Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Khamis, 22 Ogos 2013

MAS Tidak Diswastakan: Bukti Najib Percaya Pada Melayu

Ramai yang mengeluh lega apabila Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa MAS tidak akan diswastakan. MAS telah lama menjadi 'perhatian' rakyat kerana syarikat penerbangan nasional ini telah mencatatkan kerugian yang berterusan selama beberapa tahun.  Akibatnya, ramai yang menyalahkan kerajaan dengan mengheret sekali nama UMNO dan Barisan Nasional sebagai tidak cekap, korup dan sebagainya.  

Apatah lagi di zaman internet ini di mana  hampir tiada lagi yang menjadi rahsia termasuk segala kontrak, vendor atau pembekal yang berurusan bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.   Oleh itu, tidak hairanlah apabila ada cadangan agar MAS diswastakan bagi mengelak nama kerajaan dan UMNO/BN terjejas dengan sikap mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang mungkin terlibat dengan sebarang urusan syarikat tersebut. Walaupun begitu, MAS tetap dilihat sebagai simbol dan maruah negara memandangkan ia membawa status 'nasional'.  Rata-rata, rakyat turut berkongsi kebanggaan dengan pencapaian MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang berprestij yang menawarkan perkhidmatan cemerlang dengan rekod keselamatan yang sempurna.  Walaupun bersaing dengan syarikat penerbangan lain, MAS tidak pernah mengalami penurunan jumlah penumpang.  Ia terus dipuji dan disanjung sebagai pilihan utama dalam memilih syarikat penerbangan. 

Jumlah penumpang yang ramai dan reputasi yang hebat sudah cukup untuk memberi kita keyakinan bahawa MAS masih punya harapan untuk pulih dari kerugian. Oleh itu, keputusan Dato' Seri Najib untuk tidak menswastakan MAS merupakan keputusan yang tepat.  MAS belum rosak sepenuhnya, malah ia berpotensi untuk 'terbang lebih tinggi'.   Apa yang ia perlukan hanyalah pengurusan yang cekap, bijak dan ikhlas untuk memastikan syarikat ini berjaya.   Memandangkan syarikat ini berkait rapat dengan kerajaan, pengurusan MAS juga wajib mempunyai ketegasan yang tinggi dan mungkin juga keberanian untuk menolak sebarang pengaruh politik dalam membuat keputusan.  Walaupun perniagaan mungkin akan lebih maju jika mempunyai kaitan dengan rangkaian politik, tetapi 'pengurusan perniagaan' dan 'ahli politik' seringkali merupakan gabungan yang memusnahkan.   Pun begitu, dalam mengejar keuntungan kita tidak harus membelakangkan semangat nasionalisme dan patriotisme. 

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa isu MAS mampu memberi impak besar kepada kerajaan BN.  Cara isu ini ditangani mampu memberi gambaran yang lebih jelas akan halatuju dan juga prinsip yang dipegang oleh kepimpinan hari ini.   Nampaknya, Dato' Seri Najib telah membuat keputusan yang menepati harapan rakyat sekali gus berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Jumaat, 2 Ogos 2013

DAP Sedia Pecat 753 Perwakilan India

Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia.  Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.
 
Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis.  Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih. 
 
Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina.  Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai 'wakil Melayu' melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?  Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.  Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini.  Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal.   Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni  serta kuncunya terpelanting.
 
Untuk mempertahankan kedudukan, DAP tidak akan sekali-kali membela hak perwakilan yang telah diragut mereka.  Malah, DAP sanggup memecat 753 orang perwakilan India itu pada bila-bila masa asalkan tiada pemilihan semula.  Tidak mustahil, inilah sebenarnya yang DAP mahukan iaitu agar semua ahli-ahli faham bahawa kepimpinan DAP adalah hak kaum Cina dan kaum-kaum lain hanya diperlukan untuk menutup warna rasis parti itu sahaja.  Justeru, kaum India dan Melayu tidak perlu susah-susah bertanding mahupun menghadiri mesyuarat parti, cukup dengan menjadi kuli dan balaci untuk meraih undi Melayu dan India.  Jika sikap DAP ini bukan rasis, samseng, diktator dan kejam, maka apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mereka?   Nampaknya, pemimpin-pemimpin DAP mempunyai sikap jahat yang lengkap termasuk hipokrit, penipu dan tidak tahu malu.  Biar seluruh dunia mengetahui yang mereka menipu, asalkan mereka dapat memastikan kaum mereka berkuasa.
 
Jelas, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan ketamadunan.  Bayangkan sekiranya parti ini berjaya menjadi pemerintah, pastinya 'tragedi 14 hari Malaya di bawah penguasaan komunis' akan berulang.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...