Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Jumaat, 5 Oktober 2012

Pampasan Untuk Tahanan ISA: Bukti Kerajaan Najib Tidak Zalim


Dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kononnya sistem kehakiman negara ini adalah tidak telus dan dikawal kerajaan UMNO kini terserlah lagi sebagai satu pembohongan yang nyata dan berniat jahat apabila 5 tahanan ISA yang terdiri dari puak mereka telah memenangi perbicaraan dan bakal menerima pampasan yang tinggi.

Tian Chua, Hishamudin Rais, Badrulamin khalwat, Badaruddin dan Saari  diputuskan oleh mahkamah untuk menerima pampasan lebih RM4 juta atas alasan ditahan berdasarkan politik dan bukannya keselamatan negara.  Kita hormati keputusan hakim walaupun tidak bersetuju bahawa mereka-mereka ini tidak mengancam keselamatan negara.  Sebagai seorang yang rasional kita faham bahawa pendapat dan pandangan kita tidak penting dalam memperkatakan sesuatu kes mahkamah tetapi yang penting adalah bukti dan saksi. Malangnya, pihak yang bakal menerima pampasan tersebut sendiri adalah terdiri dari mereka-mereka yang tidak rasional.  Penahanan mereka itu sendiri adalah buktinya, di mana ianya bertitik tolak atau berpunca dari keengganan mereka menerima keputusan mahkamah yang mendapati Anwar Ibrahim sebagai bersalah.  Sebenarnya, tidak salah jika dikatakan bahawa mereka ini lahir dari kes Liwat I Anwar.   

Sejak Anwar didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes tersebut, mereka-mereka ini giat memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dan kerajaan ke serata dunia.  Kononnya kerajaan mengawal mahkamah, hakim berat sebelah dan undang-undang boleh dimanipulasi.   Imej Malaysia terjejas teruk kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka itu.  Oleh yang demikian, walaupun mereka tidak mengancam keselamatan negara sepertimana yang diputuskan hakim, mereka kekal dilihat oleh rakyat sebagai pengkhianat negara dan pembohong.  Bukan sekali pembohongan mereka mengenai sistem kehakiman negara ini terdedah tetapi berkali-kali.   Pembebasan Anwar bagi kes liwat II adalah bukti nyata bahawa Pakatan Rakyat berbohong kononnya mahkamah dikawal oleh kerajaan.  Logik akal menyatakan jika benar mahkamah dikawal oleh kuasa politik, tidak mungkin Anwar akan bebas dan tidak mungkin kelima-lima pengkhianat negara itu akan mendapat pampasan.  Namun, ini tidak berlaku, sebaliknya Anwar dan pengkhianat-pengkhianat ini semua menang dan bebas untuk terus temberang kepada dunia memburukkan negara dan kerajaan.   

Maka jelas sekali bahawa kerajaan tidak pernah mencampuri urusan perundangan negara ini.  Kerana itu, kita melihat pembangkang boleh menang dalam beberapa kes dan pemimpin UMNO juga boleh didapati bersalah dan dihukum dalam beberapa kes lain.  Secara dasarnya, kini PR tidak punya kredibiliti lagi untuk menjaja bahawa sistem kehakiman tidak adil dalam strategi mereka untuk menjatuhkan BN.  Dengan itu, kita sama-sama tunggu apakah selepas menerima pampasan ini maka Tian Chua, Hishamudin Rais, Badrulamin khalwat, Badaruddin dan Saari akan terus berbohong bahawa mahkamah Malaysia tidak adil dan berat sebelah?  Jika mereka terus melakukannya, maka ada kebenarannya bahawa mahkamah Malaysia tidak adil – iaitu bukan kerana ia dikawal oleh BN, tetapi oleh pihak PR sendiri sehingga dapat memastikan yang pihak mereka menang dalam kes-kes yang mampu memberi imbuhan kepada mereka. 

Pelakon Video Seks Bakal MB Selangor


Nampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan, kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13.

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu. Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin. Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar. Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri.

Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus. Ini bermakna, dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya. Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor, disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan. Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB. Kasihan Khalid, belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir, orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya.

Apapaun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya. Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor, walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang. Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR. Jika itu terjadi, maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli 'aiskrim' dalam tandas. Sangguhkah rakyat Selangor menerimanya?

Rabu, 3 Oktober 2012

Siapa biaya Forum Awam Scorpene???


 
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mempersoalkan penganjuran Forum Awam Scorpene di Hotel Excelsior, Ipoh baru-baru ini.
 
Ini kerana forum itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel serta Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Saifuddin Nasution.
 
Katanya, pendedahan pihak tertentu sebelum ini telah menunjukkan pertubuhan tidak berdaftar itu menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan penyangak mata wang berketurunan Yahudi, George Soros.
 
"Saya difahamkan satu forum telah diadakan pada 30 September lalu di Ipoh dengan tema 'Skandal Kapal Selam Scorpene'.
 
"Saya ingin bertanya kepada penganjur, adakah forum itu turut dibiayai daripada dana asing yang disumbangkan oleh Soros? Dan adakah tali barut yang terlibat menganjurkan forum itu mendapat habuan lumayan daripada penyangak mata wang terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penganjuran forum itu katanya, hanya bertujuan memperlekehkan kapal selam buatan Perancis yang dikatakan terlalu mahal dan bermasalah.

"Sekaligus mereka membuat kesimpulan industri pertahanan Perancis telah menipu kerajaan Malaysia.

"Mungkin mereka mahu Malaysia membeli kapal selam buatan rakan-rakan Yahudi Soros," katanya..

source: utusanonline
 



Selasa, 2 Oktober 2012

Betulkah Bajet 2013 Mufliskan Negara?

Nurul Izzah, anak perempuan Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.

Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu.

Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece.

Walhal, isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza. Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.

Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.

Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu. Kenapa?

Sejak negara kita merdeka, sudah 55 kali belanjawan dibentangkan oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun pemimpin pembangkang menyanyikan lagu sama kononnya negara ini akan bangkap dan ekonomi negara akan muflis.

Hakikatnya hingga kini negara kita terus berupaya memacu pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi pula tetap berkembang sekalipun di saat ekonomi dunia sedang mengalami penurunan.

Contoh mudah tatkala negara mengalami kejatuhan ekonomi akibat serangan penyangak matawang tahun 1997/98 dulu, kita adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar dari krisis tersebut tanpa perlu bergantung harap pada bantuan kewangan IMF.

Sedangkan tika itu bukan sahaja pemimpin pembangkang menggembar gemburkan cerita kononnya negara akan muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah banyak pemimpin dunia dan agensi kewangan antarabangsa turut membuat ramalan sama.

Adakah negara kita muflis dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan oleh mereka? Tentu sahaja tidak kerana pembangunan ekonomi negara berada di tangan mereka yang arif dan terbukti sudah melalui banyak cabaran rumit serta berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan buruk.

Misal kata kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.

Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap.

Kesimpulannya, negara kita tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.

Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan. Itu asas ekonomi

Bajet PR untuk kayakan kroni...


Gini saja kita boleh gambarkan bajet PR baru-baru ini. Ianya Bajet bertopengkan sosialis tapi berfahaman Neo Liberal. Bila sebut Neo Liberal, fikirkan Neo Kolonialisma.
 
Disebalik cadangan untuk kononnya memecahkan monopoli dan memulangkan pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dengan menubuhkan State O&G Company.
 
Monopoly yang diberi oleh kerajaan ada sebab-sebab tertentu. Selalunya adalah sebab sesuatu perkhidmatan tidak boleh diberi oleh ramai syarikat.
 
Contohnya distribution air yang ditapis oleh SYABAS sebagi contoh. Takkan satu negeri ada sampai berbagai syarikat dan konsumer pilih syarikat mana yang mereka mahu? Kena faham caj yang dikenakan syarikat monopoli ditentu dan dipantau kerajaan.
 
Adakala monopoli perlu diberi kepada industeri yang memerlukan economy of scale untuk viable. Contohnya fixed line telephony oleh Telekom. Kalau tiada economy of scale, tak untung dan rakyat tak dapat menerima perkhidmatan tertentu.
 
Bayangkan sesetangah perkhidmatan untuk dipecahkan monopoli dan dibuka kepada luar. Siapa yang boleh masuk?
 
Bukankah korporat kaum Cina dari dalam dan luanr negara dan MNC luar negara saja yang mampu masuk perniagaan sedemikian. Apabila demikian, susah untuk syarikat tempatan nak membina keupayaan dan kekuatan. Untunglah peniaga disebalik dana sing yang salurkan duit kepada SUARAM, Malaysiakini, Bersih dan PKR.
 
Satu lagi, Anwar kata GLC akan di MBO kan atau dijual kepada pihak pengurusan. Lojik ke dia suruh pengurusan beli dan dia bawa masuk syarikat asing suruh lawan. Kan nak bunuh kaum?
 
Pengurusan yang makan gaji mana nak cekau duit kalau tak berhutang untuk beli syarikat GLC?
 
Siap-siap ini membuka peluang untuk kroni dan MNC yang sumbang dana asing kepada SUARAM untuk ambilalih GLC.
 
Begitu juga State Oil &Gas company yang dicadangkan. Dua kemungikinan.
 
Satu syarikat itu akan bawa masuk syarikat asing untuk carigali dan syarikat asing akan dapat deal yang lebuh baik dari deal dengan Petronas. Selama ini American bengkak dengan malaysia kerana production sharing Petronas adalah sangat baik untuk negara.
 
State Oil and Gas ini adalah tidak viable dan akan menggalakkkan kontrak kepada kroni yang tiada ada keupyaan tapi jadi rent seeker.
 
Baru dua example saja untuk menunjukkan betapa bodohnya Tony Pua dan Rafizi.
 
Ada banyak lagi. Rajin2 analisa bajet seorang pemimpin yang tak pass Malay Studies di Universiti Malaya lepas repeat berkali2 ... wakakak muahahaha.
 
Anuwar Anuwar ... dulu tuduh orang Kollusi, Kronisma dan Nepotisma, tapi dia nak buat idea yang sama juga akhirnya.
 
Teringat kroni anwar semua tak tahu berniaga dan akhirnya gagal. Isunya Anuwar tiada kebolehan dan salahkan orang lain macam-macam.
 
Malay Studies bang ...

 (The Unspinners) http://theunspinners.blogspot.com/2012/09/bajet-pr-untuk-kayakan-kroni.html


Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana Dalam Bajet 2013


Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato' Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat.
Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.
Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling 'tercabar' untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.
Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.
Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya 'berfungsi' dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.
Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih 'selesa'.
Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.
Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.
Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.
Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.
Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.
Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.
Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?
Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.
Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

Akhbar Suara Keadilan Menipu Lagi


Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.   Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.  

Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang 'valid' untuk menyerang kerajaan.   Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.  Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat.   Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan. Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut,  "Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000."

Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.  Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut 'sedap rasa' si penulis.  Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam.  Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali? Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam.  Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.  Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.  

Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun?  Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut?  Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor?  Atau wang Soros?  atau wang Yahudi?  Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet,  perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan.   Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk 'mencekau' wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.   Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi.  Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.  

Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros.  Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati. BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri.  Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa.  Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.  Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh.  Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.




Isnin, 1 Oktober 2012

Hudud Punca Pakatan Rakyat Berpecah Belah


Suatu ketika dulu, isu perlaksanaan hukum hudud pernah memberi manfaat besar kepada PAS te
rutama sekali dalam usahanya menyaingi kekuatan dan pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.

Sepanjang dekad 90-an itu, PAS berjaya meraih laba politik dari isu tersebut di masa yang sama telah mendoktrinasikan pemikiran sesetengah orang Melayu Islam untuk percaya kononnya UMNO telah menolak hukum Allah s.w.t.

Hasil doktrinasi itu jugalah kesannya menyebabkan pemahaman ramai penyokong dan ahli PAS semakin kukuh dan berkeyakinan penuh dengan perjuangan politik bersama PAS ganjarannya adalah syurga, manakala menentang UMNO seumpama satu jihad fisabillilah.

Kefahaman sedemikian adalah lanjutan dari pelbagai isu terdahulu seperti isu mengkafirkan sesama Islam, fatwa haram bekerjasama dengan orang bukan Islam dan Amanat Hadi yang pernah PAS pelopori lama sebelum isu hudud menjadi agenda utama PAS.

Hari ini, dalam dekad millenium kini di mana PAS sudah semakin akrab dan berikrar sehidup semati bersama gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), isu perlaksanaan hudud sudah dilihat bagaikan senjata makan tuan dan boleh memudaratkan kedudukan PAS dalam gabungan tersebut.

Senario itu dapat dirasakan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mula memperlahankan suaranya setelah digertak oleh pemimpin DAP gara-gara membuat kenyataan bahawa PAS tetap teguh mahu melaksanakan hukum hudud.

Malah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga pernah menafikan kenyataannya pada 27 Ogos 2012 yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dalam edisi petang Isnin yang menyebut "PAS akan mencadangkan perlembagaan negera dipinda untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah negara selepas PRU 13".

Penafian Mat Sabu itu menjadi satu asas penting, bukti betapa agenda hudud bukanlah satu keperluan dalam dasar PR sekaligus menunjukkan wujudnya penolakan gabungan tersebut terhadap hukum hudud sebagai perundangan negara.

Dari satu sudut, tindakan Mat Sabu dan PAS itu kena pada masanya.

Berdasarkan kajian oleh UMCEDEL beberapa hari lalu, sebahagian besar respondan agak yakin isu hudud adalah ancaman terbesar terhadap kesepakatan PR. 42% respondan keturunan Cina percaya isu itu akan memudaratkan PR manakala 52% lagi menolak perlaksanaannya dengan alasan kemajmukan masyarakat negara ini.

Tunggak utama kekuatan PR sekarang ialah sokongan sebahagian besar pengundi keturunan Cina, oleh itu tidak sukar untuk kita memahami kenapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu membuktikan kepada umum bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali walaupun jika PR dapat memerintah negara.

Dulu PAS pernah menuduh UMNO telah menolak hukum Allah, hari ini realiti semasa membuktikan PAS pula yang bersungguh-sungguh menolak perlaksanaan hukum itu demi semata-mata kepentingan politik PR.

Kini, Hudud sudah dipandang oleh PAS dan PR sebagai punca akan menyebabkan mereka berpecah belah, seolah-olah api dalam sekam yang membahayakan kesepakatan mereka dalam PR.

Lebih 100,000 tetamu hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Ketua Menteri Melaka

Lebih 100,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman di Dewan Tun Ali Bukit Katil di sini, hari ini.

Majlis persandingan Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, yang bermula jam 10 pagi tadi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.Majlis terbabit dimeriahkan dengan kehadiran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop serta bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithinin yang juga datuk kepada pengantin perempuan turut hadir di majlis terbabit. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa serta pelakon, Dira Abu Zahar. Siti Nurhaliza turut mendendangkan beberapa buah lagu di majlis berkenaan.

Mohd Ridhwan, anak sulung Ketua Menteri itu selamat diijabkabul bersama pasangannya di rumah Abu Zahar di Merlimau Pasir di sini, Jumaat lalu. - BERNAMA

Rakyat Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh SUARAM


Segalanya tidak kelihatan begitu baik untuk SUARAM. NGO yang kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan hak asasi manusia kini menghadapi tekanan kuat daripada rakyat akibat daripada motif licik, dana dan juga kewujudan NGO tersebut.

Selain itu, SUARAM juga tidak mempunyai pilihan lain bagi membuktikan segala tuduhan yang mereka kenakan keatas Dato' Seri Najib dan kerajaan Malaysia.
Menyedari akan keadaan ini, Cynthia Gabriel, sekretariat Suaram, baru-baru ini telah memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa segalanya sedang berjalan lancar di Mahkamah Perancis dan kerajaan akan dikenakan tindakan tidak lama lagi. Semuanya sedar bahawa 'tidak lama lagi' sebenarnya 'tidak langsung' kerana Perancis telah mengesahkan berkali-kali bahawa tiada sebarang perbicaraan yang dijalankan terhadap tuduhan 'skandal Scoepene' yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib dan tiada sepina yang dikeluarkan terhadap mana-mana individu. SUARAM telah memainkan isu yang sama dalam masa yang amat panjang hinggakan semua cerita mereka telah tidak boleh dikawal lagi.

Dari Akuan Bersumpah oleh pihak ketiga, penarikan akuan bersumpah yang entah bagaimana pihak tersebut dapat hidup mewah di London hinggakan kepada kenyataan media 'U-turn' berkenaan bahagian pertama tentang skandal tersebut menunjukkan bahawa cerita mereka tidak konsisten dari awal lagi. Bahagian kedua bagi cerita mereka juga tidak memberikan sebarang manfaat (nilai rasuah yang diterima), sentiasa berubah-ubah. Kemudiannya bahagian ketiga dan terakhir dimana mereka mengaitkan beberapa buah syarikat yang akhirnya dikaitkan dengan samada Razak Baginda, Datin Seri Rosmah, Dato' Seri Najib atau kerajaan Malaysia.Penulis ingin tegaskan disini bahawa pihak polis Perancis, mahkamah dan juga Jabatan Hal Ehwal Luar Perancis telah mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki negara tersebut pada tahun yang Suaram nyatakan, dan tiada perbicaraan, kes mahupun sepina yang dikenakan keatas mana-mana rakyat Malaysia.

SUARAM kini telah terlalu banyak menipu. Namun, sebagai 'anjing suruhan' kepada 'kuasa-kuasa besar dunia', mereka tidak akan mengaku bahawa mereka telah menipu. Mereka percaya bahawa mereka mampu 'menyelesaikan' masalah ini. Ini hanyalah permainan yang dibuat oleh Suaram bersama Pakatan Rakyat (PR) yang disaksikan oleh rakyat dan juga dunia - permainan yang dibiayai oleh kuasa besar dunia. Jika Suaram dan PR masih mahu bermain dalam permainan ini, bagaimana mereka boleh menang jika mereka tidak ada sebarang pihak lawan? Bodoh. Rakyat kini sudah penat dengan perkara yang dimainkan oleh SUARAM dan juga PR.

Bagaimanapun, nampaknya SUARAM masih lagi mahu bermain dan memperbodohkan diri mereka sendiri. Kenapa? Kerana mereka tidak ada pilihan lain. Mereka terlalu angkuh untuk mengaku kalah. Mereka lebih rela kelihatan bodoh daripada kalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...