya tahap waktu, bak kata orang putih, ada 'shelf life'. Tapi muda sekali biar bererti. Jangan kita noktahkan perjuangan dan khidmat bakti di paras satu, dua, atau tiga penggal cuma. Kita mesti mengatur strategi di luar norma biasa untuk melahirkan pemimpin dan generasi pelapis paling getir, untuk menyambung legasi pergerakan ini – para pelapis yang punya semangat setala Jebat, gagah bak Megat Seri Rama.
27. Jika diperhalusi lembaran sejarah, perkara mencari pelapis ini mesti dipupuk dari awal lagi – pantang dibuat semberono. Sejajar dengan harapan kita untuk melahirkan pelapis bermutu, Pemuda tidak pernah kenal erti lelah, siang atau kelam, dalam usaha untuk meningkatkan keahlian parti. Dan kita sebenarnya sudah lama mendepani sayap-sayap lain, mahupun parti induk sendiri, dalam meneroka dan menambah bilangan ahli baru. Dalam lebih kurang 43 bulan saya memegang jawatan Ketua Pemuda, tiada satu bulan pun di mana Pemuda tidak mendahului sayap lain dan parti induk dalam soal penambahan ahli. Angka tidak pernah menipu. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa Pemuda merupakan gerbang pintu masuk utama parti UMNO – khususnya dalam kalangan golongan muda. Tapi jangan kita tersilap – muda tidak bermakna jahil, kuantiti tidak menjamin kualiti. Usaha dan tanggungjawab kita tidak terhenti setakat mengambil nama dan mendaftar ahli, cabaran seterusnya datang untuk melahirkan generasi pelapis yang celik lanskap politik, cekap menjana idea baru dan mampu menyelusupkan hasrat generasi kontemporari, kepada badan Pemuda UMNO itu sendiri.
28. Menelusuri langgam generasi muda masa sekarang, kita telah menganjurkan program yang cocok dengan jiwa mereka, seperti Sukarelawan Pemuda BN atau BN Youth Volunteers (BNYV) dan BN Youth Kampus (BNYK), yang kita baru lancarkan semalam. Waima BNYV itu amat dekat di hati saya, apa yang tidak boleh dinafikan di sini adalah bukti penjenamaan semula Pemuda UMNO, kerana bukan calang-calang sambutan yang diterima. Di atas antelas BNYV, seramai lebih kurang 10 ribu orang muda, sudah mula menjiwai kelarai perjuangan BN. Apa yang lebih manis, untuk kita taulan seperjuangan, anak-anak muda dalam BNYV dan BNYK berprofil bukan sembarangan. Mereka individu muda bersahsiah, suka bertanya, punya visi dan misi tersendiri. Berkonotasi dengan keperibadian seperti ini, mereka bakal menjulang iktikad dan falsafah parti kita. Mereka tidak betah membeli omongan kosong dan sandiwara ampuh pihak pembangkang. Jika dulu kita fikir kita tidak akan mampu menawan hati gologan muda, yang sangat kritikal dengan perjuangan kita, tapi hari ini jelas penjenamaan semula Pemuda yang menjurus kepada politik khidmat bakti, telah berjaya menawan kelompok ini.
29. Mungkin sebelum ini mereka berasa segan atau janggal untuk mendekati parti kita yang kaya dengan tradisi dan protokol tersendiri. Kini melalui BNYV dan BNYK, kita sudah mengubah nuansa pendekatan menjadi lebih terbuka, pragmatis dan inklusif untuk merapatkan barisan kita di aula generasi baru. Meskipun tidak berhasrat untuk menggantikan peranan bahagian dan cawangan UMNO, ia merupakan harfiah kreatif kita untuk memupuk modal insan yang lebih berkualiti dan berpotensi. Mudah-mudahan jika diizinkan Tuhan, adik-adik kita ini bakal jadi pelapis pimpinan Pemuda UMNO, lantaran meneruskan kesinambungan legasi untuk generasi akan datang.
30. Walau lorong perjuangan dan pengorbanan sudah jauh diteroka, kita tidak pernah alpa bahawa perangkaan politik kita memerlukan perancangan yang lebih syumul. Maka, saya dan kepimpinan pusat akan kekal berusaha mengenal pasti bakat-bakat segar dari dalam dan luar organisasi kita ini, untuk kita bimbing dan asuh menjadi harapan masa depan bila zaman Pemuda kita tamat kelak. Baik cawangan Pemuda mahupun kampus universiti, kami akan terus turun padang mencari individu berpotensi tinggi!
31. Jika kini fokus utama kita adalah PRU13, selepas pilihan raya kelak kita wajar melipat ganda usaha untuk mengasah bakat-bakat pemimpin yang baru. Dalam konteks hasrat ini, alang-alang kita berfikrah atas nama latihan dan pendidikan, Pemuda sedar bahawa pengisian kurikulum politik perlu selari dengan cabaran dan lanskap politik masa sekarang. Apa dangkalnya kita mencari seribu bakal pemimpin hari esok, seandainya hari ini mereka masih diasuh dengan pengisian politik jumud. Acapkali sudah saya menyentuh soal transformasi yang bergolak dalam kancah politik tanahair, kerana memang jelas, betapa minda dan kehendak generasi muda amat berbeza dengan generasi terdahulu. Demi membantu latihan generasi pelapis ini, saya mengumumkan hasrat kita membina satu akademi khusus untuk Pemuda UMNO, yang bakal diberi nama sempena Ketua Pemuda yang pertama, Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI). Saya impikan penubuhan akademi ini di Sabah, negeri yang mana walaupun bongsu dari segi penubuhan UMNO, tetapi telah menjadi antara kubu kuat parti kita. Ini untuk menjadi legasi kita dalam membina kepimpinan masa akan datang.
Para perwakilan sekalian,
32. Di samping kita memikirkan soal kepimpinan masa depan, wajar juga kita menginsafi tanggungjawab kita selaku pemimpin muda hari ini.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Rum, ayat ke-54:
Yang membawa maksud: "Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu, Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
Pengajaran yang dapat disingkap dalam ayat tersebut, masa muda hanya tiba sekali seumur hidup. Ia satu fasa kehidupan yang cukup penting dalam menjana kepimpinan. Perjalanan masih panjang, destinasi sudah jelas dipandang. Sungguhpun masih banyak yang perlu dipelajari, kita juga akui, rata-rata Pemuda sudah pun bersandar pada landasan yang kukuh dengan kekuatan dan jatidiri. Sewaktu umur ini, Pemuda dalam situasi terbaik untuk menerokai idea-idea baru, lantas memperbaharui model kepimpinan dan politik generasi sebelum ini. Zaman muda adalah zaman keemasan yang mengurniakan peluang-peluang yang tidak datang sebelum datangnya muda, dan ia takkan datang lagi selepas perahu muda ini berlalu pergi.
33. Berpegang kepada tasawwur ini, kita insaf bahawa Allah SWT telah mengatur takdir dan ujian untuk setiap daripada kita. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat ke-286:
Bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
34. Dalam usaha kita untuk mengambil peluang zaman muda, sekaligus menzahirkan sebaik keupayaan kita, kita juga harus sedar bahawa kapasiti kepimpinan setiap insan, pasti berbeza. Tidak dapat tidak, dalam mana-mana arena politik sekalipun, sudah pasti ramai yang memendam cita-cita mendaki puncak kepimpinan. Dalam pendakian ini, janganlah pula kita terlalu ghairah mengejar puncak, sehingga kita alpa dengan pahala kebajikan. Maha Pencipta tidak mewajibkan setiap seorang daripada kita untuk menjadi pemimpin tertinggi masyarakat, apatah lagi pemimpin tertinggi negara. Sebaliknya, Islam mengajar kita bersatu, berlumba-lumba membuat kebaikan, selaku pemegang obor amanah Allah SWT.
35. Maka, jika kita berpegang kepada perjuangan berlandaskan amanah, kita takkan dengki, takkan rakus, dalam mengejar jawatan di muka bumi. Jauh lebih mulia, jika kita semua berjuang ikhlas atas asas kemampuan dan fitrah kurniaan Allah SWT. Ini yang menjadi kunci kejayaan sesuatu perjuangan murni – bukannya mahu berebut jadi ketua, wakil atau kepala. Dalam konteks parti dan pergerakan kita pun, kekuatan bukan terletak di bahu pemimpin teratas semata-mata. Sebaliknya, tulang belakang terbina dari sumsum kegigihan panglima-panglima muda di segenap peringkat – masing-masing dengan kelebihan dan senjata tersendiri. Berkat doa, istiqamah serta usaha yang ikhlas, insya-Allah, ajaran Islam memberi kita pedoman untuk mengacu aspirasi model kepimpinan berlandaskan keinsafan. Melaksanakan khidmat dan tanggungjawab demi kebajikan semua, dan bukan untuk memuaskan nafsu serakah semata.
Para perwakilan sekalian,
36. Di samping kita menyumbang keringat berdasarkan kekuatan unik masing-masing, kita juga sedar bahawa ada di antara kita, yang sesuai diketengahkan selaku pemimpin di persada politik negara. Selari dengan niat kita menggunakan kelebihan zaman muda dalam menerajui kepimpinan baru, kita bersuara kerana percaya era Pemuda telah tiba. Pola politik mutakhir ini memancarkan petanda yang jelas. Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa generasi mudalah kuasa penentu terbesar dalam politik negara. Tahun lepas di dewan yang mulia ini, saya menyentuh soal peralihan generasi berlandaskan perubahan pemikiran golongan muda. Lewat ini, soal peralihan generasi ini tampak semakin mustahak. Dalam asimilasi kita bersama geng muda di peringkat akar umbi, semakin jelas aspirasi mereka yang dahagakan kepimpinan serasi dengan congakan dan sudut pandang mereka.
37. Sebagai orang muda sendiri, sememangnya kita berada dalam kedudukan terbaik untuk benar-benar mencerminkan hasrat dan jiwa mereka. Kita yang paling dekat dengan orang muda, kita yang bergaul dengan mereka. Kita yang berada di barisan hadapan memperjuangkan kebajikan anak muda, tidak kira walau di Parlimen, di belakang tabir, di depan tabir, di mana sahaja – demi memastikan setiap dasar Kerajaan adalah dasar yang mesra orang muda.
38. Pemuda tidak mendesak apa-apa untuk kepentingan sendiri, jauh sekali untuk meminta-minta buat pemuas nafsu haloba. Namun, atas realiti politik masa kini, kita berhasrat agar peralihan generasi ini bukan setakat di atas kertas sahaja. Jika realiti politik menunjukkan bahawa orang muda adalah segmen pengundi baru terbesar, bukankah munasabah sekiranya mereka mahukan wakil-wakil dari rakan sebaya mereka juga? Seafdalnya, biarlah peralihan generasi berlaku di peringkat parti, yang mencerminkan lebih ramai calon-calon Pemuda diberi peluang, pada pilihanraya akan datang.
39. Dan saya yakin, berbekalkan kesedaran dan usaha komited Pemuda, ramai antara kita memang sudah bersedia untuk memikul cabaran selaku calon pilihanraya. Waima begitu, kesetiaan kami tak pernah goyah terhadap keputusan muktamad YAB Presiden. Kami sekadar menzahirkan hasrat kami yang membuak kerana cintakan negara, membuak kerana percaya masa kami telah tiba. Segala apa yang kami usahakan adalah atas dasar kerja, tanggungjawab dan cinta kami terhadap UMNO.
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh perkasa belaka
Badan dan kudrat sila taruhkan
Ke Kota Tinggi membeli suasa
Suasa di ikat bersama rotan
Giliran kita sudah tiba
Kini masa orang muda ke depan
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Kami pemuda sudah bersedia
Pantang berundur mengalah jangan!
Para perwakilan yang dihormati,
40. Kini masanya sudah tiba, ini Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir, sebelum kita tempuh pilihanraya paling sengit dalam sejarah. Sekarang terbentang di depan mata, tersurat di susuk minda; dua pilihan untuk rakyat demi menentukan yang mana hak, yang mana batil; siapa layak, siapa kecundang untuk memegang tampuk pentadbiran. Antara dua pilihan masa depan, yang akan ditentukan pada piliharaya akan datang. Dan apabila kita cakap tentang pilihan, jangan tepuk dada tanya selera, itu cara lama. Kita orang bijaksana harus tepuk minda tanya hati, sebelum jari memangkah kertas undi.
41. Pilihan masa depan pertama tawaran pihak lawan, manisnya bukan kepalang. Janji populis puak Pakatan tak kenal sempadan. Masa depan yang berasaskan semuanya percuma – atau hampir percuma sungguh merdu di telinga, tapi hakikat nyata berbeza. Bermula dari penurunan harga minyak sekiranya esok mereka berkuasa, penghapusan PTPTN dengan segera, pelupusan tol jalanraya tidak semena, penurunan harga kereta, hatta pendidikan pun akan diberi semua percuma. Segalanya tampak indah bila kita hidup dalam utopia ciptaan Anwar Ibrahim. Tapi perlu diingat, tiada yang percuma dalam dunia, janji beliau bisa membankrapkan negara. Kos bagi janji mereka mencecah lebih 200 bilion ringgit dalam tahun pertama sahaja. Untuk pembangkang, samaada negara bankrap atau tidak, samaada kewangan diurusbaik atau sebaliknya, langsung tak ambil pusing, yang penting mereka hanya mahu merampas tampuk kuasa.
42. Ujian pertama bagi sebarang janji adalah penghalusannya. Dalam hal ini, untuk hebahan semua, jumlah peruntukan bagi belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 adalah sebanyak 232.8 bilion ringgit. Daripada jumlah tadi, janji-janji pilihanraya pembangkang sahaja, hampir mencecah 90 peratus daripada belanjawan tahunan kerajaan. Jadi jika kesemua janji mereka dipenuhi dalam tahun pertama memerintah, akibatnya,kerajaan tidak akan punya cukup wang untuk membayar gaji guru, doktor, jururawat, polis dan tentera, apatah lagi membina jalan, sekolah, hospital atau menyediakan bantuan kebajikan. Jika ini berlaku kesemua perkhidmatan penting akan terhenti dan negara akan gagal berfungsi. Jika pembangkang memutuskan untuk meminjam lebih banyak wang untuk membiayai janji-janji mereka, defisit kerajaan akan membengkak, hutang pula kian mencanak.
43. Inilah gambaran sebenar masa depan yang dilakar oleh pembangkang – gelap dan kabur dengan bayangan janji tak bertulang. Apa yang pasti, sekiranya mereka teruskan juga taburan janji mereka – negara akan bankrap dan lemas dalam hutang. Atau mungkin inilah niat mereka yang sebenar, untuk menunaikan hajat Ketua Umum yang terbantut – mengemudi negara ke lembah kehancuran sebelum diselamatkan oleh gerombolan rakan-rakannya di IMF.
44. Rakyat sudah lama cerdik lagi arif, dan kita sedia maklum bahawa pembangkang itu saudagar mimpi. Dari utara ke selatan, dari Semenanjung ke pulau Borneo, tak kenal letih, terkinja-terkinja menjaja retorik. Namun masa depan bersama kami, kemudinya berlainan. Malaysia bersama BN tidak akan ditimpa bala ekonomi seperti Greece, rakyat tidak akan terpenjara di bawah beban hutang yang mencengkam,kita tidak akan memporak-perandakan kestabilan ekonomi, bukan macam pakatan pembangkang, silap haribulan terpaksa melutut minta pinjam wang dari IMF.
45. Kalau pun bukan isu bangkrap yang jadi perhitungan, apakah sanggup kita memperjudikan nasib negara di tangan pembangkang yang tak pernah punyai rekod mentadbir negara. Ya, kita akui mereka kini mentadbir beberapa negeri, tapi kalau kita baca Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini, haru-biru ceritanya.
46. Di Selangor misalnya, apa jadi dengan Skim Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) yang dicanang, digendang, gegak gempita seantero negeri? Janji untuk beri simpanan tetap 100 ringgit untuk setiap anak Selangor, ditempelak keras dalam Laporan Audit. Apa tidaknya, harapan nak ringankan beban keluarga punah berderai. Dalam 61 ribu permohonan, hanya 36 peratus sahaja diluluskan. Kalau ikut KPI saya, itu sudah gagal betul namanya. Ternyata, Tawas sudah tewas!
47. Itu belum kita jengok masalah di UNISEL. Tidak payah saya berhujah panjang, cukup sekadar mengingatkan Pakatan bahawa mengikut Laporan Audit 2008, UNISEL merekodkan keuntungan 5.97 juta ringgit, hasil warisan pentadbiran BN. Namun, selang dua tahun sahaja, segala keuntungan hangus dek kerakusan dan ketidakupayaan pembangkang – dari untung terkumpul hampir 6 juta ringgit, menjunam rugi 47.3 juta ringgit pada tahun 2010. Saya cadangkan, sebelum berjanji memberi pendidikan percuma, betulkanlah dulu kepincangan di UNISEL.
48. Itu baru laporan audit Tawas dan Unisel, janji-janji pra PRU 12, bagaimana pula?
• Mana janji pendidikan tadika percuma?
• Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya?
• Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?
• Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?
49. Itu Selangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.
Di Kelantan:
• Harapan Program Ladang Rakyat, bagi membantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.
• Bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula. Bertempik terlolong mereka jaja kononnya kita amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diam baki projek dipajak kepada syarikat kroni pilihan Kerajaan PAS sendiri, tanpa penilaian terperinci.
• Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat. Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur. Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Kelantan.
Di Pulau Pinang:
• Sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari ini Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang.
Di Kedah:
• Pengurusan pentadbiran negeri Kedah lebih kecamuk, boleh buat pelaburan di luar negara tanpa kelulusan lembaga pengarah dan mendedahkan wang kerajaan negeri dalam pelaburan berisiko tinggi.
• Penyelewangan berlaku di sana-sini, termasuk dalam menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat termiskin. Ada bukti menunjukkan kontraktor yang tak cukup syarat dilantik dan pelik bin ajaibnya pula ada bayaran untuk satu kontraktor dibayar kepada pihak lain.
• Ada kontraktor yang membuat tuntutan berulang-ulang pada kerja yang sama dan pada unit rumah yang langsung tak wujud. Ini dosa besar bila kita mencuri dari golongan miskin melalui rasuah dan sikap tidak amanah.
50. Begitulah, saudara-saudara, rencah pentabdiran Pakatan, tanah dirampas, peruntukkan digadai, alam sekitar dihina dan pengurusan kewangan cacamarba. Kalau dapat mentadbir negara, habis punah, kita semua menempah celaka. Kalau kita mahu memperbutirkan satu persatu janji populis dan kegagalan pakatan pembangkang, jawabnya sampai ke subuh kita bersidang. Cukup sekadar saya sebut, peluang mentabdir di beberapa negeri telah mereka tongsampahkan. Janji tinggal janji, tak cekap mentadbir kewangan dan negeri, pendek kata mereka memang tak mampu, tak layak memerintah negara!
Para perwakilan sekalian,
51. Bercakap atas angin itu murahan, janji sembarangan itu khayalan. Berbeza dengan masa depan yang ditawarkan oleh BN, memang pantang perjuangan kita menghancurkan negara dengan polisi populis melulu. Lantaran itu, masa depan yang kita tawarkan kepada rakyat, berasaskan transformasi yang syumul, bukan reformasi jalanan bersalut janji.
52. Kita arif benar, kelangsungan hidup bertonggakkan realiti. Masa depan yang dicorak kerajaan BN untuk rakyat, berkala di atas fakta dan penyelidikan. Wang di kantung dicongak, dihitung, sebelum menabur sebarang janji. Tidak tegar kerajaan ini meletakkan masa depan anak watan, di meja perjudian kuasa seperti pakatan pembangkang.
53. Memang sahih, kita buta hati seandainya gagal mentafsirkan 55 tahun kemerdekaan ini, sebagai bukti kewibawaan BN. Benar, memang tiada pentadbiran yang maha kamil. Namun kita akui, dalam tempoh lebih setengah abad itu, walau ada cacat cela dan kekhilafan, kepimpinan BN sahajalah yang mampu meneroka kemerdekaan, mengisi kelompongan pentadbiran, menstruktur ekonomi rakyat, mengindustrikan sektor tani, dan meneroka perkembangan alam maya. Komitmen tinggi ini diterjemahkan lagi dengan wawasan jangkauan jauh dan juga transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden sendiri.
54. Kita lihat sahaja Pelan Transformasi Kerajaan (GTP). Kerajaan BN membuka telinga kepada segala rintihan dan suara berat rakyat. Kos sara hidup kita tangani, rasuah kita perangi, pendidikan kita perluaskan dan kadar jenayah seluruh negara kita turunkan. Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pula melihat Malaysia menjadi sebuah oasis yang stabil dan maju dalam kancah kemelesetan ekonomi dunia. Tatkala negara lain sengsara dengan kadar pengganguran, dan harga barang yang mencanak naik, negara kita tetap utuh dengan visi ekonomi kerajaan BN. Kita tetap gah menjana ekonomi, menambah peluang pekerjaan dan perniagaan, menarik masuk pelaburan dan meningkatkan perdagangan. Ini bukan bohong jajaan saudagar mimpi, inilah realiti kita hari ini dan hari esok, insya-Allah, kita akan jadi lebih bagus. Hakikatnya, pembangkang tak mampu memacu negara ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, stabil dan menjana lebih banyak pekerjaan, menjelang tahun 2020. Mereka hanya penabur janji, sedangkan kita arkitek realiti. BN berpijak di bumi yang nyata, bukan berendoi fantasi dunia. Pokoknya, masa depan yang ada visi dan realiti, adalah masa depan dengan Barisan Nasional di sisi.
Para perwakilan sekalian,
55. Itu baru perbandingan dari sudut mentadbir ekonomi. Jelas tak terkata, masa depan bersama UMNO dan BN lebih mantap lagi terjamin. Sementara di bawah Pakatan, masa depan bakal punah dan jahanam. Bagaimana pula dengan masa depan rakyat dari sudut nilai kemasyarakatan dan maruah negara? Masih jelas dalam fikiran apabila gambar YAB Perdana Menteri dipijak, dikoyak dan ditayang bontot dengan hina. Siapa yang ajar anak muda kita berbuat demikian, kalau bukan pembangkang yang memupuk politik kebencian,di kalangan generasi muda untuk membenci pemimpin dari awal lagi?
56. Apa jadi dengan budaya muafakat dan demokrasi berparlimen yang telah lama kita amalkan? Kalau Pakatan berkuasa, Parlimen bakal jadi gajah putih kerana mereka tak percaya keluruhan undang-undang, tapi mereka sukakan rusuhan. Untuk mereka apa yang penting, jeritan siapa lebih kuat dan berapa ramai datang berdemo di jalanan. Setiap kali ada masalah, mereka desak rakyat jangan berbincang dengan kerajaan, teruskan saja berdemo di jalanan, apa yang mereka bawa hanya budaya anarki dan revolusi semata.
57. Masa depan yang beginikah kita mahu di bawah mereka? Rencam seperti inikah yang pembangkang dambakan untuk generasi baru? Apa jadi dengan nilai kita orang timur? Mana rangka pembangunan negara, mempertahan maruah bangsa? Semuanya hilang dalam rakus merebut kuasa.
58. Sejarah bukan catatan semata, sejarah adalah sempadan pengajaran yang mesti diingati. Kita bangga kerana sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin kita bersinonim dengan Merdeka, UMNO adalah pasak utama dalam menuntut kebebasan dari penjajah, dan kita semua di dewan hari ini, adalah pewaris kepada tradisi kemerdekaan itu. Tapi ada juak-juak yang tak letih mengancam kemerdekaan ini, Ketua Umum mereka kantoi besar menagih, meminta, campurtangan asing untuk pilihan raya akan datang. Ini bukan sahaja memalukan negara, malah menghina perjuangan kemerdekaan kita. Sungguh terdesak mereka hingga tergamak minta kuasa asing menentukan destinasi politik kita. Terang-terang mereka tak yakin dengan kebijaksanaan rakyat dalam menentukan pilihan, hingga sanggup mengheret orang luar untuk mengajar kita – sedangkan demokrasi kita sudah bertapak lama. Masa depan beginilah yang bakal kita hadapi di bawah Pakatan: daulat disita, maruah dihina.
59. Dan perjuangan UMNO tak pernah tersasar dari paksi dan nilai Islam, malah kita pejuang sebenar dalam soal mempertahankan maruah agama, bukan macam parti yang bernama Islam. Lidah ulama mereka jadi kelu bila orang biadap seperti Ngeh mencerca agama kita, kecut menikus tak berani bersuara bila konsep negara Islam sinis ditertawa DAP, dan bila keluar mazhab baru menggalakkan murtad, mereka terus bisu! Kalau begitulah onarnya, PAS bukan pejuang agama, sekadar menjadikan agama sebagai platform untuk agenda politik mereka. Di bawah nilai Islam yang nirmala, pimpinan tertinggi PAS sanggup mendoakan kebinasaan UMNO, kebinasaan saya dan anda semua dalam dewan ini. Kalaulah doa-doa begini diajar kepada anak-anak kita, apa nasib bangsa dan agama sekiranya mereka berkuasa? Sesiapa saja yang mereka tak suka, didoakan supaya lekas binasa. Tapi tak apa, kita bukan seperti mereka, kita sama-sama doakan agar ahli-ahli PAS selamat selamanya, dan suatu hari nanti mereka dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat di bawah ketaksuban dengan pemimpin yang gemar menyemai kebencian.
60. Bila bercakap soal berjuang untuk agama dan keadilan sejagat, UMNO sudah lama bersuara untuk rakyat Palestin, tapi puak yang sebelah sana apa cerita? Kepada penerbitan The Wall Street Journal, Ketua Umum mereka gah berkata ala juara: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" ("Saya menyokong segala usaha untuk mempertahankan keselamatan Negara Israel").Tapi sekarang saat Palestin dibedil rejim Israel, orang yang sama sanggup buat pusingan U turn! Kata dia, Israel "pengganas" kerana menyerang Gaza. Sekali lagi contoh sesumpah yang menukar warna mengikut kepentingan semasa.
Para perwakilan,
61. Bagaimana pula dengan pilihan dua masa depan itu untuk orang Melayu? Sedarlah semua,hanya UMNO sahaja yang dapat mempertahankan bangsa Melayu. Ini bukan soal pilihan tetapi hakikat, kerana tidak ada parti lain yang mampu menjaga kedudukan Melayu serta Islam, selain UMNO. Jelas terbukti pakatan pembangkang langsung tidak memperakui perjuangan, serta pengorbanan orang Melayu. Di samping kita membawa gagasan inklusif di bawah 1Malaysia, perjuangan UMNO tak kan pudar, apatah lagi berundur barang setapak, dari menjadi pembela dan wadah perjuangan orang Melayu. Ternyata sudah, di kala kekalutan orang Melayu melihat PAS mengenepikan matlamat negara Islamnya, pada masa PKR sibuk dengan ehwal peribadi Ketua Umumnya, UMNO tetap tegar membawa agenda masa depan orang Melayu. UMNO payung orang Melayu, UMNO pembawa obor masa depan orang Melayu, UMNO dan Melayu kekal terpatri selamanya.
62. Kini jelas di hadapan kita, masa depan bersama BN akan menjamin Perlembagaan kekal dijulang, Raja dijunjung, Islam dimuliakan, kedaulatan negara dipertahankan dan bangsa Melayu diperkasakan. Manakala, masa depan di bawah Pakatan akan melihat negara bakal muflis, maruah bangsa dipijak-pijak, kacau bilau di mana-mana, Islam yang tidak terbela, keruntuhan akhlak dan moral, silap haribulan kemerdekaan tergadai. Di bawah muslihat Pakatan, Persekutuan Malaysia akan jadi perpecahan Malaysia. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan ideologi dan undang-undang yang berbeza. Hudud versi PAS akan mengawal hidup di Pantai Timur sekaligus menakutkan orang bukan Islam dan konsep "Malaysian Malaysia" yang meminggirkan orang Melayu akan bermaharajalela di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Manakala di negeri-negeri PKR pula, tiada apa yang suci, semuanya halal, anything goes, asalkan Anwar kekal dijulang.
63. Pakatan apa sebenarnya mereka ini? Nama saja Pakatan namun jarang sekali bersepakat, sehinggakan calon Perdana Menteri belum tentu yang mana. Siapa bakal Perdana Menteri mereka? PAS kata Hadi Awang, DAP kata Anwar Ibrahim, geng muda PKR kata bagi kepada anak Ketua Umum. Ramai lagi yang mahu jadi Perdana Menteri dalam Pakatan ini sebenarnya, namun semuanya kabur belaka. Berbeza sekali dengan BN – semuanya jelas pilihan Perdana Menteri kita hanya satu, tak lain tak bukan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Di bawah pakatan pembangkang, negara akan berpecah, perpaduan rakyat akan berpatah arang berkerat rotan! Demi bangsa yang merdeka ini, Pemuda tidak akan sesekali membenarkan negara terpisah di bawah tiga sistem berbeza, tiga falsafah hidup bertentangan dan tiga ideologi politik berasingan. Jangan digadai jerih nenek moyang menyatukan negara ini, kita tidak akan benarkan masa depan hancur di tangan mereka. Nyata, hanya satu masa depan yang akan mengekalkan kita bersama, masa depan 1Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia, di bawah Barisan Nasional!
Sahabat sekalian,
64. Semboyan perang pilihan raya sudah bergema, bersedialah Pemuda jangan kau alpa.
Sesungguhnya sejarah itu benar;
Mahal airmata bapa kemerdekaan itu benar;
Getirnya pengorbanan bapa pembangunan itu benar;
Berlikunya jalan bapa perpaduan itu benar;
UMNO pembela bangsa Melayu itu benar;
Pemuda UMNO hulubalang bangsa itu juga benar;
Kita ambil pengajaran dari mimpi-mimpi Onn Jaafar yang hilang.
65. Dalam berahi kita membongkar helah pembangkang, jangan sekali kita lupa. Di hadapan benteng bala tentera musuh kian mara. Langkah demi langkah, mereka seret bendera dan meriam kehancuran, yang bakal meranap harmoni yang telah lama kita bina.‬

66. Sejarah dunia mengajar kita – saat-saat serupa pernah berlaku. Detik yang menentukan antara benar dan batil; antara makmur dan jahanam; antara petualang dan pahlawan! Bagi mereka yang setia, kala detik ini tiba, muncul erti sebenar perjuangan yang hakiki. Bertaruh hidup dan mati atas nama maruah dan kepercayaan.‬‬‬‬‬‬‬
67. Kita imbas saat tercetusnya Perang Dunia Kedua, sewaktu gerombolan Paksi hampir menyentuh kepulauan Britain, di kala bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churcill, menyemarak semangat juang rakyat. Detik getir antara dua kemungkinan, antara dua masa depan, antara cahaya dan kegelapan. Perwira itu tak goyah, tak gentar, malah berikrar: negaranya akan bertempur di lautan, bertempur di udara, di tepi pantai mahupun di celah jalanan. Negaranya tidak akan menyerah kalah, kendati pun dibiarkan kebuluran!
68. Dengan seiras semangat juang, saya menyeru para perwakilan, mari kita tempur seteru kita di segenap ruang! Kita bahas mereka di Parlimen, kita patahkan hujah mereka di kedai kopi, kita dedah muslihat mereka di alam siber! Tak kira di kota atau di desa, kita tumpaskan pengkhianat bangsa. Kita tempur, kita gempur, lantas berkuburlah Pakatan durjana!
69. Wahai pejuang-pejuang muda, detik penentu begini tak kerap tiba. Semboyan parti kita belum pernah menjerit selantang ini. Gemanya menyeru setiap kita, walau apa badai melanda, walau mati segala cita-cita, kita berikan segalanya di medan juang ini, hingga ke titisan darah yang terakhir! Ini ikrar kita, kita pastikan semua di luar sana tahu, pastikan sejarah tercatit, dikala seteru tiba, bala tentera Pemuda terpacak di barisan paling hadapan, sanggup berkorban, demi agama, bangsa dan negara.
HIDUP UMNO!
HIDUP UMNO!
HIDUP UMNO!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...