Dokumen Negara Kebajikan ala PAS sememangnya sarat dengan janji-janji manis... bukan setakat janji manis yang penuh dengna racun tapi memiliki cita-cita yang amat besar, hingga tak terjangkau akal... Ingin menakluki Putrajaya... Ibarat Mat Jenin yang asyik bermimpi kerja tak jalan...
Jika dulu semasa pemerintahan Pak Lah, PAS mewar-warkan dan mengeluarkan dokumen negara islam pada tahun 2003... semata-mara untuk menentang konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah...
Anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin, beliau meminta rakyat menolak Dokumen Negara Kebajikan PAS yang sarat dengan janji manis dan modal terbaru parti itu untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
"Namun kini, dokumen pada 2003 itu ditolak oleh PAS sendiri dan menggantikannya dengan dokumen yang baru dilancar oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang 11 Dis lepas.
"Mereka sendiri yang menolak, membuang dan mentongsampahkan Dokumen Negara Islam dan perjuangan negara Islam dengan alasan negara Islam tidak disebut di dalam Al-Quran," katanya dalam entri terbaru blognya pada Rabu.Zulkifli berkata rekayasa kitab baru yang dilabel sebagai Dokumen Negara Kebajikan itu hanyalah untuk mengatasi konsep Islam yang sederhana atau wasatiyyah yang menjadi teras Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Pembangkang khususnya PAS mungkin dah panas punggung bila kepimpinan DS Najib membawa pendekatan Wasatiyyah... Mungkin kerana itu juga mereka sanggup membuang 'Dokumen Negara Islam' dan mengandaikan Dokumen Negara Kebajikan ala PAS ini setara dengan Dokumen Negara Islam? Jika Dokumen Negara Islam yang pada satu ketika dulu sewaktu dibentangkan oleh PAS dan di bahas pada Muktamar2 PAS yang kononnya inilah konsep Negara Islam Contoh.. boleh dibuang begitu sahaja.. tidak mustahil selepas ini Dokumen Negara Kebajikan akan di Tong Sampahkan oleh PAS...
Lihat Juga: Pilihan Anda