Apa yang terjadi pada hari ini bahawa keadilan yang diwar-war kan oleh Pakatan RIOT itu tidak diperjuangkan secara global dan sejagat walaupun sifat adil itu bertaraf sejagat kerana ada beberapa sebab seperti berikut :
1. Mungkin mereka belum faham erti keadilan yang sebenarnya.
2. Kerana mereka mempunyai kepentingan diri
3. Mereka mentakrifkan atau mendefinasikan mengikut kefahaman isma atau ideologi atau agama pegangan masing-masing atau akal fikiran masing-masing, bukan mengikut takrif Islam yang luas lagi sempurna.
4. Mereka mengumandangkan perkataan keadilan itu ada motif atau ada tujuan hendak menjatuhkan individu yang tertentu atau puak atau parti yang tertentu kerana hasad dengki atau sakit hati atau musuhnya.
5. Mereka juga memperjuangkan keadilan setelah dia tersepit atau setelah dia dibuang daripada jawatannya atau dizalimi, maka mulalah mereka menggembar-gemburka n keadilan. Kalau tidak, mereka pun tidak minat hendak menyebut dan memperjuangkannya sebelum menimpa diri dan golongan sendiri.
6. Lantaran takut kerana keadilan itu disarankan atau diperjuangkan kepada semua pihak atau puak, akan ada nanti golongan dan puak yang akan bangun dan maju.
7. Disebabkan takut dan bimbang kalau diperjuangkan keadilan secara global, ada golongan yang berkuasa atau kuat terkena atau tercabar, mereka tidak mampu berhadapan dengan risikonya apabila ditekan dan disusahkan.
Secara umumnya inilah di antara sebab-sebab mengapa pejuang-pejuang yang ingin menegakkan keadilan, kelihatan tidak bersifat global dan menyeluruh. Jadi orang menjadi bingung dan keliru, lebih-lebih lagi mereka tidak tahu bagaimana memperjuangkan keadilan itu yang bersifat menyeluruh dan tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan