Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Sabtu, 13 Mac 2010

Satu Keputusan Bijak

IPOH 13 Mac – Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari
ini menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen
berkenaan walaupun ada pihak dalam pakatan pembangkang mendesaknya
berbuat demikian.
Katanya, beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya dan
sebaliknya akan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat bebas
sehingga pilihan raya umum yang akan datang.
Pada 3 Mac lalu, Mohsin Fadzli mengisytiharkan dirinya keluar daripada
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana
"politiking" melampau dalam PKR yang gagal dikawal oleh penasihat
parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan
menghabiskan penggal perkhidmatan saya," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
"Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi
Ahli Parlimen mereka... tidak ada salahnya kerana saya masih
berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai)," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...