Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 18 Julai 2012

Krisis Air: Khalid Ibrahim Sengaja Mengundang Bala




Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air, bukan sahaja manusia yang akan berdepan dengan masalah malah kegiatan ekonomi juga terencat dan kesannya bila berlarutan amat memeritkan.

Tapi di Selangor, kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur & Putrajaya.

Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014, sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.

Malah laporan itu turut disokong pula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan simpanan bekalan air bersih kini berada di tahap kritikal yakni hanya pada tahap 6 peratus sahaja..

Melihat pada sikap acuh tak acuh Kerajaan Selangor yang masih berdolak dalik dalam isu perlaksanaan projek Loji Rawatan Air langat 2 (Langat 2), jelas memperlihatkan kegagalan urus tadbirnya untuk memandang jauh ke hadapan.

Sedangkan tujuan pembinaan loji baru (Langat 2) tersebut bersama dengan terowong air melalui Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi sekaligus mengelakkan krisis air 1998 berulang.

Namun bila Kerajaan Selangor mengganggu kelancaran projek tersebut, akibatnya hingga kini beberapa kawasan Lembah Klang termasuk Selangor ada yang terpaksa menghadapi catuan air memandangkan rezab simpanan air di seluruh loji rawatan air bersih semakin berkurangan.

Andaian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kononnya bekalan air bersih mampu bertahan hingga tahun 2019 bukan sahaja tidak disokong oleh fakta, sebaliknya sengaja mahu meredakan kegusaran orang ramai saling tidak ubah seperti tindakan dangkal menyapu sampah ke bawah karpet.

Hakikatnya daripada 33 loji rawatan di seluruh Selangor yang membekalkan air bagi seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, hanya beberapa loji rawatan air sahaja yang masih beroperasi di bawah paras pengeluaran maksima.

Salah satu darinya ialah loji rawatan air di Sungai Rasa yang beroperasi pada tahap pengeluaran 138.71 JLH sedangkan tahap pengeluaran maksimanya ialah 250 JLH (Juta Liter Sehari).

Bagaimanapun disebabkan beberapa loji rawatan air yang sedang beroperasi bawah tahap sebenar ini tidak memiliki paip penghubung yang membolehkannya membekalkan air ke kawasan lain.

Sebahagian besar loji rawatan air yang lain pula terpaksa beroperasi melebihi tahap maksima antaranya loji rawatan air Sungai Langat yang mengeluarkan sejumlah 447.42 JLH berbanding 386 JLH kemampuan sebenarnya.

Loji rawatan air Sungai Semenyih pula membekalkan 665.92 JLH air bersih sedangkan kemampuan rekabentuk hanyalah untuk 546 JLH sahaja.

Loji-loji yang beroperasi melebihi kemampuannya lama-lamaan akan menghadapi masalah yang sekiranya berlaku serentak misalnya, beban kesusahan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat malah kesannya menjejaskan operasi kilang-kilang yang menjana ekonomi negeri.

Secara keseluruhan, pengguna di Lembaha Klang menggunakan sejumlah 4,219 JLH manakala jumlah air bersih yang mampu dibekalkan oleh semua 33 loji rawatan air tersebut cuma 4,326 JLH.

Saban hari permintaan akan terus meningkat dan selagi tiada loji baru segera disiapkan, bermakna bila-bila masa sahaja para pengguna dan aktiviti ekonomi perkilangan akan menghadapi krisis yang lebih teruk.

Bukankah jelas di sini tindakan dolak dalik Kerajaan Selangor menangguhkan perlaksanaan projek langat 2 bukan sahaja bakal meningkatkan kos pembinaannya malah seumpama menjemput bala kepada rakyatnya.

Apakah ini yang kita kehendaki? 

Khamis, 12 Julai 2012

Phaik Kheng Sengaja Mencabar Betty?

 


Nampaknya kerusi Betty Chew tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila skandal suaminya terdedah.  Dengan mengelak untuk menjawab soalan mudah dari Datuk Gan Tian Loo dan meninggalkan dewan, Betty Chew telah menunjukkan kepada kita bahawa beliau hanyalah seorang wanita yang lemah.  Beliau tidak layak menjadi ahli politik dan seharusnya hanya duduk di rumah menjaga anak lelakinya yang bermasalah. 

Media juga gagal mendapat jawapan jelas dari Guan Eng mengenai perkara ini kerana Guan Eng juga, hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak cukup jantan untuk mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.  

Hanya Chua Soi Lek yang sanggup mengaku perkara sedemikian dengan penuh kesal dan rendah diri, kerana beliau adalah lelaki sejati yang matang dan cukup kuat untuk mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya.  Beliau menerima segala kritikan kerana beliau tahu beliau telah berbuat kesalahan.   Dan kerana itu, beliau telah dimaafkan. 

Dari reaksi Betty, yang kelihatan marah, terluka dan malu, kita tidak dapat mengelak dari merasakan bahawa skandal tersebut benar-benar berlaku.  Jika Betty mengharapkan orang simpati dan memahami keadaannya, beliau silap.  Kaum wanita mungkin merasa simpati tetapi sebagai rakyat, mereka tetap inginkan jawapan yang pasti kerana Betty bukan hanya seorang wanita biasa, beliau adalah seorang ahli politik dan isteri kepada Ketua Menteri.  Reaksi Betty meninggalkan dewan dan memarahi pihak yang bertanya, hanya akan memanjangkan isu ini dan menaikkan lagi rasa ingin tahu di kalangan rakyat.  

Memandangkan Betty telah menyerah kalah, dan Guan Eng memilih untuk mengelak, rakyat kini beralih kepada Phaik Kheng untuk memberi penjelasan.  Setakat ini, Phaik Kheng bersikap bagaikan seorang ahli politik juga dengan mengelak dan enggan memberi jawapan jelas.  

Sedangkan Phaik Kheng tidak harus bersikap demikian kerana beliau bukan ahli politik dan tidak lagi bekerja dengan ahli politik.  Beliau kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pendidikan di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang setelah terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai khas Guan Eng,

Ia sepatutnya amat mudah bagi Phaik Kheng untuk memberi jawapan yang telus kepada soalan yang begitu telus juga iaitu, apakah beliau merupakan perempuan simpanan atau pernah menjadi perempuan simpanan Ketua Menteri?

Jawapan 'no comment' yang diberikan Phaik Kheng berbunyi seolah-olah datangnya dari seorang artis hiburan yang sengaja ingin memanjangkan kontroversi demi publisiti.  

Kita tidak faham kenapa susah benar untuk beliau menjawab ya atau tidak?  Apakah beliau sengaja ingin mencabar Betty sebagai membalas dendam kerana terpaksa meletak jawatan?   Apakah Phaik Kheng melihat ini sebagai satu perlawanan?  Jika ini perlawanan, pastinya akan ada yang kalah iaitu mungkin Phaik Kheng sendiri, mungkin Betty dan mungkin juga Guan Eng.  

Sudah tentu pembangkang akan menyatakan bahawa isu ini adalah isu peribadi dan tidak akan menjejaskan rakyat atau negeri.  Tetapi, jika isu ini melibatkan Perdana Menteri atau mana-mana Menteri BN, pembangkang pasti akan melihat isu ini sebagai isu 'keselamatan-negara-antara-hidup-dan-mati'.  Malah pembangkang telah pun mereka-reka kisah skandal sulit lengkap dengan gambar-gambar palsu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri.  

Jadi, kita semua setuju bahawa skandal tak kira berkenaan seks atau wang, yang melibatkan mana-mana ahli politik adalah isu besar.  

Lebih tinggi jawatan ahli politik itu, lebih besarlah isunya bagi rakyat.  Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan beliau juga ada dalam senarai mereka yang berpotensi menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat; justeru, beliau, isterinya dan wanita yang dikaitkan dengannya tidak boleh lari dari berhadapan dengan perkara ini secara terus, telus dan terbuka.  Jika Ketua Menteri dan isteri tidak mampu menghadapinya, maka Phaik Kheng wajar tampil menjelaskan perkara ini dari sudut dirinya sebagai seorang wanita yang benar dan berani.  

Tetapi sebelum itu, ini ada sedikit nasihat untuk Betty Chew:  Mintalah tips dari Wan Azizah tentang 'bagaimana untuk menunjukkan muka selamba apabila ditanya mengenai skandal yang melibatkan suami anda'





Kepetahan Bukan Kriteria Utama Menjadi Pemimpin





Ketika di sekolah dan di pusat pengajian tinggi, kita didedahkan kepada 'debat' untuk meningkatkan keyakinan diri serta melatih minda untuk berfikir secara kritis.   Sekali gus,  membentuk keberanian dalam menyatakan pendapat dan mempertahankannya dengan hujah-hujah yang bernas. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa debat boleh membentuk sikap kepimpinan.  

Hari ini, debat telah menjadi trend.  Debat di antara pemimpin-pemimpin politik sepertimana yang diamalkan di Amerika mula menular ke Malaysia, negara dengan masyarakat yang suka meniru apa saja.  Namun, orang Malaysia kadangkala tidak tahu tujuan sesuatu perkara itu dibuat dan hanya meniru secara buta tuli.  

Masalah mengenai debat ahli-ahli politik ini, yang menjadi tumpuan bukan isu sangat tetapi soal menonjolkan diri dan mencari publisiti.  Ini kerana, debat dilihat sebagai alat terbaik untuk meningkat atau memulihkan populariti seseorang.   Lihat sahaja bagaimana puak-puak pembangkang masih menyorak yang Lim Guan Eng menang debat dengan Chua Soi Lek sedangkan dari segi inti atau hujah Lim Guan Eng ternyata kosong dan tidak berkredibiliti langsung.  

Malang bagi sesebuah negara apabila masyarakat gagal melihat bahawa kepetahan berdebat bukan bukti yang seseorang itu mampu menjadi pemimpin yang baik.  Kebanyakan tokoh-tokoh pemimpin hebat yang terakam dalam sejarah bukanlah seorang pendebat yang baik, tetapi pemikir yang serius di mana idea-idea mereka boleh dibaca dalam buku-buku tulisan mereka.  

Pemimpin yang petah bercakap selalunya hanya mampu menaikkan semangat rakyat tetapi untuk tujuan yang kabur.  Sukarno, misalnya walaupun bijak meniupkan semangat tetapi akhirnya kecundang juga kerana tidak mampu membentuk Indonesia yang sejahtera dan makmur melalui kepetahannya bercakap.  Malah, Idi Amin iaitu diktator Uganda yang kejam juga adalah seorang yang petah bercakap dan mematahkan hujah tetapi ternyata beliau menjadikan negaranya sebuah neraka dunia.  

Sebaliknya, Ghandhi, Mandela, malah Tun Dr. Mahathir sendiri yang telah diiktiraf sebagai pemimpin bertaraf dunia walaupun lantang dan berani, tetapi mereka bukanlah pendebat.  Idea- idea mereka dapat dibaca, dilihat, dirasai dan disentuh dan bukan didengar di pentas debat. 

Sudah menjadi kelaziman bagi manusia yang petah bercakap itu untuk kurang berfikir dan kurang bekerja.  Malah Islam juga tidak menggalakkan kita lebih bercakap kerana ia mampu mengalpakan, selain menambahkan dosa.  Kerana itulah tokoh-tokoh agung, lebih banyak mendengar, berfikir dan bekerja, daripada bercakap.  

Hakikatnya, petah bercakap bukanlah kriteria utama seorang pemimpin yang baik.  Jika kita ingin mencari pemimpin dengan cara menilainya berdebat maka kita mungkin akan membuat kesilapan sebagaimana Indonesia telah tersilap dengan Sukarno, Uganda tersilap dengan Idi Amin atau Filipina tersilap dengan Estrada, seorang pelakon yang bijak menarik hati ramai dengan bercakap.  Jika pendebat boleh menjadi pemimpin, maka tentu ramai sekali budak-budak Universiti termasuk para graduan separuh masak, yang boleh diletakkan di kerusi Perdana Menteri.  

Seorang pemimpin perlu ada karisma dan karisma terbentuk dari pandangannya yang jauh, kematangannya dalam menilai sesuatu perkara, keikhlasannya dalam bekerja, pemikirannya yang bernas dan kesungguhannya dalam memastikan segala idea-ideanya terlaksana.  Semua ini adalah jauh lebih penting dari kepetahannya untuk berdebat.  

Perdana Menteri yang baik tidak harus terjebak dalam perdebatan tanpa tujuan yang pasti, kerana mencari publisiti bukan salah satu dari tugas utamanya.  Jika beliau perlu mempertahankan apa-apa polisinya, menjelaskan aspirasinya atau menggariskan idea-ideanya, beliau boleh saja memastikan akhbar-akhbar mencetaknya dan televisyen mewar-warkannya.  

Beliau tidak perlu melakukannya dengan berdebat di televisyen semata-mata kerana musuhnya tidak ada kerja.  

Walaubagaimanapun, kita faham kenapa seluruh jentera pembangkang termasuk media-media mereka amat teruja dan bersungguh-sungguh ingin mengumpan Dato' Seri Najib agar berdebat dengan Anwar Ibrahim iaitu kerana ceramah, malah konvensyen PKR juga, sudah tidak mendapat sambutan lagi.  Kita faham yang Anwar amat terdesak perlukan publisiti sekarang ini.  Dan kita juga faham bahawa Anwar sudah ketandusan isu untuk mengasak kerajaan.  

Maka, soal debat antara dirinya dengan Perdana Menteri perlu dicanangkan, sekadar untuk mencipta isu supaya namanya tidak tenggelam terus.  

Kita harap agar Perdana Menteri tidak melayan dan membuang masa dengan orang seperti Anwar.  Kami perlukan Dato' Seri Najib untuk bekerja bukan untuk berdebat.  Biarkan Anwar berdebat seorang diri atau dengan cermin kerana memang itu sajalah kerjanya sejak dipecat sehingga sekarang.  

Rakyat cukup maklum bahawa walaupun Anwar petah bercakap, beliau tidak tahu bekerja.  Kerana itulah ceramahnya sudah kurang sambutan selama ini, kerana rakyat sudah muak dengan cakap-cakapnya.   Janganlah dipaksa kami mendengar lagi cakapnya di televisyen melalui rancangan debat atau apa saja, kerana kami sudah tidak sanggup lagi mendengar suaranya.  

Bekas Pegawai Mahu Dedah Hubungan Phaik Kheng-Guan Eng

 

Memandangkan pihak Guan Eng, Betty Chew dan Phaik Kheng sendiri enggan memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda mereka, kebanyakan rakyat telah membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal Guan Eng dengan Phaik Kheng adalah benar dan Betty Chew menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng juga benar.  

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya.  

Namun, rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan tampil untuk menceritakannya secara terperinci.  

Pegawai ini dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng dan bersimpati dengan nasib beliau.  

Sumber-sumber menyatakan yang pegawai tersebut ingin membela Phaik Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan, penyokong dan pensimpati Betty Chew.   Menurutnya, Phaik Kheng tidak wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan Eng.  

Malah Lim Guan Eng juga dikatakan sudah berhenti berusaha untuk menghubungi Phaik Kheng yang mana menyebabkan Phaik Kheng terpaksa menanggung cemuhan ini sendirian.  

Bila pendedahan akan dibuat dan bagaimana ia akan dibuat oleh pegawai tersebut tidak dapat dipastikan.  Mungkinkah ia bakal menjadi kejutan di saat-saat akhir sebelum pilihanraya berlangsung?    Sukar untuk diramalkan kerana pegawai tersebut juga dikatakan begitu bimbang akan tindakbalas dari pejabat Ketua Menteri sekiranya beliau benar-benar tampil membuat penjelasan.  

Bagaimanapun, sumber juga menyatakan bahawa pegawai tersebut adalah seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengaku kalah.  

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dengan tenang.  Kita harap, Betty Chew dan Guan Eng juga dapat bertenang dengan berita ini.







Jumaat, 6 Julai 2012

Sukar Mencari Calon: Tanda-tanda Kekalahan Pembangkang






Di kala Barisan Nasional semakin bersemangat menunggu pilihanraya, parti-parti pembangkang terutamanya PKR kelihatan resah gelisah.   Malah, keresahan mereka terserlah apabila Ketua mereka sendiri iaitu, Anwar Ibrahim menyatakan yang beliau sanggup bersara jika kalah dalam PRU ini, sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).  

Bagaimana PKR boleh mengharapkan kemenangan jika mencari calon yang sesuai dan layak juga amat sukar sekali?   Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, PKR akan bertanding sejumlah 66 kerusi dalam PRU ke-13 ini, dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut: 

Kedah – 7

Pulau Pinang – 4

Perak – 9

Selangor – 11

Terengganu – 1

Kelantan – 3

Pahang - 4

Johor - 4

Melaka - 1

Negeri Sembilan – 2

Wilayah Persekutuan – 5

Sabah – 8

Sarawak – 7

 

Dalam PRU 2008 yang lalu, PKR berjaya memenangi 31 kerusi dan banyak meraih undi Melayu.   

Tetapi, pendekatan liberal PKR yang semakin menyerlah kini nampaknya telah menyukarkan parti ini meraih undi kaum Melayu.  Manakala masyarakat Cina lebih selesa dengan DAP dari PKR.  Masyarakat India pula, ramai yang telah serik ditipu dan diberi harapan palsu oleh PKR lalu bertindak menolak parti itu.   Justeru, mahu tidak mahu, PKR terpaksa bergantung kepada undi masyarakat Cina dalam PRU ke-13 nanti.  

Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa daripada 66 kerusi yang bakal mereka tandingi, hanya 14 calon Melayu dan  8 calon dari lain-lain kaum, yang dapat dimuktamadkan.  25 kerusi pula masih di dalam dilemma dalam meletakkan calon.   Sekurang-kurangnya 5 kerusi mengalami pertindihan dengan PAS dan DAP.  Di masa yang sama juga, PKR langsung tidak punya 'calon pilihan' mahupun 'calon dalam pertimbangan' untuk 19 kerusi lain.   

Ini bermakna daripada 66 kerusi, hanya 22 sahaja yang dapat dimuktamadkan sementara 44 yang lain masih lagi samar.  Ini menunjukkan betapa sukarnya PKR untuk mencari calon yang sesuai, jauh sekali yang layak dan mampu menang untuk menghadapi pilihanraya kali ini.  

Lebih buruk lagi, Anwar sendiri dikatakan masih mengalami dilemma sama ada untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuatnya, atau di Nibong Tebal yang dikatakan memberi jaminan yang lebih baik untuk menang.   Anwar dikatakan sedar bahawa sokongan rakyat Permatang Pauh terhadapnya telah merosot teruk sehinggakan ceramah-ceramahnya di sana tidak lagi mendapat sambutan.  

Apabila seseorang politikus sudah hilang sokongan di kawasannya sendiri, ia sekali gus menunjukkan yang riwayat politik mereka semakin pendek.  Mungkin kerana inilah Anwar sudah mula membayangkan persaraannya dari arena politik jika kalah dalam PRU kali ini.  

Dengan Ketua yang sebegitu lemah, PAS dan DAP turut terheret sama.  PAS sebelum ini membayangkan akan bertanding 80 kerusi berbanding hanya 67 kerusi pada PRU yang lalu.  Namun, keinginan PAS untuk menjadi parti dominan dalam kabinet Pakatan Rakyat pastinya tidak disenangi DAP dan PKR. Dan seperti biasa PAS akhirnya akan terpaksa akur atas apa saja keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR.  

Jika ini berlaku, maka DAP akhirnya akan menjadi parti dominan secara nyata dengan 89 kerusi mutlak untuk partinya, berbanding PKR 66 kerusi dan PAS 67 kerusi.   Ini bermakna, puak rasis dan chauvinis DAP akan lebih mudah untuk meratah kaum-kaum lain andainya Pakatan Rakyat  berjaya memenangi PRU nanti.  

Nasib kaum-kaum bukan Cina di Malaysia, jatidiri bangsa Malaysia yang kita impikan, serta identiti Malaysia itu sendiri pasti berada dalam risiko terhapus sama sekali di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang didominasi DAP.    

Maka, senario ini juga merupakan faktor yang bakal membawa kekalahan kepada Pakatan Rakyat.

Isnin, 2 Julai 2012

SUARAM, Biarlah Altantuya Bersemadi Dengan Tenang!!!




Sekali menipu, selamanya penipu.  Itulah SUARAM. 

SUARAM nekad untuk terus menipu walaupun penipuan mereka mengenai kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya telah terdedah.  Nampaknya penipuan SUARAM terlalu mendalam di mana mereka tidak dapat lagi keluar darinya dan satu-satunya jalan yang tinggal ialah untuk terus menuju ke dasar. 

Kita faham bahawa SUARAM perlu terus menipu kerana Pilihanraya Umum semakin hampir tetapi sekurang-kurangnya, SUARAM perlu memikirkan penipuan yang lebih baik, ataupun mengetahui bila untuk berhenti menipu, iaitu sebelum penipuan itu menjadi terlalu besar sehingga tidak terkawal lagi. 

Kita tahu bahawa SUARAM telah hilang kawalan atas penipuan mereka sendiri apabila penipuan mereka semakin mudah untuk dikesan, malah melucukan.  Contohnya, SUARAM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa Altantuya berada di Perancis pada tahun 2007 yang mana portal Malaysiakini begitu teruja untuk membantu menyebarkannya di internet. 

Tetapi, bahagian yang menyeramkan mengenai penipuan ini ialah:  Altantuya telah dibunuh pada tahun 2006. 

Bagaimana SUARAM boleh terlepas pandang fakta penting ini – iaitu kunci segala penipuan mereka sendiri?

SUARAM mungkin sedikit panik dalam usaha mereka untuk meyakinkan orang ramai di ketika kredibiliti mereka sendiri telah hancur lebur. 

Penyiasatan polis Perancis telah mendedahkan bahawa orang yang bernama Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis di antara tahun 1999 hingga 2006 yang mana mengesahkan bahawa mendiang tidak pernah terlibat dalam urusniaga kapal selam sama ada sekadar menemani mana-mana VIP ataupun sebagai penterjemah sepertimana yang didakwa oleh SUARAM.  Dan seperti yang disahkan oleh bekas Pengurus Jualan DCNS, Mr. Fredric Faura, semua urusan pembelian dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan. 

Mungkin SUARAM cuba untuk mencabar pihak berkuasa agar mengambil tindakan ke atas mereka dengan harapan ia boleh digunakan untuk meyakinkan orang ramai bahawa kerajaan benar-benar mempunyai rahsia yang perlu ditutup dalam kes ini.

Tetapi kerajaan Malaysia bukanlah bodoh, begitu juga kerajaan dan pihak berkuasa Perancis, termasuk hakim, polis dan pegawai imigresen mereka.

Pihak Perancis tentu telah mengesan ketibaan Altantuya jika benar mendiang memasuki negara tersebut sebelum kematiannya.  Kecualilah jika mendiang memasuki negara itu selepas kematiannya sepertimana yang diwar-warkan oleh SUARAM/Malaysiakini.   Mungkinkah mendiang telah 'terbang secara ghaib' dan 'menjelma' di dataran di tengah-tengah kota Paris lalu menyuruh seseorang mengambil gambarnya sebelum menyerahkannya kepada SUARAM dan Malaysiakini.  Ini tentulah tidak masuk akal sama sekali. 

Justeru, SUARAM perlulah menyusun kembali cerita ini sebelum menceritakan semula kepada kita agar penipuan ini nampak masuk akal sedikit. 

Sebenarnya, ramai yang berminat untuk mendengar cerita SUARAM seterusnya kerana ia agak menyeronokkan melihat bagaimana kisah ini dibelit, diterbalikkan, dipusing sebelum tertepek kembali ke muka SUARAM.   

Namun, secara rasionalnya, kita menasihatkan SUARAM agar berhentilah membodohkan diri sendiri.  Kita menasihati sedemikian bukanlah kerana kita merasa kasihan kepada SUARAM, tetapi bukankah sudah sampai masanya kita membiarkan Altantuya bersemadi dengan tenang? 

Jika apa yang SUARAM katakan adalah benar iaitu terdapat sesuatu yang 'pelik' dalam urusniaga kapal selam, maka biarlah mahkamah Perancis menentukannya.  Tidak perlu sebarang publisiti murah bagi sesuatu yang sedang di dalam siasatan. 

Kecualilah jika apa yang dikatakan 'pelik' itu tidak berlaku dan SUARAM memang sengaja mencari publisiti murah dan bodoh yang disangkanya dapat memberi sedikit keuntungan politik kepada pihak pembangkang. 

Anwar Dan Kisah Tauke Judi Lumba Kuda




SEINGAT-INGAT penulis, nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung .  Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina), sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.

Bagaimanapun, yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media.

Pengakuan: Tentang dirinya yang memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit hasil dari perniagaan lumba kuda (sebut judi), simpanan dalam bank bernilai RM 26 juta, cukai pendapatan RM 50 juta, rumah RM 3.6 juta dan lain-lain yang juta-juta juga nilainya.  Ingat, ini yang didedahkan, yang tidak didedahkan itu wallahualam.  Lagipun seperti pengakuannya, dia pernah tingaal di Dubai, konon nak melupakan kisah kematian anak lelaki dan seperti yang kita tahu kos kehidupan di Dubai bukan murah. 

Maknanya di situ, dalam pada asetnya dirampas dan sebagainya, masih lagi mampu menjalani kehidupan di luar negara.

Penafian: Yang dia mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, tapi mengaku mengenali rapat isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengakuan dan penafian itu memang menarik kerana ia timbul dikala ribut-ribut mengenai isu Anwar mengawal wang sebesar RM 3 billion sedang hebat diperkatakan.  Sukar nak menafikan kaitan Zaliah dengan Anwar walaupun tuan punya badan menafikan dirinya mengenali pemimpin utama Pakatan Rakyat itu.  Lagipun, biasalah, orang dah buang air besar tengah jalan, siapa yang nak mengaku ye tak.

Kenapa pula kita tak mahu percaya Zaliah ada berkaitan dengan Anwar dalam soal wang berbilion ringgit ini?  Kalau Anwar boleh mengaitkan dan mahu rakyat percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan Altantunya walaupun buktinya tidak ada langsung, kenapa kita tak boleh mengaitkan Anwar dengan Zaliah, lebih lagi bila Zaliah sendiri terbukti mempunyai harta bernilai ratusan disamping mengaku mengenali dan rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah?

Dan, mengenali sikap Anwar itu sendiri, adalah satu keajaiban yang sangat besar kalau dia mengaku terlibat dalam hal-hal seumpama ini.  Kalau tidak boleh mengelak sangat pun, dia akan mengaitkan orang lain sebagai punca.  Lihat saja dalam kes liwat dengan Saiful, pembantu dia sendiri lantik, air mani dalam dubor dia sendiri punya tapi siapa yang dia tuduh terlibat – UMNO!!!

Isu ini besar sebab modal Anwar untuk menawan hati rakyat menyokongnya ialah dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Islam, berjiwa rakyat, marhaen dan sebagainya.  Alih-alih pecah lubang bahawa dia ada kaitan dengan jutawan (kini bekas jutawan) yang antara punca kekayaaannya ialah perniagaan dalam kelab lumba kuda (sebut judi).

Dari Pulau Pinang pulak tu (negeri asal Anwar).

Kalau tuduhan dan dakwaan yang asalnya dibuat oleh Ummi Hafilda ini tidak benar, kenapa sampai sekarang Anwar cukup takut untuk membuat laporan polis terhadap perempuan yang satu ini.  Itu sahaja menceritakan kepada kita bahawa dakwaan itu sememangnya benar.

Penulis sebenarnya insaf bahawa Allah swt sayangkan rakyat Malaysia terutama orang melayu yang 99.99% darinya beragama Islam di negara ini.  Sebab itu sikit-sikit mengenai Anwar Ibrahim yang sebenarnya terdedah kepada masyarakat di negara ini untuk kita menilai.

Lim Guan Eng Tipu Rakyat Lagi!!!





Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat. Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai. Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang  memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.
Dengan itu, blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim dengan menyebarkan mesej berkenaan.
Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.

Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut:"Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."

Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?
Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST hari ini. Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.
Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.
Adakah kita mahukan Menteri Besar yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini?

Zaliah Perlu Jelaskan Sumber Kekayaannya!!!



Menarik sebenarnya bila kita membicarakan mengenai akaun induk RM 3 bilion yang agak heboh diperkatakan sejak dulu hingga kini. Surat Akuan Bersumpah (SD) yang Ketua Umum PKR kemukakan nyata tidak berupaya menarik tirai penamat untuk isu kontroversi ini.

Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.

Tambah menghangatkan keadaan bilamana Ummi Hafilda tampil dengan pendedahan tentang seorang wanita misteri yang dikatakan rapat dengan Ketua Umum PKR itu semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Wanita misteri yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dalam isu RM 3 bilion ini telahpun kita ketahui identitinya, dikenali sebagai Zaliah Zakaria. Menurut pengakuannya, dia pernah memiliki wang tunai dan hartanah bernilai RM100 juta.

Zaliah juga mengakui mengenali Wan Azizah sewaktu menjawat jawatan dalam syarikat Wira Tangkis Sdn Bhd tapi di masa yang sama menafikan mengenali suaminya yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan.

Mengikut penjelasannya lagi, aset bernilai RM100 juta yang pernah dimilikinya itu diperolehi hasil perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an. Agak-agak siapakah Menteri Kewangan ketika itu yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi lumba kuda tersebut?

Benarkah Zaliah langsung tidak mengenali Anwar dan hanya mengenali isterinya sahaja? Mungkinkah kelulusan lesen judi lumba kuda itu hasil rekomen dari Wan Azizah yang ketika itu adalah isteri kepada Menteri Kewangan?

Paling penting tentu sahaja khalayak ramai menuntut penjelasan yang lebih ampuh dari Zaliah berkaitan punca dan sumber sebenar kekayaannya.

Seseorang yang memiliki aset dan wang tunai RM100 juta tentu sahaja cukainya tidak akan mencecah RM50 juta sebaliknya ia sepatutnya jauh lagi rendah dari angka tersebut.

Justeru itu, wajarlah Zaliah mengambil langkah berterus terang kerana ianya lebih baik berbanding penjelasan separa masak yang dilakukannya sebelum ini yang hanya mengundang lebih banyak persoalan dan di masa yang sama makin menjerat tengkuk Anwar Ibrahim.

Bapak Rasis Nak Jadi Hero Kaum India Untuk Tutup Dosanya

http://www.rbfonline.net/2012/06/bapak-rasis-nak-jadi-hero-kaum-india.html

Bapak Rasis Nak Jadi Hero Kaum India Untuk Tutup Dosanya

Berhubung isu Ahli Parlimen Sri Gading yang dikatakan oleh Lim Guan Eng  sebagai satu hasutan, berbau perkauman dan mengancam kerana ditujukan kepada seorang India dan seorang Hindu yang bernama Ambiga. 

Cekap Lim Guan Eng putar.....dia memang cekap.....

Bukan sekadar cekap memutar dia juga cekap mengambil kesempatan untuk mencuci dosa-dosanya terhadap orang-orang india  dalam tragedi Kampung Buah Pala.  

Datuk Md Aziz (MP Sri Gading) tidak pernah sesekali meminta supaya Ambiga digantung....

Ceritanya, ketika gilirannya berucap di Dewan Rakyat pada hari Selasa lepas,  beliau memilih untuk bercakap berhubung isu keselamatan negara. Beliau membangkitkan isu berhubung kebanjiran pendatang asing dan kemasukan pendatang yang menggunakan pelbagai pas lawatan termasuk pas belajar yang akhirnya mereka bukan pergi pelajar tetapi membuat kerja lain di negara ini.

Datuk Md Aziz menyifatkan ejen-ejen tempatan yang bertanggungjawab membawa orang asing sebagai pengkhianat kepada negara. Beliau turut mengaitkan tindakan Ambiga yang membawa orang-orang asing masuk ke Malaysia untuk tujuan demonstrasi haram juga sebagai pengkhianatan kepada negara kerana dilihat sebagai cuba meruntuhkan kerajaan yang sah dengan bersubahat bersama orang asing.

Beliau bertanya, jika kumpulan Al Maunah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana menderhaka kepada negara dan Agung, apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia ???

Itu soalan beliau....saya ulang sekali lagi...beliau bertanya....kemudian soalan beliau akan dijawab oleh Menteri apabila sampai sesi penggulungan.

Tidak pernah sesekali beliau berkata, "perempuan india hindu itu perlu dihukum gantung" atau berkata "jika melayu Al Maunah kita hukum gantung maka betina india hindu itu kita mesti gantung juga".

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar mengarahkan  Datuk Md Aziz menarik balik kenyataan itu. Mengenangkan itu arahan Timbalan Speaker dan mengenangkan semangat persaudaraan komponen-komponen BN , beliau menarik balik soalan itu. 

"Saya seorang yang berdisiplin. Saya dari parti yang berdisiplin. Jika kata-kata saya telah menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakan saya dari MIC atau PPP dalam semangat persaudaraan BN, saya menarik balik kenyataan saya yang dibuat pada hari Selasa".

Inilah perbezaan antara BN dan pembangkang dan semangat seperti itu tiada dalam pembangkang. Hari ini Pas dan DAP bergerak seiring sejalan, tetapi sampai ke saat ini pun Karpal Singh tidak pernah tarik balik ungkapannya kepada Pas yang meminta Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum menubuhkan negara islam. Malah tanpa segan silu dan dengan penuh hinanya pula seorang pemimpin Pas mengatakan sesiapa sahaja yang nak ambil Karpal Singh perlu langkah mayatnya terlebih dahulu. Dan lebih memalukan lagi Pas pula yang buang perjuangan negara islam.

 

Azmin Ali dalam satu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PKR , di depan Wan Azizah beliau secara terang-terangan merujuk kepada orang india dengan perkataanPARIA. Mengamuk-ngamuk N.Gobalakrishan pada masa itu dan beliau mengadu kepada Anwar Ibrahim. Anwar berjanji akan selesaikan perkara tersebut. Setelah didesak berkali-kali oleh Gobala, akhirnya Anwar berkata itu perkara kecil. Sampai hari ini pun Azmin belum tarik balik dan Anwar tidak menyelesaikan perkara tersebut.

Theresa Kok dan beberapa pimpinan DAP secara terang-terangan mempertikai dan membantah penggunaan tulisan jawi di papan-papan tanda jalan raya. Sampai hari ini pun DAP tidak pernah minta maaf atau tarik balik. 

DAP Pulau Pinang dibawah pemerintahan Lim Guan Eng mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang terang-terangan menghina orang melayu. Namun sehingga ke hari ini mereka tidak pernah tarik balik atau minta maaf.




Kartun dalam risalah My Balik Pulau diatas terang-terangan menghina orang melayu. Menggambarkan orang melayu yang berpakaian buruk dan koyak-koyak serta berkaki ayam meminjam duit daripada ceti untuk majlis perkahwinan anak. Manakala orang cina yang berpakain kemas serta berkasut meminjam duit untuk membuka perniagaan baru. 

Bulan lepas satu kejadian di Subang Jaya dimana seorang ahli majlis dari DAP menghina orang india dengan memperolokkan bahasa tamil, sampai hari ini pun mereka belum tarik balik lagi. 

Kalau nak bercakap bab rasis, DAP lah bapak segala rasis di Malaysia. DAP sendiri lahir dari ketidakpuasan hati terhadap orang-orang bumiputra. 

Siapa yang nak sapu melayu tahun 1969 ? 

Siapa yang berarak di Kampung Baru dan suruh melayu balik kampung pada tahun 1969 ? 

Siapa yang berdiri atas lori dan pancut kencing depan pelajar-pelajar perempuan melayu depan ITM Shah Alam pada masa itu ?

Kononnya matlamat perjuangan mereka Malaysian Malaysia, tetapi siapakah yang membantah keras penubuhan Sekolah Wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr M untuk memupuk semangat muhibbah antara kaum ?

Malaysian Malaysia konon.......khaik ptuihhhhhhhh.........

Akhir kata , sebagai ahli Umno saya menyokong apa yang dilakukan oleh Datuk Md Aziz. Sebagai orang lama dan faham sifir kira-kira politik beliau lebih arif tentang apa yang dilakukannya.

Berundur setapak ke belakang bukan beerti kita lemah. Sesungguhnya unduran yang setapak itu akan akan membawa kita mara 10 tapak ke hadapan. Inilah rahsia kekuatan Umno dan BN yang sehingga kini mampu bertahan sehingga lebih 50 tahun.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...