Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Rabu, 15 Ogos 2012

NGO Melaka desak tindakan undang-undang terhadap paderi gay !!!



AYER KEROH – Beberapa pertubuhan di negeri ini mendesak Kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan undang-undang terhadap paderi gay, Ngeo Boon Lin yang dikatakan mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di negara ini.

Sehubungan itu, seramai 50 orang berhimpun secara aman di hadapan Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selepas solat Jumaat sebagai tanda bantahan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, tindakan dilakukan itu mencabar dan menghina perlembagaan negara dan kesucian Islam khasnya.

Menurutnya, perbuatan itu tidak boleh dipandang ringan berikutan jelas menghina negara.

"Usir mereka dari negara ini. Jabatan Imigresen sepatutnya perlu menahan mereka daripada memasuki negara ini.

"Kita tidak mahu ia menjadi contoh yang boleh menyebabkan pasangan gay lain membuat perkara sama.

"Tanpa segan dan malu mereka hina umat Islam dalam Ramadan dengan bersuka ria berkahwin sesama lelaki. Kita tidak mahu malapetaka berlaku di negara ini akibat perbuatan mereka," katanya.

Beliau selaku Presiden Dunia Melayu Dunia Islam turut bersama membantah yang juga disertai Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) yang diwakili Presidennya, Datuk Idris Haron; Majlis Gabungan Belia Malaysia dan Gerakan Belia 4B Malaysia cawangan Melaka.
Mohd Ali turut tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda antarabangsa untuk memperkecilkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi.

Beliau jelas kecewa di atas kejadian yang langsung tidak menghormati sensitiviti rakyat negara itu mencadangkan undang-undang harus dipinda bagi membolehkan pasangan gay itu diberikan hukuman setimpal.

"Rakyat Malaysia perlu bersatu menentang mereka ini," katanya. source: sinar harian






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...