Utusan Online

Minda Mendonan Munif Majid

Selasa, 19 Jun 2012

SUARAM ALAT ANWAR PERKUDAKAN ISU SCOPRPENE

 

Pembangkang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.

Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.

Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu kumpulan pembangkangnya dalam Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan.

Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar menjadi anjing salakan Anwar?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Anwar.

Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM.

Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa.

Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.

Jika isu ini gagal diperbesarkan oleh pembangkang semasa era Tun Abdullah, kali ini Anwar melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.

Tidak berjaya mendapat sokongan di negara sendiri, Anwar menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.

Bukan itu sahaja, Anwar juga sebenarnya telah memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.

Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum.

Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?

Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?

Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. 

Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!

Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?

Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?

Isu ini akan dikupas selanjutnya dalam analisis seterusnya.



Isnin, 18 Jun 2012

Seminar Fiqh: Sah Malaysia Bukan Ulama Sekular





PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara secular.

Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam.

Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman.  Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.

Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang  bersifat sekular.

Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.  Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.

Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.

Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.

Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.

Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.

Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa.  Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama.

Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir.  Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.

Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya.

 

Khamis, 14 Jun 2012

PAS Utamakan Politik Berbanding Islam



Dulu sewaktu penubuhan PAS pada 1951, polisi dan dasar perjuangan PAS walaupun umumnya menyatakan kepentingan Islam lebih utama berbanding politik, namun realiti sebenarnya menyatakan sebaliknya.

Sekian banyak fakta dan bukti sejak tertubuhnya PAS hingga kini mengesahkan susur galur perjalanan PAS agak tempang dek kerana kepentingan politik kepartian mengatasi keutamaan umat dan agama Islam.

PAS pernah keluar dari jemaah besar (UMNO) hanya semata-mata pemimpinnya, Ahmad Fuad kecewa dalam politik berikutan kekalahannya di tangan Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan Yang Dipertua UMNO (Presiden).

Sekalipun tika itu, keseluruhan orang Melayu Islam dituntut bersatu padu bagi menjayakan misi menuntut kemerdekaan daripada penjajahan British, kerana langkah songsang oleh PAS itu hdimanfaatkan sepenuhnya oleh British untuk menangguhkan beberapa ketika proses kemerdekaan Tanah Melayu.

Andainya perancangan British membenarkan PAS bergerak bebas demi untuk mencabar pengaruh UMNO tika itu berjaya menguasai minda majoriti orang Melayu Islam , nescaya sekarang ini kita masih diperhambakan oleh British sama seperti PAS diperkudakan oleh DAP.

Mujurlah keputusan pilihanraya 1955 tidak banyak tergugat dengan kehadiran PAS, akhirnya British terpaksa akur dengan kekuatan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dan bersetuju melepaskan Tanah Melayu dari penjajahannya.

61 tahun berlalu, kini PAS sekali lagi membuktikan politik kepartiannya jauh lebih utama dari agama.

Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka menggesa ahli-ahli PAS menangguhkan (membatalkan) pemergian menunaikan ibadah haji ke Mekah demi keutamaan bertugas untuk parti dalam pilihanraya umum.

Menurut Tuan Ibrahim, langkah tersebut dianggap wajar atas alasan kepentingan untuk berdepan dengan pilihanraya umum yang menurut jangkaan PAS akan diadakan semasa musim haji.

Kalau sekalipun benar pilihanraya umum diadakan dalam musim haji,  sepatutnya ia tetap bukan alasan kukuh untuk pemimpin PAS menegah ahlinya pergi menunaikan ibadah rukun kelima Islam tersebut.

Peluang mengerjakan haji bukannya sentiasa datang apatah lagi dalam keadaan masih ramai muslimin dan muslimat yang lain sedang menanti giliran.

Kuota 28,000 untuk rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ini hampir tergugat dek kerana kerja bangang penyokong PAS berdemo dalam Masjidil Haram, bukannya semudah abc untuk kita menempatkan diri sebagai hamba Allah yang bertuah memijak bumi Tanah Haram.

Bayangkan seorang ahli PAS yang sudah 10 tahun menunggu giliran, tiba-tiba bila sampai waktunya terpaksa ditangguhkan ibadahnya ke Tanah Suci Mekah hanya semata-mata untuk memenuhi tugasan duniawi kepada PAS, tak ke haru namanya tu?

Pilihanraya jika terlepas peluang untuk mengundi tidak jatuh pun hukum haram pada seseorang itu, tapi ibadah haji bila dah mampu dan pula berpeluang untuk mengerjakannya, wajiblah ditunaikan, bukan begitu?

Sepatutnya pemimpin PAS terutama sekali Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah dikenali sebagai ustaz tahu membezakan yang mana wajib dan yang mana harus.

Jangan kerana taksub pada keduniaan dan kemaruk mengejar jawatan duniawi hingga Tuan Ibrahim terlupa yang tuntutan ibadah haji itu jauh mengatasi periuk nasi pemimpin PAS dalam pilihanraya.

Sia-sia saja perkataan ISLAM menjadi tanda label pada nama PAS, tapi pi mai pi mai tang tu juga terlebih utamakan keuntungan dunia dan jahilnya pula mengalahkan Salman Rushdie

Imbasan Isu Komunis & Mat Sabu



Saat ini soldadu-soldadu pro Mat Indera Komunis sedang bertempik sakan konon kata mereka bagi meraikan kemenangan moral yang pertama selepas salah seorang pengadu dalam isu Bukit Kepung, Visva Nathan menarik semula laporan polis terhadap Mat Sabu.

Isunya mudah tak perlu berbelit. Bekas pesara polis tersebut membuat laporan mendakwa Mat Sabu memburukkan nama baik anggota polis dan keluarganya berikutan ceramah Mat Sabu mengangkat Mat Indera Komunis sebagai hero kemerdekaan.

Tapi disebabkan perkataan komunis tidak disebut secara nyata dalam ceramah tersebut, maka pihak-pihak tertentu mempunyai sedikit kelebihan untuk manipulasikannya mengikut kepentingan yang diwakilinya.

Hakikatnya, fakta sejarah menjelaskan Mat Indera telah mengetuai segerombolan anggota komunis dan terlibat secara langsung menjayakan serangan ke atas Balai polis Bukit Kepong juga dikenali sebagai Rumah Pasung.

Manakala Mat Sabu secara sedar menyebut dan menerima serangan yang diketuai oleh Mat Indera komunis itu sebagai tindakan betul dan dianggap sebagai wira kemerdekaan. Manakala anggota polis yang mempertahankan Balai Polis tersebut ditakwilkan konon berada di pihak yang salah.


"Bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indra, Melayu.. tetapi semua sejarah tu ditutup".

"Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong hat serang Balai Polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita di perintah oleh British".

"Tapi di buat filem yang hero hat pertahan balai polis hat serang tu pengganas. Padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di jail Taiping". – (Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011)


Ringkasnya kenyataan Mat Sabu bermaksud seperti berikut;-

- Mat Sabu mengakui Mat Indera adalah ketua penyerang Bukit Kepong
- Penyerang Bukit Kepong (yakni komunis) adalah pejuang kemerdekaan
- Filem Bukit Kepong mengangkat polis sebagai hero

Sementara realiti sejarah membabitkan Mat Indera pula ialah;-

- Mat Indera mengetuai sepasukan 200 orang pengganas komunis  menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
- Mat Indera adalah pemimpin kanan dalam Regimen ke-10 Komunis
- Ribuan orang Melayu Islam dan Cina menjadi mangsa keganasan komunis
- Ideologi komunis menolak ketuhanan, manakala agama dianggap sebagai candu kehidupan
- Komunis di Tanah Melayu bermatlamat mendirikan Republik Komunis seperti republik komunis Soviet Union dan negara Cina
- Selepas kematian Mat Indera, komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah tiada di Tanah Melayu

Di bandingkan semua point di atas, kesimpulannya Mat Indera adalah salah seorang yang memegang kepercayaan pada ideologi komunis.

Malah dalam buku tulisan bekas ketua komunis Melayu, Abdullah CD "Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua)" secara jelas menyebut Mat Indera adalah salah seorang pemimpin kanan dalam pasukan komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Sekalipun ada cerita mendakwa Mat Indera adalah seorang yang alim, bukanlah satu kekecualian untuk memaafkan kekejaman komunis yang diketuai oleh Mat Indera sewaktu serangan ganas mereka di Bukit Kepong.

Lagipun, alim atau ulamanya seseorang, tidaklah pula menyebabkannya kebal dari gangguan iblis dan syaitan yang sentiasa menyeru kepada kejahatan.

Bukankah ada kisah seorang alim akhirnya masuk neraka dek kerana teruja melihat sang iblis yang menyamar sebagai alim yang khusyuk beribadah kepada Allah s..w.t?

Nota: Kamus Dewan Edisi Keempat: rumah pasung;    i. balai polis ii. rumah tempat menahan orang salah

Negeri Pakatan Rakyat Patut Umum Tarikh Bubar Dun



ADA pandangan mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sedang bermain teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen yang membuka jalan kepada proses pilihanraya umum yang akan datang.
 
Sedangkan yang memberi pandangan terlupa, Pakatan Rakyat juga sedang memerintah 4 negeri dan dari jumlah itu, 2 negeri sudah mengumumkan pendirian masing-masing secara terbuka untuk tidak membubarkan DUN bersamaan dengan tarikh pembubaran parlimen.
 
Malangnya, dua negeri ini (Selangor dan Pulau Pinang), tidak pula menyatakan dengan jelas, bila DUN akan dibubarkan, walaupun dalam masa yang sama, soal mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat sedang hebat diperkatakan dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
 
Penulis boleh faham kenapa desakan dibuat, penulis juga boleh faham kenapa tarikh itu dibiarkan terapung di awangan untuk semua orang meneka.  Tapi penulis juga mahu semua orang tahu, ada soal intergriti dan kredebiliti yang sedang menjadi taruhan sekarang.  Soal ini penting kerana hanya inilah saja yang membezakan kita dengan BN.
 
Justeru, penulis dengan ini mendesak kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor, mengumumkan dengan segera tarikh sebenar DUN di negeri masing-masing akan dibubarkan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.
 
Selepas itu, penulis rasa baru layak kita mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan penulis yakin rakyat dibawah akan lebih selesa dengan pendekatan sebegini dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat.
 
Disitu saja kita sudah membuktikan kelebihan kita dibanding dengan BN yang dipimpin Najib.
 
Kalau Pakatan Rakyat sendiri  pun gemar bermain teka teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN, kenapa nak dihairankan bila Najib juga menggunakan pendekatan yang sama.  Lagipun, pada pandangan penulis, ini bukan sangat tentang teka teki, ini tentang strategi dan kelebihan yang ada tapi tidak dipunyai oleh pihak musuh.

Semua perlu ingat, ini bukan tentang Najib, ini tentang polisi.  Sejak zaman berzaman polisi BN memang begitu, mereka menyimpan tarikh sebenar pilihanraya ini sebagai strategi mereka untuk mengukuhkan kuasa.  Pakatan Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan polisi BN dan haruslah berani menunjukkan pembaharuan.
 
Kalau Najib ada kelebihan di peringkat persekutuan, kita ada kelebihan sama di peringkat negeri yang kita kuasai.  Cuma yang perlu dibuktikan kepada rakyat sekarang ialah, kita tidak menyalahgunakan kelebihan tersebut dan berani mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN kepada rakyat.
 
Kita buat dulu, kemudian baru minta orang lain untuk ikut, baru betul.

Petikan : suarapakatanrakyat.com

Tangguh Haji: Kalau Ketua Penerangan Cakap Pun Pandangan Peribadi, Apa Yang Rasmi?



TUAN Ibrahim Tuan Man bukan calang-calang orang.  Dia adalah Ketua Penerangan PAS, pendek kata kalau PAS itu manusia, Tuan Ibrahim adalah lidahnya.  Sudah tentu jawatan Ketua Penerangan ini bukan jenis yang punch masuk pukul 8.00 pagi, punch keluar pukul 5.00 petang.  Ketua Penerangan kerjanya ialah bercakap bagi pihak parti, berkenaan hal parti juga, dimana dan bila diperlukan.

Justeru amat menghairankan bila pemimpin PAS yang lain pakat-pakat menjauhkan diri dari Tuan Ibrahim dan menyifatkan kenyataannya supaya jentera parti menangguhkan ibadah haji, sebagai kenyataan bersifat peribadi semata-mata.

Apa yang peribadinya mengenai kenyataan Tuan Ibrahim tu?  Di samping dia sendiri sebagai Ketua Penerangan, hal yang dia bercakap itu pun hal parti, melibatkan gerak kerja parti untuk persiapan pilihanraya.

Yang kita nampak, pandangan Tuan Ibrahim itu tidak disokong sebab sudah jelas satu Malaysia orang marah dengan PAS kerana sanggup mengenepikan ibadah (rukun Islam) untuk kepentingan parti, macamlah yang nak menyelamatkan kita di akhirat besok PAS, bukan amal ibadat kepada Allah swt.

Selain PAS mahu melihat sendiri respon orang ramai kepada kenyataan tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya.  Kalau siar guna Harakah, selain backfire kepada diri mereka semula, respon hanya mewakili ahli parti PAS sahaja, bukan khalayak yang lebih ramai.  Berlainan bila isu ini disensasikan oleh Utusan Malaysia yang punya jumlah pembaca jauh lebih besar dari Harakah.

Apa yang penulis nak tegaskan disini ialah semua ini membuktikan sememangnya kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah pendirian rasmi PAS, cuma kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan, maka mereka lebih rela mengalihkan semua beban kesalahan kepada Tuan Ibrahim.  Seperti biasa, Tuan Ibrahim akan senyap seketika, orang lain ambil alih (contoh Idris Ahmad), dan kembali bersuara bila isu ini sudah senyap dan tidak lagi hangat.

Oleh kerana ini adalah pendirian rasmi PAS, maka wajiblah kita mempersoalkan parti jenis apa yang sanggup mengenepikan ibadah yang menjadi salah satu dari rukun Islam, semata-mata untuk urusan duniawi seperti pilihanraya?  Dulu bila kita kata PAS tak boleh beza antara politik dan agama, dia kata UMNO kafir sebab UMNO umpamakan agama suku, politik suku (Amanat Hadi Awang).

Janganlah pemimpin PAS harap penafian ini boleh menyelamatkan PAS dari kutukan dan kecaman rakyat, terutama orang Islam di Malaysia ini.  Ramai orang sudah masak dengan pendekatan dan strategi seumpama ini dalam PAS, tinggal lagi ada sekelompok manusia hati kering dalam parti tersebut yang mampu memekakkan telinga dan membutakan mata kepada kebenaran, berterusan memanjangkan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka.

Itu yang buat ada segelintir rakyat yang terpengaruh, maklum, pembohongan yang disebut berulang-ulang, akhirnya akan nampak macam betul.

SUARAM Menghina Mahkamah Perancis



Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.  

Sudah menjadi taktik pembangkang untuk 'buat bodoh' apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti.  Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato' Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka.

Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi 'agak jauh' iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah mereka.    SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan.  

Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis.  Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini. 

Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, 'lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya'.  Sebenarnya, tidak semestinya.  Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri. 

Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis.   Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim. 

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.   Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis. 

Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis. 

Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak. 

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai 'bukti' serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis.  Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka. 

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia. 

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua. 

Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia.   Kerana apa?  Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.

Anwar Sedia Di Siasat Berhubung Video Chinadoll ???



Berbekalkan modal akuan bersumpah oleh bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Anwar Ibrahim tampil dengan penuh yakin Anwar menyatakan kesediaannya untuk disiasat sekali lagi secara terbuka berkaitan isu akaun induk RM3 bilion.

Walhal beberapa hari sebelum itu, Anwar berdolak dalik menjawab pertanyaan wartawan setelah teruk diasak bertalu-talu berhubung isu akaun tersebut malah sampai satu peringkat cuba mengheret pula Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kancah polemik isu tersebut.

Jika dipandang seimbas lalu, nampak seperti Anwar sudah kembali meyakini sistem keadilan negara dan segala aspek ketelusan penyiasatan kes yang sebelum ini kerap dipertikaikannya. Ini satu keajaiban ke lapan dunia jika benar Anwar berpandangan begitu.

Atau mungkinkah juga langkah 'berani' Anwar kali ini ada kaitan dengan pendedahan menarik berkenaan British Virginia Island yang dikhabarkan menyimpan 'harta karun' milik seseorang?

Pendapat yang mengatakan tindak tanduk terbaru Anwar ini hanya sekadar untuk mengabui mata umum supaya meyakini sepenuhnya 'bukti' surat akuan tersebut dengan harapan isu akaun RM3 bilion ini akan tenggelam begitu saja dan keistimewaan yang terdapat di British Virginia Island akan dilupakan, ada logiknya.

Apa kaitan Anwar dan British Virginia Island? Rasanya ramai pembaca sekalian tidak mengalami kesukaran untuk memahami keistimewaan di pulau tersebut. Banyak blog dan media yang telah mengulas berkaitannya.

Sebetulnya ramai bekas rakan Anwar Ibrahim yang tergelak besar melihat telatah Anwar Ibrahim bersama 'bukti' akuan bersumpah yang ditunjukkan pada media konon itulah kesaksian penting yang dirinya tiada kena mengena dengan isu akaun induk RM3 bilion.

Mereka sedia maklum 15 tahun dulu Anwarlah yang paling lantang memperlekehkan akuan bersumpah Umi Hafilda dan Azizan yang di cop sebagai satu strategi kotor dan fitnah terancang yang langsung tidak layak dijadikan asas untuk mengadili perilaku dirinya.

Lagipun apa nak pelik dengan surat akuan bersumpah yang Anwar gah tunjukkan itu bila khalayak umum sudah agak jelas dengan perangai Anwar yang semasa dirinya berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu suka campurtangan dalam sesuatu siasatan.

Sedangan Ketua Pengarah BPR pun mampu di kawalnya, pegawai siasatan Cawangan Khas (SB) pun sesuka hatinya saja di suruh gempak sana sini, apa sangatlah setakat nak 'mengarah' seorang ketua yang lebih bawah levelnya.

Apapun, alang-alang Anwar dah yakin dengan ketelusan pihak berkuasa dalam hal penyiasatan kes, eloklah juga Anwar mengumumkan kesediaannya untuk disiasat berkaitan isu video Chinadoll yang dikaitkan dengan dirinya.

Persoalannya, adakah Anwar sedia memberi kerjasama untuk lengkapkan siasatan Video Chinadoll tersebut?

Atau Anwar masih lagi berpendapat 'bukti' perut boroi dan tetek labuh yang terlindung di sebalik seluar dan baju sudah cukup sebagai kesaksian bagi menafikan aksi intimnya?

Saya Disuruh Reka Bukti Untuk Jatuhkan Najib



KENYATAAN yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu.  Tapi bila kenyataan sama diulang semula semalam, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.

Orang pembangkang penulis tahu, trauma tengok TV, lebih lagi TV3.  Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu penulis Buletin Utama sahaja, rancangan Soal Jawab semalam tidak termasuk dalam senarai kot.

Ini pun satu hal juga, dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media tertentu.  Kebebasan suara apa macam ini?

Tapi tidak mengapalah, penulis tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa.  Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya?  Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib?

Ini perkara serius. Anwar bukan calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua.  Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri. 

Semasa demo Bersih itu hari, penulis lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun.

Penulis sendiri bangga dengan Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya 'size' seperti dia, ingat Mat Salleh saja.  Kebanggaan menjadi Melayu, bertambah kuat setelah menonton video itu.

Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar.

Tapi siapa sangka, di antara semua yang hebat dan 'baik-baik' itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya  - guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu.  Yang dedah bukan orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri.  Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, toksah mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!!

Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai.  Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam biasalah – saman.

Tapi kalau tanya penulis, memang dari mula pun tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini.  Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata.  Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah?  Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam.  Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja.

Jangan kita lupa, Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga.

Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman terhadapnya.  Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat.

Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordinini besar.  Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya.   Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini?  Siapa nak tanggung dosa semua tu?

Ada yang jenis orang ini yang penulis kenal, bergelar pak Haji tau.  Jangan silap saja penulis sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia mintak 4 saksi, walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban.

Tapi bila sebut pasal silap Najib, terlupa dia soal 4 saksi, laju saja dia mengangguk, tak sempat penulis habis cakap pun – penulis cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung), bukan Najib Razak.
 

Lutut Nuar dah tak kuat lagi...LAGI KUAT PM BEKERJA, LAGI MENGGELETAR LUTUT ANWAR



Apabila terdapat cadangan bahawa kerajaan dijangka menambah peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi setiap kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meloncat dan melenting.

Peruntukan tambahan yang membabitkan kira-kira RM200 juta itu dikatakan Anwar satu tindakan terdesak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tujuan peruntukan itu adalah supaya wakil-wakil rakyat BN boleh melaksanakan pelbagai projek serta program pembangunan rakyat di kawasan masing-masing.

Ia bukan dana untuk kempen pilihan raya mahupun bagi kepentingan peribadi ahli-ahli parlimen terbabit kerana kelulusan setiap permohonan untuk menggunakan peruntukan itu perlu mengikut proses yang ketat dan telus, selalunya melalui pejabat daerah.

Setiap kali kerajaan memberi bantuan, pembangkang memandang serong dan melempar pelbagai tuduhan kononnya ia bermotifkan politik.

Seolah-olahnya tidak ada apa-apa kebajikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat tanpa menerima cacian dan fitnah pihak pembangkang.

Anwar juga mengelabah apabila kerajaan juga bercadang untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Pada pusingan pertama BR1M, kerajaan telah berjaya menyalurkan wang tunai sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang layak membabitkan hampir satu juta keluarga di seluruh negara dengan peruntukan RM2.6 bilion.

Pelaksanaan program BR1M bagi kali kedua ini adalah kerana kerajaan berpendapat masih terdapat ramai keluarga yang perlu dibantu dalam usaha meringankan beban kehidupan mereka.

Kemelut ekonomi dunia yang semakin meruncing sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Malaysia, dan sebagai kerajaan ang bertanggungjawab, kebajikan rakyat perlu didahulukan.

Inilah usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang telah melaksanakan banyak program dan dasar yang mementingkan rakyat.

Anwar membuat kritikan membabi buta untuk menutup kegagalannya sebagai Ketua Pembangkang dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Yang paling menyedihkan taraf beliau sebagai bekas Menteri Kewangan yang kononnya berpengalaman tidak langsung diberi pengiktirafan oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun jawatan Menteri Besar diungguli oleh PKR, namun semua cadangan Anwar berkaitan ekonomi Selangor, ditolak mentah-mentah oleh Abdul Khalid.

Buktinya, tidak ada satu program pembangunan di Selangor pun yang boleh dikaitkan dengan cetusan minda Anwar.

Malah boleh dikatakan Anwar tidak membawa apa-apa pembangunan atau perubahan positif kepada kehidupan rakyat Selangor.

Beliau lantang bersuara untuk menurunkan harga minyak petrol apabila berjaya merampas Putrajaya pada pilihan raya umum kelak.

Sekiranya inilah hasratnya, apa salahnya jika Selangor menggorak langkah dengan memberi subsidi bahanapi di negeri itu?

Bukankah itu akan lebih meyakinkan rakyat bahawa pembangkang cakap serupa bikin?

Dalam isu PTPTN pula, apabila kerajaan mengambil keputusan membekukan permohonan pinjaman bagi pelajar Unisel, Menteri Besar segera membuat cadangan cetek untuk menjual aset kerajaan negeri untuk menampung dana pelajar.

Jika inilah dasar menjual harta benda negeri yang termampu difikirkan oleh pembangkang setiap kali berdepan dengan krisis, besar kemungkinan Selangor akan bankrap belum sempat habis satu penggal mereka mentadbir negeri itu.

Hakikatnya pembangkang hanya pandai bercakap dan membuat janji manis yang tidak masuk akal tetapi gagal menggotakan setiap yang dijanjikan kepada rakyat.

Umpamanya amaran kerajaan pusat bahawa Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air yang serius menjelang tahun 2014 tidak dihiraukan.

Pembangkang terus memperjudikan nasib rakyat dan masa depan kemajuan ekonomi negeri dengan mempolitikkan isu projek Langat 2 untuk menyalurkan air Sungai Pahang ke Selangor.

Pembangkang lebih rela melihat rakyat Selangor menderita kerana kekurangan bekalan air daripada bekerjasama dengan kerajaan pusat mencari penyelesaian.

Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya hanya mampu menyalak untuk mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan kerana realitinya mereka gagal untuk melakukan satu kebaikan pun untuk rakyat.

Bak kata pepatah, pembangkang berlagak seperti tin kosong, lebih bunyi daripada isi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...